Khamis, 31 Mei 2012

GAHARU .. Kes Serabut ..!!!


Dok menghitung hari .. , Bulan May dah penghujung, Project inokulan pula mula tergendala di sebabkan hujan petang kadang kadang lebat bersama angin kencang. Project di Pasir Kelang ,masih ada lagi 20 pokok Big XXL, Keadaan batang pokok basah, batang yang berlumut dah tentu merbahaya , bagi pendakian 50 kaki dari aras bumi dan 30 pokok yang besar besar dilain lokasi  pun dalam keadaan yang sama.

Nak melawati pokok yang telah ditanam , moody pun hilang , disebab si pacat terlampau banyak, rasa malas disebabkan terlalu lama berehat. Walaupun bergitu, project kumpul pokok pokok tetap berterusan. Dah tak payah kehulu kehilir lagi, hari hari hset berbunyi, dari serata daerah memberitahu yang mereka mempunyai pokok bersize XXL,  Cuma kami jer,  tiada kersempatan melihat sendiri , mengambil imej dan mengsahkan, apakah betul dari apa yang di bagitahu.

 Ada juga broker yang call  “ bos pokok besar ada, nak bagi kat saya berapa persen .?  tapi, nak duit segera ..”.  Aduhai , bergini nasibnya jika berurusan dengan si broker.  “ awak rawatan lah sendiri ..” jawapan yang paling mudah, kata putus  yang diberikan untuk menamatkan perbualan. Bila kami mula berurusan, kami tak mahu ada sebelah pihak terkena atau di perbodohkan. Yang kami fikirkan nasib si pemilik pokok,  kos khidmat inokulan dan vaksin yang kami terpaksa tanggung, manakala si broker cuma pandai menadah tangan mahu habuannya, lepas dapat duit  menghilangkan diri.

Kami tiada rugi apa apa jika tiada berurusan dengan si broker maut, jika si broker berkata, kami tiada dapat mengumpul pokok tanpa mereka, itu adalah anggapan yang tiada masuk akal. Kami telah mendahalui group lain jelajahi pelusuk daerah di serata Negeri Kelantan, Dalam fail kami, telah tersenarai di daerah mana, lokasi mana dan tumbuh di atas tanah hakmilik siapa, dengan catitan nombor handset pemilik , dan sudah diberi kerbenaran secara lisan, bila bila masa pokok gaharu liar itu di Inokulan , Cuma tepuk poket tanya duit,  mampu atau tidak … hehehehe.

Berurusan melalui broker, bukan cara kami, urusan kami secara direct dengan pemilik pokok, bergitu juga urusan pembelian pokok dan kontrak penanaman. Broker jugalah hampir membuat kami terlingkup, kami inokulan, mereka terima duit , tetapi duit entah kemana , bila bertanya pada owner, katanya sudah dibayar ,Tanya pada broker . owner tak bayar lagi , ajak bersemuka,  beribu alasan si broker maut berikan. Bergitu juga penghantar anak anak beneh ,  mereka ambil duit awal2 ,  kami 2 kali rugi , kos penghantaran dan harga anak beneh.

 “ Awak main gaharu kan… jadi ker ..?” Satu pertanyaan yang diajukan pagi ini, ketika singgah perkena air kat warong di simpang jalan ke rumah. “ ia , saya .., yang pertanyaan .., jadi .., saya tak mahu nak jawab..” kata saya. “ awak jual lot gaharu ker , sama seperti syarikat di .. ( saya tak mahu nyatakan syarikat itu ), bunyi khabar ,  banyak pembeli minta duit mereka kembali , betul ker ..?” Tanya si anu itu lagi.  “  terdahulunya ,  saya minta maaf , perkara ini, tiada terlibat, tiada berkenaan sedikit pun dengan saya, saya tak boleh komen apa apa..” jelas saya sambil mempelawa minum.

Air muka nya mula berubah   “ Saya minta maaf , banyak2 , kalau encik nak tahu jadi ker tidak , sila luangkan masa ,  ikut kami gi chek pokok pokok yang telah kamii  rawat ,  kalau encik masih meragui tanam gaharu, tiada menjadi ,  boleh juga encik ikut saya ,  encik boleh lihat sendiri pokok pokok gaharu yang telah di siap di tanam, dari usia 1 tahun – 3 tahun , bukan 1 ekar Encik ,  beribu ribu ekar. Jika Encik bertanya jadi ker tidak ,  baik encik tak payah bertanya ,  soalan bergitu,  jika encik dah tanam 10 pokok.. boleh lah encik bertanya saya ,  jadi ker pokok yang saya tanam tu ..” kata saya sambil memulang paku buat kilas ( istilah bahasa orang Kelantan ).

“ Ok lah , saya terangkan sedikit buat pengetahui Encik., Jual Lot gaharu nie .., dah terlampau banyak syarikat yang buat, cuma nya .., Encik.. , semuanya dari niat, kalau niat mereka betul ikhlas ,  Insyaallah, Berjaya.., Tetapi yang lebih lebih promosi tu .., broker syarikat tu .., yang mahu dapat duit segera.. kami tak akan lakukan urusniaga bergitu .., rezikonya amat besar..,  Kerbiasaanya tanah yang dipecah lot itu ..,  tiada dibayar 100% pada pemiliknya. Laku tanah baru bayar. perjanjian hanya di atas kertas. Lot lot di pecahkan, di draf di atas kertas bukan disahkan lagi oleh jabatan tanah,  jika mahu menanti kelulusan ,  1 tahun belum tentu dapat , kelulusan tukar status dan pecah lot semua dari ahli mesyuarat exco..”

“ batu sempadan di tanam, mengunakan khidmat jurukur swasta ,  2 proses lagi wajib dilalui .. pengesahan jabatan daerah  dan jabatan hasil tanah.. Sekiranya lot lot habis terjual, tanam menanam semua siap .., tetapi sekiranya ..,  permohonan pecahan lot tiada Berjaya ..,  Duit sudah dibayar oleh pembeli lot lot ini ,  wajib di ganti , duit pula dah habis wat, pecah sempadan,  membersih tapak, beli anak beneh, upah pengurusan ,  komesin broker awal awal sapu  dan duit diguna buat kawin satu lagi ker.. hehehe ..,  nak bayar bukan jumlah yang sikit.. kes sakit kepala,  siang malam di kejar oleh pembeli Lot gaharu “.


“ Contoh saya berikan ,  jika komisen broker RM2K 1 lot ,  10 Lot ,  dah berapa Encik..? kita nak tambah yang telah disapu broker , dah tak mampu ,  dah duit duit hangus kat pengurusan lagi tu ,  nak cekup kat mana ,  jual sebatang pokok gaharu pun tak mampu nak membayar nya,  Yang terbaiknya Encik .., Encik tanan jer di atas tanah hak milik sendiri, beli anak beneh, tanam dan urus sendiri , baru lah tiada sakit jiwa dari beli lot gaharu , pastu pulak mereka yang uruskan ,  tagged mereka ..,  kalau Berjaya, mereka untung berganda ganda,  Encik juga akan tergaru garu..” terang saya.

Saya minta maaf sekiranya ada alami semua ini ,  ada yang terkena jadi pelajaran, jadikan  ikhtibar untuk masa masa akan datang. Bukan senang mahu senang , terlalu banyak yang wajib kita hadapi. Saya ingatkan agar selalu berhati hati ,  setiap kali menceburi satu satu project. Kadang kadang kita lalai, bila ada orang yang memberikan candangan ,  project ini pasti Berjaya , sebelum memberi  kata persetujuan, kaji setiap aspek, untung rugi, halatuju , yang terbaik rujuk kat yang pakar, yang berjaya ,  jangan sesekali bertanya pada yang tahu cakap,  tapi dia sendiri , satu habuk pun tidak lalkukan.

Dan kami bukan terbaik dalam bidang gaharu, catatan di blog gold-forest R&D Gaharu , semua hasil kajian kami, kami dedahkan sebagai maklumat untuk rujukan bagi para para peminat gaharu, Yang ada cita cita nak menanam, mempunyai pokok gaharu liar dan bagaimana caranya  memulakan pelaburan inokulan. Bukan kami mahu 100% pembaca blog ini,  mendapat khidmat kami, jadikan ianya sebagai asas untuk anda melangkah dibidang gaharu ,  tanpa di permainkan, di perbodohkan dan di perkenakan oleh segenlitir pengiat gaharu yang mahu mengambil kersempatan .. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan