Jumaat, 16 Oktober 2015

GAHARU..Sesquiterpenes Biosintesis



Kadang-kadang tergelak seorang, ya lah, sejak bila pula jadi saintis nie, kikiki.. maklumlah kan, kita cuma orang kampung kurang berilmu, cetek pengelaman dan pergaulan terbatas, ke bandar jarang-jarang sekali, tu pun bila ada hal penting jer, kalau tak, menyepi di opis yang alas kadar  orang kampong lah katakan. Kadang-kadang keladang gaharu,  lawati pokok yang telah di inokulasi dan masa free, jejalah pelusuk kampung-kampung setiap dearah intai-intai pokok gaharu liar untuk di inokulasian pantang ditawarkan, akan di inokulasi seberapa segera.

Tetapi, telah menjadi satu tarbiat kegilaan semula jadi suka kaji mengkaji sesuatu bidang sebati dengan kerjaya, nak buat camno. telah melibatkan diri di bidang pertanian, yang ada berhubung kait dengan teknologi. Hati terlalu gemar melihat kehijauan bumi milik ALLAH, lihat tumbesaran pokok dan kesuburan pokok tanaman serta pokok-pokok tumbuh liar. Di zaman  persekolahan dulu-dulu, mata pelajaran di ikuti adalah sastera,  kalau kira dua pembandingan aliran kerjaya, ada perbezaan amat ketara di antara sastera dan sains, telah menjadi kerjaya sekarang, Sesuatu kerjaya yang tiada pernah terlintas di fikiran, kerjaya gila-gila, yang tiada termasuk di akal sama sekali, mahu bergiat aktif sebagai kerjaya pengiat gaharu teknologi.

Nak hurai tentang apa sebagai catatan terbaru blog gaharu kali ini..? Sesquiterpenes Biosintesis .. !! kau tahu ker apa benda tu..? Aku..? Cuma tahu sikit-sikit jer .. kikikikiki, Kalau pengiat tersohor, benda nie kecil jer ni., tetapi ilmu nie, bagi aku, terlalu penting, ia lah, sebagai penginokulasian atau tukang cocok pokok gaharu dan punya vaksin produk sendiri, wajip kena ambil tahu, apakah benda nya apa yang di nama Sesquiterpenes Biosintesis dan kat mana Sesquiterpenes Biosintesis berada, apa kena mengena dan apa peranannya membuat Sesquiterpenes Biosintesis tersohor sangat.

Dari perbentangan hujah kajian fungus,  Sesquiterpenes dan derivativ  chyomone phenylethyl adalah sebatian utama dalam gaharu. Oleh itu, kita telah memahami bahawa biosintesis ( pengawal selia ) dan Sesquiterpenes chyomone berada di dalam semua pokok Aquilaria spp, merupakan bahan utama dalam menentukan mekanisme pembentukan gaharu, walaupun sedemikian, sehingga kini   laluan  biosintesis ini, yang derivativ  chyomone masih didalam kajian. Mengikut kajian perbandingan yang jelas, laluan metabolisme terponid dilaporkan berlaku melalui asid mevalonic (MVA) dan 1-D deoxy-xylulose-5-fosfat (DXP) sebagai laluan, dimana synthases ada lah enzim yang digunakan langkah terakhir untuk membentuk Sesquiterpenes.

Gaharu terhasil selepas pokok Aquilaria spp tercedera, dalam tempoh awal pembentukan gaharu, oleoresin dalam gaharu wujud 2 bentuk, tylose dan gel dan Sesquiterpenes ini mempunyai aktiviti anti-mikrod dan anti-penyakit,, berdasarkan dari kajian hipotesis dilakukan, bahawa gaharu adalah hasil tindak balas pertahanan, selepas bahan-bahan pertahanan seperti Sesquiterpenes dan derivativ  chyomone phenylethyl dihasilkan. Sesquiterpenes gaharu dalam pokok Aquilaria spp, setelah melalui pengasingan di makmal dilaporkan wujup 5 gen synthase 5-guaiene (AcC1, AcC2 , AcC3, AcC4 dan AcL154) telah di klon daripada sel Aquilaria spp.

Semua ini berlalu di akibatkan fungus (menjangkiti ), proses semula jadi, terdapat pada pokok di lukai, patah dan aktiviti mikrod inokulasi, Apabila produk-produk ini menggabungkan dengan tisu kayu untuk mengelakan perkembangan kerosakan batang gaharu, kunci untuk menguji hipotesis ini ialah untuk mendedahkan mekanisme luka yang disebabkan daripada sesquiterpenes gaharu, tetapi matlamat ini terhalang oleh jumlah yang sangat terhad maklumat genomic tersedia untuk Aquilaria spp, kajian di lakukan menggunakan teknologi seperti :- 

1.   Untuk menberi wawasan terperinci ke dalam transcriptomes Aquilaria spp sihat dan mencederakan.
2.   Untuk menemui transkrip calon dengan homologi yang besar kepada enzim penting bahantara biosintensis dan penyesahan fungsi.
3.   Untuk mengenal pasti calon pengawal selia yang mungkin berkaitan dengan luka transduksi syarat dan peraturan pembentukan gaharu.

ASSs adalah ensim inducible yang mungkin bertanggungjawab untuk pembentukan sesquiterpenes gaharu. Sesquiterpenes adalah komponen yang paling penting dalam gaharu, kajian untuk mengenal pasti gen yang mengekod enzim yang terlibat dalam biosintesis, dan 30 unigenes di temui termasuk 4 kategori gen kritikal (HMGR, DXPS, FPS dan ASS) dan gen lain yang pemgekodan sythases dalam metabolisme bahan dalam Aquilaria spp, sebagai kajian lanjut yang berharga mengenai laluan terpenes biosintesis. 

Kajian berasaskan teknologi PCR menemui 3 cDNA sepenuh memanjang ASSs (ASS1-3) hampir sama dengan urutan asid amino. Analisis Phenetic menungjukan bahawa jarak evolutional antara 3 ASSs agak kecil perbandingan antara synthases daripada sepsis tumbuhan yang lain, kecuali Aquilairia crassna dengan ungkapan heterologous dalam E coli dan enzim ujian menunjukan bahawa ASS1-3 mempunyai aktiviti ASS dan merupakan produk utama sebagai 5-guaiene.

Analisis ungkapan PCR menunjukan ASS1 adalah hampir tidak dapat dikesan sama ada berasa di tisu-tisu yang sihat atau sebagai celluses, berada didalam tisu cedera atau calluses MJ (dirawat), ASS1 telah meningkat hamper 100 kali ganda. Tambahan pula, analisis GC-MS menunjukan bahawa produk utama adalah 5-guaiene terjadi selaras dengan tindak balas enzim dengan kandungan bahan telah meningkat 74 kali ganda, jelas menunjukan bahawa ASS1 ungkapan luka akibat dan bertanggungjawab kepada pembentukan sesquiterpenes gaharu pada Aquilaria spp.

Menurut laporan sebelum ini, telah menunjukan bahawa MJ boleh di sebabkan 3 sesquiterpenes (Q-guaiene, Q-humulene, 5-quaiene) berada di dalam sel-sel Aquilaria spp dan dihasilkan tindak balas enzim-enzim yang diklon. Daripada 5 klon (AcC1, AcC2, AcC3, AcC4 dan AcL 154 tidak mempunyai aktiviti TPC mungkin menunjukan pseudogen klon (ASS1-3) didalam kajian mempunyai homologi yang tinggi dengan AcC4 dan AcC3 dan produk dari pada yang sama. Oleh itu, eksperimen ini membolehkan kita mengenal pasti ASS1-3 sebagai enzim aktif Aquilaria spp dengan ungkapan inducible bertanggungjawab sebagai pembentukan gaharu.

Alhamdulillah, syukur kepada YANG MAHA BERKUASA memberi kesempatan kepada saya huraikan secara ringkas tentang Sesquiterpenes Biosintesis yang merupakan satu-satu bahan yang terkandung didalam pokok spesis Aquilaria spp ini. Ramai yang mengenal gaharu, tetapi jarang-jarang yang mengetahui apa yang sebenar berada di dalam kandungan gaharu, sekurang-kurangnya saya dapat share ilmu yang Allah anugerahkan, kongsi pengelaman khas untuk semua peminat, pengusaha dan para-para pengiat gaharu. TQ, kerana setia melawati blog gaharu kami yang tak seberapa. TQ sekali lagi.

Ahad, 11 Oktober 2015

GAHARU.. Fungus, Fungus dan Furgus.. you!!!



Kita sebagai pengiat gaharu teknologi, maka setiap catatan, berbicara, dapatkan maklumat, reka teknik inokulasi, terima pakai teori, bagaimana priktikal harus di siapkan, kajian factor pokok dan segala urusan berdasarkan gaharu teknologi bukan perkara main-main. Daripada mengenal apa itu Bioteknologi , Microbiologi, Patologi, Mikrod inoculation atau entah apa-apa benda, berbelit-belit lidah nak menyebutnya, aku pun kurang faham, janji kaji jer, bila terhasil dari kajian.


Alhamdulillah, walaupun belum sempurna, boleh dikatakan berbaloi hasilnya daripada bertukus lumus tulang empat kerat, bercengkang mata, bagai nak pecah kepala otak memikirkan bagaimana mahu memecah huraian teori serta formula, sehingga sampai kematu tapak tangan melakukan kerja-kerja priktikal dan bergetar-getar, mengigil-gigil badan dan kepala lutut memanjat pokok gaharu setiap kali melakukan kajian.


Cakap mengikut teori memang senang boss, Furgus mampu menghasilkan gaharu, cuba engkau lakukan, aku nak tengok hasilnya setelah tempoh 3 bulan, Silap haribulan spesis Furgus yang kau suntik pada pokok gaharu itu boleh menyebab maut atau semasa kau suntik, kau dah pensan..boss.  Kikikiki.. Saintis , pengkaji vaksin dan pereka teknik penginokulasian, vaksin haram jadah apa kalau bergitu keputusannya..?. Mungkin anda terkejut dengan perbezaan catatan saya kali ini, sebelum ini saya selalu catatkan, yang furgus mampu menghasilkan gaharu, jawapan saya.. memang betul, tetapi bukan daripada  dari furgus segar, yang tumbuh merata yang boleh didapati dimana-mana dibatang kayu reput.


Ketika pembentangan hujah secara lisan, saya nyata pelbagai spesis Furgus bentuk cecair akan terhasil melalui bacteria telah saya temui setelah melalui kajian bertahun-tahun dan ada pertanyaan “ Bagaimana, apa bahannya..?” Saya menjawab “ Anda wajib mengkaji sendiri dari awal, dari semua factor pokok gaharu, bagi menghasilkan gaharu microbiologi, bagaimana pokok stress, bagaimana ianya allergic, peranan serangga, udara, furgus dan peranan aktiviti mikrod inoculations,  wajar atau wajip dilakukan bagi penghasilan oleoresin (sel-sel berkanji).? bahan-bahan serta formula vaksin saya, tetap menjadi perkara rahsia bagi saya sebagai peniagaan tidak mesti sesekali akan dedahkan, group anda telah mengkaji daripada penggunaan sel-sel , jisim-jisim, ada teknologi serta mempunyai makmal yang canggih dan anda juga telah mencuba gambungan furgus dan bacteria, biokimia, mikrobiologi didalam kajian anda semua mengikut teori yang anda temui demi mencapai matlamat”.


Fungus yang paling kerap di temui di makmal setelah pengasingan dilakukan, yang sering menjangkiti pokok gaharu, contohnya seperti Pencillium citrinum, Aspergillus tamarii, Aspergillus spp, Fusarium solani, Botryodiplodia theobromae dan lain-lain. Tagged kita mahu mencari sepsis-spesis furgus selamat di gunapakai serta mampu menghasilkan oleoresin wangi, bukan penghasilan oleoresin bila dibakar berbau kayu berasap. Dari kajian saya, walaupun bergitu, terlalu banyak pencanggahan pendapat tentang furgus-fungus yang ditemui di antaranya para-para pengkaji furgus penghasilan gaharu ,Sadgopal (1978), Hooper (1904), Battcaharya (1952), Varrna (1977), Gibson (1977), Hawksworth (1976), Jaluddin (1977).

Mengikut laporan meluas para-para pengkaji tentang pokok gaharu dijangkiti furgus (kayu dijangkiti), adalah satu penemuan bukan perkara baru, bagaimana untuk mempercepatkan pembentukan gaharu berdasarkan penyelidikan lebih intensif, contohnya furgus Torule sp. berjaya di gunapakai serta mempercepatkan pembentukan gaharu, tetapi rawatan dihentikan (1931) kerana percemaran inokulasi. Manakala penggunaan Cladosporium sp. dan Epicoccum granulatum, Pancillicum citrinum, Aspergilus tamari, Fusariumsolani, Fusarium oxysparum Schlect, Fusarium tricinctum , Xylaroides Fusarium, Botryodiplodia spp. Theobromae spp. Philophora parasitica, Epicoccum sp. Chaetum fglobosurp kunze, Cylindrocarpon telah di pinggirkan pada spesis Aquilaria agallocha. Botrydiplodia theobromae, tetapi, juga ada pencanggahan pendapat, Curvularia lunata, Fasarium oxysporum dan Pestalotia adalah perasit, manakala Cercosporella sp. Chaetomium spirale, Cladosporium sp. Phialogenculata sp. Pithomyces sp. Rhizopus sp. Spiculostibella sp. dan Trichoderma sp lazimnya di temui di gunapakai di Thailand.

Teknik penghasilan gaharu microbiologi, mengerudi menjadi amalan untuk membuat lubang-lubang pada batang-batang serta cabang-cabang di anggap matang, kamudianya di sumbat tiup (PVC) untuk pengaliran cecair yang mengandungi bacteria furgus, bertujuan mencederakan dibahagian dalam batang untuk mengelak penyembuhan secara semulajadi, teknik bergini berkesan, oleoresin mula membentuk sedikit demi sedikit, hingga menghasilkan kayu di jangkiti furgus, yang terbaiknya keseluruhan pokok dijangkiti berkualiti tinggi, resin tebal dan minyak.

Pelbagi-bagai furgus yang berkaitan dengan pembentukan gaharu di bantu oleh serangan serangga, udara dan air hujan, tiga hipotesis wujup mengenai gaharu pembantukan hasil patologi, mencederakan / patologi dan / atau bukan proses-proses patologi (tiada maklumat tepat). Oldfield (1998) menyatakan penghasilan resin terjadi kerana tindak balas jangkitan furgus dan manakala Beek (2000) pula berkata bahawa tindak balas kepada mencederakan menghasilkan oleorasin. 

Pengulasannya, jangkitan furgus boleh meningkatkan pengeluaran oleoresin sebagai tindakbalas kepada peningkatan, kerosakan dan pertumbuhan furgus terhadap pokok gaharu secara semulajadi dijangkitan oleh pelbagai-bagai furgus termasuk, Aspergillas spp. Botryodyplodia spp. Diplodia spp. Fusarium balbiferum, fasarium laterium, fasarium oxysporium, fasarium solani, Penicillium spp dan Pythium spp. ( Anan 1998, Soehartono dan wiriadinata 1995 -1997 ) Huraian pendapat menyatakan walau bagaimana pun interaksi ekologi antara pokok dan luka dan / atau furgus untuk menghasilkan oleoresin adalah rumit.

Betapa penting furgus pada pokok gaharu, gaharu terbentuk dengan kehadiran pembiakan furgus, paling tepat istilahnya kayu yang dijangkiti manakala oleoresin pula membalut sekeliling kayu yang telah dijangkiti furgus, dari warna kayu bertukar warna kehitaman, bila di bakar ianya akan mengeluarkan aroma wangi, manakala minyak pula berbau manis, aroma berkayu, pedas dan melekit.  Selamat memecah kepala memikirkan nya.. kikikiki.. TQ.

Jumaat, 2 Oktober 2015

GAHARU.. Kemahuan..? Ada Jalan Nya.



Hati memang berniat, mahu rehatkan badan beberapa hari, tetapi, badan pula kalau rehat, seperti ada yang tak kena, nak deman lah, sakit-sakit urat sana sini, soal makan, pantang melintas di hadapan, semua balun. Kikikiki, tolak batu dengan kayu jer, tetap berselera, Alhamdulillah, yang tak gemar nya bila terlampau banyak rehat, mata meragam, sandal kejap terus terlena, tidur di siang hari paling tak digemari, lebih baik buat gatal-gatal tangan, buat ini buat itu biar berpeluh.


Saya bergiat bidang gaharu teknologi, dengan bermodalkan keberanian, orang kata,melabur pada pokok kayu nie, tiada jaminan, kikiki.. mana-mana pelaburan tiada terjamin untung, boss. Saya bermula tiada dana, tiada subsidi, tiada sokongan moral , tanpa ada bantuan modal daripada mana-mana badan kerajaan Pusat atau Negeri, swasta ataupun orang perseorangan. Cuma bermodalkan suntikan air liur jer, pada awalnya bergiat sebagai pembekal benih gaharu pada para-para pengusaha baru seluruh Malaysia, sambil tawarkan khidmat kontraktor ladang gaharu di susuli khidmat penginokulasian, tagged nya mahu menampung pengkajian tentang spesis gaharu dan mengkaji bahan-bahan ramuan mencipta vaksin sendiri.

Dengan cara bergini, tiada jasa mahu dikenangi, tiada budi mahu dibalas dan saya boleh lakukan tanpa ada sekatan, tiada peraturan yang harus di ikuti kerana semua yang dimiliki sekarang, atas daya usaha tulang empat kerat serta modal peribadi 100% tanpa melibatkan mana-mana pihak. Bukan menunjukkan saya hebat, kerana saya mempunyai prinsip hidup sendiri, mengharapkan bantuan cuma menlenggah-lenggahkan sesuatu project, yang belum pasti dapat atau tidak, tidak mungkin ada yang mempercayai kerjaya gila-gila bergini berjaya, kerana contoh-contoh di waktu itu tiada satu pun berjaya.

Ketika itu, saya tiada opis, tiada makmal seperti sekarang, internet jauh sekali, kadang-kadang berada cybercafé layan internet mencari rujukan serta melawati blog-blog dan website tentang kegaharuan, sampai naik malu kat budak-budak, orang tua nie dok melayan internet, cari apa apakah benda agaknya. Makmal saya ketika itu, di hutan, tenung pokok Depu, panjat, ukur dan kadang-kadang peluk .. kikiki, kalau kau lihat pasti terkeluar kata..” buang tabiat orang tua nie, orang tak peluk pokok Depu, dia peluk..” Biar lah dikatakan apa ketika itu, sekurang-kurangnya ada yang tahu jawapannya sekarang, mengapa saya berkelakuan bergitu.

Mungkin agaknya ada yang bertanya-tanya “ berapa kos modal saya laburkan setiap pembelanjaan kajian-kajian saya”. Jawap saya..” entah, saya tak pernah kira jumlahnya, cuma kekadang tu terpaksa ikat perut kerana mengikut kemahuan hati..kikiki, kadang-kadang  terpaksa menelan bulat-bulat kata-kata sindiran orang, buat kerja gila-gila.” Kepuasan hati kita, adalah kejayaan diri sendiri, berbaloi atau tidak pulangannya, itu lain cerita, sekurang-kurangnya kita telah lakukan mengikut dari apa yang kita planningkan, usaha adalah satu jalan untuk kita capai kejayaan, kita berusaha bukan mahu membeli hati orang, tiada mengharap pujian, tetapi untuk kepuasan diri sendiri.

Sememangnya kita tiada termampu lakukan sesuatu perkara bila melibatkan kos yang besar, bergitu juga ilmu, kalau di usahakan sedikit demi sedikit akan kita berjaya menerokai nya, janji ada kemahuan, pasti ada jalannya. Tiada sesiapa yang pandai semua bidang, yang pandai cakap, yang pandai bercerita yang mereka dengari dari mulut ke mulut, tiada pernah lakukan, ramai, yang betul pandai melakukannya sejumlah yang sedikit, itu pun mereka yang arif di bidang kerjaya masing-masing, kikikiki .. tetapi, ok juga kan..? mereka ambil tahu, walaupun bukan bidang mereka ceburi.

Bila kita dengar khabar-khabar derita dikalangan pengiat lama, pasti kemahuan kita akan patah, patah sepatahnya, tiada kejayaan di dengari, pelbagai-bagai berakhir dengan kepahitan. Ianya satu kesilapan dari kemahuan sibuta tuli, mereka lakukan tanpa ada kajian, tanpa ada bukti kesalihan dan terlalu tamak. ( sorry boss ). Gerak gempur di lakukan oleh para-para pengiat gaharu dari luar Negara, gambaran-gambaran indah di khabarkan membuat mereka menjadi riak. Padahal nya mereka hanya mahu mengambil kesempatan  memasarkan benih, memasarkan vaksin dan mengambil upah penginokulasian.

Kikikikii.. Sedap nya mengata orang, yang kita pun sama,ke dah terlupa sejarah lama, itu kisah dulu-dulu, seawal menceburi bidang gaharu. Dah bukan rezeki, nak buat camna, kan, duit kita rezeki orang, terima sahaja lah hakikatnya bergitu seada-adanya lumrah permulaan menjinakan diri di bidang kegaharuan. Itu pun satu kemahuan kan..? “ kalau keinginan tanpa penyelidikan, aku cop kamu tidak berfikiran waras, belum pasti perkara betul atau tidak, kamu terus terima tanpa was-was, bukan jumlah yang sendikit ..boss.!!” kata seorang kawan.

Ditambah gerak gempur, siap dengan signboard “ KELANTAN KERIDOR DEPU” bergitu gah berdiri setiap simpang, sebuah rumah 1 pokok karas, ideal bergini memang terbaik, ada pihak mengutuk dan satu pihak lagi menyokong. Jual benih karas, ketika itu tak ubah seperti jual goreng pisang. Di  mana-mana sahaja sembang-sembang, kat warong kopi ke, depu, karas, depu, karas di bualkan, tetapi, bila kerajaan bagi pokok karas, membesar di tepi perigi, kemahuan mengecapi kekayaan tetap ada, yang tiada nya, kemahuan mahu berusaha.

Saya setia mengikuti perkembangan semasa kesemasa Kelantan Keridor Depu dari jauh, maklumlah siapa lah kita kan..? Punca utamanya saya mempunyai kemahuan sebagai pengiat gaharu teknologi, ingin sesangat mengetahui bagaimana teknologi inokuasian akan di bawa masuk oleh Kelantan Keridor Depu, yang akan disalurkan amnya pada pengiat-pengiat gaharu di Kelantan utamanya Vaksin atau cecair pengalak resin. Jawapan ini sampai sekarang belum terjawab, bagaimana tentang kajian, bagaimana tentang penghasilan gaharu, dimana teknologi yang mereka lakukan kajian sebelum melancarkan tema KELANTAN KERIDOR DEPU dan bagaimana nasib para-para pengusaha yang menerima pakai seruan Kelantan keridor depu..?

Bila penantian tidak kunjung tiba, bila ada kemahuan di situ ada jalan, tiada boleh mengharap pada sesiapa, kita dah jauh menglangkah, wajib diteruskan bersama planning utama “ cipta Vaksin sendiri”. Bermula lah era kegilaan, kikikiki.. Pagi hingga petang di hutan seorangan bertemankan senapang, parang serta sedikit bekalan makanan, manakala malam nya di cybercafé menjejalah dunia gaharu. Alhamdulillah, dari menghadapi segala-segala kesukaran,kepayahan,pahit manis, Allah makbul juga permintaan hamba NYA, akhirnya tersenarai dikalangan pengiat gaharu teknologi, walaupun tidak tersohor. Tetapi, tanpa sokongan moral anda semua, siapalah diri saya. TQ.