Rabu, 23 Mac 2011

Stress dan Musuh tanam

Dari kajian .. Mengikut faktor-faktor kejadian teras semulajadi melalui pokok yang stress:- Pokok gaharu yang sakit seperti patah, berlubang di sebabkan kejadian alam semulajadi. Adakah ianya berkesan menghasilkan stress melalui menyakitkan pokok gaharu, melalui stress buatan.. emej menunjukan bagaimana stress buatan dilakukan, berkesananya masih menjadi tanda tanya.

Stress buatan

Musuh utama :-
Siput babi
Pokok gaharu juga mudah terdedah serangan serangga, seperti Ulat- ulat  serta Siput pemakan daun.Ulat Memang mengemari daun serta pucuk gaharu, ianya akan merosakkan daun, jika membiarkan tanpa ada penjagaan yang rapi.
Ketika anak benih dalam semaian, anak benih mesti ada pengawasan, ianya terlalu mudah terdedah serangan binatang pemakan daun siput babi.
 Siput babi akan menyerang dan memakan daun anak benih gaharu, dari awal petang sehingga ke pagi.
Anak benih gaharu yang di musnahkan oleh siput babi.
Bena puteh atau kulat :-
Spesis kulat * bena putih ini tumbuh dan cepat merebak dari batang serta daun, ianya boleh mematikan anak pokok secara beransur-ansur. Ianya tidak memilih usia pokok, ianya merebak seperti kenser, Kulat ini tumbuh :-
1) Pokok gaharu tiada memperolehi cahaya matahari yang cukup.
2) Terlalu redup
3) Batang sentiasa basah.
Bena putih atau kulat

Sejenis serangga yang sukar di kesan awal, pemakan akar pokok gaharu adalah musuh paling utama iaitu anai-anai. Jika diteliti dari awal ianya boleh dicegah, dari kesuburan pokok, lama kelamaan pokok akan berubah menjadi tiada berpucuk. Sehelai demi sehelai daun akan menjadi kekuningan akhirnya pokok akan mati.
Cegahan :-
1) Pembersihan tempat simpanan anak benih, bagi mengelak serangan siput babi.
2) Menggunakan racun kulat dos yang rendah.
3) Sebelum memulakan menanaman pokok gaharu, taburkan racun anai anai.
* Note :-
Jauhkan menambus kayu, rumput rampai ketika tapak tanaman dibersihkan, cuba elakan pembersihan mengunakan jentera. bagi mengelak anai-anai membiak di tapak ladang gaharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan