Jumaat, 1 Jun 2012

Tanam Jangan Tak Tanam ..!!!


“ Hai .. Gold-Forest R&D Gaharu , kata Usahawan gaharu, Pasar minyak gaharu, jual Gubal, Edar Anak beneh, Kontraktor Ladang gaharu, Urus Ladang gaharu, Khidmat Inokulan, Cipta Vaksin , Tak kan ladang gaharu tak ada..” Sindir para pengusaha seangkatan.  “ Hehehehehe .. Ladang tu ada , tetapi di tanam secara usahasama di tapak kerpunyaan orang lain , ketika itu, ada sebabnya,  kerana masalah tanah, tak dapat di usahakan lagi .. pokok pokok getah masih di toreh.. dah sampai masanya apa yang planningkan sebelum ini.. pokok pokok getah dah di tebang dan project tanam di tanah hak milik sendiri akan bermula..”
Bulan may dah tamat, keadaan cuaca dah mula berubah , cuaca panas dah beransur bertukar dengan tiupan angin lembab. Setiap petang angin kencang membawa daki daki berawan mengandungi hujan. Walaupun hujan hanya sekejap tetapi lebat.  Keadaan permukaan bumi menjadi lembab, baja organic mula meresap ke bumi , menunjukan musin hujan dah bermula ,bergitu juga musin penanaman pokok gaharu dah hampir.

Tapak project tanam gaharu hak gold-forest R&D Gaharu , Fasa 1 pembersihan, memasang pagar telah siap. Cuma menanti saat ketika, cuaca lembab dan musin hujan, Tanah cuma di bersih tanpa mengubah sector tanah asal yang mengandungi baja organic . Keluasannya cuma 4 ekar, planning di tanam dengan pelbagai sepsis gaharu  iaitu, A.Malaccensis Lamk, A.Hirta, Sub-Intergra, Crassna dan Agalocha Roxb, proses penamanan akan di mulakan pada penghujung bulan Jun.
Pemilihan size anak beneh dari kertinggian 2 ½ kaki hingga 3 kaki, jarak penanaman 8 x 8 kaki, teknik tanaman 1 lubang 2 pokok dengan anggaran muatan perata 4,000 pokok. Tapak penanaman ini, mempunyai mukabentuk bumi yang landai serta berlegun legun , lokasi berhampiran sungai dan hutan simpan kekal, tapak asal ini telah ditumbuhi pokok gaharu sepsis Malaccensis Lamk, tanah yang berhampiran masih terdapat pokok gaharu liar ini.
Penanaman kali ini di khusus untuk kajian kami, bagaimana caranya mahu menjimatkan kos , kos anak beneh tiada berubah, di tumpukan kos pengurusan ladang , penjagaan, pembajaan serta bagaimana mencepatkan tumbesaran 2 spesis iaitu Malaccensis Lamk , Hirta dan tempoh 3 – 4 tahun akan datang terhasil kah sepsis klon terbaru dari hasil debungaan semua sepsis…?  jika ianya berjaya ,satu atau lebih klon baru terhasil dari kajian di ladang kami ini.

Dalam planning kami, kergunaan baja organic 100%, baja baja berasas kimia bukan pilihan untuk pembajaan 3 kali setahun, bergitu jugalah pembersihan serentak dengan pembajaan. Racun rumput rumpai tetap di gunakan tetapi jarak disemburkan antara pangkal anak pokok 1 kaki, untuk mengelak tanah yang sembur racun ini terlalu gembul , racun juga akan mengakibatkan akar akar anak pokok gaharu mati. Apabila usia pokok gaharu berusia 2 tahun, pokok ini akan tumbang, kerana kesan racun pada tanah yang disembur, tanah ini berkeadaan telalu gembul, bukan dari keadaan semulajadi ,iaitu di gembulkan oleh cacing tanah.
Kergunaan baja organic banyak factor yang kami kira , baja ini bertahan lama mampu pembiakan cacing tanah bagi tujuan mengembulkan tanah, jika dibandingkan antara baja kimia yang bersifat sementara ( tiada bertahan lama ) baja ini lebih terbaik, kos murah dan senang didapati. Ianya mudah didapati , dari buangan najis kambing, ayam serta pelbagai jenis binatang peliharaan dan boleh dibeli dengan harga yang murah.

Walaupun pun ada yang mengatakan baja kimia boleh digunakan , memang betul, boleh digunakan .. tetapi kita renung apa yang telah terjadi sekarang ini . Dulu semasa kecil, saya masih lagi ingat , orang tua membaja padi di bendang , mengunakan najis kelawar. Dibendang , di sungai dan di lubuk lubuk, ikan air tawar bukan main banyaknya, pelbagai  sepsis. Setelah baja kimia di gunakan , nak dapat seekor ikan pun sukar ,adakala dapat, tapi di jangkitan kuman, berkudis, ini lah kesannya, jika baja kimia  dan racun rumpai terus di gunakan ,  kepupusan semua sepsis ikan air tawar akan berlaku. Bahan bahan dari pada pokok gaharu itu ,  kita nak pakai, nak minum, wat mandi , kalau dah semua beracun , sapa yang nak beli..?
Anak pokok gaharu baru ditanam, kerbiasaannya akan mengeluarkan akar baru usia 2- 3 bulan akan datang. Oleh itu kami tetap mengunakan baja asas organic yang di masukkan dalam setiap lubang. Taburan baja permulaan akan di lakukan  setelah anak pokok berusia 6 bulan  serta perbersihan akar akar liar membelit anak pokok bagi mengelak anak pokok ini terancat tumbesarannya. Sebelum memulakan penanaman, racun anai anai di tabur, ianya dapat mengelak anai anai membiak. Anai anai adalah musuh utama pokok gaharu, ianya pemakan akar akar , boleh mengakibatkan pokok ini mati.

Pada bulan july – January , musin cuaca lembab bermula, kadang kadang angin bertiup kencang, bagi mengelak pokok baru di tanam nie rebah, kayu penyokong  ( pancang ) di perlukan dengan tujuan lain untuk membantu pokok ini tumbuh menegak.  Kerbiasaannya buluh yang dibelah lebih baik di jadikan pancang, lagi senang didapati.

Jarak penanaman pokok ini, pelbagai jarak yang dilakukan oleh pengusaha, ada yang tanam 4x4x6 , ada pula tanam 5x5x7 dan yang suka 8x8x8 dan ada juga yang menanam keadah ikut suka , Saya syorkan tanam secara teratur, Nampak kemas dan cantik mata memandang ,  iaitu 8x8x8 , kalau mahu muatan banyak, tanam 1 lubang 2 pokok, jika tanah 1 ekar , dah boleh ditanam sejumlah 1,200 pokok, jika dibanding keadah biasa 1 ekar 800 pokok 1 ekar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan