Jumaat, 29 November 2013

GAHARU .. Bicara Gaharu.



Musim banjir mula melanda, seram sejuk terasa, mandi pun mengigil gigil, air dah mula melimpah sana sini. Semua program Gold-Forest R&D Gaharu tertunda seketika, pembersihan ladang, pembajaan, chekking pokok gaharu liar dan penginokulasian , Kebiasaanya banjir melanda tak lama, tetapi ,terpaksa menanti kembali cuaca panas. Boring juga, tiada apa apa program di jalankan, tak kan nak makan tidur jer, merimaskan kalau badan tiada keluarkan peluh. Sekurang kurangnya ada masa luang ketuk keyboard, siapkan awal cacatan blog dan boleh edit dengan teliti sikit sebelum di terbikkan.


Setiap kali saya terbikkan cacatan terbaru, saya cuba sedaya upaya menyelipkan catatan berbentuk ilmiah, motivasi ketahanan mental, fizikal, rohani, dedahan serba sikit cubit memcubit senda gurau dan bagaimana mengutuhkan lagi azam serta semangat juang kita bagi menghadapi cabaran demi cabaran hari ke hari, langkah demi langkah tujuan membina kerjaya , agar cita cita, impian kita tercapai, terlaksana dengan jaya nya. Bermula hanya sebagai pengusaha ladang Gaharu kecil kecilan, hingga mampu kita jayakan sebagai satu kerjaya, satu biznes peribadi atau biznes keluarga dan hanya bermula satu impian hingga terbukti Gaharu mampu menjadikan kita bergelar Usahawan JUTAWAN Gaharu Teknologi.


Kalau nak berceramah tentang Gaharu, Saya pun boleh, setakat bagi ceramah paling senang , kacang jer.. kikikikiki.. cakap jer, ianya adalah dari kayu, gubal, resin dan damar, boleh di proseskan menjadi minyak, daun boleh di jadikan tea .. itu ini, bergitu bergini , tamat berceramah, sekian terima kasih. Kalau lah cara ini kita sebagai pengiat Gaharu Teknologi berceramah, bagi pendapat saya, tiada kemana mana nya, tagged, planning kita, mahu kembangkan lagi industri ini, pasti tiada kecapaian segala tujuan. Ini lah punca utama, mengapa industri ini agak menyepi, kurang dedahan , agak perlahan perkembangan yang menyeluruh dan hala tuju entah ke arah mana, ada segolongan kecil para para pengusaha dan segolongan pengiat cuma mementingkan wang masuk, mementingkan diri sendiri dan sembunyikan fakta.. kikikiki.. Sorry big boss.. palu sikit.


Keluhan demi keluhan selalu di dengari, pokok Gaharu berselerak tumbuh liar serta di tanam tak henti henti tetapi tiada mengetahui hasil nya nanti akan di pasarkan kemana. Jangan lah jadi seperti tanam pokok se tan, akasia, teja serta pelbagai bagai sepsis pokok lain, tanam, ikutan orang lain lakukan, last last nya, di tebang di musnahkan tanpa mendapatkan hasil.. kikikiki.. impian hanya angan angan, lebih baik tanam jer, pokok buah buahan, kalau harganya buahan murah, sekurang kurangnya, kita tak payah beli, boleh bagi sedekah dan binatang binatang tak kelaparan, dapat makan hasil daripada pokok buahan yang kita tanam. Mentang mentang lah pertanian satu ibadah, yang kau tanam dan kau tebang, musnahkan .. itu satu ibadah ker..?


Anda betul betul berminat ada tanah terbiar, tetapi berkongsi nama sekeluarga , anda ajukan pendapat agar tanah tersebut di bersihkan dan di tanam dengan pokok Gaharu , berapa orang yang sepakat bersetuju cadangan anda.. mampu kah anda buktikan pada mereka , hasil tuaian Gaharu nanti jadi  JUTAWAN ?. Yang anda beria ria sangat nak tanam Gaharu tu, harus memberitahu keterangan lebih jelas secara detail. Kalau lah penerangan yang anda bagitahu, di dengar dari mulut mulut, baik tak payah bagitahu kat mereka, jenuh lah anda akan menjawabnya. Tetapi bila anda bagitahu, anda mahu majukan tanah tersebut, kos modal, dari pembersihan, membina pagar, pembelian anak beneh, kos baja , hasil jualan nanti akan di agihkan sama rata  dan semua kos modal anda tanggung 100% , mereka akan bertanya anda satu soalan ..” bila nak mulai project tu..” . kikikiki.


Jangan menjadi ikut ikutan, orang tanam kita pun ikut menanam, sebaik baiknya, bertanya, timba ilmu dan belajar dari yang telah berjaya. Jika ada kemampuan sertai bengkel bengkel gaharu, walaupun hanya teori di ajar dapat juga ilmu membolehkan kita meneruskan apa yang kita hajati. Jika anda terlewat memulainya, ada 2 kemungkinan, bekalan akan melambak di pasaran dan anda mungkin berpeluang menikmati kos inokulasi termurah. 2 kemungkinan lagi, anda terlewat menikmati kemewahan dan anda mempunyai saingan terbesar dari pengusaha yang mempunyai ladang Gaharu beratusan ekar, seperti group yang seangkatan seperti kami.. kikikikiki,.. Maaf ini cuma ramalan gurau saya.


Saya tabik spring pada semua pengiat Gaharu Teknologi era baru utamanya pengusaha di Negara kita, anda semua sudah terlalu jauh mencipta nama di insdustri ini, syabas untuk semua, semangat juang anda semua bergitu sukar untuk di tandingi. Lambakkan product dari bahan berasaskan Gaharu kian bertambah di pasaran, di pasarkan dengan pelbagai jenama dan harga tak lah mahal sangat, kikikiki.. mampu di beli, tak mampu, boleh bayar ansuran. Tetapi , ada juga yang menggunakan bahan proses di import dari Negara jiran, di packing, pasarkan dan di lebelkan hak cipta syarikat sendiri, tu, tak kisah kan..? janji ianya urusniaga secara sihat, seboleh bolehnya bermula lah dengan product terhasil dari kilang sendiri, lagi terbaik, kerana kita yakin product kita hasilkan, selamat di gunakan tanpa mengandungi bahan bahan terlarang dan sudah pasti halal.


Bila bermula bicara tentang Gaharu, satu bidang kerjaya tersangat luas sebagai usahawan, bukan hanya sekadar tanam, penginokulasi dan jualan gubal. Terlalu banyak bahan boleh di hasilkan daripada sebatang pokok Gaharu, mungkin anda cuma terfikir hanya pengunaan gubal, untuk di bakar kerana bauannya. Daun nya boleh di jadikan tea dan batangnya boleh proses mengeluarkan minyak untuk di jadikan air wangi. Tapi, anda tiada terfikir, kosmetik, bedak, bahan kecantikan, bahan medical, makanan, minuman dan pelbagai bagai boleh di hasilkan.


Bila bicara tentang Gaharu, terlalu banyak andaian di dengari, cerita dari angan angan terlintas di fikiran dan belum apa apa dah bermula perasaan tamak di hati nya  datang dengan sendiri. “ Bila jual gubal nanti, nak itu nak ini, repair rumah, perbesarkan rumah, bina garaj besar, beli kereta mewah 10 siri dua tiga biji, beli tanah beratusan ekar, kikiiki.. bina banglo berpuluhan tingkat..” Suara hati seorang bakal usahawan Gaharu ketika sembang bicara tentang Gaharu, itu lah orang kita, angan angan melebihi usaha. TQ.


Rabu, 13 November 2013

GAHARU .. Gempak you..!!!



Sebelum saya catatkan panjang panjang, lebar lebar, terdahulu nya, saya  mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan moral anda semua, sudi serta setia mengikuti setiap masa , membaca catatan catatan , dedahan demi dedahan, catatan dari pengelaman sendiri, cerita ceriti tentang Gaharu teknologi  dan senda gurauan saya di Blog Gaharu ini. Sekiranya ada yang terkasar bahasa, cacatan saya ada kalanya tentu ada kurang menyenangkan dan tentu ada yang terpias catatan lantang saya.  Sorry .. Boss, bergitu lah sifat kita manusia, menegur untuk kebaikan sesama kita, kita tiada sedari kesilapan diri kita lakukan. Maklumlah kita tiada yang sempurna, mana yang baik kita jadi pelajaran, yang tidak baik kita jadikan tauladan.


Saya bukan kertandusan ideal untuk cari topic sesuai mengisi catatan Blog Gaharu saya, kikikikiki . Cuma... entahlah, mungkin terlampau penat balik dari jelajah ceramah tentang Gaharu, atau mungkin baru pulih dari deman, terasa lain rasanya, Yang penting catatan Blog ini berterusan di terbikkan setiap 2 minggu sekali, setiap bulan seperti di planningkan dari awal.  Kadang kadang terawal terbikkan dan adakalanya terlewat di terbik, jadual terbitan tak menentu. Kikikiki , Tak seperti terbitan akhbar harian ikut time betul, kan Blog kami ini free , biasalah barang free.. tentu lah sentiasa lewat, time rajin, awal lah di terbikkan. 


Gempak..!! Setelah kami selesai menanam 4,600 pokok Gaharu pelbagai sepsis, tawaran demi tawaran di terima dari pemilik tanah berhampiran ladang contoh kami. Sudah terkumpul 12 ekar dari 4 pemilik tanah bersetujui tanah mereka , manakala 15 ekar lagi dalam peringkat rundingan, akan di majukan dengan penanaman Gaharu, yang pada awalnya mereka kurang yakin, Gaharu mampu menjana pendapat lumayan. Kami tiada pernah menyuarakan kemampuan kami, kami cuma perahu kecil, segan mahu bersuara, sememangnya tiada kemampuan menjayakan penanaman puluhan ekar, cukuplah sekadar 7 ekar sebagai permulaan.


Tetapi sebagai perniaga dan pengusaha tak pernah terasa puas, mahu juga wat wat gempak sesekali, mahu lihat reaksi dari para para peminat Gaharu, kikikiki .. pantang pelawa, pantang lepas cakap rupanya, bergitu ramai yang menyahut, berjela jela inbox bertanya bagaimana mahu join. Bergitu minat mahu menjadi usahawan,  nampaknya dan tiada sabar mahu status Usahawan Gaharu. Ini bukan satu pelaburan atau satu skim yang saya programkan, tetapi pakej penanaman secara pawah atau secara usahasama antara peserta , pemilik tanah dan manakala pihak kami sebagai pengusaha.


Kami mahu terbaik untuk kami sendiri dan salurkan khidmat terbaik, jika ada yang menganggap kami tiada tersohor, tiada di kenali, kami tiada kisah, yang paling penting kami ikuti draf planning, tepati jadual kami sendiri, agar tercapai tagged cermelang kami setiap masa. Ada kah usaha anda lakukan semata mata bertujuan untuk di sanjung oleh orang lain..? Jika bergitu sifat anda, sudah pasti ianya jauh perbezaan dari pendirian sifat kami. Biar orang lain menilai diri kita, dari kerjaya kita, dari kemampuan kita dan dari kersungguhan kita, kenyakinan akan muncul pada diri mereka, setelah terbukti, sememang kita punya kelebihan dari yang lain.


Satu peluang terbaik yang ingin kami kongsi bersama yang berminat, kita sama sama berusaha serta berkongsi hasil jualan gaharu 6 hingga 8 tahun akan datang. Ini bukan satu pelaburan skim cepat kaya, tetapi skim ke arah menjana pendapatan berbaloi, anda cuma datang lawati ladang anda, tanpa mengira masa, ketika masa anda luang, tak payah berpanas, berhujan dan tiada keringat anda jatuh ke bumi. Kami lakukan dari pembersihan tapak ladang, penanaman, pembajaan dan penyelia ladang 4 kali setahun,  serta tiada perlu bayar hasil cukai tanah , selama 12 tahun, mengikut syarat syarat dan peraturan di setujui bersama secara bertulis. Janji tangan kanan anda hulur kos modal, tulang empat kerat kami jayakan.


Saya bandingkan di antara pembelian lot Gaharu dan pakej penanaman usahasama yang pihak kami anjurkan. Contohnya anda membeli lot Gaharu , satu lot muatan 200 pokok bernilai RM20,000.00 dan bila penganjur menolak semua kos, baki yang anda perolehi cuma 30%, dengan kiraan hak anda 60 pokok sahaja. Sekiranya lot tanah yang anda beli itu, tiada perolehi kelulusan pertukaran status dari Pejabat Tanah dan Masjlis Daerah, duit 20K anda laburkan, tiada terjamin di perolehi kembali. Sekiranya sejumlah 1,000 pokok anda menyertai kami, masih berbaki lagi dari wang 20K yang anda mahu laburkan pada lot Gaharu , anda ada hak ke atas 600 pokok, manakala kami sebagai pengusaha memiliki 400 pokok dari sejumlah 1,000 pokok anda. Anda boleh memilih gred beneh seperti kami akan senaraikan , tujuan kami mahu menjimatkan lagi kos modal bajet awal anda, supaya baki daripada kos anak beneh boleh menampung kergunanan lain yang bersangkutan proses penanaman.


Kerana terlalu banyak permintaan mahu sertai penanaman secara ini, secara spontan saya lancarkan pakej berusahasama bersama kami. Permintaan mahu menyertainya amat mengalakkan daripada peminat Gaharu berbilang kaum, jika kaum lain bergitu minat menyertai kami, anda sebagai sebangsa dengan saya, mengapa masih meragui Gaharu mampu menjana pendapat paling berbaloi baloi..?. Kami sebagai peniaga dan pengusaha, tiada memilih bulu, warna kulit, sebangsa atau tidak, tiada istemewaan akan di berikan kepada sesesiapa, yang cepat berpeluang, yang berminat ada tempat dan yang tepati janji akan di layan.


Ini ada lah antara satu planning kami, terlalu ingin membantu anda. Kami masih mampu siapkan 20 ekar lagi tanpa menlancarkan pakej usahasama dan kami boleh lakukan ansur ansur mengikut fasa1 hingga fasa 20. Tetapi bila mendengar luahan dari sebilangan peminat Gaharu, “ saya tiada tanah, minat mahu ceburi bidang ini, pihak tuan ada cara tak, membantu saya.?”.  Terfikir akan slogan kami “ Together Toward One Direction “ pakej berusaha penanaman harus di lancarkan. Orang Islam wajip memiliki kekayaan dan terus bersatu mencapai kerjayaan, manakala hasilnya nanti mampu kita membantu , salurkan kepada  insan yang lebih malang dari kita. 


Jika anda berkata “ oh .. banyaknya di  ambil sampai 40% dari 1,000 pokok..” . Saya jelaskan di sini, 10% telah di tetap sebagai zakat, sedekah dan derma, untuk anak anak yatin ( bukan kepada binti Mohd Yatin ), fakir miskin, masjid dan madrasah dan 30% lagi di khas untuk sewaan kergunaan tanah selama 12 tahun, kami tiada usik 60%, itu hak anda. Mana lebih terbaik, beli lot Gaharu dengan cara menyertai kami secara beramal.. Tepuk dahi anda, betul atau tidak cara kami uruskan ini..?. Satu planning serta satu peluang terbaik, kikikiki.. kena tukar nama pakej ini dari pakej berusahasama ke pakej berusahasama beramal.


( Dari cerita seorang kawan ) Atau anda lebih gemar mengikut pelaburan cara ini, dengan Syarikat besar, opis kat Malaysia, ladangnya kat Thailand, Vietnam, Kemboja, India dan kilangnya kat Arab Saudi, penganjurnya status Jutawan, sukar untuk di temui, sentiasa berada luar Negara, Jepun, Thailand, India, Eropah dan Khutub Selatan ( Yang ini saya tambah.. kikikiki } ..? Kata agen nya pelabur perlu membayar Puluhan Ribu dan pulangan pelaburan setiap bulan di janjikan KKKK . Para pelabur tak payah lawati ladang , dok goyang kaki jer, tiap tiap bulan, dapat pulangan 4 angka... Betul ker..?. Saya rasa yang goyang kaki penganjur dan agen skim ini, pelabur pasti, panas punggung tak akan duduk diam, dapat perangai baru, garu sana garu sini, Kikikikiki…Ikut perangai seperti si kera terkena belacan, nak tidur pun tak lena, berpeluh 24 jam, pagi petang chek akaun, pukul 2 pagi pergi lagi  kat petronas chek kat ATM, masuk ke tidak duit sejumlah KKKK seperti di janjikan itu.


Kalau anda rasa keberatan, ragui dan risau duit anda hangus , jika menyertai kami, itu hak anda, kami tak memaksa sesesiapa, ini adalah salah satu peluang, tiada satu Syarikat Gaharu berniat membantu anda, kecuali kami di Gold-Forest R&D Gaharu. Jika anda mahu juga ceburi bidang ini, Saya syokan, beli tanah atau sewa 1 ekar pun dah memandai. Anda beli beneh kat mana mana, bersihkan tapak ladang sendiri, tanam sendiri, pembajaan sendiri dan penjagaan 4 kali setahun, anda pasti berjaya. Sekurangnya anda dapat tahu dimana duit anda habiskan, jika pokok anda tak mampu di rawat dan mahu jual di mana, dimana anda mahu dapatkan penginokulasian..?. itu masalah besar akan pasti timbul. Tetapi sekurang kurangnya anda dapat belai, dapat peluk hari hari pokok Gaharu anda, walaupun apa apa terjadi anda tiada rugi, anda mempunyai pokok Gaharu hak milik anda.. kikikikiki. Selamat berusaha. TQ.