Ahad, 30 Jun 2013

Gaharu.. Teknik akal kepala lutut.


“ Pokok Depu Boss pergi lihat tahun lepas 16 batang tu, pemiliknya dah cucuk ( Inokulasi ), saya lihat, pokok tu dah lain macam jer, daun daun menguning dan berguguran, di cucuk baru 4 bulan lepas , rasanya pokok tu hampir mati.” Cerita kawan saya. “ Group mana yang inokulasi.” Tanya saya. “ group tu ramai boss, ada dari seberang campur campur, ada masa boss pergi jengoklah ” Jelasnya.

“ Kau lihat ker, bagaimana mereka injections..” tanya saya. “ Lihat, 2 hari mereka cucuk, sepokok 6 lubang, setiap lubang sebesar paip air tu dan digantung ubat dalam botol..” terangnya.. “ kikikikikiki .. kan pokok tu hanya sebesar paha, tak kan sampai 2 hari baru siap, kan sebatang hanya 6 lubang.” kata saya sambil memandang staf staf dok tersipu sipu menahan dari ketawa. “ memang pun, saya bertanya pada salah seorang dari mereka, tak mati ker pokok ini, ditebuk lubang sebesar ini..? dia kata, tak.. saya diam jer lah..” katanya.

“ Mereka gantung tu .. ubat apa boss..?” tanya sikawan tu. “ Panadol atau pil killer kot..hehehehehe..” jawab saya. “ sukar nak pastikan, vaksin apa yang mereka gunapakai, lagipun saya tak pasti group mana yang inokulasi, kalau mengikut kau bagitahu tadi, dari seberang, bereti vaksin nya juga dari seberang lah..” terang saya. “ Boss .. agak pokok tu mati ker, ya lah, daun daun dah menguning, kasihan pada pemilik tu .. boss..” kata nya.

“ Entah lah, dari pengelaman saya, pokok itu akan mati, factor pertamanya, lubang injections terlalu besar dan factor keduanya lebihan vaksin yang di yang tuang, kalau vaksin itu pula di campur racun, boleh dikatakan 100% pokok itu tiada harapan, tak sempat menghasilkan gubal.” terang saya. “ pokok yang kami cucuk, hampir ribuan batang, tiada satu pun yang mati, malah sentiasa berpucuk..” tambah staf saya.

“ Pemilik pokok tu saudara saya, dia bagitahu , menyesal tak bagi pokok pokok tu pada boss, tak tahu jadi bergini, duit pun banyak juga habis upah dan kos vaksin, boleh selamat ker pokok pokok tu..” ujarnya. “ hehehehe .. entah lah, itu bukan masalah dengan pihak kami , hal tu, terserah pada Allah, kalau rezeki masih ada, pokok pokok akan pulih, maaflah . kami tak boleh membantu, bukan saya dendam, dah bukan rezeki kami, macam macam boleh terjadi.. gi lah cari group tu, ajak mereka datang lawat pokok pokok yang mereka inokulasi tu..” kata saya.

Perkara bergini membuat saya terfikir panjang, utamanya teknik inokulasi mereka lakukan pada pokok sebesar paha dan mengapa sampai berliter liter vaksin di tuangkan pada bersize bergitu... Nak cepatkan resin resin terbentuk atau sengaja mahukan pokok itu stress dan allergic secara paksaan, mahu pokok pokok ini mati dan terhasil lah gubalnya..? Pening juga memikirnya.

Apabila pokok sebesar ini di injections size paip air dan di tuang lebihan vaksin. Saya mahukan bagaimana pendapat anda dahulu, boleh beri jawabannya..? Kemungkinan pandangan dan fikiran saya berlainan dari semua group penginokulasi yang bergiat aktif, mungkin mereka setuju dengan teknik sedemikian dan saya tidak pernah mencuba teknik bergini, selama saya bergiat sebagai penginokulasian.

Faktor utamanya, akan terjadi pokok akan patah dan akan mati sebelum matang, mengapa saya berkata bergitu,,?. Kesan injections sedemikian, pokok akan mengalami kereputan, lubang injections semakin hari semakin memburuk semakin luas, lebihan pula tuangan vaksin terlalu banyak. Walaupun pokok sebesar 400sm, kami tidak akan lakukan teknik seperti ini, seperti pernah saya catatkan di blog ini, pokok pokok yang dirawat seboleh boleh tiada terdedah dari tiupan angin kecang.

Ingat, setiap pelaburan mahu hasilnya kan..? kalau teknik ini digunapakai, sia sia lah duit anda laburkan, lebih baik anda simpan dari mengupah penginokulasian menjalankan teknik sebergini. Mereka cuma mahukan duit anda, soal penghasilan bagi mereka tak pernah wujup di hati mereka. Ini punca nya mengapa saya bergitu lantang membela dan  berpihak kepada para para pengusaha seperti anda semua, kerana saya pun pengusaha yang sama dengan anda.

Kemungkinan kos inokulan termurah ditawarkan membeli hati pemilik pokok, padahal mereka bukan arif di bidang inokulasi. Sesiapa pun boleh lakukan injections, cuma sekali lihat dan boleh mula menjalankan urusniaga inokulasi, masalah vaksin, tiada bermasalah, hehehehe.. vaksin import berlambak di jual oleh broker broker gaharu, berkesan atau tidak, itu tanggungan anda yang mengunapakai.

Tak selesai lagi bab teknik ini.. hehehe.. kita teruskan. Kerana kos murah ini lah pemilik terpedaya, janji pokok gaharu mampu di inokulasi, boleh pasang angan angan, 2 tahun lagi jadi jutawan .. kikikiki. Yang terjadi bergini, boleh ker yang di angan angankan berjaya..? lagi parah ada lah, dia terlupa pesanan dari saya awal pertemuan dulu. “ sebelum lakukan inokulasi pada pokok pokok ini, sila luangkan masa, lawat pokok pokok si anu yang mengaku pengiat gaharu teknologi, pastikan di mana ladang inokulasi mereka dan lihat sendiri bagaimana resin terbentuk dari inokulasi mereka jalankan, serta apa kandungan vaksin yang mereka gunapakai”.

Kerana terlalu ghairah mahukan status jutawan, maka terima tawaran penginokulasian yang mengamalkan teknik akal kepala lutut, siapa yang rugi. Kan saya berkali kali catatan, kalau tak mahu berurusan dengan kami, kami tak rugi apa apa.. hehehehe, pokok kami sendiri pun, masih tak habisan untuk di inokulasi bertahun tahun akan datang. Sekali fikir, wat susah susah nak nasihatkan orang, duit mereka, pokok mereka, kalau tak berhasil, kita tak rugi satu sen kan..? TQ.

Jumaat, 14 Jun 2013

GAHARU.. Mengata Dulang.



Terlintas suasana kerhangatan kempen piliharaya yang lepas, pelbagai bagai propaganda ditimbul ketika ini, setiap parti politik masing masing mendedah, mencari dan membongkar kelemahan parti lawan. Tak mengira di segi mana ternampak jer kesilapan, serangan bermula, hal peribadi, janji janji serta setiap inci project. Semua tiada di senangi parti lawan. Perkara yang baik tak di senangi, kerana ada muslihat tertentu tersembunyi dan lebih lagi, sekiranya satu satu perkara dianggap oleh mereka tiada masuk akal.
Paling membuat saya terasa amat kecewa dengan sikap sikap para para ahli yang berkempen ini. Siap menayang video mereka terbikan, Ahli ahli mereka berlakun sebagai pengusaha gaharu dari Kelantan. Disini tersiar, gambar gambar, berita, temuramah dan pelbagainya, bertujuan memancing undi, memburuk burukkan project KELANTAN KERIDOR DEPU  di canangkan, mempemarkan ianya telah gagal. 

Sebelum saya huraikan selanjutnya beberapa pertanyaan saya nak tujukan pada para para ahli akedemik ini. “Tahu kah berapa juta pokok gaharu telah di tanam di negeri ini, Mengapa pulak Ku LI mewartakan daerah gua musang, di tanam ratusan ekar project gaharu, tujuan membantu orang Asal, Ku Li dari parti mana dan mengapa ada kalangan YB memberi sudsidi pokok gaharu supaya di tanam oleh penduduk Bachok, tahaf mana pengetahuan  YB ini, menyuruh penduduk menaman gaharu di daerah pinggiran pantai. Pada hal sector tanah tepian pantai tiada sesuai di tanam gaharu.? Sorry boss, kalau ada yang terasa hati dengan pertanyaan saya itu.

Saya ciplak laporan akhbar akhbar tempatan.
Lebih mahal daripada emas. Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN n.jagatheswary@kosmo.com.my. Lebih lama pokok karas sakit maka lebih bermutu kayu gaharu yang terhasil daripada tindak balas gangguan sama ada secara semula jadi mahupun tindakan manusia.TATKALA menyebut perkataan, pokok karas, pasti ramai di antara kita membaya
kosmo/Rencana_Utama -
26/02/2009

Bisnes gaharu Suku Batek. Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN. RATA-RATA anak muda yang sebaya Faizal akan memasuki hutan mencari gaharu.. AGAK pelik apabila sebuah kampung yang dilawati sunyi seperti tidak berpenghuni sehingga terbayang cerita dongeng sebuah kampung yang diserang burung garuda.Begitulah gambaranawal  
kosmo/Rencana_Utama -
07/04/2013

RM420 untuk setiap 12 gram. Mazalan Mohamed dari Gua Musang menjual minyak gaharu pada harga RM420 untuk 12 gram di pasaran Dubai dan Bahrain.TATKALA menaip perkataan 'gaharu' di laman web, bersusun alamat laman web dari Indonesia pada skrin komputer. Masing-masing mempromosikan minyak gaharu atau lebih dikenali seb
kosmo/Rencana_Utama -
25/05/2008

UPP Kuala Kedah rampas kayu gaharu RM300,000 22/02/2011 11:53am. ALOR SETAR - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah merampas 422 kilogram kayu Karas (gaharu) bernilai RM337,600 di satu kawasan tempat letak kereta awam di Pekan Kuala Kedah dekat sini malam tadi.Komander UPP Mohd. Jasri Othman berkata, pasukannya
kosmo/Terkini -
22/02/2011

Tanam 25,000 pokok karas. Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI syakir.sazili@kosmo.com.my. ZAKARIA menanam pokok karas sambil diperhatikan Azlam (kiri) dan Jalaluddin (tengah) di UPSI, Tanjung Malim, Perak semalam.TANJUNG MALIM – Sebanyak 25,000 pokok jenis karas atau lebih dikenali sebagai pokok gaharu akan ditawarkan
kosmo/Negara -
29/04/2013

Teh karas ubat kencing manis, darah tinggi. Oleh MANIRAH OTHMAN manirah.othman@kosmo.com. RAZANI menyiram pokok karas yang ditanam di Pusat Penyelidikan Karas, Hutan Simpan Merchang, Marang semalam.MARANG - Pokok karas yang dikomersialkan untuk mendapatkan gaharu bagi tujuan penghasilan minyak wan
kosmo/Negara -
16/03/2010

Ini laporan dari media lidah kerajaan pusat, bukan laporan di catatkan oleh parti pembangkang. Kalau parti pembangkang yang laporkannya. Sudah tentu awal awal lagi tak boleh dipercayai. ( kata setengah orang). Bergini sifat jika tiada mahu mengaku perkara yang baik, jangan marah bila saya katakan bergini. Mereka cuma mahir di bidang mereka ceburi, serta lakukan seharian. Sebetulnya di bidang kergaharuan mereka bodoh dan tiada mengetahui pangkal hujung, hanya pandai  ceramah mencari kesalahan orang lain. Orang kampong lebih bijak, mahir serta pandai menilai bidang ini boleh menjadikan mereka kaya raya.

Jika ada niat mahu berbakti pada rakyat, sama sama turun padang, cari ilmu dan salurkan pada rakyat, agar industry gaharu Malaysia terus memegang ranking teratas di pesada antarabangsa. Sebagai seorang aktif di bidang ini, amat memahami apa yang di idamkan oleh pengusaha gaharu, iaitu didikan, sokongan moral dan tunjuk ajar untuk mereka terus berjaya.

Kami tiada mengharapkan sokongan atau bantuan sedemikian, tetapi, anda semua, bakal bakal pengusaha, pengusaha baru dan yang baru baru berjinak di bidang in. Ini tidak, baru nak berpucuk , di pangkas, dengan niat seboleh bolehnya, pokok gaharu jangan di tanam walaupun sepokok.  Kerana tanam gaharu di asaskan oleh parti lawan mereka. Untuk mengukuhkan lagi bukti dakwaan mereka, siarkan video, memburukkan industry gaharu dan mengatakan tanam gaharu  adalah satu kesilapan. Kikikikiki.. Tanpa mereka sedari, mereka hanya memalukan parti mereka sendiri, baru lepas cakap kegagalan penanaman ini. Group seangkatan mereka, beri subsidi beneh, buka tanah beratusan ekar, untuk ditanam gaharu.


Macamana bangsa melayu untuk perolehi kemewahan, jika kaum nya juga, tak ingin melihat kekayaan di miliki oleh orang melayu, agaknya, biar kaum nya terus merempat, di bodohkan dan di jadikan hamba. Manakala mereka terus monopoli kekayaan untuk peribadi mereka. Ini kah perangai orang yang di gelar pemimpin.. ? mereka sendiri menaman beratusan ekar, di Terengganu, Pahang, Melaka, perak, perlis, kedah, semua negeri termasuk sabah dan Sarawak, cuba anda bertanya siapa orangnya, dari parti mana yang menanaman nya..?

Saya jawab soalan ini.. Puak puak ahli ahli, para para YB, Dato’ , Datuk, Tan Sri .. hehehehehe.. entah, apa pangkat lagi, semua ada ladang gaharu. Adakah ini menunjukkan kegagalan KELANTAN KERIDOR DEPU, sebetulnya  tiada mengalami kegagalan, tetapi ,rasa irihati melebihi dari segala galanya. Kalau  menberi alasan, tanam hanya bersuka suka, tanam sebagai hobi, jawapan paling bodoh pernah di dengari sebelum ini. 

Mereka pun sama dengan kita orang orang kampong, sayang juga kat duit, tak kan pula duit di habis ratusan ribu hanya hobi, sudah tentu mahukan pulangannya, berganda dari jumlah di salurkan sebagai modal. Kalau saya terlepas cakap tanam gaharu membazir, saya tanam, kikikikiki.. bila orang pandang, saya sembunyikan muka, punggung jer nampak. Tak ubah orang tua tua kata, lempar batu sembunyi tangan atau lebih tepat lagi, menepuk air di dulang atau mengata dulang, paku ..? TQ.

Isnin, 3 Jun 2013

GAHARU .Emas dari Rimba.

Kita bersepakat kearah satu tujuan, berusaha, kongsi ilmu untuk sama sama kecapi impian Islam Wajip Kaya. Jangan sesekali kali berkata, tiada mungkin kita capai impian ini. Setiap usaha dilakukan semuanya ada tagged, untuk capai kerjayaan, seandainya kita gagal di awal usaha kita yang pertama, sebenarnya kita telah berjaya memperolehi pengelaman yang dapat melancarkan usaha kita kali kedua.

Untuk membangunkan satu kerjaya, bukan hanya masa satu hari, kita wajip belajar, timba ilmu dan kita tak akan terlepas menempuhi cabaran demi cabaran, disini kesabaran, fisikal dan rohani kita akan teruji. Jika semangat kita mudah rapuh, segala yang di usaha akan terkubur. Bergitu jua , bila hanya memikirkan keuntungan berganda yang akan kita perolehi dari usaha kita, untung rugi tiada siapa yang boleh memberi jawapan tepat, selagi hasil usaha kita belum di perolehi.

Pelaburan di bidang ini, merupakan pelaburan yang melibatkan kos tunai yang agak tinggi, jika dikira secara imbas, pulangan pelaburan akan di perolehi nanti berganda ganda. Dengan sebab ini lah. Timbulnya rasa riak, ego, besar diri, hilang pertimbangan dan sikap rakus, menguasai mental dan rohani dikalangan pengiat gaharu, tanpa mengkaji terlebih dahulu, mengeluarkan kos pelaburan terlalu besar, kerana terlalu impikan pulangan yang di miliki nanti berjutaan RM. 
Bergitu juga berlaku pada diri pengusaha ladang gaharu, Semasa menanamnya mampu tanam beratusan ekar. Ada setengahnya pula, mereka menganggap pokok gaharu yang di tanam, boleh dijual tanpa dirawat. Di mana kah mereka dapat ilmu bergini, siapa mengajar mereka bergitu.? Sepintas saya ulangi catatan di sini, pokok gaharu tiada akan menghasilkan resin sekira tanpa mengelami stress dan allergic, jika anda tanam dengan niat mahu di jual tanpa rawatan, 30 tahun akan datang tiada siapa mahu membeli.

Yang awal wajid di kaji, ialah kemampuan anda setelah pokok yang ditanam berusia 4 – 5 tahun nanti. Adakah mampu anda sediakan duit untuk membeli vaksin dan mampukah anda membayar kos rawatan untuk inokulan pokok gaharu anda sejumlah 1000 pokok..? Walaupun bukan sekali gus anda inokulan, ianya wajip ada perkiraan. Saya bagi contoh, secara rambang, kos inokulan andainya hanya se pokok RM150.00 ( bukan harga sebenar ) pokok berukuran 50sm, jika di darap dengan 1000 pokok.. dah berapa.. mampu ke..?

Teruja.. bila mendengar, “ di Kelantan ada pengusaha baru nak tanam 5 ekar, di Terenganu pengusaha nak tanam 10 ekar, di Pahang dah 50 ekar di tanam dan yang ditanam seluruh Negara tak terkira banyaknya.. " tanam gaharu, kaya boh..” Kerana kaya ini lah, maka gaharu di tanam tanpa henti, sampaikan harga bekalan anak beneh melambung 2 kali ganda. Bagi kami lantaklah, nak tanam berjutaan ekar, mungkin tempias 1000 pokok setahun, yang dapat khidmat inokulan kami.. berduit jugak kan.?

Kami tiada berhak menghalang anda mahu jadi kaya dengan jualan hasil gaharu. Yang kami tak mahu angan angan cita cita anda tiada kesampaian, duit anda habis, buat project penanaman, duit untuk beli vaksin, anda dah tak termampu dan boleh di anggap memikul biawak hidup. Para penginokulasian pula, bila selesai tugasan mereka, tangan menadah mahukan duit seperti yang di persetujui dan anda pula, terpaksa ikat perut selama 2-3 tahun akan datang, menanti jualan gaharu anda.

Setelah 3 tahun kamudian, pokok gaharu matang  anda boleh di tebang, soal tebangan, siapa siapa pun boleh, yang nak bersihkan ( Carving ) anda boleh lakukan.? Anda mampu carving sendiri, nak jual kat mana, pasar malam ker..? hehehehe.. ke, kat pasar borong.. nak proses minyak, main rebus dalam periuk nasi ? semua ini akan anda tempuhi, para penginokulasian yang berikan khidmat pada anda dulunya, akan lepas tangan ataupun mungkin syarikat mereka juga dah berkubur, kerana mereka cuma mengambil upah inokulan, mereka bukan pengusaha tulen di bidang ini.
  
Itu lah punca utamanya, sebagai bakal pengusaha ladang gaharu, pengusaha lama berurusan dengan pengusaha bertaraf usahawan gaharu, yang terlibat 100% urusniaga gaharu. Anda tak akan pecah kepala memikirkan kat mana nak dapatkan khidmat nasihat, anak beneh, teknik penanaman, perjagaan, inokulasian dan hasil tuaian gaharu akan di pasarkan. Jika anda mengunapakai cara ini, tak mustahil cita cita mahu jadi jutawan milik anda.
Pengusaha dan bakal pengusaha era baru, mempunyai peluang baik, mudah memperolehi ilmu, teknik penanaman dan pelbagai ilmu kergaharuan, jauh bezanya ketika saya mulai menceburi bidang ini. Di waktu itu tiada bahan bahan untuk dijadikan rujukan, laman laman website, blog dan buku tentang gaharu sukar di dapati. Jika ada buku hal gaharu, 100% memceritakan bab gaharu semulajadi, tidak mengenai penghasilan gaharu melalui teknologi.

Antara blogger dan empunya website menceritakan hal sama, tanam gaharu boleh jadi jutawan, serta kerbanyakan topic kerhebatan gaharu semulajadi, khasiat dan harga gaharu, dicatatkan juga gaharu dari sepsis mana yang terbaik. Sampaikan kita tertanya tanya spesis manakah yang menghasilkan gubal termahal nilainya. Kita tak pandang spesis tempatan yang tumbuh melata di bumi Malaysia, padahal ianya paling terbaik dari spesis baka import.
Kalau mengharapkan gaharu terbentuk secara semulajadi, berapa kilo agak gaharu di dapati dari pokok sebesar 300sm..? cuba lah anda tebang, cari gubal gubal gaharu, yang pasti di temui gubal berbentuk jarum ( bulu jagung ) berbaloi ker, di jual dengan 1 kilo RM5.00. Sukar juga kan ..? untuk memiliki emas hitam ini, itu lah punca nya, gaharu di hasilkan mengunakan keadah teknologi inokulan, walaupun kos terlalu tinggi, dah ramai yang telah menjadi jutawan kerananya. TQ.