Selasa, 31 Disember 2013

GAHARU.. 2014 Apa Cerita..?



Selamat menyambut tahun baru 2014 pada semua pengikut blog Gold-Forest R&D Gaharu Kelantan, khas untuk ahli Royal Agarwood group, pada semua penglikes pages Gold-Forest R&D Gaharu, para para peminat, pengiat, hunter , pengusaha dan bakal bakal pengusaha. Sekejap jer detik detik masa berlalu, pejam celik pejam celik, sedar sedar, kita memasuki Januari 2014 dan kita tinggalkan tahun 2013 bersama azam lama. Minta minta azam tahun 2013 telah terlaksana atau kalau telah terkubur sebelum berakhirnya Januari 2013. Jika tiada kesampaian, kita semaikan kembali dan sama sama kita upgrade azam lama ke tahun ini dengan cermelangnya, InshaaAllah.

  (Gold-Forest Group : kiri. Ramli Lee, Dzulkifli, Darren Chong dan Razali Abdullah)

Pada awal bulan memang berniat nak terbikan catatan pertengahan bulan Disember, taip catatan dah siap satu page .. mood jadi tak menentu bercampur banyak kerja yang penting penghujung tahun wajip di siapkan. Kemaskini planning asal, penyata kira kira , stock vaksin, stock bamboo stick , stock beneh, siapkan jadual kerja 2014, tumpuan project penanaman , raikan para tetamu serta pelbagai bagai hal lain yang bersangkutan penginokulasian, kesemuanya kena di siapkan seawal awal yang boleh, sebelum munculnya Januari 2014.

 ( Ladang Gaharu pelbagai spesis Gold Forest )

Tiada azam tahun baru 2014, azam tahun 2000 hingga penghujung tahun 2013 masih belum selesai.. kikikikiki.. tak kan azam baru tiap tiap tahun bos, kita upgrade jer azam lama, ke camano.? Kalau terlalu kerap  berazam setiap tahun, empat belas tahun telah terkumpul 14 azam baru. Pasti satu azam pun tiada kecapaian. cukup satu azam jer, mahu merasai kemewahan dengan satu kerjaya bersama azam usaha sendiri, bersikap amanah pada diri sendiri, pertingkatkan usaha, upgrade cara pengurusan, amalkan berjimat, selalu ada sifat rendah diri, tepati janji dan mengikuti jadual kerja seperti di rancangkan.

 Proses penanaman 5,000 pokok beneh gaharu

Adakah kita telah berjaya pada tahun 2013, kalau berjaya, kita tentu dapat menilai perubahan ketara pada diri kita. Tetapi perubahan di segi mana.. berkereta mewah , milki wang berjuta juta atau mempunyai villa bertingkat tingkat..? Saya tidak bertanya pada diri anda, tetapi, pada diri sendiri, berapa pokok telah di inokulasi, dah berapa pokok telah di tebang, berapa jumlah edaran beneh dan berapa ekar telah siap di tanam..? Kikikikiki, “ Yang kau kata kau telah berjaya, jawab lah “ Jawaban saya, tahun 2013 percapaian boleh dikatakan amat membanggakan. Kikikiki. Wang nak masuk seperti si siput, Wang  terkeluar seperti air mengalir, sakit kepala dan tergaru garu jugak , bos.. Tetapi, Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan semangat dan mampu siap juga inokulasi beratusan pokok pelbagai size, edaran beneh cuma 50,000 pokok ,  menanam hak share sekadar 5,000 pokok dan cuma 3 pokok di tebang, kikikiki.. tu pun pokok yang rebah di pukul angin kencang, hasilnya bolehlah menampung sedikit sebanyak project inokulasi, lancarkan project penanaman , tambah stock vaksin, repair opis dan bakinya wat beli beras dan itu ini. 


Ada tetapi lagi, masih tertunda penanaman 2,500 pokok , tapak belum siap di bersihkan , terpaksa menggunakan khidmat jentolak 100%. tambahan pula, musin hujan dan yang bermasalah besarnya, pulus, kos nya agak terlalu tinggi untuk bajet pembersihan, walaupun keluasan tapak cuma 2 ekar di tumbuhi hutan belukar, sudah belasan tahun terbiar , kalau di biarkan semakin ditumbuhi hutan belukar. Dari tiada apa apa dapat hasil, kita tanam dengan pokok Gaharu, tentu tiada membazir. Stock beneh siap sedia.  kikikiki. “ lu jangan dok cakap besar lah maa, mampu buat itu ini, kalau dok keluar jer, wang masuk jarang jarang, mesti lah lari planning punya”.

 ( Staf Gold-Forest : Syafiq Lee dan Azmi )
Mula kira mengira semua pokok yang telah di inokulasi dengan vaksin ciptaan sendiri, baru sejumlah 1,200, bilangan besarnya spesis malaccensis lamk pelbagai size dan 50 pokok spesis crassna , masih sedikit. Tetap bersyukur, kerana telah berjaya mencapai tagged sebelum berakhirnya 2013, tagged asalnya jumlah pokok perlu di inokulasi hanya 1,000. Tagged tahun 2014 ,cuma meneruskan project upgrade, planning dari tahun tahun sebelum nya, termasuk penambahan pokok pokok liar untuk di inokulasi, penyiapan peralatan kilang pemprosesan minyak yang tertunda 2013, harus di lengkapkan sebelum Jun 2014.. Inshaallah, jika urusniaga berjalan lancar seperti yang di planningkan, kos peralatan kilang pasti tiada bermasalah, soal bekalan bahan mentah tiada  menjadi masalah besar.



Memang saya akui, saya pengusaha berperahu kecil, tak pandai bercakap besar, tak pandai nak mengada adakan cerita, mengada apa yang tiada, perkara yang tiada pernah saya lakukan serta nak ceritakan perkara yang tiada pernah saya melalui. Saya berusaha cara sendiri, usaha mengikut kemampuan, saya lakukan seperti anai anai membina busut dan tanpa ada rasa jemu. Jika ada yang berkata, ( kerana terdengar, saya jelaskan ) saya bergantung harap pada mereka, itu bohong. saya tiada mentol, tiada idola, tiada menumpang popularliti group lain, tiada pengiat tegal bersama saya, tiada sifu dan tiada yang pakar membantu saya berdiri di bidang ini, sememangnya dari awal penglibatan hingga ke saat ini, saya perolehi dari hasil penat lelah ,  hasil usaha sendiri tanpa mengira waktu mencari ilmu, saya gemar mengkaji setiap sudut , sudah pasti setiap kejayaan saya perolehi setimpal dengan apa yang saya telah usahakan.

 Pelawat Kami : Sanddy, Lee dan Frankie

Saya sedaya upaya mengelak dari menyertai mana mana group pengiat tegal, tiada sesekali akan meminta bantuan,  saya bukan ego, bukan ada perasaan banggakan diri, tiada pernah muncul pada diri, perasaan meninggilkan diri dan tiada berniat mahu bersaing di antara group group gaharu tersohor. Apa yang saya lakukan demi menjayakan impian saya sendiri, cita cita yang bergitu lama terpendam , berterusan menjalankan urusniaga secara sihat di industri ini dan sudah buktikan tiada perkara yang mustahil akan berjaya di capai sekiranya terus berusaha solo. Jika menyertai group ini, pasti saya di anggap seperti pokok dedalu dan seperti pokok bunut yang akan membunuh pokok yang bagi tumpang, walaupun bukan bergitu sifat serta niat saya, kebiasaannya akan timbul perbagai bagai permasalahan bergini, sekiranya mereka tiada berpuashati dengan cara serta sifat semulajadi kita.

Di ladang Inokulasi Gold-Forest R&D Gaharu

Terbaik, saya bina group Gaharu sendiri, terdiri dari pelbagai bagai golongan,  tiada mempunyai pengelaman walaupun sedikit di bidang ini. Group saya terdiri di kalangan yang pernah terkena, yang betul betul berminat, sanggup menghadapi pelbagai bagai halangan dan mempunyai ketahanan mental yang kuat. Tujuan saya, agar saling bantu membantu, sama sama dapat menafaat, dapat kongsi pengelaman, sama sama belajar, sama berusaha dan sama sama mengecapi kejayaan. Mereka adalah yang terbaik, rela redah hutan, berhujan, berpanas, mempunyai semangat kental , tiada pernah mengeluh dan tiada kenal erti kepayahan.

     Darren Chong bersama Pelawat kami , Lee, Frankie, Sanddy dan Hezrul 

Cuba kita imbas dan renung, siapakah kita, ketika kita bercerita, ketika bertanya, ketika cuba cuba cari ilmu tentang Gaharu, ketika kita mula mula belajar, ada yang buat buat tak dengar jer pertanyaan kita,  jika mendengar pun, cuma sebelah telinga jer, atau pun dengar sebelah telinga kanan keluar telinga sebelah kiri dan pernah di tipu hidup hidup oleh mereka. kikikikiki.. betul kan..? Tetapi.. Setelah anda inokulasi ratusan pokok milik sendiri serta tanam berekar ekar, siapakah kita ketika ini..? kita bual kosong, mereka tetap menadah telinga, walaupun kita cakap bohong. Kikikiki.. kerana anda telah berjaya, anda ada eset serta ada bukti dari usaha anda sendiri , maka anda dikagumi serta anda akan mula di hormati. Masih kah ada niat anda nak bergabung dengan mana mana group yang bersifat bergitu..? Anda telah jauh meninggalkan mereka, buat apa lagi nak bersusah payah nak melayan kerenah mereka. Mengapa,  baru sekarang mahu mengakui anda telah berjaya. Maaf, saya bukan batu api, tetapi itu lah hakikat sebenar, mereka akan muncul cuma mencuri kesempatan semasa kita terlalai.

Waktu Dinner di ole ole Bandung Sunway Pramid

Saya tiada gemar mengambil tahu urusan kerja group Gaharu lain, kerana saya menghormati urusniaga mereka. Walaupun ada para para pengunjung sering bertanya kenal atau tidak mereka ini, jawapan yang sering saya berikan “ kurang pasti. Kerana terlampau ramai bergiat di bidang ini, lagipun saya pengiat era baru”. Saya lebih suka mendengar dari bercerita latar belakang peribadi group lain, jika anda bertanya juga kepada saya, soalan yang anda ajukan tersalah tempat. Lagipun masa saya banyak di habiskan di hutan, selia staf inokulasi, chekking pokok, pengurusan ladang , setting anak beneh , siapkan kerja opis , promosi dan hander blog Gaharu, tanpa ada pembantu khas, itu lah punca tiada masa untuk ambil tahu urusan pengiat lain.


Itu sebabnya, mengapa saya tiada azam baru, azam asas di upgradekan setiap tahun, kita berjaya mengikut cara tersendiri kerana planning tagged kita tercapai setiap hujung tahun. Jatuh bangun semasa awal ceburi bidang ini, memang tiada dapat di elakkan, sudah lumrah, tak ubah seperti roda, kejap naik ke atas, kejap turun kebawah mengikut putaran, lagi kan air ada pasang ada ketika surutnya, ujian yang wajib kita tempuhi setiap masa. Dari bulan ke bulan walaupun kita berusaha rapi mengikut planning, tetapi akan muncul juga permasalahan yang kita tiada terduga yang akan menguji kesabaran kita, ianya akan lari dari apa yang di planningkan.


Jadi.. 2014 Apa cerita..? Kita inokulasi pokok seseberapa yang termampu, terus menanam tanpa henti, selagi ada tanah terbiar selagi itu kita penuhi bumi, tanam pokok Gaharu. Apa orang nak kata, kita peduli apa, cuma kita jer tahu noktah usaha kita dan kita sambung, baikpulih, tambahkan semangat dan gandakan usaha kerjaya kita. Bila ada yang bertanya “ nak jual kat mana jumlah pokok yang bergini banyak , mahu diproses bagaimana serta nak proses minyak kat mana..?” Itu urusan kita, kerana kita sentiasa ke hadapan menuju ke arah impian dan kita ada planning tersendiri tiada mungkin mereka memahaminya. Happy New Year 2014. Thank You All.