Sabtu, 26 Mac 2011

Gaharu KELANTAN dan Inokulan.

Setiap jajahan di Negeri Kelantan , dari Kota Bharu, Pasir Mas ,Rantau Panjang, Jeli, Tanah Merah, Ketereh, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang., terdapat tumbuhan Spesis Gaharu.. Kerbanyakannya spesis liar yang dikenali dengan nama DEPU atau Karas serta Gaharu. Spesis mudah tumbuh di pinggiran kampung, ladang Getah serta dusun buah-buahan nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis Lamk.

      Perancangan penanaman Gaharu di Kelantan , dicetuskan oleh YB Dato' Haji Husan Haji Musa, satu ideal bernas untuk menaiki taraf pendapatan para petani serta pengusaha. Pada awal ianya mendapat sambutan dingin, dengan pelbagai bagai andaian serta pendapat berbeza di kalangan raayat negeri. Cuma ada segelintir syarikat swasta dan orang perseorangan mendahului kajian tentang penghasilan gaharu melalui teknologi.
      Didalam proses kajian ini, terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh para-para inokulan, dari Negara jiran mengambil kesempatan menipu para pengusaha yang baru mahu memulakan pengusahaan di bidang gaharu. Ini melibatkan berjutaan ringgit disapu oleh para-para inokulan dan para para pembekal baka gaharu.

Ideal Bernas yang di sarankan oleh YB Dato'Haji Husan Haji Musa, di sokong oleh Industri Asas Tani & Bioteknologi Kerajaan Negeri Kelantan akhirnya di resmikan perlancaran KELANTAN KORIDOR DEPU oleh YB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Abdul Aziz. Bermula era baru bidang pertanian gaharu Negeri Kelantan, sebagai galakan awal Kerajaan Negeri memberi anak benih gaharu sebagai subsidi kepada petani di serata jajahan... ideal bernas merebak seluruh Malaysia.

Dengan kekecewaan para pengusaha dari syarikat swasta dan orang peseorangan sebagai pengkaji gaharu mula berusaha mencari formula, teknik inokulan untuk membangunkan semula industri Gaharu tanpa bergantung dari inokulan negara jiran yang berniat mahu mengambil kesempatan.

   Spesis gaharu liar amnya Di Malaysia , amat terancam, boleh dikata hampir pupus sekiranya pihak kerajaan tidak mengawal. Ini disebabkan pencuri-pencuri gaharu dari luar negara, mencerobohi hutan belantara Malaysia, mencuri khazanah Negara sesuka hati mereka, akibatnya terbanyak pokok pokok gaharu di hutan hutan simpan ditebang, untuk mendapatkan gaharu. Hasil dari bumi Malaysia terus dibawa pulang ke Negara mereka tanpa ada sekatan.

Sebagai negeri transit atau boleh dikata segi tiga, Kelantan juga merupakan pintu masuk, baka baka spesis gaharu dari negara luar. Spesis gaharu import ini mula menjadi popular di kalangan petani petani di Kelantan serta di seluruh Malaysia. Pernambahan bilangan spesis gaharu di Malaysia mula bertambah, dengan kemasukan spesis gaharu dari luar negara.Ini satu kebaikan, sekurang kurang Malaysia akan mengeluarkan pelbagai bagai genus Aquilaria sendiri dalam 2 hingga 3 tahun nanti.

Dibandar Kota Bharu sahaja 10,000 pokok ditanam dihalaman rumah dan Hampir 1,000,000 pokok gaharu import telah di tanam diseluruh Negara Malaysia, Satu kecapaian yang amat mengalakan, Tahniah YB Dato'Haji Husan Haji Musa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan