Rabu, 4 November 2015

GAHARU.. Patogenesis..?



Kadang-kadang saya bagaikan mengajak anda, supaya menghayati semasa membaca catatan blog gaharu saya, yang saya gambarkan anda umpama berada dibawah pokok gaharu,  seboleh-boleh anda dapat bayangkan, bagaimana kerja-kerja penginokulasian yang kami lakukan, bagaimana perasan anda ketika berada diatas pokok big size  ketinggian 40 kaki bersama drill ditangan, bagaimana rasa kepenatan dialami ketika mengangkut peralatan inokulasi. Meredah hutan dan mendaki bukit-bukit dan bagaimana rasa kepuasan hati setelah tempoh 3 bulan inokulasi dilakukan.



Setelah beberapa catatan topic saya terbikan mengenai furgus, patologi, bioteknologi, microbiologi, oleoresin dan sesquiterpenes biosintesis, tujuan saya, mahu mendedahkan ungkapan-ungkapan, istilah-istelah mengikut perkataan dari saintifik, kerana saya melibatkan diri dibidang ini, atau di bidang gaharu teknologi dan bukan gaharu semulajadi, tetapi bukan ertinya saya bukan pandang ringan terhadap gaharu semulajadi, kerana kesukaran memperolehi gaharu semulajadi, jalan pintasnya saya bergiat aktif di bidang gaharu teknologi. 



Aquilaria Malaccensis Lamk (atau karas, gaharu atau Depu gajah, family Thymalacceaceae) mampu menghasilkan oleoresin wangi berkayu dikenali “agar” (agarwood /gaharu) setaraf gred kainan. Agar di anggap sebagai produk yang patologi hasilkan oleh serangan fungus-fungus mereput kayu, oleoresin bertindak sebagai pengawal selia. (Bhattacharyya 1952 / Tamuli 2000). Antara spesis fungus berbeza yang berkaitan dengan zon agar, boleh mempamerkan patologenesis manakala yang lain seolah-olah saprophytic, salah satu penyakit dari gejala-gejala serangan fungus secara tiada serata di tisu-tisu pokok terluka atau di lukai.


Perubahan dalam cellulolytic dan pectinolytic aktiviti patogenesis telah dilaporkan (Prassad 1988 & Reddy1988). Peninggkatan dalam Proxidase oksidase aktiviti dalam tisu tumbuhan pelbagai jangkitan berikut oleh pelbagai pathogen telah dilaporkan oleh pengkaji (Loebenstein & Linsey 1961 :/ Addy & Goodman 1972). Kajian kini telah dijalankan untuk mengkaji perubahan selulase, pectinase, Proxidase dan Polifenol oksidase aktiviti semasa Pathogenesis didalam gaharu Inokulasi melalui suntikan pencilan furgus-furgus terpencil antaranya (Chaetomium globosum kunze dan Fusarium oxysporum shiecht) Di suntik kedalam kombinasi yang sihat, bertujuan merangsang pembiakan fungus didalam batang pokok.


Aktiviti enzim diukur dalam keadaan sihat , secara semulajadi dan buatan dijangkiti disuntik sampel-sampel tumbuhan, cara selang dari 10, 20, 30 dan 40 hari selepas tempoh inokulasi. Tujuan nya untuk anggaran aktiviti selulase dan Aktiviti mengikut kaedah penyelesaian dan aktiviti khusus telah gunapakai sebagai kajian (Verma & Singh 1975). Manakala aktiviti Pectinase campuran tindak balas daripada 1 pertin dam 1ml enymemeng ekstrak. (Dubey & Mathur 1975).


 


Satu unit aktiviti enzim dinyatakan kehilangan 1% daripada kepekatan 30 min, Proxidase telah diekstrak melalui keadah oleh 3 pengkaji (Chakravarti & Nadi  1978 dan Purohit 1979).  Aktiviti polifenol oksidase kaedah yang ditemui oleh Purohit 1979 menentukan catechol adalah digunakan sebagai substrat dan pectinase aktiviti. Aktiviti maksimum enzim ini direkodkan dalam tumbuhan 20 hari selepas inokulasi, bagaimana pun berkurangan 40 hari, Aktiviti tertentu celluase dan pectinase adalah paling tinggi berada di dalam kayu semula jadi yang di jangkiti, berbanding dari kayu sihat.

 
 

Aktiviti Proxidase dalam sampel yang sihat kekal tidak berubah 40 hari pengeraman. Aktiviti tertentu 0.077 dicatatkan pada kayu semula jadi yang telah dijangkiti dan 0.052 ditemui didalam kayu sihat. Aktiviti oxidase polifenol ditemui didalam sampel kayu sihat, tidak mempunyai peningkatan yang ketara sepanjang pengeraman, walau bagaimana pun, peningkatan besar dalam sampel polifenol aktiviti oxidase memingkat semasa proses pengeraman.


Aktiviti tertentu adalah maksimum 0,119 didalam kayu yang dijangkiti dan berada didalam kayu sihat 0,054, kajian semua siasatan menunjukan aktiviti semua enzim ke 20 hari proses pengeraman, makalala pada hari ke 30 hingga ke 40 hari pengeraman, aktiviti-aktiviti kedua-dua enzim berkurangan. Oleh itu, selulase yang lebih tinggi dan aktiviti pectinase diperhatikan yang dijangkiti pada kayu, kemungkinan bertanggungjawab tiada serata pada tisu kayu yang membawa kepada penjajahan pathogen dan perubahan didalam benih enzim. (Prasad 1988).




Pelbagai-bagai kajian mendapati aktiviti enzim pectolytic dan cellulolytic dipertingkatkan kerana pengaruh Aspergillus Flavus, dicadangkan, bahawa lebih tinggi peratus daripada enzim pectolytic dan cellulolytic digunakan sebagai alat untuk penembusan fungus, kerana enzim bertanggungjawab mampu merosakan sel, peningkatan ini aktiviti enzim didalam tisu-tisu berbanding tisu yang sihat, disebabkan aktiviti pathogen, aktiviti Proxidane dan polifenoloxidase sama-sama meningkat bersama melalui proses pengeraman dalam tempoh rawatan. (Reddy 1988)



Bagaimana pun. Aktiviti memaksimumkan enzim, telah direkodkan sebagai sample semulajadi dijangkiti dan sample sihat. Proxidase dan Polifenol aktiviti oxidase berada didalam daun-daun yang disuntik dengan Erwiniaa mylovora yang telah dikaji oleh Addy & Goodman 1972. Melalui hujah yang dinyatakan dari kajian ini, peningkatan aktiviti kedua-dua enzim ini setelah disuntik meninggalkan kesan sebagai pengawal, mencadangkan lebih tinggi pengunaan proxidase pada tumbuh-tumbuhan dijangkiti, kemungkinan terjadi akibat kerosakan lebih besar karbohidrat melalui monophosphate, fenolik sebatian dihasilkan yang dioksidase (H202) untuk mengatasi Pathogen. ( Loebenstein & Linsey 1980).



Para-para pengkaji sependapat produk yang utama menghasilkan gaharu disebabkan patologi yang ditubuhkan akibat jangkitan fungus, tetapi , tiada peranan utama mana-mana fungus tertentu tiada berkaitan dalam pembentukan (oleoresin) gaharu, ada yang mengatakan gaharu terbentuk oleh pokok sebagai tindak balas kepada kecenderaan  (Jamaluddin 1977, Rahman & Khisa 1984, Gibson 1877 dan Chalempongse 1990). 


Kita ubah istilah daripada gaharu terhasil kerana di sakiti, kepada kayu dijangkiti (fungus) terhasil daripada aktiviti mikrod dan patologi, tiada siapa nak marah pun, kita ubah istilah tu, memang betul pun, mengikut laporan serta kajian pengkaji-pengkaji sebelum ini , sebulat suara mengatakan gaharu terhasil daripada hasil jangkitan, berulang-ulang kali, berlambak-lambak aktikel catatan laporan dari kaji selidik mereka menyentuh tentang bagaimana kayu di jangkiti menghasilkan gaharu, tetapi masih ada percanggahan teori serta pendapat tentang pembiakan berkaitan fungus , walau pun kajian telah dilakukan berabad-abad lamanya.


Saya sentiasa semak dan teliti laporan-[aporan daripada para-para pengkaji serta saintis penyelidikan tentang furgus, patologi dan aktiviti mikrod yang telah dikaji sebelum ini. Walaupun banyak pencanggahan pendapat tentang mana-mana furgus yang mampu menghasilkan gaharu atau  tidak ada temuan tepat  atau tiada penemuan fungus tertentu mampu menghasilkan gaharu. Dari  melalui kajian-kajian lampau, terbukti, gaharu terhasil melalui proses kereputan, tercedera dan dicederakan, berlaku  kerana jangkitan pembiakan furgus, dikawasan tercedera dan terdedah pada udara, air hujan dan serangan serangga. TQ.