Sabtu, 22 September 2012

GF AisMicro Organik 100% Original.


Chek satistik paparan halaman blog GOLD FPREST R&D Gaharu, tiada terduga bergitu hebat sambutan dari peminat gaharu seluruh dunia dengan angka mencecahi 11,056 paparan setiap masa. Hampir 2 tahun blog gaharu ini di terbitkan, Peminat dari Negara Malaysia memdahului paparan 7,087, Amerika Syarikat 1,738, Brunei 396, Indonesia 233, Rusia 79. Singapura 57, India 48, Jerman 33, Kanada 28, Myammar 60 Manakala dari Negara Pakistan dan Thailand 1, Jepun, Korea Selatan juga tiada kertinggalan. Thailand tak gemar lawati blog kami, di sebab Gold Forest adalah saingan yang membuat mereka terasa panas punggung agaknya .. hehehehehe. Thanks You All from Staff Gokd-Forest R&D Gaharu.
Kekadang terlintas di hati saya, bagaimana mahu menghasilkan vaksin gaharu kadar kos yang amat rendah, agar para para peminat, pelabur serta pengusaha mampu melakukan rawatan tanpa mengeluarkan kos inokulan yang agak besar. Buat ketika ini saya mengeluarkan kos yang agak tinggi serta masa yang agak lama proses permatangan vaksin yang saya cipta. Ini lah puncanya utama mengapa harga inokulan di anggap agak mahal.
Ada setengah pengeluar mengeluarkan pelbagai gred vaksin, contohnya gred A dan gred B. Satu pertanyaan timbul di hati saya, mengapa jadi bergitu pula.? Kermungklinan ada sebab sebab tertentu, gred A dikhaskan untuk gubal manakala gred B untuk kayu minyak. Dari hemat saya, saya ciptakan vaksin tanpa ada gred, semua bahan larut di campur menjadi satu formula vaksin, bagi penghasilan kedua dua sekali gubal dan kayu minyak.
Cuma, saya lebih gemarkan vaksin ciptaan sentiasa di upgrade, bertujuan memendekkan tempoh penghasilan gubal , boleh dilakukan rawatan tanpa musin, kadar penyerapan vaksin secara pantas dan penghasilan gubal betul berkualiti tinggi, hanya dengan satu vaksin, tiada vaksin bergred A atau bergred B, tagged utamanya penghasilan gubal serta kayu minyak. Sebagai pecipta vaksin mahukan kerjayaan dan kerjayaan merupakan satu kepuasan yang tiada dapat digambarkan ketika setiap kali ujian jalinan resin di lakukan.

Saya bukan berpuashati sekadar di anggap sudah berjaya dengan vaksin ciptaan atau memamdailah formula vaksin sedia ada. Dari kajian saya, masih banyak lagi bahan bahan yang boleh dijadikan bahan larut untuk diproses menjadikan vaksin bertambah berkesan dan berkualiti. Memanglah ada bahan bahan nya agak sukar didapati, prosesannya juga tempoh yang agak lama, walaupun , bahan bahan larut vaksin tersedia ada sudah mampu penghasilan terbaik gubal, penambahan bahan bahan lain untuk memamtapkan lagi bahan larut pada vaksin ini. Kertidak puasan hati ini, disebabkan saya juga sebagai pengusaha ladang, inokulan dan juga sebagai peniaga.
Seboleh sedaya upaya saya mengelak dari mengunakan asid santitik buatan  dan bahan bahan kimia mendatangkan bahaya pada manusia, maka sedemikianlah saya focus bahan bahan prosesan vaksin 100% organic , sama seperti vaksin yang dihasilkan di Negara Vietnam,  Thailand ,  Myammar dan bahan bahan yang di gunapakai oleh para para penyelidik penghasilan gaharu melalui teknologi di Asia Tenggara.

Bahan bahan prosesan vaksin menjadi rahsia terpenting bagi setiap pencipta vaksin, ianya tiada dijual, dihebohkan dan tiada catatan di rekodkan vaksin diproses dengan mengunakan bahan bahan apa. Bahan bahan ramuan vaksin akan bocor juga, sekiranya seseorang itu bergiat lama sebagai penginokulasian serta gemar mencari ilmu bagaimana pokok gaharu mudah menjadi stress.
Saya telah merawat lebih dari 1,000 pokok dengan mengunakan vaksin ciptaan sendiri, bukan tujuan untuk bermegah, sekiranya saya membeli vaksin, sudah pasti saya tidak mampu merawat pokok gaharu sejumlah itu. Jumlah 1,000 pokok bukannya kos yang agak kecil terpaksa saya tanggung, sekurang kurang saya jimat sedikit di bandingkan kos vaksin dari yang dibeli, dianggarkan 1,000 pokok melibatkan sekurang kurangnya 7,000 liter, dijika di darapkan dengan RM600.00 per/liter untuk pokok gaharu pelbagai size… jumlahnya akan membuat saya stress, melebihi stress dari pokok gaharu yang saya rawat . hehehehe.

Masih ada lagi ribuan pokok gaharu liar siap menanti untuk di rawat, di mana mahu cekup duit sekiranya mengharap vaksin yang di beli. Ini lah punca utamanya, mengapa masih banyak lagi pokok pokok gaharu liar terbiar tanpa di rawat, tiada kermampuan bagi pemilik mengeluarkan kos upah  inokulan. Sekiranya kos upah inokulan murah, sudah tiada kertinggalan walaupun sepokok, sudah siap dirawat semuanya, kos upah inokulan  yang menjadi masalah paling besar pada pemilik pokok gaharu.
Jika bahan bahan larut untuk proses vaksin mudah didapati, berharga murah dan tempoh matangnya singkat, niat hati saya setiap kali bagi khidmat inokulan harga murah ditawarkan. Tetapi setelah dikaji selidik bahan bahan untuk proses vaksin agak sukar dan tempoh masa matang vaksin, saya wajip melupakan tujuan untuk membantu, kerana saya harus mengeluarkan kos yang agak tinggi setiap kali prosesan vaksin dilakukan.

Sekiranya pencipta di kalangan syarikat besar sekali pun, tetap lakukan seperti saya. Kita pandang harga sekilo gram gaharu dan bandingkan dengan kos upah inokulan, tentunya pemilik mendapat keruntungan berganda hasil jualan gaharu di antara kos upah inokulan yang tak seberapa jumlahnya. Boleh dianggap antara pemilik dan penginokulasian adalah sama peniaga, jika dikira dengan fikiran logic, kos upah di tawarkan lebih dari berbaloi.
Sekiranya pendapat mengatakan tanam gaharu tak payah di rawat, silakan lah, kita dapat lihat 10 tahun nanti, adakah terhasil gubal secara semulajadi tanpa dirawat..? walaupun sebesar pokok balak sekali pun, tiada kesan stress sedikit pun, gubal tiada akan terbentuk, lebih lagi pokok gaharu yang ditanam, dibelai, dibaja setiap bulan, ianya bertambah subur, semakin subur penghasilan gubal melalui stress tiada akan terhasil.

Jalan pintasnya untuk mendapatkan gubal dari pokok yang ditanam, cuma satu jalan iaitu melalui rawatan  teknologi nano IAISS ( Inoculations Allergic Injections stress strain ), satu satu teknologi telah diakui berkesanan penghasilan gubal gaharu. Tanpa tuangan Vaksin ianya tiada akan berjaya, walaupun injections saja di lakukan, ianya bergantung 100% tuangan vaksin sebagai Allergic.
Bagi saya, bukan saingan sekiranya anda mampu mencipta vaksin sendiri, tetapi anda harus berusaha gigih, pernilaian keputusan vaksin yang dicipta itu berjaya atau tidak, ianya bukan tempoh 1 hari, anda akan melalui tempoh jangka masa yang amat panjang tahaf keputusan vaksin ciptaan anda dan wang ringgit anda mula mengalir seperti air didalam tempoh ujikaji berkesanan vaksin ciptaan anda . 
Sebagai permulaannya anda wajip  bergiat dari awal, ia itu sebagai penginokulasian. Sekiranya anda bergiat aktif sebagai penginokulasian tak mustahil anda akan berjaya mencipta vaksin sendiri. Yang pertamanya anda mesti mempunyai pokok gaharu sendiri, untuk menjalankan ujian berkesanan vaksin ciptaan anda. Berginilah  cara saya mendapat ilmu dibidang ini, memulakan proses mencipta vaksin setelah bergiat 7 tahun. Dari berkat kersabaran terjumpa lah bahan bahan larut 100% organic original tanpa ada satu peratus bahan bahan kimia, terhasil formula ciptaan vaksin GF AisMicro yang telah di upgrade dari vaksin yang telah digunapakai sebelum ini. TQ.