Selasa, 26 Februari 2013

Gaharu ku kenali



Setiap hujah serta pandangan dari setiap orang sudah tentu ada pembezaannya, bergitu juga minat seseorang,  ada amat meminati warna biru dan yang lain pula minat warna hijau. Pelbagai bagai citarasa semula jadi, di antara seseorang yang lain , sudah tentu ada pebezaan dan jarang jarang mempunyai minat yang sama, tapi ada satu minat pada perkara ini, sama.. hehehehehe.. sudah tentu duit, sebut sahaja duit, setiap seseorang manusia akan berusaha untuk memdapatnya.

Saya bukan mahu catatkan, soal pelbezaan minat, pelbezaan pendapat, soal soal politik . isu isu semasa , mahu memburuk buruk atau memdedahkan perkara yang tak baik. Tujuan catatan catatan di blog ini, cerita, maklumat serta hasil penemuaan kami melalui penghasilan gaharu melalui teknologi. Bukan ada niat kami mendabik dada mengatakan kami serba tahu. Tetapi atas kesedaran, maklumat tentang penghasilan gaharu teknologi masih ada yang masih tiada mengetahui gaharu boleh dihasilkan melalui rawatan memulangkan pelaburan berganda ganda.

Saya bukan sekadar blogger gaharu, yang hanya tahu menaip cacatan, apa faedah yang saya dapat pada blog gaharu ini..? Di siar secara percuma, tentu membazirkan masa, berjam jam menghadap PC setiap kali menyiapkan cacatan blog. Kerana saya usahawan, penginokulasian dan pengedar anak beneh, terasa terpanggil untuk dedahkan hal sebenar, factor serta teknik inokulan yang betul , agar para para bakal pengusaha tiada tertipu dan mempunyai ilmu, sekurang kurangnya dari catatan blog gaharu saya, anda dapat menjadi paduan.

Di Antarabangsa GAHARU di kenali  nama Jin koh, Jinko, Aloeswood, Agar wood, Eagel wood, Oud ,  Gaharu, Ching Keras, Cloup Gaharu, Kekeras, Kepang , Ahir, Garu, Halim Karas, Mengkaras, Engkaras dan Seringak. Manakala kepingan gaharu dikenali di Asia Barat Al-Bakhor.

Pokok sebesar empat pemeluk, jika di tebang belum tentu mempunyai gubal, selagi pokok ini subur ianya tiada menghasilkan gubal. Sekiranya ada cuma sedikit. Habis tu, mengapa yang berani meananam beribuan pokok.? Cuma satu teknik yang mampu menghasilkan gubal dengan sejumlah yang banyak, iaitu teknik rawatan atau inokulan. Tetapi jangan mengharap semua teknik inokulan ini Berjaya, inokulan tiada mampu menghasilkan gubal, ianya bergantung sepenuhnya pada cecair pengalak resin ( Vaksin ) yang mengandungi bacteria halus.

Dari kajian saya, Walaupun spesis gaharu yang tumbuh di Asia tenggara, antara nama spesis Aquilaria Sub-Intergra, Aquilaria Crassna spesis dibawa masuk ke Malaysia di lebelkan mampu menghasilkan gubal terbaik melalui inokulan, sudah bertahun ianya telah di tanam oleh para pengusaha. Saya bagi satu soalan. Sudah anda melihat hasilnya di jual dan berapa pokok yang ditanam ini sudah di rawat..? Yang saya mengetahui, penginokulasian di jalankan berterusan pada spesis yang tumbuh liar di Malaysia, iaitu Malaccesis Lamk dan tiada lagi yang mencuba inokulasian pada spesis Aquilaria hirta.

Bukan erti saya tiada menyokong atau tiada gemari pada spesis import ini, jika anda mempunyai masa luang, sila jelajahi dearah daerah, kampung kampung, pinggiran bukit dan di sekitar kebun. Terbukti spesis ini, tumbuh subur ,  membiak setiap masa dan anda akan temui cambahan anak biji ribuan pokok berselerakan di bawah pokoknya. Dan ini lah yang kami sering temui setelah setiap kali penginokulasian di jalankan pada pokok bersize big size.

90% penginokulasian kami tertumpu pada spesis Aquilaria Malaccesis Lamk, ada pendapat mengatakan spesis ini sukar menghasilkan gubal, sudah banyak bilangan pokok telah dilakukan inokulan sebelum ini, semuanya tiada berjaya. Betul ker..? Ada soalan lagi. Vaksin apa yang dituang, teknik inokulan bagaimana dijalankan, apa bahan bahan kandungan vaksin..? Jika vaksin yang di import, saya akui, penghasilan gubal cuma 20% berjaya di hasilkan, ianya terhasil di sekeliling lubang injections dan kerbanyakkan yang saya temui, lubang lubang injections ini tertutup secara semulajadi, iaitu proses tumbesaran pokok.

Jika anda mempunyai modal sekadar cukup, memandailah mengeluarkan kos untuk merawat 1 atau 2 pokok yang berukuran 300 sm, ianya nya telah menjanjikan pulangan berganda ganda dengan tempuh masa 3 tahun. Jika anda minat untuk menanamnya, pilih lah spesis ini, ianya tahan lasak, sukar tumbang dan senang penjagaannya. Kalau minat juga nak menanam spesis import. Tanam lah sejumlah yang kecil sebagai persiapan baka. Mengapa saya kata bergitu..? Bila pokok gaharu liar dalam semaian anda tinggi 3 kaki, anda boleh lakukan tut ( kawin pucuk antara spesis liar dan import ) dan ladang anda mempunyai pokok berpangkal gaharu liar dan batangnya pokok gaharu import.
Sekiranya anda mempunyai pokok pokok gaharu yang tumbuh melata di kebun , disekitaran rumah dan di ladang getah, jika anda mempunyai masa luang, bersih dan jagai, cuba elakkan di selimuti semak samun. Pokok gaharu liar ini juga cepat tumbesarannya. Anda sudah boleh di anggap bertuah, itu merupakan rezeki anda, pokok gaharu tumbuh tanpa bersusah payah anda mendapatkan beneh. 

Di antara Spesis Gaharu Genus Aquilaria, Famili Malaccensis yang tumbuh di Asia Tenggara.
AQUILARIA SUBINTEGRA, Found at Thailand. AQUILARIA CRASSNA, Found at Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam.  AQUILARIA MALACCENSIS, Found at Thailand, India, Indonesia. AQUILARIA APICULATA, Found at Philippines. AQUILARIA BAILLONIL, Found at Thailand, Combodia, Loas, Vietnam. AQUILARIA BANEONSIS, Found at Vietnam. AQUILARIA BECCARIAN, Found at Indonesia. AQUILARIA BRACHYANTHA, Found at Malaysia. AQUILARIA CUMINGIANA, Found at Indonesia, Philippines.AQUILARIA FILARIA, Found at Nuegini, China.AQUILARIA GRANDIFLORA, Found at China.AQUILARIA HIRTA, Found at Indonesia, Malaysia.AQUILARIA KHASIANA, Found at India.AQUILARIA MICROCAPA, Found at Indonesia, Malaysia.AQUILARIA ROSTRATA, Found at Malaysia.AQUILARIA SINENSIS, Found at China. Gyrinops. A. agallocha (Roxb.). A.acuminate (Merr.) Quis: Phillipines .A. apiculata Elmer: Philippines .A. audate (Oken) Merr.: West Papua. A. baillonii Pierre ex Lancombe: Cambodia . A. banaense Phamhoang Ho: Vietnam VU D2 .A. beccariana van Teigh: Sumatra (Palembang), Malayan Peninsula, Borneo. VU A1d .A. brachyantha (Merr.) Hall f.: Philippines .A. citrinaecarpa (Elmer) Hall f.: Philippines .A. crassna Pierre ex Lancombe: Cambodia, Thailand & Vietnam. CR A1cd .A. cumingiana (Decne) Ridl.: Philippines, Moluccas, S. Borneo (Sampit) VU A1d .A. filaria(Oken) Merr.: Philippines, Moluccas, New Guinea (Sorong, Babor & Kapor) .A. grandiflora Bth.: China .A. hirta Ridl.: Malay Peninsula, E. Sumatra, Singapore, Thailand. VU A1d .A. khasiana H. Hall: India (Khasia), Bhutan .A. microcarpa Baill.: Malay Peninsula, Sumatra and throughout Borneo VU A1d

Selamat berkebun gaharu .. TQ.