Ahad, 6 Mac 2011

Cecair bacteria ( Vaksin ) AiSmicro

Cecair bacteria ( Vaksin ) pengalak resin memainkan peranan penting bagi penghasilan stress pada pokok gaharu. Dengan kandungan molekul yang halus cepat meresap ke seluruh tisu pokok.Untuk mengelak dari kesan tebukkan rosak * reput,  satu keadah ciptaan terbaru di perkenalkan. Keadah ini dapat bertahan 2 - 3 tahun, ianya menahan dari alahan air dan pokok gaharu dapat menghasilkan teras betul-betul berkualiti.
Elakkan mengguna bahan-bahan bertoksik,racun serta bahan-bahan kimia sebagai cecair pengalak resin, ianya membahaya kepada kesihatan, teras gaharu di hasilkan melalui bahan-bahan ini, tiada berharga di pasaran
 
 Ia dilakukan mengikut ukuranlilit pokok,Tebukansampai ke Carbon ( c15-c15 ), Tebukan juga Berperanan membuat pokok menjadi Stress. Jarak tebukan  penting bagi penghasilan teras, serta aliran cecair bacteria pengalak resin bersambung Sambung membawa cecair keseluruhan tisu pokok.Untuk menghalang kesan tebukan ini rosak *buruk, Teknik lain 
 
 Usia 3 bulan
 
pula di cipta, ianya bertindak menampal Lubang tebukan, bahan penampal ini bertahan selama 3 tahun, tanpa ada kesan kerosakan padalubang tebukan.
Setiap tebukan tiada mengenai carbon pokok,Keputusan penghasilan teras akan gagal. Kerana Carbon akan menyerap cecair pengalak resin, ianya juga yang membawa cecair tersebut keseluruhan pokok. Tebukan  dilakukan juga merupakan faktor  Pokok gaharu menjadi stress , dengan
tersendiri resin,damar atau minyak berkumpul bagi menyembuh kesan tebukan.
 
                                                                   Usia 7 bulan
 
 
Resin,damar *minyak yang berada didalam pokok lain mengandungi terpenoid. Manakala spesis pokok Gaharu mengandungi carbon ( c15- c15) resin gaharu pula mengandungi “sesguiterpene” iaitu resin, yang mengeluarkan bau serta aroma berbeza dari spesis pokok aroma lain. Sesguiterpene mengeluarkan bau-bauan aroma yang halus, manis serta bermutu tinggi.

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan