Isnin, 20 Januari 2014

GAHARU.. Azam baru ker.?





Sifat semulajadi saya, tidak mudah mempercayai sesiapa, jika ada yang berjanji sesuatu, saya tiada pegang janji mereka 100%. Saya anggap janji janji mereka hanya cakap kosong, selagi belum mereka tunaikan janji, selagi itu lah saya buat acuh tak acuh. Maaf bos … Kikikikiki.. kerana terlampau kerap terkena, pelbagai bagai ragam perangai pelik di temui dari awal bergiat dan hingga masa ini masih lagi menemui perangai segelintir manusia, hanya pandai bermuka muka dan suka tabur janji janji kosong. 


Imbas kisah kisah dan peristiwa lama bagaimana ketika memulakan urusniaga di bidang ini, sewaktu cuba mendampingi para para pengiat veteran yang tersohor. Ada sebilangannya melayan kita dengan penuh hormat dan setengahnya pula  acuh tak acuh dengan pertanyaan di ajukan, jawab pun bunyi didalam anak tekak jer. Ada setengahnya pula memberi jawapan mengikut teori dari apa yang difikirkan betul oleh mereka tanpa kajian, bukan cerita dari pengelaman yang dilaluinya, seperti terasa cerita cerita di cakapkan itu hanya semata mata rekaan.


Memulakan asas bisnes dengan memasarkan beneh beneh Gaharu , tawaran khidmat kontrak peladangan dan adakalanya beri khidmat penginokulasian tanpa bekalkan vaksin ( Tujuan memperkenalkan teknik baru inokulasian ), vaksin di sediakan oleh pemilik ( kebiasanya vaksin di perolehi dari Negara Jiran ). Walaupun ketika itu telah mengenali siapa pembekal vaksin, tetapi tiada berani, tiada berniat mahu mencuba vaksin ciptaan beliau, kerana terasa ragu ragu tentang penghasilan jalinan resin pada spesis Malaccensis Lamk.


Ketika bermula bergiat aktif sendiri sambil belajar, ramai juga pengiat pengiat bidang terjun datang tawarkan diri untuk bekerjasama. Ada yang tawarkan kenderaan tujuan penghantaran beneh Gaharu, ada juga tawarkan khidmat mahu membantu uruskan penanaman, ada yang sanggup jadi ejen pemasaran dan ada pula yang mahu share bisnes dengan pelbagai bagai draf planning hebat hebat. Hari hari siang malam, mereka sudah tiada boleh nilai keadaan masa, kadang kadang datang bawa isteri, datang awal pagi, senja baru nak pulang, seperti tiada pandai nak nilai diri kita sibuk atau tidak, tiada berganjak selagi tiada kita bersuara, sampai naik muak nak melayannya. “ sorry bos saya ada urusan kat luar..” tapi jawapan nya pula.. “ tak per kita gi berdua..” kikikiki .. semuanya perangkap, telah membuat saya hampir terjerat dari awal awal lagi.

Begitu lah perangai segelintir perangai manusia, buat baik ada tujuan nya. Selagi hajat cita cita mereka tiada kesampaian, selagi itu lah mereka akan dekati kita, setelah kita tiada tunaikan permintaan mereka serta hajat mereka idam idamkan, mereka terus akan pergi dengan seribu alasan, alasan yang selalu kita dengar, 100% kesalahan di letak dan  tinggalkan masalah kepada kita. Yang pasti segala bebanan yang mereka tinggalkan, terpaksa kita terima, akibat dari mereka, susah payah, wajib kita terima, satu kewajipan kita mesti betul kan dan wajib selesaikan demi maruah, periuk nasi kita dan urusniaga kita, kerana mereka lepas tangan setelah mereka perolehi apa yang mereka rancang kan awalnya, hanya mahu mengenakan kita.


Bila saya menghentam, catatan berbentuk sindiran di blog Gaharu saya, ianya adalah catatan dari pengelaman peribadi saya dan jika saya mengaitkan dengan seseorang insan di catatan ini, bukan bererti saya terlampau benci atau muak dengan sifat mereka. Itu adalah hak saya, kerana, betapa peritnya saya menyelesaikan masalah yang mereka tinggalkan menjadi bebanan pada diri saya. Itu lah puncanya saya berani luahkan untuk dijadikan iktibar, supaya para para bakal pengusaha wajib ada sifat berhati hati didalam segala hal, bila melibatkan pembelian beneh, khidmat penginokulasian, pelaburan peladangan  dan urusan jual Gubal. Tetapi, bukan semua pengiat bersifat bergitu, ada yang betul betul amanah dan boleh bertolak ansur didalam pelbagai bagai urusan.


Dua Peristiwa yang paling sukar saya lupakan, ketika munculnya seseorang yang di perkenalkan oleh bekas staf saya sendiri, yang membuat saya mengalami kerugian harga beneh Gaharu, sehingga saya terpaksa jelaskan bayar secara ansuran hampir 15K harga anak beneh pada pembekal. Kikikiki .. Bukan niat nak merungut, saya akur itu bukan rezeki saya. Tetapi, saya dedah kan putar belit perangai seseorang bila ianya gemar mengenakan atau mengambil kesempatan dari kelemahan, kelalaian orang lain. Kan, semua tahu yang pengiat Gaharu semua nya orang berduit, lah kata kan .. kikikiki.. yang sebetulnya pengiat Gaharu ini selalu pokai. Sorry Big Boss.


Ikhlas saya catatkan, saya betul betul geram dengan kerenahnya, sampai sekarang bagaikan tiada boleh di lupai, walaupun mulut saya tetap maafkan, mulut saya hanya pandai menipu diri sendiri, sebetulnya, hati tetap tiada boleh maafkan. Saya telah cuba melupai rupa serta perangainya, saya telah buang jauh jauh perasan benci. Tetapi, bila seorang rakan saya, send imej, send status update FB  dan profil si anu tu . tujuannya, ingin tahu saya kenal atau tidak. kikikiki.. Hati saya mula mendidih kembali, petang itu pula, terjumpa bekas staf yang memperkenalkan si anu tu.. saya basuh habis habisan. Bergitulah  perangai semula jadi saya, jangan sesekali terhegeh hegeh di hadapan saya, sekiranya ada kes yang sukar untuk saya maafkan. Saya bukan marah kerana duit, tapi sikapnya tiada amanah, tiada mahu menilai bagaimana bersusah payah kita membantu ketika dia tersungkur, kaum keluarga sendiri telah hilang kepercayaan terhadap nya.


Taktik si anu tu, cuma pandai mengenakan orang, bermuka tembok, baginya tiada hormati sesiapa, kau lepa, dia akan palu. Kau cari jalan bagaimana nak dapat duit, kikikiki.. belum apa apa dia dah kaut. Itu lah planningnya, mengikut sistem MLM yang dia reka, dia tidak mengira, kau kawan ker, kau adik ker, kau saudara ker, dia tiada peduli, janji asal duit masuk poketnya dan bagi nya wang halal haram itu belakang kira “ kita ikut planning ini, Gold Forest cari punca duit, teruskan masukkan ke akaun syarikat Gaharu ASKL ( contoh ) dan kita agihkan mengikut persen sama banyak ( sampaikan seseorang yang tiada saya kenali pun ada persen )“ itu katanya ( dia cuma jadi pengarah, tanpa kerja ) supaya saya memasukkan harga bekalan anak beneh ke akaun syarikatnya..  ( “ Dia ingat aku nie bodoh sangat ker, aku berkerja dengan nya ker.. modal aku, aku berusaha, mengapa pula dia nak kaut untung..? Makan minum dia, minyak kenderaan dia pun aku support, bukan aku cari dia, dia yang cari aku..”)


Sebelum perjanjian usaha sama dibuat, dia tiada menyedari dirinya di uji. ( Dalam dok uji uji pun tetap terkena juga.) kikikikiki… Duit harga Anak beneh yang dia pasarkan, lesap, tapi kita boleh bertolak ansur lagipun kes pertama , kerana menganggap dia betul nak pakai duit ketika itu dan kes kedua ini, sudah tiada maaf bagimu, awal awal lagi dia sapu nya duit harga anak beneh yang telah di hantar pada pengusaha di luar Negeri, ketika staf menyerahkan bil kepada pengusaha itu, “ saya dah bank in se minggu lepas, dan ini copy penyata  ke akaun si anu..”. Bila call si anu, ternyata, nombor hphone dah tiada aktif, sampai lah awal tahun baru ini, baru dapat tahu yang si anu ini bergerak aktif kembali di bidang kegarahuan.

Saya mula menjadi risau, sekiranya ada pengiat berperangai bergini muncul dikalangan pengiat Gaharu tegal, akan bertambah parah jadinya dan akan tiada kesampaian matlamat usaha usaha murni pengiat Gaharu tegal memperkembangkan industri ini, pasti akan terkubur. Lebih lagi bila terbaca status update memasarkan pelaburan penanaman beratusan ekar. Kikikiki.. dalam hati saya tertanya tanya “ siapalah pula, bakal terkena.. tetapi, sudah ada yang terkena bermillon USD..”.  Tergelak juga semasa membaca komen “ muka sipenipu..”  mungkin dari kawan kawan tak sebulu dengannya atau yang pernah terkena agaknya. Jika dia sanggup buang perangai lamanya, betul insaf, bertaubat segala perbuatannya dahulu dan saya sentiasa doakan. Alhamdulillah, memang terbaik, kemunculan kembali di bidang ini amat amat di alu alukan.

Se tidak tidak nya dia telah memulakan azam barunya, bermula dengan tekad baru, imej baru dan ada halatuju seperti pengiat Gaharu tegal yang tidak sebulu dengan nya, pernah se angkatan dengan nya dan semuga capai kejayaan. Kikikikiki.. Tetapi, saya bagi amaran awal awal, jangan cuba cuba mahu mendekati saya, jika tiada mahu saya bongkar lebih banyak lagi, kerana itu kerja seseorang bergelar blogger.. TQ