Rabu, 27 Jun 2012

Setitik Vaksin. One kilogram Chipwood


Sempat atau tidak inokulan 90 pokok bersize dari 40sm hingga 120sm di jalankan sebelum bulan Ramadhan menjelang..? Niatnya sebulan di bulan yang mulia ini, mahu staf-staf semua berehat, sambil mengerjakan ibadah puasa dan solat terawih. Jika nak mengejarkan duit, semakin banyak duit tentu semakin tiada mengcukupi, last-last diri sendiri terkorban menjadi hamba duit.
26/06/2012
Pokok  belum dirawat bertambah setiap hari  di serata lokasi,  inokulan dijalankan peringkat-peringkat di satu lokasi dan setelah selesai di lokasi ini, dijalankan di lokasi lain mengikut jadual asal telah diplanningkan. 90 batang  di satu lokasi bukan jumlah  kecil, kos harus dikeluarkan seharian tempoh inokulan , kos pengurusan, pengangkutan, makan minum, peralatan, kos vaksin dan upah staf-staf yang terlibat. Ini semua dah membuat sakit kepala setiap hari, bila inokulan mahu dijalankan.. hehehe.. kepala jadi stress tapi happy.

Kos Inokulan  terlalu besar terpaksa ditanggung oleh usahawan gaharu, sepokok dua mampu di inokulan hakmilik sendiri, kalau dah beratusan pokok  big XXL,  memang tak terdaya, bab kos vaksin  dan panjat memanjat, tepuk poket tanya hati, terdaya atau tidak  Jalan pintas nya, terpaksa lah sediakan duit jumlah yang agak besar bagi bajet harian , beli masa orang lain, selesailah masalah. Dan kita cuma sebagai pengurusan, pantau staf-staf jalankan inokulan, tapi yang tentu nya, duit mula mengalir seperti air.. hehehe.
Baru rawat pokok nan sebatang, tapi dah riuh rendah seperti ayam baru bertelur, hebuh sana sini  tak ubah seperti itik serati , dah ada pokok gaharu aku inokulan, bila ditanya berapa batang, jawabnya sebatang jer. Hehehehehe. Ketawa bukan perkecilkannya, tapi cara bualan nya, seperti  inokulan 10 batang, tu yang jadi bahan ketawa. Ada pula tu, dah rawat 30 pokok, tanya hak sapa, jawabnya hak orang. Habis tu ,mana hakmilik sendiri, kan kata nak jadi jutawan dari hasil jualan gubal gaharu, tak kisahlah walaupun sebatang , dah ada daya usaha.

Penginokulasian  Jarang yang mampu inokulan beratusan pokok milik sendiri, kos nya terlalu tinggi, kecuali mereka mempunyai Pelabur-pelabur , Milik syarikat, ada dana khas, ada tabungan khas yang telah di peruntukkan. Jika hanya mengharapkan dari duit gaji, 2 pokok pun mesti mengira setiap segi, tersilap pengkiraan, lari bajet. Si penginokulasian sendiri tiada mampu inokulan pokok sendiri beratusan pokoknya , bidang inokulan nie, Nampak jer tiada memerlukan modal besar , setelah mencuba, dapat rasai sendiri sebagaimana aliran wang keluar, kalau anda mempunyai tabungan 50K ringgit Malaysia, tak sampai 40 batang, licin bersih duit sejumlah itu.
Sorry .. Saya bukan cuba mematahkan semangat anda, ( cuba membuka minda anda ). Sekiranya anda mempunyai hanya jumlah itu, jangan semuanya dilaburkan di bidang inokulan , gunakan separuh dan separuh lagi, biar wang itu kekal dalam tabungan. Atau anda gunakan 50% daripada wang itu, untuk inokulan dan 25% lagi untuk pelaburan penanaman dan baki 25% di khaskan tabungan semasa. Cara ini, anda mempunyai 2 pelaburan, 1. Pelaburan jangka pendek ( Inokulan ) 3 hingga 4 tahun  dan 2. Pelaburan jangka sederhana  (pokok yang ditaman ) 10 tahun.

Banyak planning kami lakukan untuk menarik minat para-para bakal usahawan supaya mampu menceburi industry ini, di antaranya, sekiranya usahawan mempunyai jumlah pokok yang besar, tiada mampu menyediakan bajet besar. Di antara share kos inokulan, Cuma sediakan  50% kos inokulan sahaja perlu di keluarkan oleh para pengusaha , maka 50% lagi pihak kami tanggung. Bukan niat kami mengambil kersempatan atau menunjukkan kemampuan kami , tujuan ikhlas kami hanya mahu membantu pengusaha mencapai cita-cita dan impian mereka serta bersama dengan kami memeriahkan lagi industry gaharu.
27/06/2012
Jumlah  8 batang pokok yang berukuran lilit dari 50sm hingga 90sm, anggaran vaksin di perlukan 7 liter dengan kertinggian injections 8 kaki hingga 12 kaki, sedalam tebukan 4 inci jarak antara tebukan 5 inci. Kebiasaan pokok berukuran 120sm lilitan kergunaan vaksin 1 liter, ianya bergantung teknik injections yang dilakukan oleh para inokulasi, sekiranya dalam tembukan, maka banyak jumlah vaksin di perlukan di tuangkan di dalam lubang tebukan., kergunaan vaksin hampir 2.5liter.

Senang jer kita menilai ada yang mengaku mereka adalah usahawan yang membekal  vaksin serta bergiat sebagai inokulasi. Jika ukuran pokok 100sm, dan mereka anggaran pengunaan vaksin sebanyak 3 liter, ianya terbukti mereka bukan mempunyai pengelaman  atau bergiat aktif sebagai inokulasi. Sedalam mana tebukan yang dilakukan , jarak  4 inci antara lubang, dalam injections 5 inci dengan kertinggian injections 15 kaki, vaksin yang di perlukan cuma 2.5 liter.
Ada terdengar mengatakan jarak tebukan 5 kaki antara satu, pokok berukuran 90sm, vaksin diperlukan 3 liter.. hehehehe. Ini, kes nak untung berganda, patutlah jual vaksin harga termurah. Berapa titik sahaja vaksin yang di tuangnya, kerja pun senang, kalau pokok berukuran macam ini, berapa lubang jer injections di lakukan, tak sampai 20 minit siap inokulan.

Adakah cuma setitik vaksin ianya mampu menyerap hingga ke dahan..? tak sampai 7 inci, dos vaksin akan berkurangan di serap oleh tisu tisu pokok. Faktornya, kan pokok gaharu mengandungi karbon ( c15-c15 ) bila nya karbon, cecair vaksin mudah menyerap di sekeliling lubang injections, dan air yang diserap oleh akar,  penyerap ini akan bercampur dengan cecair larut vaksin, bila bercampur, dos vaksin akan berkurangan, aliran larutan makin ke atas semakin berkurangan, maka allergic tiada akan berlaku di bahagian 5 kaki terakhir.
Kami Cuma khaskan jumlah vaksin cuma 20 liter untuk bilangan pokok 31 batang, ukuran lilit dari 50sm hingga 90sm, setiap 10 kaki dari pangkal kami sumbat lubang injections dengan penyumbat yang telah siap direndam vaksin selama berbulan-bulan. Kami mahu sejimat jimat semana yang boleh, jika lebihan vaksin perbaziran akan berlaku. Kos tinggi, tak termampu , sentiasa dok tanggung yang membazir , setitik pun pakai modal . Bergitu juga sekiranya khidmat di perlukan, pihak pengusaha yang upah kita, kena kira, duit duit dan duit , bukan senang nak dapat. 
Kalau terasa mewah sangat, daripada vaksin terbuang gitu, sapu dibatang pokok, lagi terbaik dari dok membazir, sekurang-kurang dapat  penyerapan melalui liang-liang kulit pokok. Kalau cara nie, saya menyokong pendapat , 3 liter vaksin untuk pokok berukuran 90sm. Hehehehe.. cuba dulu, dan lihat hasilnya, bagi saya, sekira nya vaksin ciptaan sendiri, boleh lah mewah-mewah, kalau vaksin di beli, tak larat korek duit, nak selesaikan inokulan beratusan pokok.  90sm 3 liter vaksin, andaiannya harga 1 liter RM1,000.00 , 3 liter campur upah inokulan ..? hanya dapat inokulan  ukuran 90sm, 1 pokok 1 tahun jer.. jauhlah lagi dari angan-angan nak jadi jutawan. Hehehe. TQ.

Sabtu, 23 Jun 2012

Group Kelantan keridor DEPU.


Kemana agaknya menghilang Group Kelantan Keridor Depu..? Saya teringin sangat menjejak group ini, Masih aktif kah mereka,  masih bersemangat seperti  dahulu atau hanya menyepi untuk tenangkan fikiran atau terlalu sibuk dengan program-program  bengkel gaharu sana sini.. Atau masing-masing membawa haluan semdiri..?
 Set-set Kelantan Keridor Depu, bukan jalang-jalang pengiat gaharu, mereka semua berkaliber, berpengaruh dari golongan-golongan berada, mempunyai kerjaya yang hebat dan membentuk srategi yang mamtap, itu punca utama mereka boleh bersatu di bawah Kelantan Keridor depu yang diilhamkan Dato’haji Husam Bin Haji Musa. Saya cuma  sebilangan permerhati dari jauh, dari awal sehinggalah group ini masing-masing mengikut haluan sendiri.

Group ini pengiat yang hebat, menyemarakkan semangat baru kepada para-para pengusaha gaharu, daripada tiada mengenal, mengetahui dan mereka pencetus revolusi teknik inokulan bermula di Kelantan sehingga wabak inokulan menyular ke seluruh Malaysia. Tahniah bos-bos. Mereka lah yang memulai era gaharu teknologi, walaupun pada asasnya teknik ini di ciplak, tetapi kerana kersungguhan mereka membawa masuk teknologi ini, ianya merupakan pergorbanan yang cukup besar kepada industry gaharu Negara.
Seperti  saya ini, cuma boleh dianggap usahawan era baru, setelah group ini menyepi, saya sambungkan tugasan mereka, membakar semangat-semangat para-para peminat serta usahawan muda, melalui blog. Facebook dan sebagainya. Sekian lama ilham yang baik ini terpendam , untuk memberi  menanfaat kepada peminat-peminat gaharu, supaya meneruskan perkerjaan yang mendatangkan hasil yang berbaloi biar sampai kerpenghujungnya.

Ada juga para pemimpin berkata Kelantan Keridor Depu gagal, kan ada antara dua Sifat berlawanan  iaitu , gagal lawan berjaya. Dari kergagalan kita boleh belajar dan kita boleh membaiki, upgrade bagii mendapati keputusan terbaik. Silap tuduhan si pemimpin ini, mengatakan ianya gagal. Dalam diam-diam si pemimpin ini juga telah memberikan subsidi spesis pokok gaharu kepada para petani. Jika project ini  gagal, sedar atau tidak, berpuluh-puluhan ribu ekar pokok pelbagai spesis sudah di tanam di seluruh Negara.. Adakah Kelantan Keridor Depu gagal ?, bagi saya ianya tiada gagal, ianya berjaya dalam diam.
Dari ilham Dato”Haji Husan juga lah, IPT-IPT, badan-badan berkenaan, syarikat-syarikat swasta sentiasa menganjurkan bengkel-bengkel gaharu, yang sering dihadiri oleh para-para peminat era baru gaharu. Ini satu lagi petanda yang mengukuhkan bahawa Kelantan Keridor Depu berjaya, lebih berjaya dari awal di asaskan. Kergagalannya hanya satu perkara , inokulan yang menggunakan vaksin  di import dari luar, yang mengakibatkan pokok-pokok gaharu yang dirawat tersungkur kebumi, perkara biasa umpama ini, sebab percubaan yang pertama tanpa kajian awal.

Kerberanian group ini harus di beri pujian, rela mengeluarkan kos vaksin yang tinggi, rela berkorban masa kerana  Kelantan Keridor Depu. Satu group yang hebat, kerana mereka jugalah, lahirnya para-para penginokulasian era baru, termasuk group saya. Dari teknik-teknik yang mereka ciplak, ianya dapat disalurkan dengan sebaik-baiknya.
Dari pecahan group ini, Ahlinya ada yang telah berjaya menletakkan nama tersohor di pesada kergaharuan, ada yang mempunyai syarikat sendiri, mempunyai kilang prosesan minyak gaharu, mengeluarkan produk-produk sendiri dan mereka masih aktif secara solo serta mejelajahi pelosok tanah air menganjurkan bengkel-bengkel gaharu, ertikata walaupun Kelantan keridor depu tiada bergitiu aktif, pecahannya masih bergiat didalam bidang ini.

Kerana group ini lah lahirnya usahawan gaharu baru di serata negeri, daripada pengusaha yang dahulunya, menanam gaharu tujuannya mendapatkan pucuk di jadikan tea, tetapi sekarang usahawan ini mengeluarkan pelbagai-produk  produk dari bahan yang terdapat pada pokok ini. Ketika tuduhan mengatakan kergagalan Kelantan Keridor depu, dari setahun kesetahun, berpuluhan ribu beneh di gaharu dibawa masuk ke Malaysia, berpuluhan ribu pokok gaharu liar telah di rawat oleh para-para penginokulasian era baru. Vaksin cecair pengalak resin telah berjaya dicipta, tanpa lagi mengharap vaksin yang di import yang belum tentu terjamin bahan halal sebagai bahan larut yang dibeli.
Bergitu juga, pelbagai-bagai teknik inokulan di cipta, mengikut teori ,fikiran logic dan factor bagi serasian vaksin ciptaan mereka. Pada si pemimpin yang tiada mahu mengakui kerjayaan Kelantan Keridor Depu, jangan terlepas pandang, jelajahi lah setiap dearah, buat kaji selidik, jangan hanya mendengar kata-kata si pelobi atau talibarut berfikiran sempit. Yang kerbanyakan si talibarut ini segolongan pemalas, kerjanya hanya kat kedai kopi dari pagi hingga petang, bual sana bual sini, yang mereka tahu  hanya subsidi, wang ihsan serta pemberian secara free.

Mungkin agaknya yang menlancarkan Kelantan Keridor Depu ini parti pembangkang, itu agaknya puncanya, senang-senang mengata ianya gagal. Kerana sifat tiada mahu melihat kerjayaan project parti lawan atau sengaja mahukan project ini gagal, kalau boleh project parti mereka yang lancarkan, dan mereka lah orang yang pertama mengatakan project adalah yang terbaik, sekurang-kurang ada juga terpias satu sen dua ke dalam poket mereka. Hairan nya mengapa perkara yang baik ini, diputar belit, padahal untuk meneruskan kerhidupan, kita mesti berusaha, kan pertanian satu ibadah dan juga pertanian satu perniagaan .. kan slogan ini juga yang laungkan oleh parti mereka.
Sekali imbas secara kasar, di kelompok group Kelantan keridor depu di anggotai daripada pelbagai-bagai lapisan fahaman politik berbeza, mungkin ini sebab utamanya malap group ini, bila politik menjiwai kita, daripada pakatan menjadi renggang, daripada kawan menjadi lawan, padahal sifat bisnes tiada berkecuali lawan atau kawan. Semakin kuat kita bergabung, hasilnya lebih cemerlang. Tetapi sekurang-kurangnya group ini telah berjaya melahirkan para-para usahawan era baru yang berbakat besar. SYABAS BOS-BOS.
Tiada akan rugi menyokong perkara yang baik, jika tiada mampu mengeluarkan modal, memandailah sokongan moral, sama-sama kita dapat melihat kerbangkitan kaum kita, seagama dan satu bangsa yang sama dengan kita. Itu lah asas Kelantan keridor depu, hanya mahu melihat kerjayaan serta kekayaan yang di perolehi dari hasil titik peluh para-para pengusaha. Kelantan Keridor Depu hanya sebagai pengasas dan yang akan meneruskannya di bahu para-para usahawan sendiri, bagaimana mahu mengolah, mengubah dan bagaimana mahu mencapai kerjayaan 100% bergantung diatas usaha kita.. TQ.

Selasa, 19 Jun 2012

Royal Agarwood Hunter..


“ Kaya nya Negara Malaysia” itu lah kata para para pendatang asing, mula mula menjejak kaki di bumi bertuah ini. “ di Kelantan kan, banyak terdapat pokok karas, woi ..Kaya nya orang Kelantan..” kata salah seorang kenalan dari seberang, padahal dia datang kesini hanya sebagai pekerja kilang, tak pernah masuk hutan kat Kelantan, bukan pula sebagai hunter gaharu. Yang naik hairannya penduduk tempatan pula tiada peduli pada pokok ini, mereka menebang sesuka hati di sebabkan terlampau kaya agaknya.
Tahun 1992 hingga 1998 saya sering menjelajah seluruh hutan belantara, setiap inci bukit berdekatan saya jejaki, sampaikan dimana lokasi pokok gaharu big size dapat diingati. Sambil memburu, mata sentiasa dok intai spesis gaharu, Keringinan ingin tahu bagaimana spesis ini tumbuh, keadaan tanah serta bagaimana proses pokok ini menghasilkan gubal. Bagaimanakah rupa pokok candan dan adakah pokok gaharu cendana sama seperti pokok Depu atau karas, Dengar khabar gubal candan termahal, sukar didapati, tiada seperti gubal depu atau karas dan cendana.

Kita tak payah membuat perbandingan gubal gaharu dari Negeara kita, adakah lebih berkualiti di antara gubal gaharu yang terdapat di Negara Asia lain ?. Bagi pendapat saya, walaupun tiada yang menyokong pendapat ini, gubal-gubal gaharu yang didapati di Negara kita lebih berkualiti dari Negara Asia lain. Mengapa saya berperdapat sedemikian..? Sekiranya gubal gaharu di Negara kita tiada berkualiti, Mengapa Hunter-henter gaharu dari luar Negara rela memasuki secara haram mencuri gubal-gubal semulajadi yang terdapat di hutan simpan kekal kita dan menyeludup  keluar secara haram gubal-gubal gaharu melepasi sempadan.
Para-para pemborong dari Asia barat, lebih gemar membelanjakan duit mereka, memborong gubal-gubal gaharu dari spesis yang terdapat dan tumbuh di bumi kita. “ gaharu di Malaysia berkualiti tinggi “ ini lah kata mereka. Bergitu juga dengan minyak-minyak gaharu yang diproses di Malaysia, merupakan ranking permintaan tertinggi dari Negara-negara Asia barat, Cuma satu halangan yang tiada dapat atasi, bekalan gaharu di Malaysia tiada dapat menampung jumlah permintaan di pasaran.

Dalam perjelajahan saya di belantara, 3 kumpulan hunter gaharu di temui, satunya group orang asli dari kaum suku batek , satu lagi hunter gaharu group penceroboh dari Negara jiran dan satunya group status kerwargaan tetap, yang dahulu beri tumpang, kaum Kemboja. Group orang asli singgah dan tumpang berteduh di khemah kami, ketika hujan lebat, disinilah permulaan saya mengenal, bau, bentuk dan mendapat tunjuk ajar serba sedikit, apa yang di katakan candan, 
Group hunter pemceroboh ini, kami temui di hutan simpan kekal.  Pada mula nya melarikan diri bila terserempak, bila di panggil, semua keluar. Rupa-rupa sedang mengusungi mayat rakannya, maut akibat tertimpa batang gaharu yang ditebang.dan satu group Kemboja pula, samalah seperti group lain, semua belantara di jelajahi, cuma ideal bijak group kemboja ini, mereka mencari gubal-gubal gaharu, kepala kayu serta kayu-kayu gaharu pelbagai spesis untuk diproses minyak untuk kilang mereka sendiri.

Hehehehe .. Bodohnya kita, harta kita di kaut oleh pendatang , pendatang boleh bermaharaja lela di hutan simpan hak milik pribumi, untuk kekayaan mereka sendiri, cukai tak dibayar satu sen pun. Orang asli, dah menjadi kerjaya mereka, mereka bebas mencari gubal. Tetapi yang sedihnya, mereka dipergunakan oleh para-para pembeli, dibayar dengar harga paling murah dan adakalanya gubal-gubal gaharu hanya di tukar dengan kerperluan dapur serta barangan lain.
\Yang paling tahu nilai sebenar gubal gaharu, orang peranan orang tengah, dia bertindak sebagai pemborong, pembekal makanan dan  majikan. Mereka ini dah kaya raya hasil dari memborong gaharu daripada orang-orang asli, hunter-hunter tempatan dan hasil daripada anak anak buah sendiri. Semuanya adalah hunter-hunter candan, nama sainstifiknya Aqulairia hirta dan ada juga yang mengelarnya Royal Agarwood.

Saya pernah menemubual pengusaha kilang prosesan minyak bangsa Kemboja, dia juga bergiat aktif sebagai hunter gaharu. Selain kayu-kayu minyak di beli, ia juga mencuri kayu-kayu di hutan simpan. “ Modal untuk bangunkan kilang ini, hasil selama saya mencari candan di hutan simpan.” Pengakuan yang terang-terang, tiada merasa takut dan rasa bersalah dengan perbuatan mencuri khazanah Negara. Jika kilang mampu dibangunkan hanya dari hasil mencuri,  cuba fikirkan, untuk menbangunkan kilang prosesan minyak, kos yang harus dikeluarkan setidak-tidak RM50,000.00 mesti berada didalam tangan, bukan jumlah yang kecil dia perolehi setiap kali menjual gaharu.
Salah satu group hunter gaharu hebat juga, dikalangan suku-suku kaum orang asli Termiang yang tinggal di Kg. Aril, Gua Musang. Mereka ini sering menjelajahi dari Aril  melalui banjaran Tahan  hingga ke Ulu Tembeling demi gaharu, secara berkumpulan. Untuk mendapat maklumat, ilmu serta berbual dengan kaum ini agak sukar, kecuali kita, tiap kali mengziarahi mereka, buah tangan wajip di bawa.

Saya pernah membantu pasarkan gaharu spesis candan yang mereka perolehi , dijual secara direct kepada pemborong dari luar Negara. Sampai ke hari ini, saya bebas memasuki perkampungan mereka, apa yang saya mahu, mereka pasti sediakan, janji tiap kali ziarah, tembakau, beras dan ikan masin, sudah tentu dibawa sebagai buah tangan khas buat Tok Batin nya. Saya cuma mahukan pengelaman merteka, yang turun menurun sebagai Hunter Royal Agarwood tujuannya memantapkan lagi, ilmu bidang yang saya telah ceburi ini.
Kaum orang asli tiada sama, jika dibandingkan antara hunter-hunter gaharu lain, hasil jualan gaharu di agih sekampung. Bila temui jumlah yang besar, cuma sedikit sahaja di bawa pulang, setelah berjaya di jual, mereka habiskan dahulu wang jualan dan kamudian masuk hutan, mengangkut gaharu sedikit demi sedikit, ini lah puncanya mereka tiada kaya raya. Mereka bukan bersifat tamak , bukan  seperti Hunter-hunter tempatan, Hunter penceroboh dan Si Kemboja.. kalau boleh dengan bukit-bukit akan di bawa pulang.. hehehehe. TQ

Jumaat, 15 Jun 2012

Blogger vs Hunter vs Pengiat gaharu teknologi


Jarang jarang ada masa luang untuk  melawati laman  blog dan website GAHARU usahawan gaharu tersohor, yang telah mecipta nama di persada kergaharuan. Masa tiada memihak kepada saya untuk menziarahi, berbual bual tentang perkembangan gaharu di Malaysia serta di Negara Negara lain, am nya di Asia tenggara. Yang sering bermain-main difikiran saya, satu perkara, tentu ada yang tiada menyukai cara saya terlampau mendedahkan, membongkar dan memhentam sebilangan pengiat gaharu yang mengamalkan tektik kotor untuk kerpentingan diri.
Sebagai Blogger, usahawan, penginokulasi, pecipta Vaksin, pengedar beneh, kontraktor, pengurusan perladangan gaharu, bergerak secara solo serta mengamalkan R&D gaharu di utamakan, mungkin di sini puncanya, cara saya tiada di sukai. R&D kami secara bebas, tanpa ada ikatan, tiada siapa yang dapat mengarah, kami tetap dengan prinsip kami, kami akan terus bersama-sama peminat, pengusaha baru, yang mahu ceburi  bidang ini, kerana kami juga termasuk di kelompok ini, sama seperti mereka, sentiasa mencari, menimba ilmu kergaharuan.
 “ Hallooo.. Halooo.. kurang jelas lah..oh oh .. line tak clear lah .. boleh hubungi saya balik .. ker ..?  padahal suaranya sebiji biji di dengari,  buat buat ker ..kot kot  bil telefon melabung, kata hati saya, entah siapa nie, diri tak kenalkan diri, sahkan nak bagi salam, tak payah dilayan . Bukan niat nak mengata si anu nie kurang ajar, tapi sifat egoan nya membuat saya tiada berminat nak hubungi kembali.

Bermula pada 3/2/2011 blog Gold-Forest.blpgspot.com di terbitkan dan tersiar di internet dengan enjin pencarian google dan tumpang promosi  di facebook,. Cuma berusia baru 14 bulan di tontoni oleh para para peminat gaharu di seluruh dunia, dengan sejarah paparan sepanjang masa 7,069,  satu percapaian boleh dikatakan terbaik. Paparan di dahulu Malaysia 4,716, disusuri Negara Amerika Syarikat, Brunei, Indonesia, Singapore, India, Jerman, Russia dan Vietnam.
Beribu-ribu imej-imej sebagai koleksi, berkotak-kotak draf dikajian tersimpan dari awal perlibatan dibidang ini pada tahun 1998  hingga 2012., ianya merupakan khazanah tiada ternilai harganya. Itulah puncanya sering di hubungi oleh blogger-blogger serta para para peminat gaharu yang ingin hasilkan laman-laman website mereka, untuk mendapatkan imej-imej serta maklumat , jalan  pintas bagi mereka untuk menyiapkan project urusniaga secara tanpa ada bersusah payah.

Blogger gaharu yang bergiat aktif sebagai usahawan lebih berkualiti, pengetahuan luas, mengalami sendiri dan pernah merasai kersukaran bagaimana mahu mecipta nama di bidang ini, banyak perbezaannya daripada blogger gaharu yang menciplak, artikel, imej-imej serta catatan dari fikiran atas dasar logic sendiri, kadang tu pokok gaharu, gubal tak pernah lihat , tak mengetahui apa dia resin dan cuma tahu dari pembacaan serta percakapan yang didengari dari pengiat gaharu.
Ada seseorang, baru mahu berjinak menjadi blogger gaharu dan nak bina lama website, menziarah saya, 3 jam lamnya dok tanya itu ini, pegang letak pegang letak contoh-contoh gubal dari hasil inokulan, tiap sudut imej di ambil. Semasa mahu pulang .. “ Abg pokok apa , Abg tanam sekeliling rumah nie, cantik lah..” Tanya nya. “ hehehehehehe .. Masyaallah.. tak kenal pokok tu .. itu lah kalau nak kenal .  pokok spesis gaharu..” jawab saya sambil dok tergelak. Setelah dia pulang, sampai  sekarang nie, tak pernah  hubungi saya.

Ada dikalangan pengiat gaharu nie, murah hati serba sikit ilmu gaharu di salurkan tanpa diminta, siapa-siapa yang berminat, belanjakan tea secawan, rokok sebatang, A-Z di diberikannya. Tetapi betul atau tidak apa yang di bagitahu tu, hehehehehe .. kena lakukan kajian sendiri. Bagi saaya , kalau terlampau mudah sangat seseorang tu bagi ilmu, mesti ada yang tak kena, saya bukan syak yang bukan-bukan, kerbiasaannya bergitulah.
Pengiat (hunter) gaharu , yang tersohor dulu-dulu, bukan kerjanya menghasilkan gaharu secara teknologi, hasil nya di perolehi dari gaharu hutan, iaitu mencuri khazanah Negara, satu kerja yang boleh dianggap tiada cabaran, jika dibandingkan antara pengiat gaharu teknologi sekarang ini. Siap bekalan untuk beberapa hari untuk masuk hutan simpan, bye bye isteri dan anak, bermula pemburuan mereka, jumpa pokok tebang, tiada gubal, tinggal, pokok lain pula ditebang, bergitulah seterusnya.

Apabila muncul era pengiat gaharu teknologi, awal mereka, mengatakan semua itu tiada berhasil, mana boleh jadi, cucuk masuk ubat. Tetapi last-last pengiat gaharu semulajadi bergabung bersama pengiat gaharu teknologi, yang terjadi selepas itu, kerbanyakan pokok-pokok yang mereka pakat-pakat rawat patah dua, mati, serekah seluruh dahan, akibat kesilapan vaksin yang dibeli tanpa di siasat, keputusannya, kedua pihak masing-masing saling tuduh menuduh.
2005 - 2007 tahun tersungkur lingkup kedua pengiat ini, termasuklah diri saya juga, tetapi tak sampai puluhan ribu hangus. Tak tahu dimana silapnya, teknik inokulan atau adakah vaksin yang dibeli  bukan yang asli,   yang mengandungi  60% bahan bahan beracun. Nak di jual sebatang pada harga murah-murah, tiada yang sanggup nak beli, lebih lagi nak diproses minyak, lagi lah membahaya, last-last dibiar reput, sekali sekala pergi lawat, boleh juga gosok-gosok. Hehehehe.

Yang untung blogger dan pemilik laman website gaharu, dapat ilmu, dapat berita dari kergagalan kedua-dua pengiat gaharu ini. Berita kergagalan gaharu teknologi heboh, gaharu tiada mampu dihasilkan secara ini, Ini puncanya utama mengapa masyarakat memandang sepi pada industry ini, bukan mengkaji mengapa, sebab apa, kergunaan vaksin berracun tak boleh elak ker, untuk hasilkan vaksin. Biar ada fikiran terbuka, si blogger dan sipemilik website kan golongan bijak, segala hujah, ideal mereka semuanya terbaik.. apa salah bagi pendapat, bagi ideal dan salurkan maklumat agar industry ini Berjaya. TQ.

Jumaat, 8 Jun 2012

Ilusi, Metos dan Hunter gaharu


“  Bukan nya payah sangat nak jadikan pokok gaharu menghasilkan Teras ( Gubal ), Paku seluruh batang nya, masukkan skru kalau susahnya sangat nak panjat , gali akarnya , hujung akar tu kita sumbat botol yang berisi minyak penlicir, ada satu lagi .. naik tebuk batangnya , boleh juga di kerat separuh batang . buat lubang, lepas tu tuangkan minyak pelincir atau racun paraquat ..”.  Satu andaian yang di terima di warong kopi, kalau lah budak budak yang bagi pendapat bergini, sah bagi hadiah penampar jepun, tetapi dari mulut si  tua baka, bercucu cicit., Cuma, buat buat gelak, tapi hati menyampah.
“ Tak leh cucuk masuk ubat ker , pada pokok betik, buah kelapa, pokok kekabu, pokok pemunggal  jadikan teras, kalau boleh , jadikan duit tu, boleh wat bomoh, ekor, turunkan duit, cam cam lagi .. kalau ada teras gaharu sebesar ibu jari, minta sikit, nak wat batu cincin , nak wat pengeras.”  Isk isk isk .. Memang bengang, bila ada  manusia jenis nie, mentang mentang dia tu tok bomoh.. tetapi  tiap kali sakit ke hospital juga.. kalau manusia jenis nie, agaknya last last jadi tok gomol dan tak mesti nya semakin usia tua semakin cerdik kan ?.
Sebab tu lah orang tua tua bagi kiasan, Bodoh tak leh di  ajar, cerdik tak ler nak dengar. Pendapat dari sedap mulut, andaian entah dari mana dia dapat, lepas itu jual sana jual sini, dia ah cerdik, bila ada yang sangkal cakapnya, mula naik merah cuping telinga. Susah kalau ada orang perangai bergini ketika berbincang dengan seseorang, dia pulak dok sibuk sibuk mencelah,  kita cakap bergini, dia cakap bergitu, dia tak boleh nak nilai, orang dok berbincang ker atau bual bual kosong. Nak angkat punggung, hormati usianya, orang tua, kan di kata kurang ajar lak. Cuit kaki si kawan melalui bawah meja .. “ saya kena balik dulu., isi perut nie dok minta di buang..”. hehehehehe. Tu lah caranya.

“ jadi ker, kalau kita lakukan seperti si Jusuh cakap tu ..”. Bertanya kawan Sambil dok kacau tea o yang kedua nya. “ hehehehehe .. entahlah, saya tak pernah mencuba teknik yang dia cakap tu. Bagi saya itu andaian tak masuk akal , kermungkinan dari fikirannya, Cuma satu andaiannya yang betul, pokok gaharu yang sakit menghasilkan gubal, itu boleh dikira logic, tetapi cara yang dibagitahu itu , hehehehe.. mungkin gak ada yang mengamalkannya, kerbiasaannya orang kampong  yang tiada dedahan pada teknik inokulan.” Jelas  saya.
Bagi kami di Gold-forest R&D Gaharu, teori dan priktikal memainkan peranan utama kami untuk permulaan sebagai penginokulasian. Kajian kajian kami mengikut teori, factor dan di sudahi dengan priktikal. Sehebat mana sesorang itu , ianya tak boleh meninggalkan perkara ini, untuk memulakan sesuatu kajian dan 3 perkara lain yang harus ada ia itu, pokok gaharu , drill dan Vaksin. Sebagai pengamal inokulan bebas, setiap teori yang di dengari atau yang di berikan oleh seseorang, mendengarinya, tetap masuk telinga kiri, tidak akan keluar di telinga kanan tanpa di kaji.

 Priktikal lah melebihi segala galanya , kalau setakat teori , tak kemana mana, satu habuk pun tak dapat dilihat. Pokok gaharu akan kekal seperti biasa tanpa menghasilkan gubal, kerana teori,kita masih dok tercatat di kertas. Walaupun pritikal di amalkan factor juga wajip di kira setiap segi, jika tersilap ianya akan memberi  keputusan kurang memuaskan. Walaupun sedemikian Teori tetap di gunapakai, sering bertanya pendapat serta pandangan dari hunter gaharu yang berpengelaman, tujuannya mencari keadah atau teknik teknik baru, yang logic serta boleh di amalkan pada teknik inokulan.
Sayang sekali masyarakat kita , melebihi merpercayai perkara yang karut daripada yang reality, bila teknologi di perkenalkan pelbagai bagai pendapat yang di dengari., tak masuk akal, semua itu tak boleh guna, tak akan  berjaya dan pelbagai bagai lagi andaian dari mereka. Yang menjadi bertambah hairannya, mereka bukan dari golongan tiada berpelajaran, dah ada ijazah, Diploma dan Mester, tetapi kerpercayaan pada benda yang karut masih di tahaf sama dengan orang orang tak berpelajaran.
Bergitu juga lah menghasilkan gaharu melalui kerpakaran teknologi, tiada yang tak masuk akal, tiada yang mustahil sekiranya teori, priktikal ,  factor  dan teknologi di gambungkan menjadi satu, maka terhasil satu bidang kerjaya baru di industry gaharu. Sekiranya kerpercayaan karut masih menebal di hati kita, tiada akan terlaku segala perubahan. Ada yang merpercayai, pokok gaharu liar mempunyai penunggu, ada hantu, kalau melalui bawahnya, kena minta tumpang lalu, ini semua pendapat karut, buanglah jauh jauh sifat kerpercayaan bergitu.

Faktor dan teknologi  ini lah yang memainkan peranan penting didalam bidang kajian pokok gaharu, silap inokulan  tiada berjaya. Setiap pelaburan mahukan keruntungan kan..? Jika mahukan keuntungan segala factor wajib di kira, jangan sesekali ambil perkara senang. Setiap perkerjaan di dunia ini , tiada satu pun yang senang, mesti menghadapi cabaran , dugaan dan rintangan untuk menuju kerjayaan. Bergitu juga  bidang kergaharuan, walaupun teknik teknologi inokulan di ciplak ianya tetap hadapi cabaran.
Atau mahu cari harta dengan jalan, pakai bomoh cari harta karun, beribu duit habis nak dapatkan pelbagai  jenis besi  lama, yang berani, yang tak lut, delima merah, perturun duit,  berbomoh nombor sana sani, tetapi berapa  orang yang kaya dengan sedemikian..? Setahu saya kerbanyakkan papa kedana, si isteri bertukus lumus berkerja, manakala si suami dok hayun batu kesana kemari, dok cari duit bertambun nak dapat sekelip mata, harta yang Allah bagi ,depan mata pun tak nampak. Pokok gaharu sebesar 3 pemeluk di hadapan rumah tak terfikir oleh akalnya, bagaimana cara untuk menjadikan duit.

Kerana metos lah ., membuat orang kita terlalai, sikit sikit pantang, tak boleh usik, nanti kena tegur oleh datuk ( penunggu ), kaum lain , setiap inci pelusuk bumi Malaysia di cerobohi secara haram mencari gaharu, pokok di tebang, di tebuk dan di tinggalkan, setelah 6 bulan, mereka datang ambil hasil secara bebas, tak ubah seperti hakmilik mak bapak mereka. Adakah mereka kena sampuk oleh datuk yang kita takuti..? Dulunya mereka datang, menaiki bas, sekarang ini mereka datang lagi, tetapi berpacuan 4x4, sombong bagai Negara ini hak mereka.
Dimana beradanya penguat kuasa perhutanan .. kan hutan simpan nie mereka yang jaga, atau setelah hunter gaharu ini di berkas baru nak bertindak..? kalau bergitu, Nampak gaya pokok gaharu di kawasan hutan simpan  licin di kerjakan oleh hunter hunter ini. Dulunya si Kemboja  yang mencuri gaharu, mula mula bagi tumpang tinggal di sini, last last  mereka  pula mencuri. Saya bukan mengadakan cerita .. ini adalah reality, dan sekarang masih ada hunter hunter mencuri gaharu di hutan simpan dengan sebebas bebasnya.. harap badan badan berkenaan bertindak dengan segera. Janganlah dok sibuk menyibuk supaya para para inokulan mendaftar pokok pokok yang di rawat yang tumbuh di atas tanah hakmilik mereka sendiri, sampaikan yang ditanam pun mahu di daftar, kan tanah tu dah dibayar hasilnya, tak kan sampai berpuluh kali hasil tanah mahu dibayar, hasil dari tanah yang sama ..?. TQ

Gaharu ..Kedekut Biar Bertempat ..?


Setelah satu catatan baru blog di up,  setiap waktu terfikir topic catatan bagaimana yang harus di susuri sebagai maklumat untuk para para peminat gaharu yang baru memceburi bidang ini. Setiap topic yang di terbikkan seboleh boleh memberi sumber menafaat, boleh dijadikan tauladan atau paduan serta sebagai ilmu yang boleh dikongsi bersama agar boleh dianggap satu pelajaran. Ilmu adalah sedekah yang wajip di dedahkan, di panjang panjangkan dan diperturunkan kepada yang berminat, sebagai mewarisi dan akan di usahakan sebaik baiknya.
Ilmu baik yang kita miliki akan bertambah dari masa kesemasa, sekiranya kita tiada sayang untuk di sedekahkan, ilmu yang ada pada diri kita tiada akan berkembang, erti kata tidak berada di tahaf yang sama. Tetapi, bukan semua pengiat gaharu berfikir sebergini, ada yang ego, sombong, berjanji buat buat terlupa.  lupa diri dan sifat kedekut bahkil terus kekal di hati mereka. Mungkin agaknya mereka terlupa, segala ilmu yang dimiliki bukan berbentuk kekal. Setelah kita mati, semuanya lenyap, tetapi bila di sedekahkan, ianya kekal berpanjangan pahala yang di anugerahkan Allah, selagi ilmu yang di sedekahkan di gunapakai. Mana yang besar nilainya, antara duit dan ilmu yang di sedekah ?.

“ oh .. hebatnya dia , sudah berjaya ..”  Bukan bergini caranya kita menilai kermampuan seseorang ketika mereka berada didalam kemewahan. Kita wajip pandang ke belakang keadaan mereka sebelum ini, bagaimana keadaan mereka dari golongan kaya raya atau dari golongan miskin. Bagaimana mereka perolehi harta kerkayaan, bagaimana mereka usahakan dan di mana mereka timba ilmu sehingga mereka mencapai impian mereka. Itu lah cara saya bermula dibidang usahawan gaharu.  seperti yang saya catatkan di blog Gold-Forest.blogspot.com, tetapi ,saya bermula dengan angka zero.
Yang paling menjadi asas di bidang ini, minat, usaha,kerberanian dan ingin mengetahui, cita cita untuk mencapai kekayaan itu terletak nombor dua, kita harus menghadapi cabaran, dugaan yang tanpa kita sedari , hari kehari setelah kaki kita mula menglangkah di bidang kergaharuan. Sekali kita jatuh dibidang ini, jarang jarang ada yang mampu bangkit, kerana di sebabkan kos yang di keluar terlalu tinggi. Jika kita menjadi terlampau ghairah di ketika percubaan yang pertama, semakin pantas kita terlingkup.. inilah yang pasti terjadi dibidang ini, kecuali di dada penuh dengan ilmu kergaharuan.
Dimana saya perolehi ilmu kergaharuan sehingga mampu mencipta vaksin sendiri  ?. Bagi saya satu soalan yang terbaik, sekiranya di ajukan oleh peminat gaharu. Saya dibesarkan dalam suasana kampung berhampiran banjaran bukit, dari kecil lagi saya terdedah, mengenal terlebih dekat satu spesis gaharu liar iaitu Depu, atau Karas atau gaharu, nama sainstifiknya Aquilaria Malaccensis lamk. Dan ada kelebihan yang Allah anugerahkan pada diri saya, sifat kerberanian, suka menjelajah hutan seorang diri  dan memburu, bagi saya suasana hutan seperti sebati dengan jiwa saya.
Untuk mencipta vaksin, bukan perkara mudah seperti yang di jangka, kajian wajip di lakukan bertahun tahun, Sewaktu permulaan mencari formula cipta vaksin, ada yang berkata .. “ dah gila agaknya dia tu, orang tak pernah buat, dia nak buat..”. Usah peduli apa orang nak kata, kita kena fikir impian kita , pekakkan telinga sekiranya kita mahu berjaya dibidang ini, masyarakat bebas nak kata apa yang mereka fikirkan, sebab mereka tiada tahu apa apa tujuan kita., mereka cuma mata , cuma menilai dari pandangan mata, bukan dari impian dan dari keringinan seperti kita.

Untuk memperolehi Ilmu di bidang ini, amat sukar, ilmuan ini tiada di kembangkan, tiada yang mampu memberi tunjuk ajar. Jika dibandingkan jumlah peratusan di memiliki ilmu ini, di satu Daerah cuma 0.2 peratus, kermungkinan tidak sampai dari 0.2 peratus. Mengikut bancian kami, dalam sebuah dearah, satu orang pun tiada tahu, tiada mengenal bagaimana kah rupa nya yang di katakan  gaharu. Tak hairan lah, mengapa ada yang tak percaya, gaharu dapat di hasilkan melalui rawatan, tetapi 100 peratus mempercayai gaharu berharga.

 Bila teknik Inokulan merebak, era gaharu teknologi bermula, ramai peminat gaharu muda, mula bergiat, seluruh desa di serang, mencari pokok pokok gaharu untuk di inokulan. Pelbagai kerenah yang di lihat, dari jauh dah dapat di agak, apa tujuan mereka masuk kampung, padahal pokok gaharu pun tak kenal, tapi lagak, gaya dan di baju tetap ada lebel “ PAKAR GAHARU “. Bila ditanya soalan tentang gaharu, bukan ilmu yang di bagitahu, tetapi semuanya dari andaian sempit, fikiran dengan mengunakan logic sendiri. Berginilah jadinya, sekiranya ilmu untuk melakukan sesuatu tiada penuh di dada, kita mudah menjadi ego di sebabkan kerbodohan kita sendiri.

Kersilapan pada diri kita sendiri, yang tua kita lupa, tinggalkan , memandang sebelah mata dan tak dipedulikan, padahal pada diri mereka segunung ilmu yang diwaris dari turun menurun. Kita pandang kebelakang sekali lagi , “ Maka datang lah, orang orang darat yang membekalkan gaharu kepada pedagang dagang Arab “ saya petik dari tulisan Musyi Abdullah. Cuma jauhari mengenal manikam, ini lah sebab utama, kami di Gold-Forest R&D Gaharu menjelajah seluruh pelusuk Negeri Kelantan, tujuan mencari  untuk memperolehi ilmu kergaharuan dari hunter hunter gaharu berpengelaman.

Semakin banyak ilmu yang baru kita pelajari, kita akan terasa rendah diri, betapa bodoh nya kita, rupa rupa nya terlalu banyak lagi yang kita tiada memperolehi  Ilmu. Dan mengapa harus menjadi ego, kerana mempunyai cuma sedikit ilmu..? Jika silaturrahim di jalirkan dengan para para hunter gaharu veteran ini, bermula lah era baru pada kajian kita tentang gaharu, ini untungnya jika ada sifat rendah diri, tiada siapa siapa yang kedekut untuk ajari ilmu ini.
Tetapi yang didapati sekarang ini, tahu cuma sedikit, tapi perasan nya yang lebih, dia  lah pandai, bijak serta tersohor di bidang kergaharuan.  Nak bagitahu cuma sedikit, bagaikan seperti ada emas berada di dalam mulut. Lebih lagi lah kalau di minta sama sama kongsi pengelaman, awal lagi, “ sorry ., bz sangat..”. padahal ada masa berjam jam dok lepak di kedai kopi, dok cerita kisah kisah bab dia cap tersohor. Adakah ilmuan kergaharuan boleh di bawa ke mati, ilmu ilmu berselerak di atas perkuburan.. adakah ilmu ilmu itu dapat membantu azab, jika tiada di sedekah..?

Kita kedekut biar bertempat, ada ketika nya dan ada perkara yang tiada boleh disedekahkan, setakat ilmu menanam, ilmu pengurusan, teknik inokulan itu tiada masalah, yang menjadi periuk nasi kita, tu tetap kena peliihara, orang pun sedar, perkara itu bukan senang kita perolehi. Bila kita perolehi sesuatu ilmu, jangan pula kita kedekut, salurkan lah pada orang lain pula, biar ianya sama sama dapat menafaat, sama berjaya di bidang kergaharuan. TQ.

Jumaat, 1 Jun 2012

Tanam Jangan Tak Tanam ..!!!


“ Hai .. Gold-Forest R&D Gaharu , kata Usahawan gaharu, Pasar minyak gaharu, jual Gubal, Edar Anak beneh, Kontraktor Ladang gaharu, Urus Ladang gaharu, Khidmat Inokulan, Cipta Vaksin , Tak kan ladang gaharu tak ada..” Sindir para pengusaha seangkatan.  “ Hehehehehe .. Ladang tu ada , tetapi di tanam secara usahasama di tapak kerpunyaan orang lain , ketika itu, ada sebabnya,  kerana masalah tanah, tak dapat di usahakan lagi .. pokok pokok getah masih di toreh.. dah sampai masanya apa yang planningkan sebelum ini.. pokok pokok getah dah di tebang dan project tanam di tanah hak milik sendiri akan bermula..”
Bulan may dah tamat, keadaan cuaca dah mula berubah , cuaca panas dah beransur bertukar dengan tiupan angin lembab. Setiap petang angin kencang membawa daki daki berawan mengandungi hujan. Walaupun hujan hanya sekejap tetapi lebat.  Keadaan permukaan bumi menjadi lembab, baja organic mula meresap ke bumi , menunjukan musin hujan dah bermula ,bergitu juga musin penanaman pokok gaharu dah hampir.

Tapak project tanam gaharu hak gold-forest R&D Gaharu , Fasa 1 pembersihan, memasang pagar telah siap. Cuma menanti saat ketika, cuaca lembab dan musin hujan, Tanah cuma di bersih tanpa mengubah sector tanah asal yang mengandungi baja organic . Keluasannya cuma 4 ekar, planning di tanam dengan pelbagai sepsis gaharu  iaitu, A.Malaccensis Lamk, A.Hirta, Sub-Intergra, Crassna dan Agalocha Roxb, proses penamanan akan di mulakan pada penghujung bulan Jun.
Pemilihan size anak beneh dari kertinggian 2 ½ kaki hingga 3 kaki, jarak penanaman 8 x 8 kaki, teknik tanaman 1 lubang 2 pokok dengan anggaran muatan perata 4,000 pokok. Tapak penanaman ini, mempunyai mukabentuk bumi yang landai serta berlegun legun , lokasi berhampiran sungai dan hutan simpan kekal, tapak asal ini telah ditumbuhi pokok gaharu sepsis Malaccensis Lamk, tanah yang berhampiran masih terdapat pokok gaharu liar ini.
Penanaman kali ini di khusus untuk kajian kami, bagaimana caranya mahu menjimatkan kos , kos anak beneh tiada berubah, di tumpukan kos pengurusan ladang , penjagaan, pembajaan serta bagaimana mencepatkan tumbesaran 2 spesis iaitu Malaccensis Lamk , Hirta dan tempoh 3 – 4 tahun akan datang terhasil kah sepsis klon terbaru dari hasil debungaan semua sepsis…?  jika ianya berjaya ,satu atau lebih klon baru terhasil dari kajian di ladang kami ini.

Dalam planning kami, kergunaan baja organic 100%, baja baja berasas kimia bukan pilihan untuk pembajaan 3 kali setahun, bergitu jugalah pembersihan serentak dengan pembajaan. Racun rumput rumpai tetap di gunakan tetapi jarak disemburkan antara pangkal anak pokok 1 kaki, untuk mengelak tanah yang sembur racun ini terlalu gembul , racun juga akan mengakibatkan akar akar anak pokok gaharu mati. Apabila usia pokok gaharu berusia 2 tahun, pokok ini akan tumbang, kerana kesan racun pada tanah yang disembur, tanah ini berkeadaan telalu gembul, bukan dari keadaan semulajadi ,iaitu di gembulkan oleh cacing tanah.
Kergunaan baja organic banyak factor yang kami kira , baja ini bertahan lama mampu pembiakan cacing tanah bagi tujuan mengembulkan tanah, jika dibandingkan antara baja kimia yang bersifat sementara ( tiada bertahan lama ) baja ini lebih terbaik, kos murah dan senang didapati. Ianya mudah didapati , dari buangan najis kambing, ayam serta pelbagai jenis binatang peliharaan dan boleh dibeli dengan harga yang murah.

Walaupun pun ada yang mengatakan baja kimia boleh digunakan , memang betul, boleh digunakan .. tetapi kita renung apa yang telah terjadi sekarang ini . Dulu semasa kecil, saya masih lagi ingat , orang tua membaja padi di bendang , mengunakan najis kelawar. Dibendang , di sungai dan di lubuk lubuk, ikan air tawar bukan main banyaknya, pelbagai  sepsis. Setelah baja kimia di gunakan , nak dapat seekor ikan pun sukar ,adakala dapat, tapi di jangkitan kuman, berkudis, ini lah kesannya, jika baja kimia  dan racun rumpai terus di gunakan ,  kepupusan semua sepsis ikan air tawar akan berlaku. Bahan bahan dari pada pokok gaharu itu ,  kita nak pakai, nak minum, wat mandi , kalau dah semua beracun , sapa yang nak beli..?
Anak pokok gaharu baru ditanam, kerbiasaannya akan mengeluarkan akar baru usia 2- 3 bulan akan datang. Oleh itu kami tetap mengunakan baja asas organic yang di masukkan dalam setiap lubang. Taburan baja permulaan akan di lakukan  setelah anak pokok berusia 6 bulan  serta perbersihan akar akar liar membelit anak pokok bagi mengelak anak pokok ini terancat tumbesarannya. Sebelum memulakan penanaman, racun anai anai di tabur, ianya dapat mengelak anai anai membiak. Anai anai adalah musuh utama pokok gaharu, ianya pemakan akar akar , boleh mengakibatkan pokok ini mati.

Pada bulan july – January , musin cuaca lembab bermula, kadang kadang angin bertiup kencang, bagi mengelak pokok baru di tanam nie rebah, kayu penyokong  ( pancang ) di perlukan dengan tujuan lain untuk membantu pokok ini tumbuh menegak.  Kerbiasaannya buluh yang dibelah lebih baik di jadikan pancang, lagi senang didapati.

Jarak penanaman pokok ini, pelbagai jarak yang dilakukan oleh pengusaha, ada yang tanam 4x4x6 , ada pula tanam 5x5x7 dan yang suka 8x8x8 dan ada juga yang menanam keadah ikut suka , Saya syorkan tanam secara teratur, Nampak kemas dan cantik mata memandang ,  iaitu 8x8x8 , kalau mahu muatan banyak, tanam 1 lubang 2 pokok, jika tanah 1 ekar , dah boleh ditanam sejumlah 1,200 pokok, jika dibanding keadah biasa 1 ekar 800 pokok 1 ekar .