Jumaat, 15 Jun 2012

Blogger vs Hunter vs Pengiat gaharu teknologi


Jarang jarang ada masa luang untuk  melawati laman  blog dan website GAHARU usahawan gaharu tersohor, yang telah mecipta nama di persada kergaharuan. Masa tiada memihak kepada saya untuk menziarahi, berbual bual tentang perkembangan gaharu di Malaysia serta di Negara Negara lain, am nya di Asia tenggara. Yang sering bermain-main difikiran saya, satu perkara, tentu ada yang tiada menyukai cara saya terlampau mendedahkan, membongkar dan memhentam sebilangan pengiat gaharu yang mengamalkan tektik kotor untuk kerpentingan diri.
Sebagai Blogger, usahawan, penginokulasi, pecipta Vaksin, pengedar beneh, kontraktor, pengurusan perladangan gaharu, bergerak secara solo serta mengamalkan R&D gaharu di utamakan, mungkin di sini puncanya, cara saya tiada di sukai. R&D kami secara bebas, tanpa ada ikatan, tiada siapa yang dapat mengarah, kami tetap dengan prinsip kami, kami akan terus bersama-sama peminat, pengusaha baru, yang mahu ceburi  bidang ini, kerana kami juga termasuk di kelompok ini, sama seperti mereka, sentiasa mencari, menimba ilmu kergaharuan.
 “ Hallooo.. Halooo.. kurang jelas lah..oh oh .. line tak clear lah .. boleh hubungi saya balik .. ker ..?  padahal suaranya sebiji biji di dengari,  buat buat ker ..kot kot  bil telefon melabung, kata hati saya, entah siapa nie, diri tak kenalkan diri, sahkan nak bagi salam, tak payah dilayan . Bukan niat nak mengata si anu nie kurang ajar, tapi sifat egoan nya membuat saya tiada berminat nak hubungi kembali.

Bermula pada 3/2/2011 blog Gold-Forest.blpgspot.com di terbitkan dan tersiar di internet dengan enjin pencarian google dan tumpang promosi  di facebook,. Cuma berusia baru 14 bulan di tontoni oleh para para peminat gaharu di seluruh dunia, dengan sejarah paparan sepanjang masa 7,069,  satu percapaian boleh dikatakan terbaik. Paparan di dahulu Malaysia 4,716, disusuri Negara Amerika Syarikat, Brunei, Indonesia, Singapore, India, Jerman, Russia dan Vietnam.
Beribu-ribu imej-imej sebagai koleksi, berkotak-kotak draf dikajian tersimpan dari awal perlibatan dibidang ini pada tahun 1998  hingga 2012., ianya merupakan khazanah tiada ternilai harganya. Itulah puncanya sering di hubungi oleh blogger-blogger serta para para peminat gaharu yang ingin hasilkan laman-laman website mereka, untuk mendapatkan imej-imej serta maklumat , jalan  pintas bagi mereka untuk menyiapkan project urusniaga secara tanpa ada bersusah payah.

Blogger gaharu yang bergiat aktif sebagai usahawan lebih berkualiti, pengetahuan luas, mengalami sendiri dan pernah merasai kersukaran bagaimana mahu mecipta nama di bidang ini, banyak perbezaannya daripada blogger gaharu yang menciplak, artikel, imej-imej serta catatan dari fikiran atas dasar logic sendiri, kadang tu pokok gaharu, gubal tak pernah lihat , tak mengetahui apa dia resin dan cuma tahu dari pembacaan serta percakapan yang didengari dari pengiat gaharu.
Ada seseorang, baru mahu berjinak menjadi blogger gaharu dan nak bina lama website, menziarah saya, 3 jam lamnya dok tanya itu ini, pegang letak pegang letak contoh-contoh gubal dari hasil inokulan, tiap sudut imej di ambil. Semasa mahu pulang .. “ Abg pokok apa , Abg tanam sekeliling rumah nie, cantik lah..” Tanya nya. “ hehehehehehe .. Masyaallah.. tak kenal pokok tu .. itu lah kalau nak kenal .  pokok spesis gaharu..” jawab saya sambil dok tergelak. Setelah dia pulang, sampai  sekarang nie, tak pernah  hubungi saya.

Ada dikalangan pengiat gaharu nie, murah hati serba sikit ilmu gaharu di salurkan tanpa diminta, siapa-siapa yang berminat, belanjakan tea secawan, rokok sebatang, A-Z di diberikannya. Tetapi betul atau tidak apa yang di bagitahu tu, hehehehehe .. kena lakukan kajian sendiri. Bagi saaya , kalau terlampau mudah sangat seseorang tu bagi ilmu, mesti ada yang tak kena, saya bukan syak yang bukan-bukan, kerbiasaannya bergitulah.
Pengiat (hunter) gaharu , yang tersohor dulu-dulu, bukan kerjanya menghasilkan gaharu secara teknologi, hasil nya di perolehi dari gaharu hutan, iaitu mencuri khazanah Negara, satu kerja yang boleh dianggap tiada cabaran, jika dibandingkan antara pengiat gaharu teknologi sekarang ini. Siap bekalan untuk beberapa hari untuk masuk hutan simpan, bye bye isteri dan anak, bermula pemburuan mereka, jumpa pokok tebang, tiada gubal, tinggal, pokok lain pula ditebang, bergitulah seterusnya.

Apabila muncul era pengiat gaharu teknologi, awal mereka, mengatakan semua itu tiada berhasil, mana boleh jadi, cucuk masuk ubat. Tetapi last-last pengiat gaharu semulajadi bergabung bersama pengiat gaharu teknologi, yang terjadi selepas itu, kerbanyakan pokok-pokok yang mereka pakat-pakat rawat patah dua, mati, serekah seluruh dahan, akibat kesilapan vaksin yang dibeli tanpa di siasat, keputusannya, kedua pihak masing-masing saling tuduh menuduh.
2005 - 2007 tahun tersungkur lingkup kedua pengiat ini, termasuklah diri saya juga, tetapi tak sampai puluhan ribu hangus. Tak tahu dimana silapnya, teknik inokulan atau adakah vaksin yang dibeli  bukan yang asli,   yang mengandungi  60% bahan bahan beracun. Nak di jual sebatang pada harga murah-murah, tiada yang sanggup nak beli, lebih lagi nak diproses minyak, lagi lah membahaya, last-last dibiar reput, sekali sekala pergi lawat, boleh juga gosok-gosok. Hehehehe.

Yang untung blogger dan pemilik laman website gaharu, dapat ilmu, dapat berita dari kergagalan kedua-dua pengiat gaharu ini. Berita kergagalan gaharu teknologi heboh, gaharu tiada mampu dihasilkan secara ini, Ini puncanya utama mengapa masyarakat memandang sepi pada industry ini, bukan mengkaji mengapa, sebab apa, kergunaan vaksin berracun tak boleh elak ker, untuk hasilkan vaksin. Biar ada fikiran terbuka, si blogger dan sipemilik website kan golongan bijak, segala hujah, ideal mereka semuanya terbaik.. apa salah bagi pendapat, bagi ideal dan salurkan maklumat agar industry ini Berjaya. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan