Khamis, 3 Mac 2011

Teras, Damar atau Resin

Damar * Resin diperolehi dari pokok spesis Thymelaeaceae

Aquilaria malaccensis dan sinensis boleh didapati sangat terhad di Malaysia dan Indonesia manakala Aquilaria crassna didapati di Indo China.  Spesis-spesis ini sangat terancam sehingga diletakkan dibawah kawalan kerajaan.
Gaharu atau eaglewood adalah produk tumbuhan termahal di dunia.  Sejarah perdagangan gaharu bermula seawal abad ketiga direkod dalam tulisan Wa Zen dari Dinasti Wu. Wa Zen menceritakan dalam tulisannya bahawa gaharu diperolehi dari Vietnam.
n
Manakala daripada tulisan Musyi Abdullah pula mengatakan bahawa perdagangan gaharu, rempah ratus bermula di zaman kesultanan Melayu Malaka, dimana gaharu memperolehi dari pada orang darat * asal atau penduduk tempatan.
n
n
 
Gaharu sangat penting dalam pembuatan minyak wangi dan penghasilan ubatan.   Harga gaharu bergred double super mencecah USD30,000 di pasaran antarabangsa pada hari ini. Manakala harga gaharu Malaysia yang termahal pernah direkodkan ialah USD27,400.
Bagaimanapun Universiti of Mannisota telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa pokok gaharu daripada spesis tertentu boleh ditanam dan dirawat untuk menghasilkan gaharu dalam kuantiti yang banyak serta bermutu tinggi dalam masa 10 kali lebih cepat daripada penghasilan gaharu secara semula jadi.
Inoculation juga dapat dilakukan pada spesis karas * Depu nama saintifiknya malaccensis lamk, berpontesi menghasilkan teras bermutu tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan