Rabu, 10 Februari 2016

GAHARU… Teknik Infuse, Patologi Dan Keserasian.



8hb.feb.2016, (5.00PM) Menerima kunjungan tetamu, beramah mesra dan jalinkan silaturrahim. Kita luangkan masa walaupun jadual penuh, kebetulan keadaan cuaca tak menentu, Orang tua-tua berkata, hujan menyambut tahun baru Cina (Happy Chinese New Year) kebiasaannya hujan, tetapi, setengah Negeri pula dilanda air pasang besar. Berpeluh-peluh bila diajukan pelbagai-bagai soalan tentang gaharu micrologi, masakan tak berpeluh, kita nie bukannya orang bijak pandai tentang gaharu, cuma pandai pada diri sendiri jer (kikikiki.. tu pun perasan) dan bukan antara pengiat yang tersohor, tiada tercatat pun dalam senarai salah seorang dikalangan yang pengiat berjaya.


Kita tinggal kejap tentang mengenal spesies-spesies gaharu, boring juga tiap-tiap bulan belajar mengenal spesies-spesies, seperti budak sekolah kelas tadika hari-hari belajar A B C dan 1 2 3 jer.. kikikiki. Kemungkinan juga topic yang saya catatan kali ini, jarang-jarang di ketahui atau sengaja sembunyikan dari pengetahuan umum atau sememangnya tiada sesiapa mahu mengkajinya dan kemungkinan ianya terlalu sukar untuk mengkaji kerana ada beberapa sebab tertentu atau memerlukan kos-kos yang amat tinggi dan yang pastinya boleh di anggap merugikan.

Pembentukan setelah inokulasi 6 bulan

Kajian ini memerlukan pokok-pokok kajian sejumlah yang agak besar dan yang pasti melibatkan kos lain iaitu vaksin pembentukan gaharu, pokok-pokok berusia dari 4 tahun hingga puluhan tahun. Sebagai pecipta vaksin, sudah menjadi satu kewajipan menjalankan kajian demi kajian untuk menilai penyerapan cecair yang di cipta, berkesanan, keserasian dan ketebalan “agar” (gaharu atau damar). Ianya akan direkodkan, tempoh masa sejumlah vaksin yang di tentukan habis diserap dan keluasan dan berapa kedalaman injections yang diperlukan mengikut ukuran lilitan pokok-pokok yang akan dilakukan sebagai kajian.




Persedian Awal gunapakai Teknik Infuse.
1.    Mata Gerudi (3/8)
2.    PVC (Tujuan Pengalir cecair)
3.    Botol muatan cecair pembentukan gaharu (500ml)
4.    Dawai (Pengantungan botol-botol isian cecair)
5.    Bamboo stick telah direndam bersama cecair (Sebagai Penutup lubang)
6.    Tebukan 45 darjah
7.    Dalaman mengerudi (6cm – 10sm mengikut ukuran pokok).

Jika tidak ada kajian bergini dilakukan, pasti kita cuma pandai membuat andaian, sudah pasti mengikut andaian, daripada teori kita dan mengikut factor-faktor daripada kajian-kajian pengiat terdahulu, setelah tempoh 2 tahun akan datang pokok-pokok yang di inokulasi akan boleh ditebang. Andaian bergini yang sering kita dengar dari awal pengiatan hingga lah ke hari ini, tak mungkin akan terjadi setiap pokok yang di inokulasi akan membentuk gaharu 100% atau membentuk seluruhan pokok dari pangkal hinggalah ke ranting, kecuali, anda mampu mengeluarkan kos yang besar setiap satu pokok atau inokulasi jarak yang telah ditetapkan dan jumlah vaksin yang banyak.



Rajah 1:- Proses Pembentukan gaharu

Faktor utama pembentukan gaharu ialah keserasian vaksin dan teknik penginokulasian (boleh dianggap patologi), kedua ini adalah satu factor terpenting dalam pebentukan gaharu micrologi. Adakala saya berurusan antara pengusaha “saya mahu inokulasi pokok sejumlah ini dan kosnya sejumlah ini”. Bila mahu jimatkan kos, maka hasilnya pasti tidak akan memuaskan hati, gaharu pasti tidak terbentuk sepenuhnya, yang banyak saya temui gaharu hanya terhasil pada batang dan vaksin yang dituang hanya menyerap di bahagian keakhir setinggi 3 kaki, penyerapan tidak sampai ke cawangan dahan.

Tempoh 3 bulan selepas inokulasi dilakukan.

Pengelaman pengiat gaharu veteran, mereka mengenalpasti bagaimana keadaan pokok-pokok yang telah membentuk gaharu atau tempat-tempat gaharu terbentuk. Saya bukan nak rendah-rendahkan pengetahuan pengiat baru gaharu, tetapi, mereka cuma pandai memusnahkan gaharu serta pokok–pokok gaharu mengikut andaian tersendiri. Setelah anda lakukan penginokulasian, gaharu bukan terbentuk pada lapisan kulit atau kedalaman ½ inci pada batang (mengikut berapa dalaman injections dan teknik penginokulasian dan ukuran pokok) serta aliran cecair lakukan penyerapan mengikut tisu-tisu kayu menyerap sehingga vaksin yang di sediakan kehabisan yang dibantu oleh air yang sedup oleh akar.


Mengapa gaharu terbentuk dari batang sampai ke ranting..?. Jawapan saya “jangan jimatkan Vaksin ?”. Pernah saya temui dan bertanya bagaimana pokok gaharu membentuk gaharu hingga ke ranting, bila saya teliti dan berusaha dapat maklumat tepat, sah lah persoalan yang bermain difikiran saya terjawab. Pokok berukuran 20 inci, ketinggian 16 kaki, bila saya amati, lubang-lubang injections mengikut jarak yang betul, 3 kaki dari pangkal di selang 2½ kaki keatas, sejumlah 6 lubang kesan gerudi, jawapannya jumlah vaksin digunapakai 3 liter (500ml setiap 1 lubang).


Rajah 2:- Jarak mengerudi pokok ukuran 6osm

Bagaimana pula pokok yang berukuran 34 inci (87 sm, kebanyakannya pokok yang ditanam berusia 8 hingga 10 tahun) anggaran ketinggiannya 25 kaki, berapa liter jumlah vaksin diperlukan dan berapa lubang mengerudi akan dilakukan..?. Bila ukuran lilit pokok makin besar, makin banyaklah jumlah liter vaksin digunapakai walaupun 500ml setiap lubang injections dituang (ada yang gunapakai 1liter selubang), lebih-lebih lagi pokok gaharu berukuran 80 inci teratas, “garu kepala kau..kikikiki”. Disini lah berlaku silap fahaman atau silap pengiraan sekadar memandai dengan sedikit tuangan vaksin, inokulasi dibahagian pangkal sahaja untuk jimatkan kos vaksin. “Mampukah pembentukan gaharu membentuk sejumlah 1 liter vaksin (1 lubang) dan sampai berapa kaki penyerapan akan berlaku?”.

Rajah 4:- Jarak mengerudi pokok berukuran 34sm.

Untuk menilai adakah logic atau tidak apa yang saya catatan disini kali ini, anda harus mengkaji setiap sudut, Ada pendapat dari andaian bukan dari pengelaman mengatakan, hanya tuangan 400ml vaksin mereka terbentuk gaharu. Dan saya ajukan pertanyaan, “berapa jumlah ukuran kaki panjang terbentuk gaharu, gunapakai 400ml?”. Jawaban yang diterima “ mmmm, (sambil tergaru2 kepala) Tak lah panjang sangat, tapi ada pembentukan, cuma, antara lubang injections 4 inci ke bawah dan 4 inci keatas”. Kalau keputusannya hanya 8 inci, bererti, 400ml vaksin tidak mampu mecederakan keseluruhan dalaman pokok gaharu.

                                   Untuk pembentukan gaharu hingga keranting

Ok, kita kembali kepada pokok ukuran lilitan 34 inci, ketinggian 25 kaki jumlah liter vaksin diperlukan dan jumlah lubang injections. Dengan jarak bahagian (inokulasi kiri dan kanan untuk pokok 34 inci)  kiri, jarak dari pangkal 3 kaki di selang jarak 3 kaki hingga ke batang yang berdahan sejumlah 15 lubang dan manakala disebelah kanan pula, lubang injections bermula 4 kaki ½ di ikut jarak selang 3 kaki ke atas, jumlah 15 lubang injections, setiap botol vaksin berisian cecair 500ml, jumlah keseluruhannya 30 lubang injections dan persediaan 15 liter vaksin diperlukan. 






Tempoh 6 bulan sukatan vaksin 500ml (pembentukan 48 inci panjang).

“Bagamana keadaan pokok, kan 15 liter tuangan vaksin, banyak tu, tak mati ke.?”. Ini giliran saya pula bertanya pada anda..” Kita mahu gaharu ke atau nak biarkan pokok bergitu jer tanpa menghasilkan gaharu, Apa dia yang dikatakan patologi”? Pokok gaharu menghasilkan gaharu melalui pembentukan kerana tercedera, dicederakan dan kawasan tercedera ini dijangkiti oleh fungus. Jika setitis bacteria fungus di suntik pada batang pokok gaharu, mampu kah sejumlah hanya setitis bacteria fungus menyerap keseluruhan dalaman pokok, tentu mustahil kan ?.

GFV Fungus :- Bakteria Pembentukan Gaharu.

Kematian pokok bergantung pada bahan-bahan larut yang terkandung pada cecair pembentukan gaharu yang anda gunapakai, sekiranya mengandungi bahan-bahan berkimia atau dicampur racun tumbuhan. Ada pendapat mengatakan, pokok yang mati akan terhasil pembentukan gaharu, tetapi, saya menyangkal pendapat ini, kerana terbukti, sejumlah besar yang saya telah temui pokok-pokok yang mati akibat inokulasi kesemuanya gagal membentukan gaharu. Peranan Keserasian cecair pembentukan gaharu, cuma mencederakan, mematikan sel-sel tisu pokok disekitar aliran penyerapannya tetapi tidak membunuh dan mematikan sel-sel keseluruhan pokok.


Tempoh 4 bulan sukatan vaksin 200ml (pembentukan 12 inci panjang)

Dari kajian tempoh penyerapan, stress dan allergic saya mengunapakai cecair (GFV FUNGUS) pembentukan gaharu ciptaan sendiri, dengan sukatan isian 200ml, penyerapan 200ml kehabisan setelah 3 hari, penyerapan sepanjang 12 inci (6 inci kebawah lubang injections dan 6 inci keatas). Saya lakukan penilaian dengan isian muatan 500ml, penyerapan ianya berlaku selama 7 – 9 hari, penyerapan sepanjang 36 inci, dilakukan pada pokok berukuran lilit 60sm (24 inci lebih kurang). Pada pokok berukuran lebih dari 60sm, saya tetap amalkan muatan isian yang sama iaitu 500ml, jarak injentios 2 kaki ½ secara selang.

Contoh Pembentukan gaharu Micrologi setelah dii inokulasi tempoh masa 4 hingga 6 bulan.

Saya menilai dari hasil keputusan laporan kajian sendiri, saya lakukan kajian bagaimana keputusan kesesuaian, keserasian, factor-faktor berkaitan berkesanan Cecair (GFV FUNGUS), bagi pastikan sukatan tepat yang diperlukan, bagaimana hasil pembentukannya, tempoh masa penyerapan dan bagaimana hasil pembentukan gaharu dari bulan ke bulan. Kita pengusaha adalah wajib mengetahui perkembangan kajian hasil vaksin ciptaan, factor-faktor fungus mencederakan tisu-tisu, bagaimana pengawal selia (resin/damar/agar) pokok gaharu bertindakbalas membentuk sebagai benting menahan serangan bakteria fungus.


Setelah 1 minggu tempoh inokulasi, 500ml cecair dikhaskan kering setelah penyerapan berlaku.

Ulasan penutup catatan saya terbikan yang ketiga pada tahun 2016 ini, Untuk penghasilan pembentukan gaharu memerlukan kos modal yang amat besar dan bukan boleh dianggap sebagai satu hobi. Gaharu Micrologi adalah satu bidang pelaburan besar walaupun dianggap satu pelaburan pulangan jangka masa sederhana. Ianya agak rumit untuk menentukan pulangan besar tidak seperti kita drafkan dikertas A4. Para-para pengusaha yang cekal berladang gaharu, mempunyai keazaman, memerlukan kos modal yang besar, mempunyai keberanian, keyakinan diri, kesabaran, memahami halatuju dan bergantung harap 100% pada pembentukan terhasil melalui teknik inokulasi. Yang penting, ada kemahuan di situ ada jalan, tepuk dada tanya poket anda. TQ.