Ahad, 20 September 2015

GAHARU .. Ilmu bukan hak milik.



Sesuatu yang kita mahu usahakan, wajib bermula dengan minat yang pasti mempunyai asas ilmu pengetahuan dalam satu-satu bidang yang ingin kita ceburi, wajib ada kemahuan ,  kesungguhan, ada keazaman, jatidiri dan peruntukan modal secukup-cukupnya. Sekiranya kita andaikan, semua ini tiada di perlukan, bererti tak ubah Si Mat Jenin sentiasa di buai dengan angan-angannya sendiri.

Seandainya kita hanya bergantung harap pada ikhsan, subsidi, bantuan moral dan segala bentuk bantuan, kita cuma mampu lakukan separuh jalan, kerana di hati kita serta niat kita, semuanya berharap pada sokongan, Kita tiada berani memecah ruyung untuk mendapat sagunya, Kita hanya mampu memuteh mata dari mengengam kejayaan, kita terus ketinggalan, kerana anggapan kita bergitu sukar untuk kita mulakan sesuatu ideal yang Allah anugerah dan kita tidak sanggup berusaha upgrade apa yang telah di miliki.


Tanam pokok gaharu tiada noktahnya sekiranya rawatan atau inokulasi tidak dilakukan, orang kata “ tanam tanpa ada halatuju”, lebih baik tanam sahaja pokok getah serta pokok buah-buahan, 10 tahun pasti boleh mendapat hasil, walaupun pulangan tiada seberapa. “Itu lah kau, orang suruh tanam gaharu, kau tanam, tanam sebuta tuli, pokok getah yang orang lain tanam, dah dapat hasil, kau ..? kau tanam pokok gaharu berusia 10 tahun juga, dah lah menyemak kat ladang, ada yang tumbang di pukul ribut, ada yang mati beragam, tetapi,  tiap-tiap tahun mengeluarkan buah, orang tanam pokok rambutan boleh makan buah, yang kau nak makan buah gaharu, apa ke jadahnya.” Kikikiki..

Seindah mana gambaran yang digambarkan tentang gaharu, jadi jutawan ke, hartawan ke, tiada wang ke..? Tak payah-payah buat sakit kepala mahu memikir, fikir satu perkara “ kita berusaha, tentu ada ganjaran walaupun sedikit tetapi mesti ikut caranya”. Jika kita dimainkan perasan tamak, tidak berpuas hati apa yang berlaku, dan soalan-soalan dimana mahu jualkan hasilnya nanti, padahal satu pokok tiada, semua ini akan menambah  buntu fikiran dan segala persoalan tiada akan terjawab. Bergitu lah seperti saya katakan, ilmu adalah asas segala-galanya, maka terjawablah segala persoalan-soalan yang sering bermain di fikiran kita.. betul ke salah..? Kau fikir lah sendiri.

Sekiranya saya ciplak artikel dari website atau blog pengiat gaharu lain, kemungkinan saya dicop dengki, irihati atau pun, tentu ada mengatakan saya cemburu, lebih lagi bila saya turunmuat di blog gaharu saya, sudah pasti di katakan saya hanya pandai copy paste. Dengan sedemikian saya lebih gemar catat apa yang telah saya lalui atau dari pengelaman peribadi yang saya lalui setiap hari sebagai pengiat, pengusaha, pengurusan ladang, pembekal benih, kontrak perladangan, penginokulasian dan bagaimana pengelaman pahit manis terpaksa ikut perut semasa mengkaji formula ramuan menciipta vaksin pada awal saya namakan AIS (Allergic Inoculations Stress ) yang telah di upgrade berkali-kali, terhasil lah GFV ( GOLD FOREST VAKSIN)

Seawalnya saya di ketawakan kerana terlepas cakap, ingatkan kawan boleh beri galakan, rupa-rupanya tersalah anggapan  “ Tiada berjayanya cipta vaksin, bukannya ada kepakaran, bukannya ada kawan , duit satu sen pun tak ada, ada hati nak mulakan kajian, ilmu hanya sejengkal, cipta vaksin menghasilkan gaharu sendiri, kita tengok nanti tiada berjayanya hahahaha..” itu kata-kata semangat yang saya terima, yang masih bermain-main difikiran saya. Bagi melepaskan geram serta beli hati sendiri terkeluar juga kata-kata..” Kau ingat ilmu nie, hak milik kekal seseorang ke, ilmu tiada datang kecuali berusaha mendapatnya, ilmu bukan dapat di lihat, lagikan belakang parang di asah hari-hari akan tajam .. Pandangan kau tu boss, itu lah pegangan seorang yang bodoh seperti kamu yang tiada halatuju.. kikikiki..” Bila vaksin ciptaan saya terhasil menghasilkan gaharu, setiap kali bertemu buat-buat tak nampak, dia tetap bertanya perkembangan vaksin ciptaan saya melalui staf-staf saya, tetapi sentiasa menafikan hasil penghasilan dari gaharu terbentuk dari titisan Vaksin saya, kikikiki.. dia mahu beli hati nya sendiri, kerana terlampau cemburu.

Kita pun tahu, ilmu bukan milik peribadi seseorang, sesiapa yang ada kemahuan, keinginan, mahu berubah dan rajin berusaha, ia akan memiliki, setiap kegagalan juga ilmu, habis tu, apa nak di risaukan.?. Bergitu juga dengan rezeki, tetap datang melalui usaha, walaupun 1 sen kita perolehi, itu juga adalah rezeki. Pelbagai cara untuk mendapat rezeki, menerima ilmu juga rezeki, tak kira lah apa-apa perkerjaan ianya punca rezeki, sedikit sebanyak yang diperolehi, ianya tak dapat di elakkan mengikut kelayakan seseorang.

Bergitu juga menghasilkan gaharu melalui teknologi, walaupun kita mengikut factor yang betul, mengikut ilmu yang kita ada, vaksin terbaik, teknik inokulasi dari pengelaman kita telah lalui, penghasilan gaharu tiada mampu kita janjikan ianya menjadi 100%, tidak dapat kita katakan semuanya akan terhasil. Kadang-kadang 1 pokok terhasil gaharu, adakala tempat-tempat tetentu sahaja terhasil, banyak factor lain kena ambil kira, termasuk keadaan pokok, factor penyerapan air melalui akar, jangkitan furgus tidak seberapa, titisan, penyerapan vaksin tiada serata, ukuran jarak inokulasi juga memainkan peranan penting dan dos bacuhan vaksin dan semua kejadian bukan dari kita, hak MAHA PECIPTA, walaupun hebat vaksin ciptaan kita, kalau tiada rezeki semuanya tiada terhasil,tetapi, bila ditentukan rezeki kita, inokulasi mengunakan air kosong pun terhasil gaharu.

Untuk mengenal pasti berkesanan vaksin serta penyerapan vaksin pada pokok yang ditanam dan pokok gaharu liar, saya lakukan kajian berterusan, pokok sendiri sebagai percubaan, menguji dos, penyerapan, ketahanan pokok, kesuburan pokok, jalinan resin, bagaimana pokok menjadi stress, berapa lama mengalami allergic, berapa lama pokok bertindak menyerap cecair vaksin dan ketebalan gaharu. Maka, jumlah bergitu besar pokok percubaan menjadi sasaran. Kikikiki.. ada yang berlubang-lubang tetapi tetap subur, tetap menghasilkan gaharu. Pellbagai-bagai teknik inokulasi percubaan di lakukan pada satu pokok, daripada bamboo stick, ICU, sapuan, sanggup mengali akar, kerat dahan, tuang vaksin hingga ke teknik Infuse pada pokok gaharu pelbagai spesis, yang paling penting, adalah keputusan yang mana yang terbaik yang serasi dengan vaksin ciptaan sendiri.


Bukan saya mahu menunjuk-nunjuk apa yang telah saya lakukan, tetapi ini ada satu kajian yang harus didedahkan, bagaimana saya berusaha sehingga 1800 pokok gaharu pelbagai size hak milik sendiri dan pelbagai spesis telah saya inokulasi dari masa kemasa, tiada pernah merasa jemu.. mengapa saya bergitu yakin..?. Jika vaksin ciptaan tiada mampu menghasilkan gaharu, buat apa habiskan duit melabur pada 1800 pokok dan perladangan gaharu puluhan ribu pokok, ianya bukan jumlah yang sedikit terpaksa mengeluarkan kos modal dari gaji staf, beli kelengkapan, kos pengurusan satu-satu projek inokulasi dan kos bahan-bahan ramuan vaksin. Mengapa saya berani mengeluarkan semua kos bergitu besar..? Tentu anda telah temui jawabannya, dari soalan saya, betul kan.? TQ.