Khamis, 8 Disember 2011

Acu try cuba test tanam Gaharu.

11 Tip asas  Usahawan perladangan  gaharu.
1.       Tapak / tujuan
2.       Muatan perata
3.       Pemilihan Baka
4.       Baja Asas
5.       Serangan penyakit
6.       Rawatan penyakit
a)      Furgus
b)      Ulat pemakan daun
c)       Anai2
7.       Baja pengalak akar.
8.       Penjagaan perbersihan ladang.
9.       Aturan pembajaan
a.       Tahun Pertama
b.      Tahun kedua
c.       Tahun Ketiga
d.      Tahun empat.
10.   Inokulasi


11.   Perjualan hasil tuaian pertama anda.
Dalam catatan blog gold-forest sebelum ini , ada catatan yang saya pernah catatkan secara ringkas, ia itu mengenai kaedah penjagaan ladang gaharu. Kermungkinan jarang yang tahu bagaimana nak menguruskan pokok gaharu yang ditanam secara ladang, kerbanyakan para petani menanaman sebagai percubaan 100 hingga 500 pokok sahaja.

Sebagai pengasas memperkenalkan kaedah tanaman 1 lubang 2 pokok dengan keluasan 1 ekar, pada pemulaannya boleh di anggap merugikan. Keadah ini mempunyai kelebihannya tersendiri, yang utamanya muatan dua kali ganda dari keadah tanam 1 lubang 1 pokok dengan jarak 7 x 7 kaki, dalam 1 ekar keadah ini boleh menanpung muatan beneh gaharu 1,600 pokok, jika dibandingkan di antara keadah biasa muatannya 1,000 pokok , jarak tanaman 6 x 6 kaki.

Bagaimana caranya  menanam 1 lubang 2 pokok..?
Tapak tanaman keadah bergini harus dikenalpasti, jika dikira fikiran logik .. semua keadaan bentuk permukaan tanah boleh di lakukan . Mungkin ada para pengusaha mempunyai pendangan berbeza daripada saya, dengan mengatakan semua permukaan tanah sesuai menggunakan kaedah ini.. saya juga setuju dengan pendapat anda. Mungkin pendapat dari saya ini, anggap berlainan dengan anda, saya gemarkan muatan yang banyak serta jarak yang rapat diantara satu pokok ke satu pokok... mengapa..?


Dari pengelaman saya.. beneh gaharu yang dibawa masuk ke Malaysia, beneh dari kultur tisu, beneh di proses di makmal Negara jiran, ini mempunyai akar tunjang yang pendek jika di bandingkan anak beneh dari bijih dan anak beneh yang cambah atau dikenali juga anak beneh yang di cabut di hutan serta bijih di semai sendiri oleh para para pengusaha nurseri. Walaupun alahan serta ketahanan melebihi anak cambah .. saya lebih gemar menanaman anak beneh kultur tisu.

Ideal ini terlintas di fikiran saya , bila mendapati resin gaharu terjadi melalui stress. Walaupun ini teori tapi mengikut faktor juga ianya satu teknik bagi menghasilkan resin semulajadi secara 20% sahaja jika dibandingkan penghasilan 80% melalui inokulasi. Setiap 1 bubang saya masukkan 2 atau 3 pokok dan setelah pokok ini megeluarkan akar baru dan berpucuk, saya pintalkan kedua duanya menjadi satu.

Dua faedah boleh di dapati bila melakukan cara bergini, satunya untuk stress dan keduanya untuk mengelak dari pokok ini tumbang bila di tiup angin setelah pokok ini kertinggian 8 – 20 kaki. Keadah tanam 6 x 6 kaki pula, untuk mengekalkan kelembapan tanah serta dahan dahan dapat membantu kestabilan pokok ketika di tiup angin. Terdapat terlalu banyak didapati pokok gaharu dari baka kultur tisu yang ditanam bila berusia 4 tahun di tanam dengan keadah 1 lubang 1 pokok tumbang terdedah haluan angin.

Untuk  pembajaan tambahan pula saya menggunakan baja pengalak akar berbentuk organik, baja ini bertahan lama jika dibanding dengan baja kimia .. walaupun ada pendapat mengatakan pokok gaharu tiada boleh di taburkan dengan baja kimia .. ini adalah pendapat yang salah, baja kimia boleh di gunakan tetapi dengan dos yang rendah. Dan pokok gaharu juga akan di serang penyakit yang boleh menyebabkan pokok ini mati secara ansur ansur, iaitu serangan kulat putih (bena putih )  atau furgus, untuk membasmikan serangan kulat ini, saya sapukan pada batang pokok gaharu racun anti kulat yang ada dijual dipasaran.


Pokok gaharu juga tiada terlepas dari acaman musuh tanaman , sipemakan daun serta pucuk di gemari oleh binatang seperti siput babi serta ulat , manakala batangnya pula sering di tebuk oleh semut semut serta ulat batang, bergitu juga akarnya digemari oleh si anai anai. Anda boleh mencegahnya dengan semburan racun serangga dos yang rendah untuk kesuburan pokok gaharu anda
.
Bergitu juga peraturan pembersihan serta pembajaan harus dilakukan 3 kali setahun, jangan biarkan sesekali pokok gaharu yang anda tanam di lindungi semak samun . Pembajaan paling penting, walaupun pokok ini spesis hutan, bila di komersil kan ia perlu dijaga. Anda telah lakukan pelaburan, untuk mendapat pulangan pelaburan, wajip ada keupayaan, kesungguhan, ketabahan serta ada sifat kerberanian pada diri anda. Baru anda mendapat pulangan setimpal dari usaha anda.

Ada soalan yang di kemukakan kepada saya .. “ betul ker hasil dari jualan gaharu boleh jadi jutawan ..?”. Bagi saya.. pertanian satu ibadah dan juga satu perniagaan.. ini lah puncanya mengapa saya mengemari perniagaan di industri gaharu, lebih lagi untuk mendapatkan gaharu semakin hari semakin sukar, hinggakan kilang pemprosesan minyak di seluruh Malaysia banyak terhenti operasinya di sebabkan bekalan kayu minyak tiada bekalan.

Walaupun gaharu yang di rawat harga rendah sedikit jika dibandingkan gaharu semulajadi, jika hasil tuaian banyak, ianya juga dapat memberikan pulangan berganda, gaharu rawatan dijual bergred E  dengan RM2,000.00 per kilo boleh dikatakan nilai harga  terlalu terbaik. Daripada anda membiarkan tanah anda kosong tanpa tanaman, yang sudah tentu akan terus merugikan anda, hasil tanah tetap di bayar setiap tahun, adalah lebih terbaik anda, menanam pokok gaharu dengan perjagaan 3 kali setahun. 7-10 tahun akan datang setiap titik keringat anda jatuh ke bumi, ganjaran sudah tentu menanti dari usaha anda. Yang mana lebih baik... tak usaha atau mahu usahakan..?

Saya sebagai pengusaha yang juga menjalankan perniagaan di bidang ini, tiada pernah berangan angan serta terlintas di hati bahawasanya tanam gaharu boleh jadi jutawan.  Bukan senang mahu jadi jutawan .. bukan sekadar tanam gaharu .. tunggu .. jual .. boleh jadi jutawan. Banyak perkara yang harus di tempuhi, wang ringgit juga akan mengalir menanggung semua kos anak pembersihan, pembelian anak beneh, baja, pengurusan dan yang terakhirnya inokulasi, selepas inokulasi harus pula menanti tempoh matang resin di pokok gaharu.

Saya bukan mematahkan semangat anda.. tapi ini lah realiti dari pengelaman , sebagai petunjuk jalan bagaimana caranya untuk menjadi usahawan gaharu kearah jutawan. Kami di Gold-Forest R&D Gaharu adalah perniaga, tetapi kami juga pengusaha ladang, mempunyai beratusan pokok sendiri yang telah kami inokulasi .. kos yang telah di keluarkan ..? Bila anda telah memasuki industri gaharu, anda tiada lagi dapat berpaling ke belakang.. tiada jalan pulang bagi anda.. jika anda pulang, bererti anda gagal dan pelaburan anda hangus bukan jumlah yang sikit.. sia sia lah usaha anda.. hangat hangat tahih ayam .. kata orang tua tua.