Selasa, 26 April 2011

Ulasan spesis pilihan & Gold-forest

Spesis pilihan     
Di kenali                 :-  Depu / Karas dan Gaharu
Nama Saintifik        :-  Aquilaria Malaccensis Lamk
Ditemui                   :- Malaysia , Selatan Thailand, Indonesia dan Brunei
Teknik                   :-  Inoculations Allergic Injections Strain-Stress ( IAISS )
Kesesuaian Vaksin :- 100% serasi
Penghasilan Teras   :-  60% Teknik tuangan
penghasilan            :-  70% Teknik pentup.
Penghasilan           :-  90 % Teknik tuangan dan penutup
Semulajadi             :-  05% terhasil secara semulajadi.

Ianya mudah ditemui dan tumbuh subur dipinggiran kampung, ladang ladang serta dusun dusun.Walaupun tumbesaran agak perlahan ianya bebas dari ancaman penyakit, alahan dan mula mendapat perhatian daripada para para pengusaha. Pokok yang tumbuh sebagai anak cambah mempunyai ketahanan tersendiri, dengan mempunyai akar tunjang yang panjang di tambah pula akar jari yang banyak bagi menyokong pokok ini daripada mudah tumbang.

 Kelebihan spesis ini mempunyai akar yang timbul, merupakan satu yang unik, dapat menghasilkan teras yang padu yang banyak dan berkualiti. Walaupun ianya mampu bertahan dari serangan penyakit, tetapi spesis ini mudah mengalami patah dahan, bila di tiup angin kencang atau ribut. lebih lagi setelah penginokulasian telah dijalankan.. kesan dari lubang injection juga menjadi faktor dahannya terlalu mudah patah.

 Penerangan pelaburan
Industri gaharu merupakan satu pelaburan jangka masa sederhana, pelaburan asas tani ini  memerlukan modal yang agak tinggi. Antara dua aspek pelaburan iaitu pelaburan inokulasian dan pelaburan perladangan. Setiap pelaburan memerlukan kesabaran, kesungguhan serta wajip ada jati diri yang teguh, bagi menghadapi resiko serta  segala kemungkinan tanpa kita menduganya.

Aset 1 & pelaburan peribadi
Kebiasaanya pokok gaharu liar, mudah tumbuh di tanah tanah dusun dan sebagainya. Boleh dikatakan satu anugerah, jika ianya tumbuh di atas tanah hak milik peribadi, ianya juga merupakan asset yang bergitu bernilai harganya, para pemilik sudah ada asset awal untuk memulakan pelaburan jangka sederhana tempoh masa selama 24 bulan.

Aset 2 & pelaburan perladangan
Untuk pelaburan 6 tahun  melalui perladangan gaharu yang di usaha secara peribadi, usahasama atau melalui pengurusan berkontrak. Untuk menjadikan satu asset, modal permulaan pelaburan wajib di keluarkan secara tunai, kos pembersihan, anak benih, upah penanaman, pembajaan , penjagaan selama 5 tahun termasuk kos inokulasian ini. Tetapi ianya satu pelaburan yang berbaloi, pulangan dari kos yang dikeluarkan berkali kali ganda akan di porelehi dari hasil tuaian 6 tahun akan datang.

Perancangan
Pelaburan di industri gaharu, perancangan teliti harus di lakukan dari tapak ladang, sector tanah, spesis bakal di tanam, tumbesaran, alahan, pengurusan, pembajaan, akhirnya  rawatan serta vaksin pengalak resin. Jika semua ini tersilap, segala perancangan pelaburan akan mengalami kegagalan.

Project awal gold-forest ( cetusan ideal )
Goldforest sentiasa berhati-hati berwaspada supaya kejadian sebelum ini tidak berulang, utamanya penipuan tentang vaksin pengalak resin. Kami telah lawati antara pokok gaharu spesis karas , Depu atau gaharu yang di rawat pada tahun 2005 – 2008, kebanyakkan mati dan reput tanpa menghasilkan teras, akibatnya ramai para pemilik bergitu kecewa dan patah hati, kerana pelaburan mereka sia sia.

Jika dibandingkan dengan syarikat syarikat yang telah mencipta nama besar di bidang kergaharuan, gold-forest hanya sebilangan kecil, yang di asaskan melalui R&D spesis dan khasiat pokok gaharu. Setelah mendapat jaminan dari pembekal anak benih serta mempelajari teknik inokulasian. Bermulalah era baru urusniaga gold-forest, memperkenalkan sistem kontraktor perladangan gaharu , pengurusan ladang berkontrak. Pengedar benih gaharu dan khidmat inokulasian secara aktif.


Kajian inokulasian / usahasama
Didalam mempergiatkan kajian teknik rawatan, setiap daerah gold-forest jelajahi di seluruh Negeri Kelantan untuk memastikan daerah yang mana paling banyak di tumbuhi pokok gaharu hutan * A.malaccensis. Satu kampung di satu daerah, dikawasan tanah keluasan 1 ekar, terdapat 100 batang pokok gaharu berukuran lilit dari 30 cm – 280 cm hidup subur tanpa di usik. Perjanjian usahasama dengan pemilik telah dimenterai dan rawatan pokok telah di jalankan pada April-Jun 2010 kesemua pokok.

 Perjanjian usahasama pokok gaharu
2,000 pokok gaharu spesis A. Malaccensis dikhaskan untuk para pelabur, dari sais berukuran lilitan 40cm – 360cm tersedia. Dengan keselamatan terjamin yang tumbuh di atas tanah hak milik kekal tersedia surat akur janji dari pemilik. Ukuran lilit di kira 1 meter dari pangkal pokok, siap untuk di inokulasian bila bila masa.
Pengurusan berkontrak
Pelaburan perladangan
Pelaburan Rawatan ( malaccensis )
Penginokulasian
Vaksin
Pokok yang ditanam
Perjanjian inokulasian
Hasil dari tuaian.






 

Selasa, 19 April 2011

Bioteknologi

Gaharu & Teknologi. ( Catatan 2011 )

“ Bioteknologi adalah asas utama bagi menghasilkan sesuatu produk herba serta bahan – bahan sector input pertanian, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pihak kerajaan, satu bidang yang mesti ada tahaf keberanian  serta yang mampu menghadapi resiko. Teknologi inokulan Nano pula yang  dijalankan pada pokok gaharu, bertujuan pengalak resin menghasilkan teras dalam tempoh yang singkat juga akan menghadapi resiko”.

Minyak dari pokok gaharu,  berkualiti tinggi dan termahal dari spesis aroma lain, Kerana aromanya bertahan lama. Bila R&D dijalankan dengan teliti  sebatang pokok gaharu  dapat di komersilkan dan boleh di proses pelbagai bagai menaafat :- Minuman, perfumes, kesihatan, upacara keugamaan  bagi penganut ugama Budha.

Pucuk gaharu * dijadikan Teh gaharu serta minuman herba, minyak Gaharu ( pemprosesan di jalankan seluruh negara di Asia Tenggara ). Thailand serta Malaysia sudah komersilkan bahan-bahan yang diperolehi dari pokok gaharu. .Para-para pakar perubatan pula giat menghasilkan ubat-ubatan  dan pertemuan terbaru dari pengkaji khasiat gaharu mendapati biji gaharu boleh diproses menjadikan ubat, setanding viagra.
   
** Bagi memperstabilkan pokok gaharu, ranting dipangkas, daun nya boleh di keringkan serta direbus jadikan minuman  herba teh gaharu.

Penduduk di Asia barat pula. Sudah menjadi adat resam budaya mereka, membakar teras gaharu sebagai pewangi rumah. Teras gaharu juga sudah menjadi kebanggaan pada kaum mereka, sekiranya mereka memiliki teras gaharu yang tercantik nilai harga yang mahal. Ianya  lambang status kekayaan serta menunjukkan kemewahan yang mereka miliki.

Penduduk Asia Tenggara , Pokok gaharu di gunakan untuk perubatan tradisional. Pucuk nya di jadikan minuman pemulihan urat sarat dan pelbagainya. Dan kulit gaharu boleh dijadikan tali. Sebagai tali pengikat , tangkal Durian, kayu kayuan dan ada juga di jadikan tali pengikat kasut. Manakala minyak gaharu yang asli .. Mempunyai kelebihannya tersendiri, selain dicampur dijadi perfumes .. ianya mustajad hubungan intim bagi pasangan suami isteri .

Pati  debu gaharu dari prosesan minyak , pula di jadi colok.. Ketika ini terlalu banyak produk dari pokok gaharu di pasarkan, seperti kosmetik, sabun mandi, minyak wangi, Teh , Ubat-ubatan, minuman herba, bantal gaharu, tasbih serta pelbagai produk dari pokok gaharu. Perkembangan yang amat mengalakan, dari kalangan para para usahawan di seluruh Malaysia.
                                      
Memandangkan perkembangan amat mengalakan ini, industri gaharu di Malaysia bertambah kadar yang cepat, disokong  oleh badan-badan kerajaan, swasta serta orang perseorangan, kajian demi kajian di jalankan dari semasa ke semasa. Dari tahun 2006 penanaman pokok gaharu berkembang pesat diseluruh Malaysia, dianggarkan 2,000,000 pokok gaharu telah ditanam, dari pelbagai bagai spesis kelompok Genus Aquilaria. Baka tempatan serta baka yang import.

“ Penawaran atau perdagangan gaharu hanya 20% berbanding keseluruhan permintaan. Keadaan bertambah menruncing kerana permintaan semakin meningkat, sedangkan penawaran semakin susut. Memandangkan situasi ini maka timbullah ideal untuk menanam spesis pokok gaharu secara komersil dengan keadah rawatan teknologi injection. Satu-satu teknologi rawatan mempercepatkan penghasilan Teras oleh pokok gaharu, tempoh masa 2 tahun dari tarikh rawatan di lakukan.”

Resin gaharu dari microskop





Pengamal perubatan trasdisional di Asia Tenggara mendapati pokok gaharu memang mempunyai khasiat pada manusia. Ramuan teh herba dari pucuk gaharu telah memasuki pasaran antarabangsa. Permintaannya amat mengalakkan.
Dengan halatuju Bioteknologi di malaysia semakin berkembang, ianya bukan perkara mustahil, bahan-bahan dari pokok gaharu dapat diproses di Negara sendiri, hasil teknologi ini akan dapat di perluaskan pasarannya oleh para usahawan satu hari nanti. Adanya seumpama ini, industri gaharu akan setanding dengan Negara Negara pengeluaran utama ketika ini.
                          
Kilang-kilang industri pemprosesan *astrack minyak gaharu di seluruh Malaysia mempunyai masalah kekurangan bahan * kayu minyak. Selama ini kayu minyak diperolehi dari kalangan pencari kayu gaharu. Bila penebangan hutan, pembukaan tanah serta permasalahan pencuri gaharu bermaharajalela. Kepupusan spesis gaharu mula di rasai, pengeluaran minyak gaharu menurun dari setahun ke setahun.

                                                                   Cendana                                           


                                                     Minyak Cendana & Karas

Bila keadaan semakin meruncing, ianya di baikpulih, disyorkan penanaman semula bagi menghalang kepupusan spesis gaharu tempatan. Teknologi rawatan bagi penghasilan pengalak resin di bawa masuk ke Malaysia., oleh para para inokulasian dari Negara jiran, pada awal dengan tujuan untuk keutungan serta bentuk penipuan vaksin yang mereka gunakan.. tetapi ada kebaikkanya, sekurangnya para petani berwaspada, boleh belajar, teknik, mengenal pasti vaksin yang berkesanan.. Dari penipuan mereka, lahirlah para para pengusaha, petani dan inokulasian di Malaysia yang berpengetahuan, berilmu serta mengutamakan kualiti.

Bendalir / Bacteria *furgus atau Vaksin yang digunakpakai oleh para para inokulasian pula wajib diambil kira disegi ramuan vaksin tersebut,. Sekiranya ia dicampur dengan bahan bahan kimia, racun atau mekenikal , akan membahaya kepada kesihatan . Walaupun pokok gaharu dapat nyahkan racun, kesan sampingan tetap ada.

Tahun tahun akan datang , lambakkan produk dari pokok gaharu akan menceriakan lagi pasaran antarabangsa, ianya akan bersaing, seiring dengan ramuan herba yang telah berada dipasaran… seperti Kopi Gaharu yang dihasilkan dari bijih gaharu, Teh gaharu dari pucuk gaharu, Sabun mandi , kosmetik dari air astrack teras gaharu, ubat ubatan serta pelbagai bagai selain dari minyak gaharu.

Allergic Stress

Allergic .. boleh  menghasilkan teras padu bergred AA ..?

Penginokulasian adalah teknik ciptaan stress bagi penghasilan teras pada spesis pokok gaharu dan cecair becteria atau Vaksin pula adalah furgus yang membiak di dalam pokok ini. “ Sesguiterpene” yang berada didalam pokok ini adalah cecair resin * damar ini akan berkumpul sekeliling furgus, seguiterpene menjadi benteng menghalang serangan furgus, lama kelamaan ianya akan terbentuk menjadi damar, .maka terhasil teras gaharu dengan mengeluarkan bau-bauan aroma yang halus, manis serta bermutu tinggi.

Teknik penginokulasian dapat menghasilkan 60% teras keropok, bersambung sambung hingga ke ranting. Manakala teras padu akan di perolehi dari pada pangkal dahan, tempat yang berbonggol bonggol , tunggul serta akarnya. Cara logiknya penginokulasian belum lagi dapatkan menghasilkan teras padu daripada pokok gaharu, cuma kajian teknik terbaru yang di cipta bagi menghasilkan teras padu serta berkualiti. Untuk mendapatkan teras bergred AA, memerlukan kersabaran sekurang kurang tuiaan di lakukan setelah tempoh penginokulasian 36 bulan keatas.

A

B

C

A)    Mekenikal
B)     Mekenikal
C)     Cecair pengalak resin digunapakai oleh goldforest R&D gaharu.

Pengeluar vaksin ini dari Negara Thailand,( emej C )  beliau salah seorang yang telah berjaya mencipta nama di pesada kergaharuan di Asia .. .Mempunyai ladang, industri  serta pakar didalam bidang penginokulasian, beliau boleh dijadikan idola sebagai usahawan gaharu Asia yang telah mencapai kerjayaan .. Tahniah.

Cecair bacteria atau Vaksin… ?

Cecair pengalak resin ini , Ia akan bertindak sebagai Anticell selulose.di proses  daripada ramuan tumbuh tumbuhan serta buah buahan bersifat asid organic, Molekut yang halus ini cepat menyerap melalui tisu xilem dan floem , ianya seperti air minuman menyerap keseluruhan pokok hingga ke ranting dengan kadar yang cepat 3 – 10 minit Vaksin ini bebas dari bahan kimia sintetik, mekenikal buatan manusia yang membahaya kepada kesihatan.

                                   

Untuk menilai cecair vaksin yang mana berkesan, akan melalui proses kajian terperinci, di uji terlebih dahulu adakah vaksin mengandungi racun, bahan mekenikal atau tidak. Ujian juga akan di jalankan kepada pokok, berkesanan nya dapat di lihat dari jalinan penyerapan oleh tisu xilem dan floam pokok gaharu. Jika tempoh usia rawatan 3 bulan, jalinan resin didapati. Vaksin yang di gunapakai ini boleh di gunakan, mampu menghasilkan resin berkualiti. Jika tiada ternampak jalinan resin, bererti vaksin tiada berjaya menghasilkan resin.

Pengeluar Vaksin pula, tiada yang berani, atau membenarkan menggunakan vaksin mereka secara percuma sebagai kajian. Hanya mereka mengatakan vaksin dari syarikat mereka adalah terbaik, tetapi bila goldforest meminta contoh dari kajian mereka, ini jawapan yang berikan .. “ kalau tak berjaya, kami pulangkan duit kembali..” itu kata mereka. pendapat kami berbeza dengan pengeluar vaksin ini..  “ 24 bulan .. bukan tempoh masa yang singkat, bila dah ramai yang membeli vaksin ini, dan  terdengar tiada berhasil menghasilkan resin, bila bila masa mereka tutup syarikat..”.

Untuk menjadikan pokok stress, semua pengusaha mampu, tetapi allergic ini yang agak sukar, ianya bergantung 100% dari Vaksin allergic strain stress. Dari allergic yang akan menghasilkan resin, atau furgus yang  membiak membuat pokok akan allergic stress. Faktor utamanya dari Vaksin bukan dari injections atau tebukan.
Dari pengelaman kami, Vaksin yang di perolehi dari pengusaha industri gaharu, pengusaha ladang gaharu, juga penginokulasian adalah berkesan,  jika dibandingkan yang di perolehi dari pengedar yang bertindak sebagai jurujual ( salesman ). Vaksin juga ada di jual di nurseri – nurseri, orang perseorangan dan dipasarkan juga oleh para para inokulan.. tetapi berkesananya .. 000%, mereka sendiri pun tiada contoh dan bukti hasil dari Vaksin yang mereka pasarkan sekiranya ada contoh, contoh ini di beli dari Negara jiran, bukan dari spesis tempatan, dan bukan dari spesis tumbuh di Malaysia.. Di Malaysia tiada satu pun hasil dari pokok yang ditanam dan di inokulasian sudah boleh dituai.            

Bergitu juga dengan mencipta ramuan vaksin, setiap pengusaha harus membuat kajian khusus untuk menghasilkan vaksin, tanpa mengharapkan vaksin yang ada dipasaran, yang belum tentu pasti apakah isi kandungan sebenar vaksin tersebut. Ada juga dikalangan para para inokulasian mengaku vaksin yang dituang selepas suntikkan , mengatakan vaksin ini dari produk mereka sendiri, tetapi hakikat sebenarnya vaksin di perolehi dari Negara jiran.

                                       
Kita harus akur, Negara jiran mendahului teknologi pertanian dari semua aspek, perladangan, pengurusan, Klon baka, penghasilan buahan  serta tumbuhan, semua teknologi pertanian  di monopoli oleh Negara jiran kita. Tetapi sekurang kurang kita tempias juga teknologi pertanian mereka, dengan tunjuk ajar, dedahan teknologi terbaru mereka,  dapat dinaafatkan di Negara kita.. setidak tidaknya kita ada daya saing seiring teknologi dengan Negara jiran.

                                        
     Good ideal

Pada asasnya kita ciplak hasil dari teknologi mereka, jika teknologi tidak dikembangkan.. ianya akan berkubur tanpa ada pengamal untuk upgrade sesuatu teknologi. Walaupun ketika ini penghasilan teras gaharu telah berjaya di hasilkan melalui penginokulasian dan vaksin yang di cipta ianya tidak lagi mencapai tahaf penghasilan teras seperti penghasilan semulajadi (* Teras padu ). R&D harus dijalankan, teknologi rawatan harus di upgrade bagi meningkat kauntiti , kualiti penghasilan teras melalui rawatan betul betul 80% padu , hingga sukar untuk di nilai antara teras semulajadi dan mana teras dari rawatan.

Semua pengusaha di bidang industri gaharu , dari Malaysia , Thailand, Brunei , Indonesia dan Negara Negara Asia lain, sedang giat melakukan R&D tentang penghasilan teras padu dari penginokulasian ini, ianya pasti akan berjaya sekiranya mempunyai hala tuju yang sama kearah memperkembangkan industri gaharu.

Goldforest R&D Gaharu.

Sekian lama kami meneliti semua perkembangan industri gaharu, dari dalam Negara sehingga luar Negara , meninjau laman website, blogger , menjelajah hutan belantara , temu bual di kalangan pencari gaharu, orang asli, petani, pengusaha industri minyak, syarikat syarikat gaharu dan para para inokulasian untuk menilai perkembangan semasa industri ini.

Walaupun pada asasnya kami juga termasuk di dalam golongan para pengusaha industri gaharu di Kelantan, selama ini goldforest hanya menjalankan R&D tentang spesis tempatan , banyak terlibat dengan kontraktor perladangan , pembekalan spesis gaharu dan sebelum menambah penginokulasian sebagai urusniaga , terlebih dahulu mahu pastikan hasil dari kajian penginokulasian sendiri berjaya.. Bila sudah berjaya, kami sudah ada sample bahan bukti, dari hasil kajian .sudah mampu, untuk menjawab sebarang soalan yang di ajukan oleh bakal pengusaha.


Penginokulasian
a)      Khidmat Inokulasian
b)      Pembelian Pokok
c)      Pelaburan jual beli pokok
d)      Pelaburan usahasama berkontrak.

7 tip

7 Tip
1) Pemilihan baka
Bakal pengusaha memilih baka gaharu, kemungkinan hanya mendengar khabar yang mengatakan spesis tertentu elok ditanam, tetapi tiada pengetahuan khusus tentang pemilihan yang mana, baka yang terbaik untuk di tanam secara perladangan.
                           
Empat keadah yang terbaik untuk memilih baka gaharu.
1)      Cepat membesar
2)      Tiada banyak alahan penyakit
3)      Baka yang senang di dapati
4)      Berkesanan vaksin / Bacteria

2) Penjagaan
Bila baka gaharu di tanam di tapak yang sesuai, ianya akan cepat membesar dengan penjagaan yang sempurna, pembersihan dari semak samun, kerperluan air yang cukup, pembajaan mengikut jadual, semua spesis gaharu akan membesar dengan cepat. Tak kira baka mana yang di tanam , tisu culture , Anak bijih baka tempatan atau anak tunggul, semuanya dapat menghasilkan teras serta minyak berkualiti.

Topsiol ( sisa buang daripada kelapa sawit )

3) Meracun dan pembajaan
Disegi penjagaan elakkan gunakan racun rumpai dengan dos yang terlalu tinggi, ketika meracun , semburan jangan mengenai pangkal pokok. Tahun pertama, gembulkan tanah di sekeliling pokok sekurang kurang 2 kali setahun. Pembajaan boleh dilakukan 3 bulan sekali atau boleh juga dilakukan pembajaan 2 kali setahun.

4)Pangkasan Pokok.
Para para pengusaha ladang biasa gemar melihat keadaan pokok yang subur, cantik dan tersusun. Tip utama yang kebiasaanya di lakukan ketika pokok berusia 8 bulan, pokok gaharu akan mengeluarkan ranting liar, untuk mengstabilkan pokok, ranting liar ini di pangkas, cat disapukan pada kesan pangkasan bagi menahan di jangkiti kulat.

                   

5)Baja
Baja organic adalah pilihan terbaik untuk pokok gaharu, ianya dapat gembulkan tanah serta kesan sampingan utamanya akar tiada rosak. Baja-baja organic mudah didapati, dengan harga yang murah, lava gunung berapi, Campos * tahih cacing, Organic campuran, tahih kambing * diproses menjadi debu dan pelbagai lagi. Baja orginik ini akan bertindak pengalak akar, untuk baja pengalak daun pula, baja semburan ini mudah didapati.


Organik campuran
6)Musuh utama.
Anai-anai adalah musuh utama semua tanaman termasuk pokok gaharu. Untuk mengcegah dari anai-anai membiak di ladang , sekiranya pembersihan tapak menggunakan jentera atau jentolak, jangan sesekali, menambus pokok serta semak samun, sebaik baiknya dibakar dan taburkan racun anai anai sebelum memulakan penanaman.

7)Ulat pemakan daun.
Ulat spesis rama-rama dan kupu kupu, ianya gemar bersarang di daun daun muda pokok gaharu, kebiasaan nya berlaku ketika pokok gaharu berusia 7 bulan hingga 3 tahun, untuk mengelaknya gunakan racun ulat kadar dos yang rendah.
                              
Ulasan :-
Dalam pemilihan baka goldforest R&D gaharu, tidak mengatakan spesis import adalah yang terbaik untuk ditanam. Tetapi jika pertanian satu perniagaan, maka spesis import lah yang terbaik, factornya:-
1)      Tumbesarannya cepat jika di banding dengan spesis tempatan.
2)      Mudah subur
3)      Baka nya senang di perolehi
4)      Penghasilan teras melalui inokulan telah berjaya di hasilkan kepada spesis spesis ini.

Spesis tempatan dapat menghasilan teras berkualiti, dari pengelaman kami, Aquilaria Malaccensis berupaya menghasilkan teras melalui penginokulasian, sekiranya dos vaksin mengikut sukatan yang betul serta teknik penginokulasian dilakukan ketika cuaca kering. Untuk penanaman, tumbesaran agak lambat. Serta bakanya sukar didapati, jarang jarang nurseri menyemai untuk komersil spesis ini.


Caranya paling terbaik, bijih spesis tempatan mudah di dapati, sekiranya pengusaha mempunyai pokok liar yang tumbuh di ladang, dusun serta spesis ini banyak di temui di pinggiran kampung, setahun sekali ianya akan mengeluarkan buah, akan gugur setiap bulan 6 – 8, bulan 12 ianya mula bercambah. 
              
 Tawaran …!!
Tawaran Pakej Kontrak perladangan gaharu ( Kelantan )
1)      Anak benih
2)      Penaman
3)      Baja asas
4)      Pakej tiada termasuk pembersihan tapak ladang.

Sais
Spesis
1000 pokok
2000 pokok
3000 pokok
4000 pokok
1 ½ - 3
Campur
9.50
9.30
9.00
8.50
3 ½ - 4
campur
11.00
10.70
10.50
10.20
pakej
Percuma
50 pokok
100 pokok
150 pokok
200 pokok


* Spesis Import tisu culture
( a ) Aquilaria Crassna  -  Indochina
( b ) Aquilaria Sub-Intergra – Thailand
( c ) Agallocha Roxb – Vietnam & India * perubahan mengikut bekalan.

Syarat-syarat dan peraturan
a)      Harga kontrak tertakluk kepada perubahan semasa
b)      Pembayaran diposit 50% sebagai tanda persetujuan.
c)      Pembayaran 30% hendaklah dijelaskan setelah penanaman siap 70% dan
d)   Baki 20 % dibayar setelah penanaman selesai

Ciri ciri penanaman  di amalkan goldforest R&D Gaharu.
a)      Sektor permukaan , lapisan tanah dan sekitaran
b)      Perdedahan keadah penanaman spesis campuran.
( spesis terpilih dan berkualiti )
c)      Keadah Pembersihan tapak tanaman tanpa jentolak.
d)      Perjimatan kos.
e)      Sistem Pengurusan secara berjadual
f)       Pembajaan tanpa bahan kimia
g)      Sistem Penanaman secara lot
h)      Sistem pawah * sewa tanah tapak ladang berkontrak.

Rabu, 13 April 2011

pemilihan baka

Dalam pemilihan baka spesis gaharu :-
1)      Spesis dari hutan
2)      Spesis dari tisu culture
3)      Anak tunggul dari hutan.

Spesis dari hutan
Merupakan pemilihan terbaik untuk di usahakan sebagai perladangan, walaupun tumbesaran agak perlahan, ketahananya serta tiada alahan penyakit .  Hanya 2 spesis baka di Malaysia yang mudah ditemui, Aquilaria Malaccensis lamk dan Aqilaria Hirta. Dua cara untuk menyemai spesis spesis ini, bijih dan anak tumbuh. Pada bulan setiap bulan mei buahnya akan gugur dan bercambah di sekeliling

Keadaan cuaca mesti diambil kira, untuk mencabut anak tumbuh bagi mengelak akarnya kering sebelum disemai. Untuk mengekalkan kelembapan gunakan :-
1)      Bungkus akarnya dengan tisu basah atau
2)      Kain basah atau
3)      Gunakan baldi berisi air
4)      Lakukan ketika cuaca tidak terlalu panas.
5)      Semaian sekan padi bakar
6)      Jarak tanaman 8 meter x 8 meter
7)      Lubang tanaman 30cm x 23 cm x 23 cm
Ketika dalam semaian, gunakan netpolly * plastic sebagai teduhan , dengan siraman air sekurang kurang 2 kali sehari. Kebiasaanya pokok gaharu akan berpucuk 2 minggu dari tempoh semai, anak semaian juga mermerlukan siraman baja 1 bulan sekali. Kersesuainya pernanaman  anak semaian  kertinggian 1 ½ kaki, jarak tanaman pokok semaian 8 meter x 8 meter .

Spesis dari tisu culture
Spesis ini di bawa masuk dari Negara –negara Indochina melalui Negara Thailand, serta Thailand juga membekal spesis klon Aquilaria Sub-Intergra, spesis dari Indochina yang mendapat tempat di kalangan pengusaha di Malaysia, Aquilaria Crassna dan dari Vietnam India pula Aquilaria Agallocha Roxb. Semua spesis ini adalah hasil dari  tisu culture, yang makmalnya beroperasi di Thailand.

Tumbesaran dan tempoh matang spesis import ini bergitu cepat, jika dibandingkan di antara spesis tempatan. Factor utama Kelemahannya alahan penyakit kulat, anai anai serta ulat penyebab utama pokok import ini mati dan mudah tumbang bila berusia 3 tahun, akar tunjangnya pendek hanya di sokong akar jari yang banyak.
Untuk mengelak alahan :-
1)       musuh tanaman :- menggunakan racun ( Kulat , Ulat dan anai anai )
2)       Mengelak dari tumbang :-
(s)   Kayu penyokong
(b)   Menanam 1 lubang 2 pokok.
( c ) Mengunakan baja pengalak akar
( d ) Lubang tanaman  30 cm x 23 cm x 23 cm

  Mengapa para para pengusaha menyukai spesis Import …?
1)      Dalam perniagaan , setiap pelaburan yang dilaburkan, pulangan pelaburan masa yang singkat yang di utamakan. ( tempoh matang spesis import singkat )
2)      Dari kajian serta berkesanan penghasilan teras, spesis import ini telah terbukti dengan menggunakan vaksin ketika ini, menghasilkan teras berkualiti.
3)      Spesis import banyak di jual dan mudah diperolehi.
4)      Harga ditawarkan berpatutan, jika dibandingkan dengan harga spesis tempatan.
5)      Mudah subur
6)      Jarak tanaman 6 meter x 6 meter

Untuk mendapat anak semaian bijih spesis import ini, dalam 2 hingga 3 tahun lagi, Negeri Kelantan akan mengeluarkan pelbagai spesis anak bijih dari spesis import  sebagai pembekal utama di Malaysia.



Berita  :- Taman Herba Pusat Latihan Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN ) yang sedang di baikpulih akan di tanam dengan pelbagai pokok Spesis herba termasuk semua spesis Gaharu. Usahasama goldforest R&D Gaharu & LKTN. Gold forest juga sedang mengenalpasti tanah keluasan 4  ekar untuk perladangan semua spesis gaharu di daerah, pasir puteh, Kelantan.

Anak tunngul :-

Ada yang gemarkan anak tunggul, ada pula menyukai anak semaian bijih dan ada yang meminati tisu culture. ianya mengikut selera masing-masing, Anak tunggul atau anak cantasan ini banyak di temui di ladang, dusun di pinggiran kampung, Keadah mencabut anak tunggul ini, pengalian dilakukan  perlu berhati hati, seboleh boleh akar tunjang serta akar jari tidak rosak walaupun sedikit .

Bahan yang diperlukan semasa mencabut anak tunggul bagi mengekal kelembapan :-
1)      Kain conton basah  / guni benang jud ( untuk membalut akar )
2)      Jauhi dari cuaca panas.
3)      Lilin

Semaian :-
1)      Teduhan
2)      Pollybag mengikut sais anak tunggul
3)      Sekan padi bakar campur tanah

Semasa dalam semaian, siraman baja juga diperlukan untuk pengalak akar serta pengalak daun. Jika di usahakan anak tunggul ini dapat dipasarkan dengan harga yang tinggi, ianya mempunyai kelebihan tersendiri, kesan cantasan merupakan stress semulajadi.


Permintaan pembekalan anak tunggul jarang diterima daripada para pengusaha, sebilangan kecil nya , permintaan daripada pengusaha industri pemprosesan minyak yang berani mencuba penanaman anak tunggul ini.
Anak tunggul di semai di atas permintaan pengusaha, 4 – 6 bulan dari tempoh semaian  atau setelah mengeluarkan pucuk , anak tunggul boleh ditanam, jarak tanaman 8 meter x 8 meter . peratusan hidup 70% :-
1)      Lubang tanaman 40cm x 40cm x 40cm.
2)      Baja alas / organik
3)      Keadaan tanah lembap