Isnin, 21 November 2011

Kebangkitan setelah Kecundang ..!!


DALAM meniti arus hampir 12 tahun saya ceburi di bidang industri gaharu, kaji mengkaji setiap aspek dari sambutan, teguran , galakan, saingan , tipu menpu serta pelbagai pengelaman baru di alami setiap tahun. Walaupun pada catatkan di kertas GoldForest R&D Gaharu baru berusia hampir 4 tahun di dalam kelompok Player Gaharu, tetapi kematangannya telah menjankau lebih usia nya.

Walaupun kerbangkitan Goldforest agak perlahan dengan cara tersendiri, sebenar bergini yang dirancangkan sebelum ini.. perlahan tetapi berkesanan secara mengikut logik, faktor, fakta serta berkualiti, tiada niat mahu cabar mencabar, jatuh menjatuhi sesama antara group gaharu yang ada. Tetapi mengikut peraturan saingan perniagaan yang bersih.
GoldForest memandang jauh kehadapan, halatuju sebenar industri gaharu kemana kah noktahnya, adakah separuh jalan atau sampai Malaysia tersenarai pengeluar gaharu terbesar untuk pasaran antarabangsa..? tapi .. dimanakah nak dapatkan gaharu , untuk menjadi pengeluaran yang terbesar.. berapa peratus kah rakyat Malaysia yang menanaman nya...?
Ini lah yang menjadi penentuanya ... jumlah pokok yang sudah ditaman.. Didalam setahun Cuma sejumlah 100,000 pokok telah goldforest edarkan, manakala group gaharu lain pula di anggaran kan memasarkan dari 30,000 himgga 150,000 setahun, jika ditaksirkan pengedar anak beneh gaharu bermula dari tahun 2007 hingga 2011, anak beneh gaharu telah di tanam di malaysia berjumlah 1.5 juta pokok, yang akan memulangkan hasil nya sebanyak 18 billion.

Terlalu banyak jika di kira di atas kertas.. tetapi .. berapa orang kah pengusaha yang menanamnya menjaga pokok gaharu mereka cara betul...? Kerbanyakan nya separuh jalan, dibiarkan bergitu sahaja tanpa ada penjagaan yang sempurna, ada pokok yang tumbang, hidup tanpa baja , ada pula nya pokok mati  dan ada pokok gaharu yang ditanam tertutup dengan semak samun.. hangat hangat tahih ayam..  kata kata dari orang tua tua.
NAK SALAH KAN SIAPA ...? Untuk memulakan sesuatu perkara .. paling asas ialah ilmu sesuatu bidang mana yang mahu diceburi .. Kami juga sedar dan memang pernah alami kes penipuan di bidang industri gaharu .. bukan sebelum ini pernah berlaku dan waktu ini pun masih lagi menjadi mangsa penipuan .. jika ini nak disalahkan .. satu kesilapan dari kebodohan kita sendiri , nak berjaya tetapi buta ilmu dan menjadi jalan mudah di tipu.. kan salah diri sendiri.
“ Manakah mampu nak rawat pokok nanti, kan kos rawatan .. mahal..?”. Pokok yang di tanam Cuma berukuran lilitan 40CM boleh di rawat.. jika mengikut harga semasa kini RM500.00 .. mahal kan..? memang mahal.. tapi sudah tanam ker belum..? kalau belum jangan ajukan pertanyaan bergini .. sekiranya anda sudah menanamnya .. satu soalan yang paling terbaik.. kami akan bertanya pada anda.. berapa usia pokok anda.. mahu usahasama atau anda mampu nak membayar kos rawatan..?

Bila ada usahasama .. kos rawatan pokok gaharu anda tak payah anda fikirkan .. para pelabur yang keluarkan modal untuk membayar khidmat inokulasi.. anda tidak sakit kepala untuk memikirkan di mana nak dapat duit untuk kos rawatan. Pelbagai sistem boleh dilakukan, usahasama 50% - 50% dan Usahasama 30% - 70% serta pokok gaharu di jual terus pada para pelabur yang berminat. Bila ada kemahuan di situ adanya jalan, segala ideal akan datang dengan sendiri setelah memulakannya.
NAK TANAM DIMANA, SAYA TIADA TANAH ..? Ini jadi masalah ker .. kami dapati tanah tanah terbiar terlalu banyak, setiap daerah serta setiap negeri ada... keluasannya 1 ekar hingga 10 ekar hak milik kekal bangsa melayu yang tidak dimajukan ... boleh di sewa serta dipajak atau boleh di usahasama dengan pemilik tanah terbiar.. tak menjadi masalah sekira ada kemahuan.. duit mahu kan..? jika mahu kan sagu ruyong mesti dipecahkan. Dari tahun 2005 sehingga ini penanaman pokok gaharu di usahakan, jika dikira peratusan penaman spesis ini di Malaysia kurang daripada 10% dan sekiranya penanaman tambahan di jalankan sepanjang ke hadapan 20% lagi, bekalan pengeluaran hasil dari tuaian gaharu tidak mengcukupi permintaan pasaran antarabangsa.
“ Kan banyak pokok liar yang telah dirawat ... mana hasil nya..?”. Memang banyak pokok telah di rawat, beribu ribu yang telah menlibatkan kos rawatan hampir 1 juta telah mengalir .. dimanakah hasilnya ..? Cuma 10% hasilnya telah di jual, yang lainnya .. 90% lagi .. keputusan inokulasi atau rawatan tidak berjaya.. mengapa ..? Seperti yang saya katakan awal awal lagi .. semuanya berpunca dari usaha tanpa ilmu .. Tidak boleh di persalahkan pada para inokulasi, mereka Cuma melakukan rawatan .. pihak yang harus bertanggungjawab sepenuhnya .. pengeluar Vaksin.

Pokok gaharu menghasilkan gubal atau teras melalui kesan stress serta allergic, kerana pokok ini mengandung Resin atau damar atau minyak berperanan menyembuh luka atau antibodi nya sendiri, dikawasan yang sakit atau luka resinnya akan terkumpul secara perlahan lahan, semakin hari semakin tebal bertukar warna menjadi hitam .. maka terhasil teras gaharu, sepertimana yang di riwayatkan oleh orang orang dahulu, menjumpai teras gaharu boleh di anggap bertuah.
Teknik inokulasi yang di perkenalkan melalui Nanoteknologi secara paksaan untuk penghasilan teras gaharu, boleh dikatakan baru mendapat tempat di kalangan pengusaha yang berkemampuan. Bukan semua yang tahu bahawasanya teknologi rawatan mampu menghasilkan gaharu, hanya segolongan masyarakat peminat gaharu sahaja mengetahui apa itu teknologi nano. Pengetahuan mereka hanya dari pendengaran, dari dedahan pihak yang berwajip secara nya mereka mengikut perkembangan gaharu semasa.
Perkembangan terbaru dari pihak pihak badan badan kerajaan , mengadakan seminar, krusus serta bengkel asas mempertengahkan isu isu semasa tentang gaharu, nampaknya telah membuah hasil, maka terlahir bakal bakal pengusaha gaharu baru. Tidak kertinggalan juga kajian dari pihak IPT serta syarikat syarikat dan orang perseorangan, mula mendedahkan keputusan kaijian mereka di dada dada akhbar serta di media elektronik .. Tahniah.
Tiada siapa yang rugi bila ilmuaan kergaharuan di sebarkan, ianya sebagai dorongan, mencetus semangat yang telah hampir lenyap akibat bencana penipuan tahun 2005 hingga 2008.. Cukup sudah lah peristiwa hitam itu berlaku, biarlah hanya sekali.. Bermula era kenbangkitan industri gaharu sudah nampak ketara menuju kearah kergemilangannya .. Sama kita menanfaatkan hasil bumi negara kita, tanam ..selagi ada bumi hak milik kita.. Kita tiada akan rugi. Kita akan rugi sekiranya sepokok pun tiada kita tanam .. berbudi pada bumi tentu ada hasilnya.

Jangan rasa rendah diri, malu nak bertanya .. peringkat permulaannya mana mana player gaharu juga tiada ilmu, dari kemahuan, keinginan serta keazaman mereka mencari ilmu secara kajian sendiri, dari bacaan serta meninba ilmu dari pakar pakar hunter gaharu, di sini bermulanya ilmu yang terkumpul di dada mereka. Yang istimewa nya player gaharu ini, mereka pekak telinga, tiada mendengar, tiada berhujah ikut andaian.. bah kata orang .. mengikut kata hati mereka sendiri, mengikut segala faktor logik yang mereka temui.
Cuma .. sayangnya ada setengah menyembunyikan fakta yang sebenarnya, kemungkinan juga risau ilmu mereka hilang agaknya, hingga tak mahu berkongsi. Bagi saya .. walaupun handal di bidang kergaharuan ini, bukan semuanya ilmu gaharu saya miliki, masih banyak lagi yang terlepas pandang serta mengetahuinya. Saya berterima kasih pada para pengikut blog gold-forest yang senantiasa memberi sokongan moral, bergitu juga kawan kawan saya di Facebook, bagaikan membakar semangat saya untuk berterusan mengkaji setiap sudut industri gaharu. Terima kasih