Ahad, 27 April 2014

Gaharu.. Road to Agarwood.



Sesekali keluar kandang sambil hilangkan stress, ambil kesempatan kunjungi rakan rakan pengiat Gaharu lama, luangkan masa jelajahi beberapa lokasi luar Negeri, dimana bakal pengusaha dan pengusaha sentiasa menanti untuk bersembang sembang tentang Gaharu. Niatnya utamanya sambil berehat dan hilangkan stress, tetapi sebaliknya bertambah stress, kepenatan dan sudah tentu kos penjalanan lari dari bajet .. kikikiki.. tetapi, tiada di sangka sangka mendapat pulangan lebih dari berbaloi baloi walaupun berbentuk Ilmuan.


Road to Agarwood trip pertama telah di jadual tiada melebehi 4 hari, jika lebih dari masa yang dtetapkan, bajet lari .. tetapi, belum apa apa kos dah lari, walau macam mana sekali pun jelajah mesti di teruskan, undangan mesti di hadiri walaupun masa terhad cuma 1 jam. Kadang kadang terfikir juga, mengapa menyusahkan diri sendiri, penatkan badan, habiskan duit,  luangkan masa semata mata memenuhi hajat seseorang, untuk lancarkan urusan orang lain .. kikikikiki .. Kan kita nie baik hati. Tetapi bila memikir berkali kali, lebih baik kita membantu bagi khidmat nasihat kepada yang perlu, tanpa ada niat mendapat apa apa bayaran, mesti berniat ikhlas.


Rezeki ada di mana mana , bila kita berusaha pelbagai bagai bentuk rezeki datang, tak mengira kecil atau pun besar. Sekiranya hati kita kedekut, tiada berbaloi rezeki yang Allah anugerahkan dan ilmu juga adalah rezeki kekal yang Allah berikan sebagai menguji hambanya pemurah atau tidak. Duit senang jer di perolehi dan senang jer di habiskan tetapi ilmu kalau tiada usaha mendapatkannya, ianya tiada datang bergitu sahaja. Tetapi dengan duit juga lah titian di gunakan mendapat ilmu, bila di fikirkan sebaik baik nya duit dan ilmu sama sama memerlukan.


Sesiapa pun tiada terlepas memikirkan bagaimana mahu mendapatkan duit, sikap tamak kita tiada pernah padam walaupun sejumlah besar duit telah kita perolehi. Bergitu lah sifat semulajadi kita, hari ini dapat RM50.00 esoknya fikiran kita akan berfikir bagaimana caranya mahu dapatkan jumlah yang lebih berganda. Kerana duit jugalah, segala planning kita akan berjalan lancar dan kerana duit lah juga kita mudah lupa siapakah diri kita. Saya tiada mengata anda, itu sifat semulajadi diri saya, sebelum menceburi bidang ini.


Walaupun trip Road to Agarwood amat memenatkan tetapi boleh di anggap pengelaman berbaloi baloi dari  2 hala perjalanan berbeza lokasi. Sifat semulajadi saya tiada gemar  melawati ladang ladang yang telah di inokulasi, jika bukan di inokulasi oleh saya, memang tiada niat mahu mengambil tahu atau memberikan komen apa apa tentang teknik teknik inokulasi pengiat lain, berjaya atau tidak.. kita peduli wat per, bukan dapat duit pun .. kikikiki.. Tetapi, sebagai memenuhi undangan para pengusaha, sekurang kurang sedikit sebanyak dapat juga ilmu serta pengelaman sambil belajar dari kesilapan mengapa teknik inokulasi kebanyakkan penghasilan gubal keputusan gagal.


Trip pertama saya menghala ke sebuah Negeri menjejak pokok gaharu di inokulasi 2 hingga 3 tahun lepas dengan 2 teknik. Saya menjejak teknik lama, kedua dua teknik inokulasi bergini pernah saya lakukan menemui kegagalan. Teknik inokulasi dahulu tiada jauh pembezaan daripada teknik di gunapakai sekarang ini, terbukti teknik teknik ini mampu membuatkan pokok gaharu di inokulasi menjadi stress, vaksin yang di gunakan juga mampu membuat pokok allergic, tetapi adakala terlampau stress dan adakala terlampau allergic, tiada pembentukkan jalinan resin. Maaf , saya bukan mahu perkecilkan atau memandang rendah para penginokulasian terdahulu, ini semua cuma pendapat saya, adakalanya, pokok yang sakit dan mati tiada menghasilkan gubal, adakala pokok yang subur ditemui menghasilkan gubal.


Kedua dua teknik  di temui di kedua buah Negeri ini , semuanya teknik lama, boleh dikatakan teknik inokulasi yang tiada di gunapakai sekarang ini. Salah satu teknik di ciplak 100% dari Negara jiran, kerana teknik ini di perkenalan ketika Kerajaan Negeri Kelantan mempromosikan Kelantan Keridor Depu. Saya pernah gunapakai teknik ini sebagai kajian, kerana ketika itu saya lebih giat mendengar dan mencuba. Sekurang kurangnya dengannya ada teknik teknik inokulasi lama, kita boleh membuat kajian kembali. Dan akan timbullah pelbagai bagai persoalan , kenapa, mengapa dan di mana silapnya inokulasi dahulu tiada mampu pokok gaharu menghasilkan Gaharu, adakah silap Inokulasi, pokok di inokulasi terlampau stress, pokok terlampau allergic atau 100% di sebabkan tiada keserasian vaksin..? 


Ketika dalam perjalanan, terlintas di fikiran betul lah seperti saya catatkan di blog saya ini, saya telah temui ratusan ribu pokok Gaharu telah di tanam di seluruh Negeri Negara kita, yang berusia dari 3 bulan hingga 8 tahun. Ada setengahnya di inokulasi dan setengah di biarkan bergitu sahaja, permasalahan yang sama di dengari, kerana tiada mampu mengeluarkan kos inokulasi dan sebilangan besar para pengusaha kurang yakin vaksin yang ditawarkan oleh pengedar vaksin serta bamboo stick ,  mampu menghasilkan Gaharu. Ada pula setengah pengusaha awalnya berani mengeluarkan kos inokulasi puluhan ribu , sudah hilang kenyakinan diri setelah pokok gaharu yang telah di inokulasi ratusan pokok , tiada terhasil gaharu.


Soal kegagalan inokulasi pokok Gaharu ini, bukan sahaja berlaku di Negara kita, di Vietnam, di Myanmar, India serta Negara Negara di seluruh Asia Tengara , para penginokulasian menghadapi masalah yang sama, kegagalan tiada berkecuali berlaku di Negara Thailand, yang mana penginokulasiannya  di agong agongkan oleh pengiat pengiat gaharu tegal di Negara kita. Cuma kegagalan di sengaja disembunyikan kerana bila memulakan ceburi diri didalam bidang ini, kita tiada boleh berhenti bergitu sahaja, kerana kos telah di keluarkan bergitu besar, kajian, ujian terpaksa di teruskan sehingga capai kejayaan.


Jika anda tiada mempunyai sifat kuat semangat .. Saya nasihatkan anda, jangan sesekali hampiri atau berjinak jinak di bidang industri Gaharu Teknologi, jika anda teruskan juga.. kikikiki.. Wang anda akan mengalir seperti air , jangan harap 100% anda dapat pulangan seperti di drafkan di atas kertas A4.( Kikikikiki…Saya memang gemar patahkan semangat orang, kalau boleh biarlah saya seorang jer usahakan gaharu ). Walau apa apa pun, anda telah berusaha, berikhtiar serta bertawalkal, tiada berjaya hari ini, bukan bererti tiada berjaya selama lamanya, jika khidmat nasihat kami di perlukan, Insyaallah, sedaya upaya kami akan membantu para para pengusaha baru. Thanks You All.

Jumaat, 18 April 2014

Gaharu.. Ya ker boss..?



Kuala Kubu Baru, Selangor. 12 April 2014.

Hari demi hari bertalu talu pelbagai bagai soalan soalan di ajukan oleh para peminat, bakal pengusaha dan pengusaha melalui email, SMS, Wechat , send imej melalui MMS dan Whatsapp. Soalan semua aspek tentang harga, kos bajet penanaman, harga beneh, kos penginokulasian,  pakej pelaburan peladangan dan berapa harga Bamboo Stick.. Kikiki…  Ada soalan saya jawab serta bagi penerangan, ada pula tidak “ soal pelaburan peladangan, kau bertanyalah pada penganjur tu sendiri, tentu kau dapat pejelasan maklumat yang tepat..”.
Bunga Aquilaria Crassna

Kalau hanya mendengar khabar, cakap serta planning pengiat pengiat Gaharu seperti saya nie, kikikiki.. senang jer dapat capai status JUTAWAN yang akan di perolehi dari hasil jualan Gubal Gaharu. Lebih lebih lagi di dengari semasa hadiri bengkel Gaharu yang di anjurkan oleh badan badan berkenaan serta syarikat syarikat, betul kan..?. “ Kamu labur share sejumlah ini, geranti sepokok di beli dengan harga XXK, kalau 10 pokok kamu akan dapat hampir 100K..” Ini bukan rekaan saya, saya ciplak dari perbualan bersama seorang bakal pengusaha semasa mengunjungi saya.


“ Mak ooi.. senangnya mereka cakap, semuanya belum pasti.. bos, itu cuma andaian, anggaran serta planning untuk memikat para para bakal pengusaha yang buta ilmu kegaharuan, bagi menyertai project mereka. Berapa kah size besarnya pokok berusia 7 tahun.. mampukah hasilkan gubal 10kg sepokok..? Sehabis habis besar pokok yang di tanam, setelah di inokulasi cuma 70 – 80sm jer setelah usia 7 tahun, itu pun kalau di baja. Tak mungkin , pokok sebesar itu mampu menghasilkan gubal 10kg sepokok, kalau pokok size sebesar ini di inokulasi mampu hasilkan gubal cuma 3kg, bagi saya itu anggaran boleh di terima akal “.

“ Sekiranya terhasil gubal bergred E sepokok ini di jual 2K ( Contoh ) per kilogram daraf 3kg.. baru berapa jumlahnya .. Bos..? Cuma 6k jer kan, bos darap dengan 10 pokok tadi .. kikikikiki…Dah 100K ke jumlahnya ..? . itu lah jumlah yang kita boleh buat anggaran, itu bukan anggaran tepat .. Kita tiada mampu buat anggaran tepat, kita cuma berusaha ikut factor yang betul, tetapi yang menentukan segala segala dari usaha kita, Yang Maha Berkuasa. Walaupun sehebat hebat vaksin serta teknik inokulasian anda terbaik, sekecil kecil kejadian anda tiada mampu lakukan sekiranya tiada restui oleh NYA, mengapa terlampau mudah takbur, sampai boleh menentukan anggaran pulangan secara tepat..?”.
Bunga Candan atau Aquilaria Hirta

Jangan ingat, mulakan project penanaman, semua jumlah pokok yang ditanam hidup dengan suburnya, tentu ada masalah lain akan timbul, masalah pokok mati setelah 2 tahun, pokok tumbang, bermula lah kenyakinan anda hilang dan pelbagai bagai masalah lain akan pasti anda hadapi, 7 tahun bukan jangka masa agak pendek. Ianya akan melibatkan kos tambahan, akan lari daripada kos bajet planning asal anda, sebab itu lah saya tiada berani membuat anggaran tepat pada project penanaman walaupun laksana mengikut fasa, penginokulasian dan gubal gubal yang akan terhasil setelah pokok Gaharu di tuai nanti.

Saya diberikan draf planning share penanaman tujuan meminta pendapat serta pandangan  oleh seorang berminat nak ceburi bidang ini. Draf planning di diperolehi dari syarikat Gaharu yang tawarkan share penanaman .. kikikikiki.. tergaru garu dan tersenyum saya, saya komen tentang draf planning tu serta nasihat serba sedikit, saya tak mahu catatkan di blog gaharu saya, apa yang telah saya komenkan itu , cuma ini saya dapat bagitahu pandangan saya secara ikhlas .. “ itu hak kau, sekiranya kau fikir terbaik, tepuk dada tanya selera kau, sebab duit kamu, orang lain tiada berhak berikan keputusan, jika ianya satu peluang, kau rebut, sekiranya kau tiada yakin, baik jangan..”
Semasa melawat pokok telah di inokulasi teknik sapu

“ Saya tak mahu ianya menjadikan satu angan angan, satu ilusi tanpa memikirkan betul atau tidak menjadi satu kenyataan nya nanti, sudah pasti akan terjadi pada diri bakal pengusaha mengeluarkan kos bajet terlalu besar, tiba tiba akan timbul perasan riak tanpa memikirkan kemampuan sebenar. Sistem pelaburan penanaman Gaharu ini, keuntungan 100% memihak kepada penganjur, walaupun apa terjadi, mereka tetap tiada mengalami kerugian kerana kamu yang mengeluar semua kos awal awal lagi, kamu harus ingat, tiada satu benda free termasuk khidmat yang di tawarkan, sudah pasti tentu ada benda lain yang mereka sembunyikan. Beli beneh tanam sendiri, harga beneh sepokok sekadar RM20.00 jer, kalau 20 pokok baru berapa harga..?, duit kamu pun tak keluar sekali gus, kamu dapat lihat pokok kamu, kalau mereka tak jalankan project penanaman .. macamana..”?.
Keputusan gagal

“ Ikhlas saya katakan, saya tiada mahu meletakkan angan angan terlalu tinggi bagi maklumat anggaran yang tiada masuk akal. Apa yang saya harapkan dari pokok yang ditanam setelah di inokulasi menghasilkan gubal cuma 2 kilogram sahaja dari ukuran pokok berukuran 80sm 10 tahun nanti, sekiranya ianya kurang dari jumlah itu, Allahmdulillah, walaupun 1 kilogram gubal , manakala perca nya diproses diperolehi 6ml yang terhasil, sudah boleh di anggap berbaloi baloi pulangannya, sekiranya 100 pokok dah dapat 100kg gubal dan minyak ½ liter .. telah berapa jumlah jualannya..? berganda ganda jumlah yang kita perolehi dari modal asal yang dikeluarkan..”.
120 pokok gagal menghasilkan gubal

Saya tiada memihak dimana mana pihak atau sebelah pihak atau berat sebelah, kerana saya juga sebilangan pengusaha, usahawan Gaharu, menjalankan urusniaga dibidang ini. Sebagai pengusaha, saya wajip sokong para para bakal pengusaha dan pengusaha, bergitu juga sokongan padu saya tetap memihak kepada para pengiat Gaharu Teknologi, bererti kedua pihak ini wajib saya hormati. Yang utama nya kita wajip berusaha dahulu, beriktiar , bertawalkal dan rezeki yang kita perolehi nanti baru lah semua jawapannya terjawab, jika tanpa memulai mengusahakan bidang ini, saya sendiri  sukar nak menjawab pertanyaan anda .. Yer ker boss..? TQ.