Selasa, 17 September 2013

GAHARU .. Dinding Kayu , Atap Rumbia.


Di lokasi mana staf saya menjalankan inokulasi, saya sentiasa ikut sertai staf staf saya, sama sama bermandikan peluh, sama berpanas, sama berhujan dan sama merasai keenakkan menjamu selera di bawah pokok gaharu ditemankan si pacat serta nyanyi nyamok. Kami menemui ketenangan ketika berada di hujung kampong, jauh dari riuk pikok, bunyi kenderaan hanya yang terdengar nyanyian ungas, cengkerik dan siulan sang burung.

Tanpa saya sedari, saya telah melatih 3 group terdiri 10 orang staf penginokulasian yang terbaik, berkerja tetap dan sambilan, mempunyai kepakaran memanjat dan satu group terdiri 4 orang  di latih khas untuk project peladangan. Mula melatih 3 staf baru, mempunyai kepakaran tersendiri berperanan sebagai marketing, trading dan pengurusan kilang pemprosesan minyak gaharu. Kikikikiki.. anda tertentu terkejut, ramainya berkerja dengan gold-forest R&D gaharu. Saya tetap amalkan planning asal dan slogan kami Together Toward One Direction, tiada sifat pilih kasih.


Saya bukan niat mengumpul kekayaan hanya untuk peribadi dari hasil jualan gubal gaharu, JUTAWAN memang impian saya, tetapi, status JUTAWAN impian kami semua, status ini harus di miliki, di kongsi oleh semua staf Gold-Forest R&D Gaharu. Mereka lah yang sentiasa dibasahi peluh, berhujan, menanggung bebanan mengangkat peralatan, bertukus lumus menyiapkan setiap project secepat yang boleh, saya hanya sekadar membantu ada masalah tiada dapat di selesai.

Tugas paling penting saya pikul , penambahan pokok untuk dirawat, tagged edaran anak beneh, memcari shared inokulasian , kontrak peladangan gaharu, mendapatkan bahan ramuan vaksin, memberi motivasi jati diri, agar mereka saling menghormati, melatih menjawab sebarang pertanyaan dari tetamu, salurkan ilmu kegaharuan, memdedahkan teknik teknik inokulasi terkni, mesti berusaha setiap masa  kumpulkan dana project manakala mereka semua yang mengusahakan, menjayakan 80% planning, tagged dan hala tuju Gold-Forest R&D Gaharu. Tanpa kesungguhan, sikap amanah serta ketekunan mereka, Gold-Forest R&D Gaharu tak akan mampu berdiri sehingga kini.

Tiada erti nikmat kejayaan jika saya secara peribadi berumah batu beratapkan genting, hidup dalam serba kemewahan, manakala staf staf saya rumah dinding kayu beratap rumbia, tiada apa apa perubahan. Pada hal hasil yang saya perolehi dari keringat, titik peluh serta sikap amanah ketekunan mereka. Saya mengenali tahaf kehidupan seseorang staf saya, ada yang kerja cari rezeki, kais pagi makan pagi, ada mempunyai keluarga amat besar, ada yang menumpang tinggal di tanah orang lain dan saya sebagai majikan, di amanah  dan tentu kebajikan mereka wajid saya menjagainya.

Bukan niat saya untuk meninggikan diri, mengaku saya adalah majikan terbaik. Dari fahaman saya, apabila satu koloni di tubuhkan, bererti bermula lah sikap membantu sudah menjadi lumrah didalam satu kelompok. Apabila saya renungi semula dari apa yang telah saya lakukan sebelum hari ini , memang betul dari ucapan mulut seseorang pernah berkata .” patut lah engkau tak semewah jika dibandingkan dengan pengiat gaharu lain, pengiat lain,bukan main lagi, tapi engkau tiada apa apa perubahan.” Saya tetap gelak dan jelaskan .” saya akan besarkan koloni ini, bila telah besar dan teguh, saya akan pecah pecahkan, di sinilah semuanya akan bermula, saya  akan dapat rehat dan pendapatan masuk setiap sudut, kerana saya telah membeli masa kerja mereka, mereka akan terikat dan terus kekal berkhidmat dengan saya”.

Mengapa saya gemar catatkan hal modal permulaan dan masa adalah paling wajid diutamakan, bagaimana kita mahu mendapat masa dalam sehari beratus ratus jam. Padahal satu hari berkerja cuma 8 jam. Jika kita berkerja seorang, masa kerja kita cuma 8 jam, kalau larat kita sambung 2 jam lagi, maka sehari 10 iam masa kita kerja. Kita tak akan menikmati kemewahan dengan cara ini, soal makan, pakai dan sara anak isteri tiada masalah, tetapi, cukup bulan dapat gaji atau untung perniagaan, tolak bayar pinjaman perumahan, bayar segala bil bil, ansuran kenderaan , hutang peribadi, hutang kredit card, hutang abang long, nafkah isteri, kos persekolahan anak anak ,  barangan dapur dan minyak harian kenderaan kita, berapa sen jer balance setiap bulan..?

Kita ulas di segi kegunaan masa. Jika modal anda terkumpul atau mempunyai tabungan, anda mampu membeli masa orang lain, bergini cara saya lakukan. Contohnya masa ibarat kertas, anda ambil sekeping kertas, anda lipat lipat dan lipat , cuba anda koyak koyakkan dan kira sempihan kertas tadi, tak terkira jumlahnya kan ..? itu masa anda yang di perolehi dari masa luang orang lain, anda membeli masa mereka untuk mereka selesaikan kerja harian anda. bila anda fikir dengan teliti, Sifat kedekut dan tamak di hati kita kian hilang, kerana pendapatan kita dari hasil kerja di usahakan oleh orang orang yang kita beli masa mereka, kita perolehi berganda ganda setiap bulan dan yang pasti tempoh masa kerja dapat disiap terlebih awal dari sepatutnya, orang lain kerja bertukus lumus kerja 26 hari 208 jam, kita cuma kerja 6 – 10 hari sebulan menyiapkan sesuatu project, tetapi pendapatan lebih dari 8 bulan gaji. Kalau anda mempunyai 10 orang pekerja daraf 8 jam sehari, berapa jumlah jam anda dapat dalam 1 hari..? ini lah puncanya, orang lain mampu memiliki kemewahan awal berbanding dengan kita.

Kerja hakiki kami sebagai penginokulasian, kontrak peladangan gaharu, mengedar anak beneh, tiada terganggu,  kami juga dapat melakukan kerja kerja sampingan lain, senikraf, ternakan kelulut, kontraktor perumahan dan pelbagai bagai kerja bagi mengisi masa terluang terlalu banyak. Jka cara ini di teruskan, di amalkan,kita tiada jadi penguni rumah dinding kayu beratap rumbia, yang pastinya rumah banglo bertingkat tingkat mampu di miliki. TQ.

Jumaat, 6 September 2013

GAHARU .. Stress atau Allergic ..?



September 2013 jadual harian padat di penuhi sepanjang hari, 1hb September, jelajahi beberapa lokasi di serata dearah pokok pokok yang siap di inokulasi dan sayangnya masa tiada izinkan melawat pokok pokok yang bakal di inokulasi tahun ini. Bermula 2hb September selama 5 hari menjalankan inokulasi menghabiskan vaksin di peruntukkan 50 liter serta ratusan bilah bamboo stick (BS), tetapi pokok pokok di lokasi ini, masih berbaki hampir ratusan batang pelbagai size, terpaksa rest kejap project inokulasi .. kikikikiki .. stress fikiran dan termasuk stress poket, maklum lah kita orang hanya perahu kecil.
Terasa benggang.. sampai sakit kepala dok memikirkan pelbagai bagai masalah yang datang dan yang sengaja di cari, pikul bebanan hunter minta pertolongan jualkan gubal gaharu mereka, melayan panggilan broker gaharu nak lihat gubal,  nak tambah itu, nak upgrade ini, tergaru sana tergaru sini, siapkan draf planning nak tanam beribu ribu pokok lagi , isk isk tak ubah kera terkena belacan. “ Apa lah, nak teruk terukan sangat, melayan fikiran, layan hati orang itu, layan hati orang nie, nak nampak kita baik orangnya, orang tiada kenang pun budi kita boss, nak cipta teknik inokulasi terbaru, nak di cop gah, nak dikata tersohor dan supaya di iktiraf berjaya cipta teknik inokulasi terkini.. kikikiki… gunapakai jer boss, teknik teknik lama yang di ciplak tu, biar betul betul hasil dari teknik lama tu hasilnya berkualiti.. ker bagaimana.."? betul jugak.

Perkataan stress dan Allergic sudah terlalu kebiasaan di dengari, kita manusia sering mengalami keadaan ini .. betul tak.? Jika kita nak merasainya pelbagai masalah, senang jer kan, cari masalah banyak banyak , lakukan kerja tanpa henti akan alami lah berkeadaan bergini, kalau teruk mahu kan lagi stress , cuba cipta sesuatu yang baru, yang tak di terima oleh akal. Bergitu juga allergic , yang tak sepatutnya perut kita tak boleh terima makanan bergini, kita tibai juga. Dah tahu kulit tubuh badan kita alahan bahan bahan tak serasi, kita sapu juga, mula mengalami gatal gatal sana sini.. tanggunglah .. kau.
Ketika alami keadaan stress, pantang isteri silap cakap, pantang silap kawan gurau, pantang anak anak bergaduh sesama mereka, darah bergitu cepat naik ke kepala, marah isteri marah si anak dan kat kawan pun tunjuk penumbuk. Kikikikikiki.. tapi, marah marah kat isteri, malam malam elok elok di peluknya juga. Yang si allergic ini pula, pantang terjumpa kawan, bertanya ubat mana paling mujarab, silap telan ubat, kelain pula jadinya. Terbaiknya jumpa pakar tuan doctor, dapat ubat dan nasihat, jangan makan itu dan jangan makan ini, bila sembuh semua sapu, dah terlupa tentang allergic.
Nak catatan tentang gaharu ker, apa nie, topic agak berlainan jer..? kikikiki.. sorry boss. Jangan sesekali stress ya.. Pokok gaharu wajip di lakukan supaya stress dan allergic  juga,. Kalau selalu sangat  cakap tentang pokok, catat jutawan gaharu, tentang gubal, resin, injections, inokulasian, tentang spesis family Themalaccensis, selulose, sesguterpene, tisu xilem dan floem ,  stress juga kan.. boss.?. Saya pun naik stress juga, dok cerita perkara yang sama, kita catat pelbagai bagai hal, baru real sikit, tak lah stress sangat. Sambil baca catatan blog gaharu nie, kita makan dan kita minum, apa apa yang patut, janji makanan tiada mengandungi bahan bahan yang akan mengakibatkan tubuh badan kita allergic.
Pertamanya nak bertanya, yang kau , takel takel seluruh batangnya , yang kau bersusah payah panjat pokok tu, yang kau tebuk tinggi sampai berpuluhan kaki, yang kau tuang vaksin dan kau sumbat bukan main teruk, kau tukul kan bamboo stick tu, apa tujuannya..? sudah tentu jawabannya, supaya pokok gaharu menghasilkan gubal, betul ker salah jawaban ini.. rasa rasanya betul lah tu kan..? Yang kau siat kulit pokok sampai licin dan kau sapu vaksin pula.. bagaimana pula, tujuan apa nya pula ..? tapi, mengapa pula kau ada cop, group group penginokulasian ini, lakukan kerja yang tak masuk akal..?
Kikikikiki.. jangan mudah stress boss, kita terima dengan se adanya perkataan bergitu, kita telan jer seperti minum air sirap, seperti telan panadol, tak akan allergic, punya. Ini tugasan kita, ikut suka kita nak buat sebagaimana teknik sekalipun, sebab kita yang tahu, kita arif di bidang kita cari makan dan kita ada matlamat tersendiri untuk merubah masa depan keluarga kita, kau orang tahu apa, vaksin dan pokok gaharu pun tak kenal.
Nak bertanya pada yang mengeluarkan perkataan bergitu, yang kau paku, kau skru , siat siat kulit dan kau takel takel seluruh batang pokok itu, apa ke halnya..? sudah tentu akan di jawab, supaya pokok sakit dan akan terhasil gaharu. Kikikikiki, dah tentu perbuatan itu dah kertinggalan, menjalankan teknik bergitu sudah tidak di amalkan lagi dan orang dah tak pakai teknik bergitu. Walaupun bagaimana di lakukan, untuk pokok sakit dan alahan kan..? Dan satu lagi teknik inokulasian tak digunapakai, injections beberapa lubang, masukan paip dan gantung vaksin mengunakan botol. Rasa rasanya masih lagi ada yang gunapakai keadah ini.
Teknik mengunapakai bamboo stick atau BS di katakan betul betul memberikan stress berpanjangan dan mampu menghasilkan gubal gaharu berkualiti tinggi. Kalau tak sumbat BS ini pun, pokok tetap akan stress, kerana di injections beratusan lubang. Kalau hanya menggunakan BS tanpa di jeruk dengan vaksin, penghasilan gubal tiada terhasil. BS dan Vaksin kedua duanya memainkan peranan utama penghasilan gubal gaharu melalui keadah inokulasi, bamboo stick menghasilkan stress, manakala vaksin bertujuan mengallergic pokok.
Dulu dulu penginokulasian mengunakan bebola kaca ( guli ) sebagai penutup lubang injections , sekarang ini guna BS .. kikikikiki., habisnya di sapunya guli mainan anak anak. Entah apa tujuan penginokulasi melakukan teori bergini, teori di bawa masuk dari Negara jiran. Teknik ini sampai sekarang saya masih belum memahaminya, apa factor sebenarnya, Cuma dua jawaban yang bermain di fikiran saya, tujuan mengelak lubang injections di reput terlalu luas dan menghindari di masuki air hujan. Lakukan lah apa apa teknik inokulasi bagaimana sekali pun, dari teori logic di fikiran , janji pokok  tetap stress dan allergic, paling penting penghasilan tetap berkualiti. TQ.