Isnin, 28 Mac 2011

Meninjau perkembangan penanaman gaharu di Kelantan.

Cetusan ideal dari YB Dato’Husan Haji Musa, mula menyemarakan semangat kepada sebilangan petani di negeri Kelantan, lebih lagi ideal ini di sokong kuat oleh Indutri Asas tani & bioteknologi negeri Kelantan ditambah syarikat –syarikat swasta serta orang perseorangan ikut serta membangunkan industri gaharu.

Berita-berita terkini mengenai gaharu, laman laman website, blogger  tampil memberi ulasan, kajian , berita terkini serta pertemuan terbaru mereka. Maklumat yang disebar dimenaafkan sebagai paduan kepada petani, pengusaha serta bakal bakal pengusaha bagi menjayakan Kelantan Koridor Depu.

Kelantan salah satu negeri di Malaysia mempunyai pokok gaharu liar yang banyak, berjutaan pokok gaharu tumbuh di seluruh jajahan , ada setengah pokok gaharu berusia beratusan tahun, yang pernah ditemui dipinggiran kampong. Beribuan pokok gaharu sudah dirawat * inokulan bagi penghasilan Teras, sedang menanti tempoh matang untuk di tuai.

Negeri yang berhampiran sempadan Malaysia Thailand ini, juga merupakan pintu masuk spesis –spesis gaharu dari Negara Indochina serta Thailand, lambakkan spesis gaharu menambahkan lagi bilangan spesis gaharu di Kelantan dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan satu kebaikkan, penambahan genus Aquilaria dapat di perkembangkan tempoh akan datang, Malaysia dapat menghasilkan * klon atau spesis terbaru dari hasil kacukan  spesis tempatan antara spesis import ini.

Spesis tempatan juga tidak kurang hebatnya disegi kualiti serta harga di pasaran antara bangsa. Ianya tetap menerima permintaan tinggi daripada pemborong dari Negara Timur Tengah serta Negara Negara Eropah. Kualiti minyak nya memang sudah di akui mempunyai gred tersendiri, memang mendapat permintaan yang tinggi.

Penanaman Gaharu dikelantan di asaskan oleh Ladang Raayat Kelantan, Syarikat-syarikat Swasta dan di ikut orang perseorangan. Dianggarkan setiap jajahan mempunyai berpulohan ribu pokok gaharu telah ditanam dari tahun 2007 sehingga 2010, dengan spesis tempatan Aquilaria Malaccensis , Aqularia Hirta , baka import Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub-Intergra, Aquilaria agallocha roxb serta Genus Aquilaria yang lain.

Kelantan Koridor Depu pada asasnya telah mencapai kejayaan yang mengalakkan, Kelantan telah menopoli industri gaharu di Malaysia. Kelantan akan menjadi pembekal dan pengeluaran gaharu terbanyak di Malaysia tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang. Pelaburan jangka masa sederhana ini akan berjaya, sekiranya sokongan moral terus di beri oleh pihak kerajaan kepada semua pengusaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan