Rabu, 30 Mac 2011

Makan Kura-kura.

Disebabkan harga Gaharu di pasarkan dengan harga yang tinggi , sukar diperolehi ... maka berginilah terjadi dikalangan pemburu Gaharu yang rakus di seluruh Malaysia.
Tajuk : RELA MAKAN KURA-KURA ( Orang melayu punya hal )

"Orang tengah" ambil hati Orang Asli sebelum diperalat curi Gaharu, Candan di hutan simpan.

Kuala Terengganu :
Ada segerlintir "Orang Tengah" sanggup menikmati hidangan labi-labi dan kura-kura bagi mengambil hati Orang Asli sebelum memperalatkan golongan ini mencuri kayu Gaharu dan Candan di hutan sinpan yang memberikan keuntungan lumayan kepada mereka. Malah mereka sanggup memakan hidangan pelik yang dinikmati oleh Orang Asli seperti katak mentah supaya kelihatan "sebati" cara hidup masyarakat itu.

Kegiatan "orang Tengah" berusia 30'an hingga 50'an yang tinggal di kampung berhampiran masyarakat  itu di sebuah dearah di negeri ini sudah berlaku 10 tahun yang lalu.Melalui kegiatan itu, mereka mampu memiliki kereta dan rumah besar melalui hasil perjualan gaharu dan candan dan yang kamudian di jual semula kepada "tauke misteri" yang sukar dikesan pihak berkuasa, Sumber memberitahu harian metro, siasatan mendapati, orang tengah terbabit sanggup memperjudikan hidup mereka bagi mengaut keuntungan mudah walaupun menyedari perbuatan mereka itu tidak wajar dilakukan.

                                                        *** Sumber dari Harian Metro / isnin 25 disember 2006

Selera Minyak wangi peribadi

PERMINTAAN terhadap minyak wangi peribadi yang mengeluarkan haruman unik semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.Sebelum ini produk seumpama itu dicipta khusus untuk golongan generasi muda membantu penguna yang mahu yang memperolehi haruman puteri dari Negara Arab, jutawan dan bintang filem.

Bagaimana pun kemunculan ramai pakar minyak wangi dikalangan generasi muda membantu pengguna yang mahu memperolehi haruman yang sesuai dengan selera mereka.Pakar-pakar itu juga menubuhkan butik mereka sendiri bagi mencipta produk yang berkualiti dan mengikut kemahuan selera pelanggan.
*** Kelantan.:-  The price of the oil is RM 300.00 for every 12 grams container, or equals to  RM 25,000.00 / kg. The price will hike in international market as the RM converted directliy to USD.
Source: Eaglewood oil factory, Kelantan
 
Seorang pencipta minyak wangi Isallbela Burder berkata, pelanggan pelanggan minyak wangi unik itu menrangkumi bayi dan mereka yang berumur melebihi 80 tahun. Burbel merupakan pencipta minyak wangi pertama yang menlancarkan jenamanya sendiri iaitu Salon Prive, dua tahun lalu di Cannes Perancis.Pelanggan paling muda ialah seorang Puteri Arab berusia yang berumur tiga tahun.

Beberapa pencipta  wangian unik  itu mengatakan para pelanggan mereka semakin meningkat terutamanya dari Eropah dan Amerika Utara. Namun menurut mereka penduduk di Asia, Amerika latin, Afrika Utara dan Eropah Timur juga menunjukan minat bagi memperolehi haruman yang unik.

* Eaglewood :- Aquilarria agallocha
True Eaglewood. Rare and precious, this pieces of eaglewood produce a sweet, soft and warm fragrance when burn on coal. Called the “Wish Fullfilling Germ”. Comes in 15 grams muslin cloth bags. Price:   US$ 50.00
** Floracopea, India
Minyak wangi unik ciptaan BURDEL di jual dengan harga yang tinggi kerana para pembeli perlu membayar AS$9.000 (RM31,771) bagi setiap kilogram.Seorang lagi pakar membuat minyak wangi terkenal di Paris Francis Kurkdjian berkata, permintaan yang ganjil yang pernah di terima bagi mencipta haruman bau seperti wang kertas.

Menurutnya, dia mengenakan bayaran AS$10,613 (RM28,320) bagi mencipta satu haruman unik dalam tempoh enam bulan. " kebanyakan orang yang berminat dengan idea penciptaan minyak wangian unik dan faktor itu merupakan punca saya terlibat dalam perniagaan minyak wangi." katanya . APF
                                                             
                                                     *** sumber :- Kosmo Rabu 3 januari 2007



Isnin, 28 Mac 2011

Meninjau perkembangan penanaman gaharu di Kelantan.

Cetusan ideal dari YB Dato’Husan Haji Musa, mula menyemarakan semangat kepada sebilangan petani di negeri Kelantan, lebih lagi ideal ini di sokong kuat oleh Indutri Asas tani & bioteknologi negeri Kelantan ditambah syarikat –syarikat swasta serta orang perseorangan ikut serta membangunkan industri gaharu.

Berita-berita terkini mengenai gaharu, laman laman website, blogger  tampil memberi ulasan, kajian , berita terkini serta pertemuan terbaru mereka. Maklumat yang disebar dimenaafkan sebagai paduan kepada petani, pengusaha serta bakal bakal pengusaha bagi menjayakan Kelantan Koridor Depu.

Kelantan salah satu negeri di Malaysia mempunyai pokok gaharu liar yang banyak, berjutaan pokok gaharu tumbuh di seluruh jajahan , ada setengah pokok gaharu berusia beratusan tahun, yang pernah ditemui dipinggiran kampong. Beribuan pokok gaharu sudah dirawat * inokulan bagi penghasilan Teras, sedang menanti tempoh matang untuk di tuai.

Negeri yang berhampiran sempadan Malaysia Thailand ini, juga merupakan pintu masuk spesis –spesis gaharu dari Negara Indochina serta Thailand, lambakkan spesis gaharu menambahkan lagi bilangan spesis gaharu di Kelantan dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan satu kebaikkan, penambahan genus Aquilaria dapat di perkembangkan tempoh akan datang, Malaysia dapat menghasilkan * klon atau spesis terbaru dari hasil kacukan  spesis tempatan antara spesis import ini.

Spesis tempatan juga tidak kurang hebatnya disegi kualiti serta harga di pasaran antara bangsa. Ianya tetap menerima permintaan tinggi daripada pemborong dari Negara Timur Tengah serta Negara Negara Eropah. Kualiti minyak nya memang sudah di akui mempunyai gred tersendiri, memang mendapat permintaan yang tinggi.

Penanaman Gaharu dikelantan di asaskan oleh Ladang Raayat Kelantan, Syarikat-syarikat Swasta dan di ikut orang perseorangan. Dianggarkan setiap jajahan mempunyai berpulohan ribu pokok gaharu telah ditanam dari tahun 2007 sehingga 2010, dengan spesis tempatan Aquilaria Malaccensis , Aqularia Hirta , baka import Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub-Intergra, Aquilaria agallocha roxb serta Genus Aquilaria yang lain.

Kelantan Koridor Depu pada asasnya telah mencapai kejayaan yang mengalakkan, Kelantan telah menopoli industri gaharu di Malaysia. Kelantan akan menjadi pembekal dan pengeluaran gaharu terbanyak di Malaysia tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang. Pelaburan jangka masa sederhana ini akan berjaya, sekiranya sokongan moral terus di beri oleh pihak kerajaan kepada semua pengusaha.

Tujuan Blog R&D Gaharu

Blog goldforest R&D Gaharu, adalah kajian tentang spesis Gaharu, penanaman, penjagaan serta arah tuju industri gaharu dan menguntungkan semua pihak .Bukan tujuan untuk mendabik dada mengaku kami adalah terbaik, Emej serta rencana yang di catatkan adalah dari kajian goldforest serta dari para-para inokulan yang telah berjaya menghasilkan gaharu secara rawatan yang kami hormati serta sebagai Pengusaha yang telah berjaya .. Tahniah.

Kami hanya sebilangan kecil dikalangan para-para pengusaha di malaysia serta di seluruh Asia, Mereka yang telah berjaya mencipta nama sebagai pengusaha ternama. Sebagai pengusaha goldforest mahu dikenali sebagai pengusaha berurus niaga secara sihat berkerjasama, berkongsi maklumat tanpa mengira sempadan, demi kerjayaan industri gaharu., seboleh-boleh semua  bakal pengusaha tahu tentang apa dia dinamakan gaharu, tahu apa dia inokulan.

Sebagai pengusaha, goldforest mempunyai ladang gaharu, juga menjalankan inokulan sendiri serta pengusaha lain juga pernah tertipu sebelum ini. Perladangan gaharu serta inoculan bukan menlibatkan kewangan yang sedikit, setiap pelaburan yang disalurkan, seboleh boleh tiada mahu mengalami kerugian. Kos inokulan pula bukan kecil, terpaksa menanti 24 bulan, untuk keuntungan pelaburan.. itu jika inokulan itu berjaya.. jika tidak berjaya siapa yang mahu bertanggungjawab..? ini lah risikonya yang wajib kami hadapi.


Pengusahan ini wajib mempunyai ilmuan tentang gaharu dan inokulan, jika satu satu pengusahaan yang akan dilakukan tanpa ilmu, satu perbuatan yang sia -sia. Ini adalah perniagaan pertanian, satu perjudian, tidak boleh dipandang mudah, ianya tak boleh menilai untung rugi secara detail. ini bukan satu percubaan, bila memulakan industri ini wajib diteruskan, kerana ianya melibat kos yang agak tinggi.

Tak mungkin mahu dibiarkan.. tanam serta menanti ..selama ini cuma mendengar penanaman gaharu memberikan keuntungan berganda.Maka tanam lah kita, tanpa ada keilmuan.. Kos yang keluarkan.. siapa mahu tanggung. Yang tentunya pembekal anak benih yang untung.

Setiap bakal pengusaha wajib mengetahui serba sikit, jika pengusaha yang telah berurusniaga tidak memberi maklumat yang betul, maka urusniaga industri gaharu akan lenyap, tiada sesiapa yang mengakui nanti industri gaharu memberi pulangan berganda.


Blog goldforest R&D gaharu, merupakan galakan semangat, kepada bakal usahawan yang baru mahu memulakan perusahaan ini.. Siapa yang akan untung satu hari nanti, sudah tentu para-para pengedar spesis,pembekal baja, kontraktor perladangan , para-para inokulan , pembekal Vaksin dan para-para pemborong teras gaharu.

Teknik inokulan , dari semua inokulan semuanya berbeza, walaupun pada awal teknik dipelajari dari tempatnya sama. Keadah rawatan yang dilakukan secara berbeza mengikut fikiran, andaian serta pendapat masing-masing. Ini bukan satu ciplak, tetapi di upgrade untuk menampilkan teknik pembezaan dari yang lain. Bergitu dengan Vaksin terlalu banyak vaksin yang dihasilkan sekarang ini, cuma berkesananya, terpaksa menanti 2 tahun, dapat menilai keputusan berjaya atau tidak,

Sebagai peniaga dan pengusaha, maklumat tepat, yang betul wajib di jelaskan kepada bakal usahawan, kami juga ada usahawan petani, membasahi keringat untuk mencari rezeki halal, terlalu banyak pelaburan yang disalurkan pada industri ini, betapa kecewanya kami, bila maklumat yang di beri tidak serupa dengan yang terjadi.
Dengan adanya Blog goldforest R&D gaharu, sekurang kurang ada dikalangan para-para inokulan, pengedar spesis yang mahu bersama-sama meningkatkan lagi industri gaharu, berganding bahu, memberi maklumat, pandangan, kongsi pengelaman dengan bakal usahawan yang baru.. ini lah tujuan goldforest R&D gaharu.

Sabtu, 26 Mac 2011

Gaharu KELANTAN dan Inokulan.

Setiap jajahan di Negeri Kelantan , dari Kota Bharu, Pasir Mas ,Rantau Panjang, Jeli, Tanah Merah, Ketereh, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang., terdapat tumbuhan Spesis Gaharu.. Kerbanyakannya spesis liar yang dikenali dengan nama DEPU atau Karas serta Gaharu. Spesis mudah tumbuh di pinggiran kampung, ladang Getah serta dusun buah-buahan nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis Lamk.

      Perancangan penanaman Gaharu di Kelantan , dicetuskan oleh YB Dato' Haji Husan Haji Musa, satu ideal bernas untuk menaiki taraf pendapatan para petani serta pengusaha. Pada awal ianya mendapat sambutan dingin, dengan pelbagai bagai andaian serta pendapat berbeza di kalangan raayat negeri. Cuma ada segelintir syarikat swasta dan orang perseorangan mendahului kajian tentang penghasilan gaharu melalui teknologi.
      Didalam proses kajian ini, terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh para-para inokulan, dari Negara jiran mengambil kesempatan menipu para pengusaha yang baru mahu memulakan pengusahaan di bidang gaharu. Ini melibatkan berjutaan ringgit disapu oleh para-para inokulan dan para para pembekal baka gaharu.

Ideal Bernas yang di sarankan oleh YB Dato'Haji Husan Haji Musa, di sokong oleh Industri Asas Tani & Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan akhirnya di resmikan perlancaran KELANTAN KORIDOR DEPU oleh YB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Abdul Aziz. Bermula era baru bidang pertanian gaharu Negeri Kelantan, sebagai galakan awal Kerajaan Negeri memberi anak benih gaharu sebagai subsidi kepada petani di serata jajahan... ideal bernas merebak seluruh Malaysia.

Dengan kekecewaan para pengusaha dari syarikat swasta dan orang peseorangan sebagai pengkaji gaharu mula berusaha mencari formula, teknik inokulan untuk membangunkan semula industri Gaharu tanpa bergantung dari inokulan negara jiran yang berniat mahu mengambil kesempatan.

   Spesis gaharu liar amnya Di Malaysia , amat terancam, boleh dikata hampir pupus sekiranya pihak kerajaan tidak mengawal. Ini disebabkan pencuri-pencuri gaharu dari luar negara, mencerobohi hutan belantara Malaysia, mencuri khazanah Negara sesuka hati mereka, akibatnya terbanyak pokok pokok gaharu di hutan hutan simpan ditebang, untuk mendapatkan gaharu. Hasil dari bumi Malaysia terus dibawa pulang ke Negara mereka tanpa ada sekatan.

Sebagai negeri transit atau boleh dikata segi tiga, Kelantan juga merupakan pintu masuk, baka baka spesis gaharu dari negara luar. Spesis gaharu import ini mula menjadi popular di kalangan petani petani di Kelantan serta di seluruh Malaysia. Pernambahan bilangan spesis gaharu di Malaysia mula bertambah, dengan kemasukan spesis gaharu dari luar negara.Ini satu kebaikan, sekurang kurang Malaysia akan mengeluarkan pelbagai bagai genus Aquilaria sendiri dalam 2 hingga 3 tahun nanti.

Dibandar Kota Bharu sahaja 10,000 pokok ditanam dihalaman rumah dan Hampir 1,000,000 pokok gaharu import telah di tanam diseluruh Negara Malaysia, Satu kecapaian yang amat mengalakan, Tahniah YB Dato'Haji Husan Haji Musa.

Rabu, 23 Mac 2011

Stress dan Musuh tanam

Dari kajian .. Mengikut faktor-faktor kejadian teras semulajadi melalui pokok yang stress:- Pokok gaharu yang sakit seperti patah, berlubang di sebabkan kejadian alam semulajadi. Adakah ianya berkesan menghasilkan stress melalui menyakitkan pokok gaharu, melalui stress buatan.. emej menunjukan bagaimana stress buatan dilakukan, berkesananya masih menjadi tanda tanya.

Stress buatan

Musuh utama :-
Siput babi
Pokok gaharu juga mudah terdedah serangan serangga, seperti Ulat- ulat  serta Siput pemakan daun.Ulat Memang mengemari daun serta pucuk gaharu, ianya akan merosakkan daun, jika membiarkan tanpa ada penjagaan yang rapi.
Ketika anak benih dalam semaian, anak benih mesti ada pengawasan, ianya terlalu mudah terdedah serangan binatang pemakan daun siput babi.
 Siput babi akan menyerang dan memakan daun anak benih gaharu, dari awal petang sehingga ke pagi.
Anak benih gaharu yang di musnahkan oleh siput babi.
Bena puteh atau kulat :-
Spesis kulat * bena putih ini tumbuh dan cepat merebak dari batang serta daun, ianya boleh mematikan anak pokok secara beransur-ansur. Ianya tidak memilih usia pokok, ianya merebak seperti kenser, Kulat ini tumbuh :-
1) Pokok gaharu tiada memperolehi cahaya matahari yang cukup.
2) Terlalu redup
3) Batang sentiasa basah.
Bena putih atau kulat

Sejenis serangga yang sukar di kesan awal, pemakan akar pokok gaharu adalah musuh paling utama iaitu anai-anai. Jika diteliti dari awal ianya boleh dicegah, dari kesuburan pokok, lama kelamaan pokok akan berubah menjadi tiada berpucuk. Sehelai demi sehelai daun akan menjadi kekuningan akhirnya pokok akan mati.
Cegahan :-
1) Pembersihan tempat simpanan anak benih, bagi mengelak serangan siput babi.
2) Menggunakan racun kulat dos yang rendah.
3) Sebelum memulakan menanaman pokok gaharu, taburkan racun anai anai.
* Note :-
Jauhkan menambus kayu, rumput rampai ketika tapak tanaman dibersihkan, cuba elakan pembersihan mengunakan jentera. bagi mengelak anai-anai membiak di tapak ladang gaharu.

Ahad, 20 Mac 2011

spesis & Resin gaharu

nGaharu sangat penting dalam pembuatan minyak wangi dan penghasilan ubatan.   Harga gaharu bergred double super mencecah USD30,000 di pasaran antarabangsa pada hari ini. Manakala harga gaharu Malaysia yang termahal pernah direkodkan ialah USD27,400. 

                                              

Aquilaria Hirta ( Candan ) antara Spesis Tersohor di Malaysia yang menghasilkan gaharu termahal.

Price: $20.00 (4gms)
Hasil Teknologi Nano mengunakan vaksin AisMicro * spesis Aquilaria Crassna


Spesis A.Agallocha Roxb ini ( From Vietnam and India ) merupakan spesis gaharu yang paling mendapat tempat dengan nilai komersil yang paling tinggi dengan kelas minyak yang terbaik dikalangan spesisnya yang lain.
 Spesis dari Indochina Aquilaria Crassna

From Thailand :- Spesies Sub-Intergra


Spesis gaharu yang mudah ditemui Aquilaria Malaccensis Lamk di Malaysia dikenali juga dengan nama Depu , Karas dan Gaharu. Antara penghasilan teras berkualiti.
 Aquilaria Hirta atau dikenali Royal Agarwood, nama tempatan Candan Berbulu.

Vaksin Allergic yang digunapakai untuk inoculation .

 
 

Sabtu, 19 Mac 2011

Usahawan Gaharu

Asas Usahawan Gaharu
Peribadi
Bila ditinjau mengenai spesis-spesis gaharu dalam pasaran ketika ini, ianya sebagai satu galakan kepada para-para pengusaha yang berminat. Tiada mengira seluas mana tanah yang jadi hakmilik para pengusaha, yang pentingnya ada kemahuan. Pengusaha boleh memulakan penanaman secara sedikit demi sedikit, jika tiada mampu mengeluarkan kos sekali gus. Contohnya;- Keluasan 1 ekar, para pengusaha boleh menjadi 5 lot, satu lot dengan muatan perata 180 pokok gaharu.

Cuma satu hobi, bermula untuk menjadi usahawan gaharu
Usahasama
Semakin hari semakin banyak permintaan bekalan baka gaharu semakin bertambah, ini menunjukkan masyarakat menyedari perladangan gaharu mendatangkan pulangan pelaburan berganda dalam masa yang singkat. Ramai para pelabur berani menghadapi reziko membuka ladang gaharu secara usahasama,  Tanpa mengira keluasan tanah, dari 1 ekar sehingga 10 ekar mula ditanam. Tanah hakmilik banyak terbiar di setiap dearah diserata Malaysia dan memang sesuai untuk ditanam pokok gaharu. Kerbanyakan pemilik tanah tiada mampu mengusahakan sendiri, dengan jalan pintasnya, pelabur diperlukan untuk memajukan tanah-tanah yang terbiar ini. Penjagaan ladang diserah kepada pemilik tanah, manakala pelabur mengeluarkan modal.
Penawaran atau perdagangan Gaharu hanya 20% berbanding keseluruhan permintaan. Keadaan bertambah menruncing kerana permintaan semakin meningkat, sedangkan penawaran semakin susut. Memandangkan situasi ini maka timbullah ideal untuk menanam spesis pokok gaharu secara komersil dengan keadah rawatan teknologi injection. Satu-satu teknologi rawatan mempercepatkan penghasilan Teras oleh pokok gaharu,
tempoh masa 2 tahun dari tarikh rawatan di lakukan.
Perladangan
Bila Kerajaan Negeri mula merwartakan penanaman gaharu sebagai tanaman komersil, secara kerbetulan goldforest sedang giat menjalankan R&D tentang spesis-spesis tempatan serta membawa masuk spesis-spesis dari Negara Indochina, Bermula era baru dalam perancangan goldforest, mula memperkenalkan pembekalan spesis gaharu, penanaman serta penjagaan ladang secara berkontrak.

Pekej kontrak ditawarkan :- ( Mengikut perjanjian semasa rundingan )
1) Pembekalan baka gaharu dari spesis-spesis terpilih * harga mengikut perubahan semasa.
2) Baja asas * organik
3) Penanaman
4) Kayu penyokong anak pokok.
5) Pengurusan penjagaan ( 6 tahun )
6) Rawatan pokok * inoculation * kos inoculation mengikut rundingan semasa inoculation akan dijalankan.
Pakej 2 :- kontrak penanaman
Syarat-syarat peraturan mengikut perbincangan * Harga kontrak mengikut perubahan
1) Pembekalan Baka
2) Penanaman
3) Baja Asas
4) Kayu penyokong Anak pokok
5) Pengurusan penjagaan 3 bulan

Rabu, 16 Mac 2011

Eaglewood / Chipqud

By Inoculation Nano Technology

Gred AA price RM25,000.00 P/KG

 Agarwood Oil Kelantan factory

Kelantan. The price of the oil is RM 300.00 for every 12 grams ( 1 Tola ) container, or equals to  RM 25,000.00 / kg. The price will hike in international market as the RM converted directliy to USD.. ( 1 liter RM 30,000.00 - 84 Tola)

Oud Royale Price: US$390.00
The best oud oil ever distilled, this is the Sultan of Oud
Smells just like the smoke of precios eaglewood when burn
100% pure, from sinking grade eaglewood
A truly Royal gift
3 grams
Borneo 3000
Price: US$359.00
Distilled from sinking grade Eaglewood
The finest eaglewood oil available
Has a fantastic appeal to women
100% pure, from wildcrafted tree
3 grams
Pure Indian Oud
Price: US$289.95
Finest grade Indian eaglewood oil
Wonderfull tenacious, deep, full-bodied Oud bouquet
100% pure, distilled in Assam via traditional techniques
3 grams
This tree was wounded and treated in ogos 2010 and cut during the conference field trip ( 7 months later ). A relatively large area of dark resinous wood can be seen within the tree. The highest concentrations of resin occur at the edge
Of the dark zone.

 

Selasa, 15 Mac 2011

Persiapan tapak ladang gaharu

Negeri                     Status pengusaha Spesis yang ditanam
Kelantan      :- Ladang raayat & persendirian  Malaccensis , Sub Intergra & Crassna
Terangganu   :- Perhutanan & persendirian       Malaccensis , Sub Intergra & Crassna
Pahang         :- Syarikat swasta & persendirian     Sub Intergra & Crassna
Perak            :- Syarikat swasta & persendirian    Sub Intergra & Crassna
Kedah           :- Persendirian                              Sub Intergra & Crassna
Perlis            :- Persendirian                              Sub Intergra & Crassna
N.Sembilan    :- Persendirian                              Sub Intergra & Crassna
Melaka          :- Syarikat swasta & persendirian     Sub Intergra & Crassna
Johor            :- Persendirian                               Sub Intergra & Crassna
Pulau Pinang  :- Persendian                                Sub Intergra & Crassna
Sabah           :- Persendirian                               Malaccensis lamk
Sarawak        :- Persendirian                               Malaccensis lamk 
Bancian pengusaha
Melayu                                                             0.1 peratus
Cina                                                                 0.8 peratus
Lain-lain                                                           0.1 peratus
 
Emej pembersihan tapak ladang gaharu :-                  15/03/2011 
Pemilik :-                                                               Nan Sof
Lokasi  :- Dihadapan MARDI jeram pasu, Pasir Puteh.Kelantan.
Ahli kumpulan:-                                                      Goldforest R&D Gaharu
Pengusaha :-                                                          Goldforest Plantation
Keluasan   :-                                                          1.3/4 ekar
Muatan benih                                                          1,300 pokok
Spesis                                                                    Sub Intergra & Crassna

Ladang Gaharu GoldForest :- Spesis Crassna / Agarlocha roxb & Sub Intergra
Lokasi :- Machang / Keluasan 4 ekar / muatan 4,000 pokok / usia 1 1/2 tahun.
Pengusaha :- Goldforest Plantation.

Isnin, 14 Mac 2011

goldforest R&D Gaharu: inoculation allergic injections strain-stress

goldforest R&D Gaharu: inoculation allergic injections strain-stress

inoculation allergic injections strain-stress

ladang gaharu

Kelompok Genus Aquilaria merupakan spesis pokok bijak,dapat menghasilkan teras *Damar resin atau minyak yang termahal dipasaran antarabangsa. Spesis liar ini hidup subur di hutan belantara asia tenggara, Ianya Di wartakan sebagai spesis bawah kawalan kerajaan. Untuk menghalang kepupusan serta acaman, ideal bernas dari pihak Karajaan mengalakkan penanaman spesis ini sebagai perladangan secara meluas di Malaysia. Penanaman ,kajian dan penghasilan teras dari pokok ini telah lama dijalankan di negara-negara asia Tenggara lain Termasuk negara Malaysia. ( di malaysia kajian giat dilakukan oleh syarikat swasta dan orang persendirian ). Di Malaysia kajian penghasilan teras dilakukan pada Spesis Depu * Karas nama saintifiknya Malaccansis Lamk. Iaitu spesis hutan yang tumbuh liar, yang banyak terdapat di pinggiran kampung, kebun serta ladang getah.
 Ladang gaharu spesis dari Thailand dan Indochina.
 
 Ladang gaharu spesis tempatan Aquilaria Malaccensis
 
Ladang Gaharu spesis Aquilaria Crassna
 
nQUANG NAM — Farmers in the Tien Phuoc District of the central coastal province of Quang Nam are looking forward to improved fortunes, due to a shift in traditional farming methods.The hope for prosperity will be achieved through the exploitation of tram huong (or eaglewood) from gio (aquilaria crassna) trees planted in their own gardens The gio tree is believed to create the famous eaglewood by producing a kind of resin that collects in hollon in the trunk. 
 
Syarikat eaglewood terkenal di Vetnam mengatakan, spesis A.Agallocha Roxb merupakan spesis gaharu yang paling memdapat tempat dengan nilai komersil yang paling tinggi dengan kelas minyak yang terbaik dikalangan spesisnya yang lain.

Khamis, 10 Mac 2011

inoculation allergic injections strain-stress

Inoculation Allergic Injections – Stress sedang di lakukan pada pokok Gaharu tumbuh liar untuk penghasilan Teras. 
Walaupun pelbagai teknik serta pelbagai keadah inoculation di lakukan pada pokok spesis gaharu ini, tujuannya adalah sama, hanya untuk penghasilan teras berkualiti dan bermutu.
 
Ia dilakukan mengikut ukuranlilit pokok,Tebukan sampai ke Carbon ( c15-c15 ), Tebukan juga Berperanan membuat pokok menjadi Stress. Jarak tebukan  penting bagi penghasilan teras, serta aliran cecair bacteria pengalak resin bersambung Sambung membawa cecair keseluruhan tisu pokok.Untuk menghalang kesan tebukan ini rosak *buruk.
 
Teknik lain pula di cipta, ianya bertindak menampal Lubang tebukan, bahan penampal ini bertahan selama 3 tahun, tanpa ada kesan kerosakan pada lubang tebukan.  Setiap tebukan tiada mengenai carbon pokok, Keputusan penghasilan teras akan gagal. Kerana Carbon akan menyerap cecair pengalak resin, ianya juga yang membawa cecair tersebut keseluruhan pokok.Tebukan  dilakukan juga merupakan faktor Pokok gaharu menjadi stress , dengan tersendiri resin,damar atau minyak berkumpul bagi menyembuh kesan tebukan.
 Contoh Inoculation tanpa penampal. Ianya kekal berlubang, menjadi kerosakkan kekal.
Contoh Inoculation menggunakan penampal, tiada kerosakkan kelihatan.

Spesis GAHARU tempatan

Anda mempunyai pokok GAHARU tumbuh liar di ladang getah serta kebun …!! Anda sudah ada aset, Melalui teknologi Allergic Injections Stress kami, 2 tahun dari tempoh rawatan teknologi kami, anda dapat menjual gaharu dari pokok anda sendiri.
Pokok Gaharu spesis Aquilaria Malaccensis ini berukuran lilit 150cm, inokulan dilakukan pada mei 2010
 
Ini pokok Gaharu berharga, tumbuh menliar.  Nama tempatan Depu dikenali dengan nama Karas serta Gaharu dengan nama saistifiknya Aquilaria Malacensis lamk. Terasnya bergitu mahal boleh mencecah sehingga RM14,000.00 – RM20,000.00 per Kilo untuk damar Gaharu gred super dan RM50,000.00 seliter bagi minyak gaharu.
 
Teras semut.
Diperolehi dari  pokok gaharu tempatan dari dahan yang patah, Stressnya dari kejadian alam, yang dilakukan oleh serangga * semut. Proses pengasingan teras * cutbean melalui proses yang teliti. Teras ini dapat diproses untuk penghasilan minyak gaharu berkualiti tinggi.
 

Isnin, 7 Mac 2011

Hasil Teknologi Nano

Aquilairia Malaccensis :-
Rawatan Teknologi Inoculation Allergic Strain-Stress GoldForest ini berusia 7 bulan dengan menggunakan cecair ( * Vaksin ) bacteria Nano teknologi, atau di kenali dengan nama Allergic Micro ( * AiSMicro ), satu-satu vaksin yang telah terbukti dalam penghasilan resin gaharu berkualiti tinggi. 




Hasil kajian Goldforest ini berusia 7 bulan dari tempoh inoculation Allergic Strain-Stress. Keadah terbaru di lakukan bagi penghasilan teras berkualiti, teras akan diperolehi dari pangkal, batang , dahan hingga ranting
 
 
 
This tree was wounded and treated in ogos 2010 and cut during the conference field trip ( 7 months later ). A relatively large area of dark resinous wood can be seen within the tree. The highest concentrations of resin occur at the edges
of the dark zone.