Rabu, 27 Jun 2012

Setitik Vaksin. One kilogram Chipwood


Sempat atau tidak inokulan 90 pokok bersize dari 40sm hingga 120sm di jalankan sebelum bulan Ramadhan menjelang..? Niatnya sebulan di bulan yang mulia ini, mahu staf-staf semua berehat, sambil mengerjakan ibadah puasa dan solat terawih. Jika nak mengejarkan duit, semakin banyak duit tentu semakin tiada mengcukupi, last-last diri sendiri terkorban menjadi hamba duit.
26/06/2012
Pokok  belum dirawat bertambah setiap hari  di serata lokasi,  inokulan dijalankan peringkat-peringkat di satu lokasi dan setelah selesai di lokasi ini, dijalankan di lokasi lain mengikut jadual asal telah diplanningkan. 90 batang  di satu lokasi bukan jumlah  kecil, kos harus dikeluarkan seharian tempoh inokulan , kos pengurusan, pengangkutan, makan minum, peralatan, kos vaksin dan upah staf-staf yang terlibat. Ini semua dah membuat sakit kepala setiap hari, bila inokulan mahu dijalankan.. hehehe.. kepala jadi stress tapi happy.

Kos Inokulan  terlalu besar terpaksa ditanggung oleh usahawan gaharu, sepokok dua mampu di inokulan hakmilik sendiri, kalau dah beratusan pokok  big XXL,  memang tak terdaya, bab kos vaksin  dan panjat memanjat, tepuk poket tanya hati, terdaya atau tidak  Jalan pintas nya, terpaksa lah sediakan duit jumlah yang agak besar bagi bajet harian , beli masa orang lain, selesailah masalah. Dan kita cuma sebagai pengurusan, pantau staf-staf jalankan inokulan, tapi yang tentu nya, duit mula mengalir seperti air.. hehehe.
Baru rawat pokok nan sebatang, tapi dah riuh rendah seperti ayam baru bertelur, hebuh sana sini  tak ubah seperti itik serati , dah ada pokok gaharu aku inokulan, bila ditanya berapa batang, jawabnya sebatang jer. Hehehehehe. Ketawa bukan perkecilkannya, tapi cara bualan nya, seperti  inokulan 10 batang, tu yang jadi bahan ketawa. Ada pula tu, dah rawat 30 pokok, tanya hak sapa, jawabnya hak orang. Habis tu ,mana hakmilik sendiri, kan kata nak jadi jutawan dari hasil jualan gubal gaharu, tak kisahlah walaupun sebatang , dah ada daya usaha.

Penginokulasian  Jarang yang mampu inokulan beratusan pokok milik sendiri, kos nya terlalu tinggi, kecuali mereka mempunyai Pelabur-pelabur , Milik syarikat, ada dana khas, ada tabungan khas yang telah di peruntukkan. Jika hanya mengharapkan dari duit gaji, 2 pokok pun mesti mengira setiap segi, tersilap pengkiraan, lari bajet. Si penginokulasian sendiri tiada mampu inokulan pokok sendiri beratusan pokoknya , bidang inokulan nie, Nampak jer tiada memerlukan modal besar , setelah mencuba, dapat rasai sendiri sebagaimana aliran wang keluar, kalau anda mempunyai tabungan 50K ringgit Malaysia, tak sampai 40 batang, licin bersih duit sejumlah itu.
Sorry .. Saya bukan cuba mematahkan semangat anda, ( cuba membuka minda anda ). Sekiranya anda mempunyai hanya jumlah itu, jangan semuanya dilaburkan di bidang inokulan , gunakan separuh dan separuh lagi, biar wang itu kekal dalam tabungan. Atau anda gunakan 50% daripada wang itu, untuk inokulan dan 25% lagi untuk pelaburan penanaman dan baki 25% di khaskan tabungan semasa. Cara ini, anda mempunyai 2 pelaburan, 1. Pelaburan jangka pendek ( Inokulan ) 3 hingga 4 tahun  dan 2. Pelaburan jangka sederhana  (pokok yang ditaman ) 10 tahun.

Banyak planning kami lakukan untuk menarik minat para-para bakal usahawan supaya mampu menceburi industry ini, di antaranya, sekiranya usahawan mempunyai jumlah pokok yang besar, tiada mampu menyediakan bajet besar. Di antara share kos inokulan, Cuma sediakan  50% kos inokulan sahaja perlu di keluarkan oleh para pengusaha , maka 50% lagi pihak kami tanggung. Bukan niat kami mengambil kersempatan atau menunjukkan kemampuan kami , tujuan ikhlas kami hanya mahu membantu pengusaha mencapai cita-cita dan impian mereka serta bersama dengan kami memeriahkan lagi industry gaharu.
27/06/2012
Jumlah  8 batang pokok yang berukuran lilit dari 50sm hingga 90sm, anggaran vaksin di perlukan 7 liter dengan kertinggian injections 8 kaki hingga 12 kaki, sedalam tebukan 4 inci jarak antara tebukan 5 inci. Kebiasaan pokok berukuran 120sm lilitan kergunaan vaksin 1 liter, ianya bergantung teknik injections yang dilakukan oleh para inokulasi, sekiranya dalam tembukan, maka banyak jumlah vaksin di perlukan di tuangkan di dalam lubang tebukan., kergunaan vaksin hampir 2.5liter.

Senang jer kita menilai ada yang mengaku mereka adalah usahawan yang membekal  vaksin serta bergiat sebagai inokulasi. Jika ukuran pokok 100sm, dan mereka anggaran pengunaan vaksin sebanyak 3 liter, ianya terbukti mereka bukan mempunyai pengelaman  atau bergiat aktif sebagai inokulasi. Sedalam mana tebukan yang dilakukan , jarak  4 inci antara lubang, dalam injections 5 inci dengan kertinggian injections 15 kaki, vaksin yang di perlukan cuma 2.5 liter.
Ada terdengar mengatakan jarak tebukan 5 kaki antara satu, pokok berukuran 90sm, vaksin diperlukan 3 liter.. hehehehe. Ini, kes nak untung berganda, patutlah jual vaksin harga termurah. Berapa titik sahaja vaksin yang di tuangnya, kerja pun senang, kalau pokok berukuran macam ini, berapa lubang jer injections di lakukan, tak sampai 20 minit siap inokulan.

Adakah cuma setitik vaksin ianya mampu menyerap hingga ke dahan..? tak sampai 7 inci, dos vaksin akan berkurangan di serap oleh tisu tisu pokok. Faktornya, kan pokok gaharu mengandungi karbon ( c15-c15 ) bila nya karbon, cecair vaksin mudah menyerap di sekeliling lubang injections, dan air yang diserap oleh akar,  penyerap ini akan bercampur dengan cecair larut vaksin, bila bercampur, dos vaksin akan berkurangan, aliran larutan makin ke atas semakin berkurangan, maka allergic tiada akan berlaku di bahagian 5 kaki terakhir.
Kami Cuma khaskan jumlah vaksin cuma 20 liter untuk bilangan pokok 31 batang, ukuran lilit dari 50sm hingga 90sm, setiap 10 kaki dari pangkal kami sumbat lubang injections dengan penyumbat yang telah siap direndam vaksin selama berbulan-bulan. Kami mahu sejimat jimat semana yang boleh, jika lebihan vaksin perbaziran akan berlaku. Kos tinggi, tak termampu , sentiasa dok tanggung yang membazir , setitik pun pakai modal . Bergitu juga sekiranya khidmat di perlukan, pihak pengusaha yang upah kita, kena kira, duit duit dan duit , bukan senang nak dapat. 
Kalau terasa mewah sangat, daripada vaksin terbuang gitu, sapu dibatang pokok, lagi terbaik dari dok membazir, sekurang-kurang dapat  penyerapan melalui liang-liang kulit pokok. Kalau cara nie, saya menyokong pendapat , 3 liter vaksin untuk pokok berukuran 90sm. Hehehehe.. cuba dulu, dan lihat hasilnya, bagi saya, sekira nya vaksin ciptaan sendiri, boleh lah mewah-mewah, kalau vaksin di beli, tak larat korek duit, nak selesaikan inokulan beratusan pokok.  90sm 3 liter vaksin, andaiannya harga 1 liter RM1,000.00 , 3 liter campur upah inokulan ..? hanya dapat inokulan  ukuran 90sm, 1 pokok 1 tahun jer.. jauhlah lagi dari angan-angan nak jadi jutawan. Hehehe. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan