Rabu, 30 Mac 2011

Makan Kura-kura.

Disebabkan harga Gaharu di pasarkan dengan harga yang tinggi , sukar diperolehi ... maka berginilah terjadi dikalangan pemburu Gaharu yang rakus di seluruh Malaysia.
Tajuk : RELA MAKAN KURA-KURA ( Orang melayu punya hal )

"Orang tengah" ambil hati Orang Asli sebelum diperalat curi Gaharu, Candan di hutan simpan.

Kuala Terengganu :
Ada segerlintir "Orang Tengah" sanggup menikmati hidangan labi-labi dan kura-kura bagi mengambil hati Orang Asli sebelum memperalatkan golongan ini mencuri kayu Gaharu dan Candan di hutan sinpan yang memberikan keuntungan lumayan kepada mereka. Malah mereka sanggup memakan hidangan pelik yang dinikmati oleh Orang Asli seperti katak mentah supaya kelihatan "sebati" cara hidup masyarakat itu.

Kegiatan "orang Tengah" berusia 30'an hingga 50'an yang tinggal di kampung berhampiran masyarakat  itu di sebuah dearah di negeri ini sudah berlaku 10 tahun yang lalu.Melalui kegiatan itu, mereka mampu memiliki kereta dan rumah besar melalui hasil perjualan gaharu dan candan dan yang kamudian di jual semula kepada "tauke misteri" yang sukar dikesan pihak berkuasa, Sumber memberitahu harian metro, siasatan mendapati, orang tengah terbabit sanggup memperjudikan hidup mereka bagi mengaut keuntungan mudah walaupun menyedari perbuatan mereka itu tidak wajar dilakukan.

                                                        *** Sumber dari Harian Metro / isnin 25 disember 2006

Selera Minyak wangi peribadi

PERMINTAAN terhadap minyak wangi peribadi yang mengeluarkan haruman unik semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.Sebelum ini produk seumpama itu dicipta khusus untuk golongan generasi muda membantu penguna yang mahu yang memperolehi haruman puteri dari Negara Arab, jutawan dan bintang filem.

Bagaimana pun kemunculan ramai pakar minyak wangi dikalangan generasi muda membantu pengguna yang mahu memperolehi haruman yang sesuai dengan selera mereka.Pakar-pakar itu juga menubuhkan butik mereka sendiri bagi mencipta produk yang berkualiti dan mengikut kemahuan selera pelanggan.
*** Kelantan.:-  The price of the oil is RM 300.00 for every 12 grams container, or equals to  RM 25,000.00 / kg. The price will hike in international market as the RM converted directliy to USD.
Source: Eaglewood oil factory, Kelantan
 
Seorang pencipta minyak wangi Isallbela Burder berkata, pelanggan pelanggan minyak wangi unik itu menrangkumi bayi dan mereka yang berumur melebihi 80 tahun. Burbel merupakan pencipta minyak wangi pertama yang menlancarkan jenamanya sendiri iaitu Salon Prive, dua tahun lalu di Cannes Perancis.Pelanggan paling muda ialah seorang Puteri Arab berusia yang berumur tiga tahun.

Beberapa pencipta  wangian unik  itu mengatakan para pelanggan mereka semakin meningkat terutamanya dari Eropah dan Amerika Utara. Namun menurut mereka penduduk di Asia, Amerika latin, Afrika Utara dan Eropah Timur juga menunjukan minat bagi memperolehi haruman yang unik.

* Eaglewood :- Aquilarria agallocha
True Eaglewood. Rare and precious, this pieces of eaglewood produce a sweet, soft and warm fragrance when burn on coal. Called the “Wish Fullfilling Germ”. Comes in 15 grams muslin cloth bags. Price:   US$ 50.00
** Floracopea, India
Minyak wangi unik ciptaan BURDEL di jual dengan harga yang tinggi kerana para pembeli perlu membayar AS$9.000 (RM31,771) bagi setiap kilogram.Seorang lagi pakar membuat minyak wangi terkenal di Paris Francis Kurkdjian berkata, permintaan yang ganjil yang pernah di terima bagi mencipta haruman bau seperti wang kertas.

Menurutnya, dia mengenakan bayaran AS$10,613 (RM28,320) bagi mencipta satu haruman unik dalam tempoh enam bulan. " kebanyakan orang yang berminat dengan idea penciptaan minyak wangian unik dan faktor itu merupakan punca saya terlibat dalam perniagaan minyak wangi." katanya . APF
                                                             
                                                     *** sumber :- Kosmo Rabu 3 januari 2007



Tiada ulasan:

Catat Ulasan