Sabtu, 23 Jun 2012

Group Kelantan keridor DEPU.


Kemana agaknya menghilang Group Kelantan Keridor Depu..? Saya teringin sangat menjejak group ini, Masih aktif kah mereka,  masih bersemangat seperti  dahulu atau hanya menyepi untuk tenangkan fikiran atau terlalu sibuk dengan program-program  bengkel gaharu sana sini.. Atau masing-masing membawa haluan semdiri..?
 Set-set Kelantan Keridor Depu, bukan jalang-jalang pengiat gaharu, mereka semua berkaliber, berpengaruh dari golongan-golongan berada, mempunyai kerjaya yang hebat dan membentuk srategi yang mamtap, itu punca utama mereka boleh bersatu di bawah Kelantan Keridor depu yang diilhamkan Dato’haji Husam Bin Haji Musa. Saya cuma  sebilangan permerhati dari jauh, dari awal sehinggalah group ini masing-masing mengikut haluan sendiri.

Group ini pengiat yang hebat, menyemarakkan semangat baru kepada para-para pengusaha gaharu, daripada tiada mengenal, mengetahui dan mereka pencetus revolusi teknik inokulan bermula di Kelantan sehingga wabak inokulan menyular ke seluruh Malaysia. Tahniah bos-bos. Mereka lah yang memulai era gaharu teknologi, walaupun pada asasnya teknik ini di ciplak, tetapi kerana kersungguhan mereka membawa masuk teknologi ini, ianya merupakan pergorbanan yang cukup besar kepada industry gaharu Negara.
Seperti  saya ini, cuma boleh dianggap usahawan era baru, setelah group ini menyepi, saya sambungkan tugasan mereka, membakar semangat-semangat para-para peminat serta usahawan muda, melalui blog. Facebook dan sebagainya. Sekian lama ilham yang baik ini terpendam , untuk memberi  menanfaat kepada peminat-peminat gaharu, supaya meneruskan perkerjaan yang mendatangkan hasil yang berbaloi biar sampai kerpenghujungnya.

Ada juga para pemimpin berkata Kelantan Keridor Depu gagal, kan ada antara dua Sifat berlawanan  iaitu , gagal lawan berjaya. Dari kergagalan kita boleh belajar dan kita boleh membaiki, upgrade bagii mendapati keputusan terbaik. Silap tuduhan si pemimpin ini, mengatakan ianya gagal. Dalam diam-diam si pemimpin ini juga telah memberikan subsidi spesis pokok gaharu kepada para petani. Jika project ini  gagal, sedar atau tidak, berpuluh-puluhan ribu ekar pokok pelbagai spesis sudah di tanam di seluruh Negara.. Adakah Kelantan Keridor Depu gagal ?, bagi saya ianya tiada gagal, ianya berjaya dalam diam.
Dari ilham Dato”Haji Husan juga lah, IPT-IPT, badan-badan berkenaan, syarikat-syarikat swasta sentiasa menganjurkan bengkel-bengkel gaharu, yang sering dihadiri oleh para-para peminat era baru gaharu. Ini satu lagi petanda yang mengukuhkan bahawa Kelantan Keridor Depu berjaya, lebih berjaya dari awal di asaskan. Kergagalannya hanya satu perkara , inokulan yang menggunakan vaksin  di import dari luar, yang mengakibatkan pokok-pokok gaharu yang dirawat tersungkur kebumi, perkara biasa umpama ini, sebab percubaan yang pertama tanpa kajian awal.

Kerberanian group ini harus di beri pujian, rela mengeluarkan kos vaksin yang tinggi, rela berkorban masa kerana  Kelantan Keridor Depu. Satu group yang hebat, kerana mereka jugalah, lahirnya para-para penginokulasian era baru, termasuk group saya. Dari teknik-teknik yang mereka ciplak, ianya dapat disalurkan dengan sebaik-baiknya.
Dari pecahan group ini, Ahlinya ada yang telah berjaya menletakkan nama tersohor di pesada kergaharuan, ada yang mempunyai syarikat sendiri, mempunyai kilang prosesan minyak gaharu, mengeluarkan produk-produk sendiri dan mereka masih aktif secara solo serta mejelajahi pelosok tanah air menganjurkan bengkel-bengkel gaharu, ertikata walaupun Kelantan keridor depu tiada bergitiu aktif, pecahannya masih bergiat didalam bidang ini.

Kerana group ini lah lahirnya usahawan gaharu baru di serata negeri, daripada pengusaha yang dahulunya, menanam gaharu tujuannya mendapatkan pucuk di jadikan tea, tetapi sekarang usahawan ini mengeluarkan pelbagai-produk  produk dari bahan yang terdapat pada pokok ini. Ketika tuduhan mengatakan kergagalan Kelantan Keridor depu, dari setahun kesetahun, berpuluhan ribu beneh di gaharu dibawa masuk ke Malaysia, berpuluhan ribu pokok gaharu liar telah di rawat oleh para-para penginokulasian era baru. Vaksin cecair pengalak resin telah berjaya dicipta, tanpa lagi mengharap vaksin yang di import yang belum tentu terjamin bahan halal sebagai bahan larut yang dibeli.
Bergitu juga, pelbagai-bagai teknik inokulan di cipta, mengikut teori ,fikiran logic dan factor bagi serasian vaksin ciptaan mereka. Pada si pemimpin yang tiada mahu mengakui kerjayaan Kelantan Keridor Depu, jangan terlepas pandang, jelajahi lah setiap dearah, buat kaji selidik, jangan hanya mendengar kata-kata si pelobi atau talibarut berfikiran sempit. Yang kerbanyakan si talibarut ini segolongan pemalas, kerjanya hanya kat kedai kopi dari pagi hingga petang, bual sana bual sini, yang mereka tahu  hanya subsidi, wang ihsan serta pemberian secara free.

Mungkin agaknya yang menlancarkan Kelantan Keridor Depu ini parti pembangkang, itu agaknya puncanya, senang-senang mengata ianya gagal. Kerana sifat tiada mahu melihat kerjayaan project parti lawan atau sengaja mahukan project ini gagal, kalau boleh project parti mereka yang lancarkan, dan mereka lah orang yang pertama mengatakan project adalah yang terbaik, sekurang-kurang ada juga terpias satu sen dua ke dalam poket mereka. Hairan nya mengapa perkara yang baik ini, diputar belit, padahal untuk meneruskan kerhidupan, kita mesti berusaha, kan pertanian satu ibadah dan juga pertanian satu perniagaan .. kan slogan ini juga yang laungkan oleh parti mereka.
Sekali imbas secara kasar, di kelompok group Kelantan keridor depu di anggotai daripada pelbagai-bagai lapisan fahaman politik berbeza, mungkin ini sebab utamanya malap group ini, bila politik menjiwai kita, daripada pakatan menjadi renggang, daripada kawan menjadi lawan, padahal sifat bisnes tiada berkecuali lawan atau kawan. Semakin kuat kita bergabung, hasilnya lebih cemerlang. Tetapi sekurang-kurangnya group ini telah berjaya melahirkan para-para usahawan era baru yang berbakat besar. SYABAS BOS-BOS.
Tiada akan rugi menyokong perkara yang baik, jika tiada mampu mengeluarkan modal, memandailah sokongan moral, sama-sama kita dapat melihat kerbangkitan kaum kita, seagama dan satu bangsa yang sama dengan kita. Itu lah asas Kelantan keridor depu, hanya mahu melihat kerjayaan serta kekayaan yang di perolehi dari hasil titik peluh para-para pengusaha. Kelantan Keridor Depu hanya sebagai pengasas dan yang akan meneruskannya di bahu para-para usahawan sendiri, bagaimana mahu mengolah, mengubah dan bagaimana mahu mencapai kerjayaan 100% bergantung diatas usaha kita.. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan