Isnin, 29 September 2014

GAHARU.. Belum Selesai..?

Catatan Blog gaharu saya, adakalanya berat sebelah, memihak pada urusniaga aktiviti harian sendiri, tetapi, rasa-rasanya tak pernah menganggu urusan niaga pengiat lain, sesekali terlintas difikiran, buat apa nak difikirkan hal orang lain, kan blog sendiri, lantaklah nak terbik apa-apa catatan, kan? niat asalnya catatan tentang gaharu, tiada pernah lari dari tajuk asal. Kita dedah perkara betul, mengikut faktor-faktor dari kajian , sekurang-kurang dapat membakar semangat para peminat baru. Pada yang tak pernah kenal apa dia gaharu, dapat mengenali, “ohhhh.. itu lah yang dinamakan gaharu” sampai muncong mulut-mulut, yang telah tersohor, tentu tiada pandang blog gaharu ini, kan dah tersohor, hebat-hebat semuanya, blog-blog tak main, website mesti punya, lagipun pengetahuan tentang gaharu bagaikan terhafal, dalam gelap dah kenal gaharu ini gred apa., apatah lagi berada dalam air, pasti kenal gaharu gred tengelam .. kikikikiki.


Mahu bertanya, timba pengelaman dari pengiat profisional, cuba cari ideal nak siapkan catatan blog, bertanya tentang itu tentang ini, sah tiada akan dilayan, maklumlah siapa lah kita, tetapi, paling cepat di layan, bila nak inokulasian pokok dan nak beli vaksin, kikikiki.. malam buta call lagi, e-mail berjela-jela draf planning, sebab duit cash pasti masuk poket mereka. Maaf boss.. ketika ini saya berbicara sebagai blogger gaharu, dedah apa yang patut, tiada mengira siapa, diri saya sendiri pun tanpa berkecuali, dihentam juga, yang silap tetap silap, yang betul tetap di akui. Saya bukan gemar mengangkat ekor sendiri, kerana saya bukan dijadikan sempurna, segala kejadian yang terjadi adalah hak NYA. Banyak kelemahan setiap segi, semua didalam kekurangan di bidang kegaharuan. Cuma, sebagai pengusaha ladang, pengedar benih, penginokulasian, pecipta vaksin dan cuba-cuba berjinak-jinak terlibat 100% urusniaga bidang kegaharuan, sedikit sebanyak terpaksa mempromosikan kegiatan harian serta planning masa akan datang, tujuannya mahu menarik perhatian peminat baru, tak salah kan..?.


Saya sentiasa memuji dan terasa amat berbangga, dengan adanya kesungguhan pihak badan-badan berkanun, badan-badan induk kerajaan, IPT-IPT, syarikat-syarikat dan pengiat gaharu perseorangan bergitu bersemangat menganjurkan bengkel-bengkel serta seminar-seminar, mereka cuba mededahkan penanaman gaharu supaya di komersilkan, mereka juga lah mencanangkan perladangan gaharu mampu menjadikan pengusahanya bergelar jutawan, serta cuba menjelaskan bagaimana keadah penghasilan gaharu melalui teknologi. Syabas , boss-boss.  Tetapi, bagaimana penerimaan.., adakah para peserta menanfaat ilmu yang di perolehi, mengunapakai ilmu ataupun cuma hangat-hangat taik ayam., atau penganjur kurang memdedahkan teknologi baru akan digunapakai atau sengaja sembunyikan perkara betul atau sukar untuk menghilangkan perasan was-was di dalam pemikiran peserta yang dihantui oleh kegagalan silam atau penganjur lebih suka melepas tangan setelah selesainya bengkel, setiap kali bengkel gaharu berakhir, setelah berjaya mengaut keuntungan dari pembayaran yuran penyertaan.



Pada pendapat saya, kita harus abaikan lah, tajuk asas pengenalan apa itu pokok jutawan ,  soal mahu pasarkan benih tujuan mendapat wang segera, tentang program-program pelaburan penanaman, kontrak pengurusan ladang serta inokulasi. Kita jadikan tiga unsur penting sebagai topik utama, berkesanan cecair pengalak resin , teknik-teknik inokulasian yang terbaik dan peranan pemborong membeli gaharu teknologi. Tiga unsur ini, yang mampu menyakinkan diri peserta dan akan menarik minat di kalangan para peminat gaharu , tentang beli benih di nerseri mana, soal penanaman, bubuh baja, baja jenis apa, penjagaan serta pembersihan, baik tak payah ada kan bengkel, budak-budak pun pandai lakukan perkara bergitu.. kikikikii, malah semua petani pandai lakukan bergini. Bila tiga unsur ini di utarakan di sertai dengan contoh bukti dari hasil kajian di Malaysia sendiri, maka tiada lagi timbul persoalan curiga atau meragukan bermain difikiran  para peminat, dengan keyakinan ini lah boleh dilebelkan tanam gaharu kearah jutawan.



Diwaktu ini para-para pengiat, bergerak tanpa ada sokongan moral dari mana-mana pihak berwajip, di mana badan-badan berkenaan yang dahulunya menglaung-laungkan, tanam gaharu akan jadi JUTAWAN, bagaikan lepas tangan. Terkapai-kapai para pengiat mencari-cari arah halatuju sendiri. Pengusaha tak henti-henti menanam, bagaimana pula pokok ditanam 10 tahun lepas belum di inokulasian lagi, mahu tunggu bila, sampai kucing bertanduk, nak inokulasi dengan apa..?. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sebuah negeri, tetapi di seluruh Malaysia, masalah besar sedang dihadapi oleh pengusaha yang tiada yakin berkesanan vaksin yang di pasarkan Dimanakah badan-badan berkenaan, ADUN-ADUN, Pak-pak Menteri serta Jabatan-jabatan terduhulunya, bergitu hebat bagi semangat, bagi benih mengalak para pengusaha supaya menanam gaharu. Tetapi, tak boleh di persalahkan, kerana masalah sama sedang dihadapi oleh badan berkenaan itu sendiri, pokok yang mereka tanam masih tiada di inokulasi .. mengapa..? kau pergi lah bertanya pada mereka sendiri. Kikikikiki, aku nie cuma pandai buat cerita jer.



Saya terpanggil melawati ladang terbesar, sebelum kami di bawa melawati ladang, kami di beri taklimat, mengenai peratusan pokok dan kos yang telah di habiskan selama 6 tahun .. “ kami telah keluar kos berjuta ringgit, pokok hidup cuma tinggal lebih kurang anggaran 30%, ada yang rebah, ada yang baru ditanam, kami mahu pokok berusia 6 tahun itu di inokulasi, tetapi tak mahu keluarkan kos inokulasi..” Semasa taklimat sedang disampaikan. Saya hanya berdiam, lebih gemar mendengar dari bagi cadangan, kikikikiiki.. tetapi di fikiran saya, pelbagai-bagai soalan bermain-main. “ aik, mengapa pulak nak membabitkan dan bebankan diri dalam masalah besat bergini, aku bisnes hak peribadi, bukan badan kebajikan, berjuta-juta duit syarikat telah dikeluarkan, bukannya masalah aku, jika aku inokulasi semua pokok ini, tanpa pembayaran, bukan sahaja bankrap, papa kedana terus aku. Nak bayar gaji perkerja pasti tak termampu. Kita cuma berparahu kecil, Kikikikiki ”. Melayan fikiran sambil tersenyum ketika itu, taklimat entah kemana. Sebab itu lah saya katakan tiga unsur tadi wajib menjadi tajuk utama, abaikan tajuk tanam gaharu jadi jutawan, jangan di jadikan tajuk utama, kemungkinan pendapat saya ini, tak ubah seperti anjing menyalak bukit, mungkin kot.?. kikikiki. Tapi, tak per, biarlah di katakan bergitu, sekurang-kurangnya, ada juga cadangan.


Pertanyaan sering kali di suarakan, dimanakah cecair pengalak resin boleh didapati, siapa pemborong akan membeli hasil tuaian nanti dan pelbagai-bagai soalan yang di ajukan oleh pengusaha, bakal pengusaha serta peminat baru. Kita tak boleh mengabaikan pertanyaan-pertanyaan bergini, mesti di jelaskan secara tepat mengikut pengelaman kita, maklumlah, kan kita  telah dicopkan pengiat tersohor atau kita yang mengaku diri sendiri bijak pandai tentang gaharu.?. kikikiki.. Saya bukan bijak pandai, cuma pandai terbik catatan blog jer. Pasti tugasan ini belum selesai, selagi tiada penemuan penamat, selagi kita tiada betul-betul berjaya 100%,, sebelum mampu mempamerkan contoh bukti hasil kerja-kerja kajian kita, kita wajip terus berusaha, membuktikan diri kita telah dan akan berjaya. Bergitu kita diharapkan kepada semua pihak berkenaan, biar ada rasa tanggung jawab bila memperkenalkan satu-satu syarikat pembekal cecair pengalak resin terbukti berkesan dan contoh dari hasil kajian pokok yang tumbuh di Negara kita kepada pengusaha.



Pernah terdengar desas desus dari sebilangan pengusaha, pihak berkenaan, menganjurkan bengkel gaharu, maka si peserta ini, ditawarkan bekalan benih oleh seseorang kakitangan khas badan berkenaan, setelah pokok berusia 4 tahun, kakitangan badan ini juga, menawarkan serta memperkenalkan si penginokulasian, tujuan merawat pokok si pengusaha. Saya luangkan masa lawati ladang pengusaha ini, dari sepokok ke sepokok saya perhatikan kesan inokulasian. “ apa komen encik?. Tanya pengusaha ini. “ sukar nak dijelaskan, tuai jer pokok ini, untuk proses minyak, sebab pokok yang di inokulasi hampir mati, ini menunjukan vaksin tiada keserasian. itu yang mampu saya jelaskan.”. Dengar-dengar khabar selepas itu, pengusaha ini, menaik taraf status tanah dari kebun ke status lot perumahan, manakala pokok gaharu ribuan pokok di musnahkan tanpa mendapat kembali wang pelaburan kos penanaman dan kos inokulasian.



Saya lawati ladang yang telah dirawat oleh pengiat tersohor milik seorang pengusaha.. “ saya dah keluarkan kos inokulasian sejumlah RM30,000.00 lebihan kurang 50 pokok, encik lihat berjaya atau tidak, pembekal vaksin serta inokulasi ini, datang 3 orang, satu dari Thailand dan 2 dari Negara kita, “ kata pengusaha ini. “  maaf, berat rasanya untuk saya berikan komen, cuma yang boleh saya bagitahu, sila inokulasi sekali lagi “ kata saya.  Dan satu kes lagi, saya di jemput untuk menilai kos inokulasi 1,000 pokok, pokok telah berusia hampir 7 tahun, pokok yang cantik serta ladang terurus. “ betapa susah nak dapatkan betul-betul pakar penginokulasian ini, cari seorang pengiat gaharu tulen, yang terjumpa si broker banyak cakap, nak duit deposit dahulu lah, dah terkena RM5,000.00, dia inokulasi 3 pokok, dia bagitahu akan datang lagi untuk lakukan inokulasi, dah masuk 3 tahun, call, nombor dah tak aktif, selepas ini kita pergi kerumah saya sekejap,  lihat pokok yang dia inokulasi telah saya tebang.” Saya hanya tersenyum.


Sambil minum petang di rumahnya, sembang-sembang tentang gaharu, bertanya khabar sedikit sebanyak,. Dia mula mempamerkan satu persatu batang gaharu siap dipotong, di keluarkan dari guni. “ bakar api jer encik, kosong tiada apa menunjukan resin tidak terbentuk, ke, dia inokulasi mengunakan air kosong? jika vaksin itu berkesan, ianya bukan keputusan bergini, maaf lah, saya bukan nak memperkecilkan orang lain, tapi dari pengelaman serta kajian saya, pokok gaharu di sakiti dengan tuangan cecair bakteria kulat, baru lah ia akan menghasilkan gaharu.” Kata saya.


Saya merasa bergitu kagum pada segelintir pengiat tegal, berusaha terus berusaha tanpa kenal erti kegagalan, walaupun telah berkali kali kecundang, kalau di kira sudah puluhan ribu duit hangus kerana tampung kos inokulasi, duit membeli vaksin dan sebelum mereka mahirkan diri, mereka mengupah para penginokulasian luar, yang biasanya khidmat di kalangan pembekal vaksin. Terdahulunya mereka agong-agongkan pembekal vaksin, tetapi sebelum matang dan tempuh matang tiba, pokok ada yang mati serta pokok hidup ditebang tanpa menghasilkan gaharu. Disini bermulanya, perasan was-was pada pembekal vaksin import, disini juga bermula era baru para pengiat tegal, dengan corak pemikiran berbeza, kemungkinan pengelaman trajedi pengiat lama telah menjadi pedoman serta paduan.


Yang sebetulnya, kajian tentang penghasilan gaharu melalui teknologi, belum lengkap sepenuhnya, masih banyak perkara belum selesai, yang harus di perbaikkan, dikaji terus dikaji, supaya temui satu formula terbaik bahan-bahan larut vaksin., yang mampu menghasilkan lebih berkualiti. jika ada badan-badan berkenaan betul tulus memainkan peranan, amanah, jujur,  kerja seikhlas hati dengan niat mahu membantu para pengusaha capai kerjayaan, jika mempunyai sifat sedemikian sangat-sangat di alu-alukan dan sanggup membuang sifat “aku berkerja, cukup bulan dapat gaji ”, lupakan soal berurus niaga semasa memberi khidmat, mahu mengambil kesempatan, pasti akan menjadi mangsanya para-para pengusaha betul-betul berminat serta buta ilmu kegaharuan.. TQ.

Jumaat, 19 September 2014

GAHARU.. Kegilaan Bermula.

Diwaktu kesibukan, kegilaan mengejar masa, saya hampir terlupa, catatan blog gaharu sudah bergitu lama tiada diterbikan. Kesibukan di ladang, proses pembersihan rumput, membaja dan menyulat ganti pokok gaharu yang mati, di akibatkan kemarau panjang dan ada yang mati terkena semburan racun. Ditambah pula projek menyiapkan tapak ladang tambahan untuk muatan beneh gaharu pelbagai sepsis 3,000 pokok, bagi menutup jadual penanaman untuk tahun ini, planning penanaman 12,000 pokok pelbagai sepsis untuk tahun depan telah siap sedia untuk dilaksanakan pada seawal tahun akan datang. Insyaallah.


“ Boleh bagi bukti , seorang telah jadi jutawan dari hasil jualan gaharu?” Soalan daripada seorang yang boleh di anggap kurang matang, bagi saya soalan biasa yang sering di ajukan oleh orang kampong. “Perlu ker anda bagitahu orang lain darimana anda perolehi kekayaan?” Saya bertanya kembali pada si penanya ini. Jika tiada bukti, tiada realiti, anda rela kah, melabur wang ringgit beratusan ribu, pada sesuatu pelaburan?. Anda dapatkah menilai  ilmu seseorang, tahaf mana kemampuannya, mengapa beliau bergitu berani, laburkan hampir setengah juta ringgit di dalam industri gaharu., adakah saja saja hobi atau ikut ikutan daripada orang lain?. Jawapannya saya mahu anda fikir serta cari sendiri di laman laman website.


Sesiapa mula mengenal gaharu, bermula lah satu kegilaan, kegilaan tanpa penghujung, mencari ilmu, memburu gubal, berusaha bagaimana minyak gaharu akan di proses, akan menanam sebanyak banyak yang mampu, mencari vaksin dan lebih lagi bila mengetahui gubal gaharu bergitu mahal nilainya. Mengapa sampai bergitu sekali kegilaannya?. Tahukah anda, Sepsis gaharu kyana (oud dirujuk sebagai 'super', 'double-super', atau 'tenggelamnya gred) telah pupus Borneo?. Setelah pupus di vietnam, beribu ribu orang Vietnam memcerobohi sempadan, mencuri gaharu di Taman  Negara, Combodia, Myanmar, Thailand, China, Papua hinggalah ke Malaysia, mereka sanggup membunuh renjer renjer perhutanan demi gaharu. Mengapa sampai sanggup membunuh demi gaharu?


Sebelum kegilaan muncul pada diri saya, saya akui , tetap tiada percayai gaharu boleh jadi jutawan. “ orang bernasib baik sahaja yang akan temui teras (gubal) gaharu, ia akan menjadi kaya raya, kerana nilainya bergitu tinggi.” Saya masih ingat perkataan ini yang di ucapkan oleh awrah datuk saya (Al’Fatihah). Di sisi lah bermulanya kegilaan saya, mula lakukan kajian demi kajian, timba ilmu dari hunter hunter gaharu, memasuki hutan belantara mengkaji pokok pokok gaharu liar, utamanya sepsis Malaccensis, yang dikatakan sepsis hampir sama dengan Kyana , cuma gred rendah sedikit dari gred Kyana.



Sewaktu memulakan kajian , rupa rupanya saya telah terlewat, telah banyak pokok pokok liar usia beratusan tahun di tebang sesuka hati oleh hunter-hunter gaharu dari Combodia , Thailand dan hunter gaharu tempatan. Jumlah amat besar sepsis gaharu lain termasuk Hirta, Branchyantha, Cumingiana, Microcapa, Rostrata , dan termasuk Malaccensis di musnahkan, lebih parah lagi bila adanya projek perladangan, tasik buatan, pembalakan dan pembukaan hutan . Tak mustahil kepupusan sepsis ini akan dialami sama seperti sepsis kyana di Borneo, bagi pendapat saya, ini bukan satu kegilaan, tetapi bersifat orang gila, tanpa memikirkan tentang perkara kebaikan untuk tahun tahun kehadapan.


Seperti virus menyular terlalu pantas yang di sebarkan oleh Kelantan Keridor Depu, wabak kegilaan terhadap gaharu bermula, seawalnya benih di jual bergitu tinggi nilainya, tetap tiada mengcukupi, di laporkan ratusan ribu pokok di masukkan melalui jambatan sempadan dan tongkang, secara sah dan seludup ke Malaysia. Permintaan bekalan tiada pernah putus, inokulasian tiada pernah berhenti, soal berjaya atau tidak, itu bukan jawapan, yang pasti mereka tetap berusaha. Ini pun satu kegilaan, kegilaan kerana keyakinan, bukan kegilaan, saja-saja gila .. kikikiki. Kegilaan ada halatuju.


Mengapa persoalkan berapa ramai orang telah menjadi JUTAWAN dari jualan hasil gaharu, jangan jadi satu kegilaan hanya bertanya, tahaf mana tiada kepuasan hati, mengapa mahukan contoh mahu berusaha?. Jika saya termasuk golongan JUTAWAN hasil jual gaharu, tidak akan saya bagitahu darimana duit saya dapat , yang pasti anda tiada sesekali berani bertanya, nak menegur pun segan, sahkan bertanya, lagipun saya pun tak akan layan soalan sedemikian. Yang terbaik biar ada usaha, ada penantian daripada tiada apa yang dinantikan, bila kita berusaha pasti ada ganjarannya dari NYA , rezeki banyak atau pun sedikit itu hak NYA JUA.


Saya mahu mengulas . Mengapa penceroboh pencuri gaharu dari Vietnam sanggup membunuh? hanya satu kilogram bernilai $50,000 hingga $300,000 akan di jual kepada pembeli dari china dan Jepun. Sesiapa pun akan menjadi kegilaan bila mengetahui betapa bernilainya gaharu, tiada lagi ada perasan rasa bersalah, rasa takut, rasa jemu dan yang pasti gaharu akan di perolehi walau sebagaimana cara sekali pun, dan mereka akan menjualnya ke Negara China dan Jepun. Manakala orang di Negara China dan Jepun, hanya menyimpan gaharu yang di beli di dalam almari yang bertahun tahun lamanya sebagai koleksi  , sehingga ke anak cucu. Manakala kegilaan orang orang di Negara  Timur Tengah, tertumpu kepada minyak oud dan chip gaharu.


Kegilaan ini terus merebak dengan tertubuhnya Modal Perladangan di Asia, perladangan gaharu di wujud di beberapa Negara termasuk Malaysia, Thailand, Butan, Bangladesh, India, Laos, Myanmar, Papua New Guinea dan tiada kertinggalan di Negara Vietnam. Kegilaan ini semua kerana permintaan jauh lebih tinggi dari bekalan, berdasarkan kajian kadar bekalan Cuma 40% daripada permintaan dan 1 liter minyak gaharu boleh di jual sekitar $ USD 10,000 – 14,000 di pasaran ( laporan Vietnam post 2007). Manakala laporan kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dunia memerlukan 4.5 jura kilogram gaharu setahun. Nilai gaharu dihantar keluar dari singapura sahaja setiap tahun telah dianggarkan melebihi $ 1.2 billion.


Bila anda terus membaca tentang gaharu, anda akan temui jawapannya, mengapa kegilaan ini muncul di kalangan pengiat gaharu, yang mereka fikir, cuma gaharu mampu mencapai impian secara pintas demi capai kemewahan. Di sebabkan, kos pengurusan terlalu tinggi, membuka ladang, pembelian tapak ladang, pembelian benih serta penginokulasian, untuk menampung kos ini, terancang beberapa pakej program pelaburan gaharu, pakej usahasama dan pelbagai bagai pakej. Antara pulangan ke atas pelaburan yang dijanjikan itu, selama 7 tahun, 1 ekar 1 ribu pokok pulangan 2 juta. ( petikan dari laman web berpangkalan di Malaysia ).


Akhirnya saya mengulas nilai ekonomi, Nilai pertama gred gaharu adalah terlalu tinggi, terdapat pelbagai kualiti dan produk di pasaran yang berbeza-beza dari lokasi perbezaan geografi dan penyulingan. Dengan pelbagai-bagai harga, dari beberapa dolar per kilo bagi kualiti yang rendah, kepada $ 30,000 untuk minyak berkualiti tinggi. Manakala kayu resin, cip gaharu $ USD 20 per kilo mampu mencecah $ USD 6,000 per kilogram. ( Persidangan Gaharu Antarabangsa 2003) minyak ouh suling boleh mencecah $ USD 20,000 sekilogram bergantung kepada kesucian minyak. Di pasaran global semasa bagi gaharu dianggarkan dalam lingkungan $ USD 6-8000000000 dan sedang berkembang pesat, bagi perbelanjaan sebanyak sebanyak dolar AS 32,000, di jangkaan memberi pulangan adalah kira-kira dolar AS 104,000 pada akhir 7 tahun, cuma 29% pulangan dari Negara Arab. ( Persatuan Ouh Arab).


Tepuk dada anda, tanya poket anda, jangan malu bertanya, lakukan kajian selidik, mengapa kegilaan ini berlaku tanpa henti pada pengiat gaharu . Anda tak mahu duit, tak mahu kesenangan, jika anda tiada ingin status jutawan gaharu.. Abaikan dari memikirkan kegilaan ini semua…TQ.