Khamis, 18 Julai 2013

GAHARU sampai terdaya.



Dalam diam ubi, rupa rupa berisi, itulah luahan daripada mulut hunter gaharu berumur 75 tahun, pertama kali bertemu muka dengan saya. Kemungkinan sifat semulajadi saya tiada gemari bercakap di klalayak umum, berbual bual tentang gaharu jauh sekali, tentang inokulasi lebih apa apa perkara yang saya usahakan. Setiap satu perkara yang dilakukan secara diam diam, tak pernah di hebuh hebuhkan walaupun di mana saya kunjungi.  
 
Tetapi saya lantang di blog gaharu saya, mungkin ramai mengenali saya melalui blog gaharu http://gold-forest.blogspot.com dengan carian popular di Google Gold Forest R&D Gaharu Kelantan. Setiap bulan saya terbikkan 2 catatan sebulan , ada yang mengenali saya di facebook, I Google, Twister, wallpress, You Tube dan di lain carian di internet, walau apa pun anda tiada mengenali saya lebih dekat , saya ucapkan selamat berkenalan dan terima kasih. Dari kelantangan catatan, dedahan dan serta kajian saya, rupa rupanya telah mencuri perhatian ramai dikalangan para para pengusaha, para para hunter gaharu dan bakal bakal usahawan era baru gaharu teknologi.

Setiap bulan kami menerima kunjungan dari para peminat gaharu, rela datang melihat sendiri dari apa yang kami canangkan diblog gaharu kami, terima kasih dan pihak di Gold-Forest R&D Gaharu Kelantan mengalu alukan kunjungan anda semua. Mungkin agaknya di sini lah para para hunter gaharu berubah fikiran, dari sikap kurang yakin mereka, telah berubah, yakin dan mula menyertai kami di Gold-Forest R&D Gaharu. Terima Kasih. Termakbul sudah impian saya, untuk bergabung, bertukar tukar fikiran, pendapat dan bagi mermurtabak kan lagi industry ini kearah kergemilangan.

Ingat..!! Kejayaan dan kekayaan tiada diperolehi tanpa ada bantuan oleh oleh insan lain, jika kita hanya mengharap kerja tulang empat kerat, kita hidup  hanya sekadar cukup makan, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, manakala malamnya berlapar. Jika kita mempunyai wang berjuta sekali pun, tetap juga mengharap bantuan insan lain. Kami cuba amalkan sikap terbuka, jalin silaturrahim, tanpa mengira usia, pangkat, kedudukkan dan taraf pengajian nya, yang kami mahukan hanya satu , iaitu ilmu nya.

Dengan mengamalkan cara ini, yang tak pernah kita ketahui akan di bagitahu oleh mereka, jika kita tersilap ada teguran, ada ingatan dan di nasihati, ini kelebihannya bila silaturrahim di ambil kira sebagai hubungan sesama pengiat gaharu. Kikikikikiki .. bukan semuanya bergitu ..Boss, kena pandai pandai memilihnya, kalau tersilap pilihan, kelain jadinya.. buat baik pun wajip berhati hati, tak kan nak jadi pisang berbuah dua kali .. kot.

Saya bukan professor di bidang kegaharuan, tak pernah belajar tentang gaharu di mana mana kolej, univesiti atau dimana mana IPT menuntut ilmu dibidang ini. Segala ilmu kergaharuan di perolehi dari hasil kajian sendiri, dari kaum kaum orang asal, dari hunter hunter gaharu semulajadi, dari pengiat pengiat gaharu yang usaha usaha mereka telah berkubur, dari pengiat gaharu di luar negara dan dari pengelaman pengelaman pengusaha pengusaha yang sentiasa berurusan dengan saya. Terima kasih untuk semua.

Di sini saya bentangkan antara 2 golongan pengiat gaharu, bagaimana kedua dua mempunyai perbezaan percanggahan pendapat. Satu golongan mengatakan gaharu terhasil daripada kejadian alam ( kalau terjadi dari kejadian alam, biarkan lah pokok gaharu menghasilkan gaharu dengan sendiri.. hehehehe ) dan jika disakiti pokok akan menghasilkan gaharu, manakala satu pihak lagi mengatakan terhasilnya gaharu kerana alami kesan stress, dengan sendiri resin resin gaharu terkumpul menjadi kepingan damar.


Agaknya mana yang betul.. jika dikira secara loginya, jawabannya agak sama kan ? hehehehe. Ok kita huraikan satu persatu. Sebenar saya mengajak anda beri pendapat, bagi pandangan dan beri buah fikiran. Saya nyatakan satu golongan ini didahului, ia itu hunter gaharu atau pemburu gaharu semulajadi bagaimana teori yang mereka pakai, adakah ini metos, cerita rekaan atau andaian.? 

Teori hunter hunter gaharu menilai pokok sebagaimana telah terhasil gubal atau teras ( * saya  betulkan. Mengapa saya nyatakan ianya gubal bukan teras , panggilan teras di gunakan oleh hunter ini zaman berzaman , gelaran ini adalah silap, biasanya teras kayu letak di tengah tengah batang memanjang, tidak seperti gubal gaharu yang di temui mereka di bahagian pokok yang terluka dan di dahan dahan dalam keadaan merata ). Pokok berkeadaan sakit, mati separuh atau di sakiti dengan cara melukai sekeliling batang, agar pokok gaharu ini menghasilkan teras .. hehehehe.. gubal sebetulnya, bertujuan resin resin akan terkumpul menjadi kepingan damar.

Batang pokok gaharu mengandungi carbon c15-c15, ianya tiada akan menghasilkan teras seperti mana yang diceritakan oleh para para hunter gaharu. Yang mereka temui itu ianya adalah gubal gaharu atau di kenali juga resin terbentuk menjadi kepingan damar. Resin berbentuk cecair ini berperanan utama menyembuh luka luka yang terjadi dimana mana bahagian batang serta dahan pokok gaharu.


Gubal gubal gaharu yang betul keras serta warna kehitaman di perolehi atau di jumpai daripada pokok gaharu spesis hirta yang juga dikenali dengan nama candan. Jarang jarang gubal seperti ini ditemui gaharu aquilaria malaccensis lamk yang dikenali dengan nama DEPU, KARAS atau Gaharu. Topik kita kali ini tertumpu kepada pokok gaharu spesis yang tumbuh asal di bumi kita, tak payah kita bandingkan di antara spesis spesis gaharu yang di tanam di import dari luar Negara.

Hunter gaharu akan lakukan takuk takuk di sekeliling batang, menyiat kulit dan pelbagai bagai teknik dilakukan, mengikut teori mereka, pokok gaharu akan menghasilkan teras ( Gubal ), sekali lagi saya ulangi, ianya bukan teras, gaharu adalah GUBAL. Resin resin atau minyak gaharu berperanan meyembuh luka, lama kelamaan resin resin bertukar warna coklat dan membentuk kepingan, panjang serta pelbagai bagai bentuk mengikut permukaan yang di lukai.

Jauh beza nya teori dan priktikal yang di gunapakai oleh 2 golongan ini, para penginokulasian mengamal teknik teknik injections beratusan lubang akan di tebuk dari pangkal hingga lah ke dahan , bertujuan pokok mengalami stress berpanjangan dan disusuli tuangan cecair bacteria pengalak resin supaya pokok allergic. Hunter gaharu tidak pakai semua teknik ini, malah mereka mengatakan ianya tiada mungkin menghasilkan gaharu.


Teknik paling senang mereka lakukan, tebang dan cari disetiap inci bahagian pokok, di songket songket ( bahu dahan telah reput ) serta di bahagian bahagian pokok yang telah sembuh dari luka. Dengan sedemikian sekiranya kita jejalahi  hutan belukar, kesan kesan peninggalan sisa pokok gaharu terlalu di temui berkeadaan reput.

Sudah tentu satu pembaziran berlaku, ianya berlainan pengiat gaharu teknologi, seboleh boleh sebatang pokok yang di tebang semua berguna. Mana yang lebih terbaik.. dari antara dua golongan ini..? Hunter gaharu cuma mengambil gaharu mempunyai gred sahaja, selebihnya di tinggalkan, manakala pengiat pula, mengambil gaharu tanpa gred. Itu kelebihan inokulasi, gaharu bergred di jual berasingan, manakala perca sisa kayu yang di carving atau di ukur di jadikan debu unruk pemprosesan minyak.

Inilah kelebihan pengiat gaharu teknologi, setiap pokok di inokulan menghasilkan resin resin sejumlah yang banyak. Mengapa bergitu..? pokok gaharu di injections atau ditebuk dan dituang vaksin dari pangkal hingga kedahan, sebab itu pokok mampu menghasikan resin sejumlah itu. Saya ajukan pertanya pada anda.. “ anda mahu sedikit atau banyak hasilnya, satu cara atau dua cara ( gubal dan minyak ), atau cuma mahukan gubal..? hehehehe.. kumpul banyak banyak, bagi kat kami perca, wat prosesan minyak, tapi jangan menyesal bila mengetahui kami jual minyak 1 tola  ( 12m l) RM350.00.  Selamat berinokulasi. TQ.