Isnin, 28 Mac 2011

Tujuan Blog R&D Gaharu

Blog goldforest R&D Gaharu, adalah kajian tentang spesis Gaharu, penanaman, penjagaan serta arah tuju industri gaharu dan menguntungkan semua pihak .Bukan tujuan untuk mendabik dada mengaku kami adalah terbaik, Emej serta rencana yang di catatkan adalah dari kajian goldforest serta dari para-para inokulan yang telah berjaya menghasilkan gaharu secara rawatan yang kami hormati serta sebagai Pengusaha yang telah berjaya .. Tahniah.

Kami hanya sebilangan kecil dikalangan para-para pengusaha di malaysia serta di seluruh Asia, Mereka yang telah berjaya mencipta nama sebagai pengusaha ternama. Sebagai pengusaha goldforest mahu dikenali sebagai pengusaha berurus niaga secara sihat berkerjasama, berkongsi maklumat tanpa mengira sempadan, demi kerjayaan industri gaharu., seboleh-boleh semua  bakal pengusaha tahu tentang apa dia dinamakan gaharu, tahu apa dia inokulan.

Sebagai pengusaha, goldforest mempunyai ladang gaharu, juga menjalankan inokulan sendiri serta pengusaha lain juga pernah tertipu sebelum ini. Perladangan gaharu serta inoculan bukan menlibatkan kewangan yang sedikit, setiap pelaburan yang disalurkan, seboleh boleh tiada mahu mengalami kerugian. Kos inokulan pula bukan kecil, terpaksa menanti 24 bulan, untuk keuntungan pelaburan.. itu jika inokulan itu berjaya.. jika tidak berjaya siapa yang mahu bertanggungjawab..? ini lah risikonya yang wajib kami hadapi.


Pengusahan ini wajib mempunyai ilmuan tentang gaharu dan inokulan, jika satu satu pengusahaan yang akan dilakukan tanpa ilmu, satu perbuatan yang sia -sia. Ini adalah perniagaan pertanian, satu perjudian, tidak boleh dipandang mudah, ianya tak boleh menilai untung rugi secara detail. ini bukan satu percubaan, bila memulakan industri ini wajib diteruskan, kerana ianya melibat kos yang agak tinggi.

Tak mungkin mahu dibiarkan.. tanam serta menanti ..selama ini cuma mendengar penanaman gaharu memberikan keuntungan berganda.Maka tanam lah kita, tanpa ada keilmuan.. Kos yang keluarkan.. siapa mahu tanggung. Yang tentunya pembekal anak benih yang untung.

Setiap bakal pengusaha wajib mengetahui serba sikit, jika pengusaha yang telah berurusniaga tidak memberi maklumat yang betul, maka urusniaga industri gaharu akan lenyap, tiada sesiapa yang mengakui nanti industri gaharu memberi pulangan berganda.


Blog goldforest R&D gaharu, merupakan galakan semangat, kepada bakal usahawan yang baru mahu memulakan perusahaan ini.. Siapa yang akan untung satu hari nanti, sudah tentu para-para pengedar spesis,pembekal baja, kontraktor perladangan , para-para inokulan , pembekal Vaksin dan para-para pemborong teras gaharu.

Teknik inokulan , dari semua inokulan semuanya berbeza, walaupun pada awal teknik dipelajari dari tempatnya sama. Keadah rawatan yang dilakukan secara berbeza mengikut fikiran, andaian serta pendapat masing-masing. Ini bukan satu ciplak, tetapi di upgrade untuk menampilkan teknik pembezaan dari yang lain. Bergitu dengan Vaksin terlalu banyak vaksin yang dihasilkan sekarang ini, cuma berkesananya, terpaksa menanti 2 tahun, dapat menilai keputusan berjaya atau tidak,

Sebagai peniaga dan pengusaha, maklumat tepat, yang betul wajib di jelaskan kepada bakal usahawan, kami juga ada usahawan petani, membasahi keringat untuk mencari rezeki halal, terlalu banyak pelaburan yang disalurkan pada industri ini, betapa kecewanya kami, bila maklumat yang di beri tidak serupa dengan yang terjadi.
Dengan adanya Blog goldforest R&D gaharu, sekurang kurang ada dikalangan para-para inokulan, pengedar spesis yang mahu bersama-sama meningkatkan lagi industri gaharu, berganding bahu, memberi maklumat, pandangan, kongsi pengelaman dengan bakal usahawan yang baru.. ini lah tujuan goldforest R&D gaharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan