Jumaat, 8 Jun 2012

Ilusi, Metos dan Hunter gaharu


“  Bukan nya payah sangat nak jadikan pokok gaharu menghasilkan Teras ( Gubal ), Paku seluruh batang nya, masukkan skru kalau susahnya sangat nak panjat , gali akarnya , hujung akar tu kita sumbat botol yang berisi minyak penlicir, ada satu lagi .. naik tebuk batangnya , boleh juga di kerat separuh batang . buat lubang, lepas tu tuangkan minyak pelincir atau racun paraquat ..”.  Satu andaian yang di terima di warong kopi, kalau lah budak budak yang bagi pendapat bergini, sah bagi hadiah penampar jepun, tetapi dari mulut si  tua baka, bercucu cicit., Cuma, buat buat gelak, tapi hati menyampah.
“ Tak leh cucuk masuk ubat ker , pada pokok betik, buah kelapa, pokok kekabu, pokok pemunggal  jadikan teras, kalau boleh , jadikan duit tu, boleh wat bomoh, ekor, turunkan duit, cam cam lagi .. kalau ada teras gaharu sebesar ibu jari, minta sikit, nak wat batu cincin , nak wat pengeras.”  Isk isk isk .. Memang bengang, bila ada  manusia jenis nie, mentang mentang dia tu tok bomoh.. tetapi  tiap kali sakit ke hospital juga.. kalau manusia jenis nie, agaknya last last jadi tok gomol dan tak mesti nya semakin usia tua semakin cerdik kan ?.
Sebab tu lah orang tua tua bagi kiasan, Bodoh tak leh di  ajar, cerdik tak ler nak dengar. Pendapat dari sedap mulut, andaian entah dari mana dia dapat, lepas itu jual sana jual sini, dia ah cerdik, bila ada yang sangkal cakapnya, mula naik merah cuping telinga. Susah kalau ada orang perangai bergini ketika berbincang dengan seseorang, dia pulak dok sibuk sibuk mencelah,  kita cakap bergini, dia cakap bergitu, dia tak boleh nak nilai, orang dok berbincang ker atau bual bual kosong. Nak angkat punggung, hormati usianya, orang tua, kan di kata kurang ajar lak. Cuit kaki si kawan melalui bawah meja .. “ saya kena balik dulu., isi perut nie dok minta di buang..”. hehehehehe. Tu lah caranya.

“ jadi ker, kalau kita lakukan seperti si Jusuh cakap tu ..”. Bertanya kawan Sambil dok kacau tea o yang kedua nya. “ hehehehehe .. entahlah, saya tak pernah mencuba teknik yang dia cakap tu. Bagi saya itu andaian tak masuk akal , kermungkinan dari fikirannya, Cuma satu andaiannya yang betul, pokok gaharu yang sakit menghasilkan gubal, itu boleh dikira logic, tetapi cara yang dibagitahu itu , hehehehe.. mungkin gak ada yang mengamalkannya, kerbiasaannya orang kampong  yang tiada dedahan pada teknik inokulan.” Jelas  saya.
Bagi kami di Gold-forest R&D Gaharu, teori dan priktikal memainkan peranan utama kami untuk permulaan sebagai penginokulasian. Kajian kajian kami mengikut teori, factor dan di sudahi dengan priktikal. Sehebat mana sesorang itu , ianya tak boleh meninggalkan perkara ini, untuk memulakan sesuatu kajian dan 3 perkara lain yang harus ada ia itu, pokok gaharu , drill dan Vaksin. Sebagai pengamal inokulan bebas, setiap teori yang di dengari atau yang di berikan oleh seseorang, mendengarinya, tetap masuk telinga kiri, tidak akan keluar di telinga kanan tanpa di kaji.

 Priktikal lah melebihi segala galanya , kalau setakat teori , tak kemana mana, satu habuk pun tak dapat dilihat. Pokok gaharu akan kekal seperti biasa tanpa menghasilkan gubal, kerana teori,kita masih dok tercatat di kertas. Walaupun pritikal di amalkan factor juga wajip di kira setiap segi, jika tersilap ianya akan memberi  keputusan kurang memuaskan. Walaupun sedemikian Teori tetap di gunapakai, sering bertanya pendapat serta pandangan dari hunter gaharu yang berpengelaman, tujuannya mencari keadah atau teknik teknik baru, yang logic serta boleh di amalkan pada teknik inokulan.
Sayang sekali masyarakat kita , melebihi merpercayai perkara yang karut daripada yang reality, bila teknologi di perkenalkan pelbagai bagai pendapat yang di dengari., tak masuk akal, semua itu tak boleh guna, tak akan  berjaya dan pelbagai bagai lagi andaian dari mereka. Yang menjadi bertambah hairannya, mereka bukan dari golongan tiada berpelajaran, dah ada ijazah, Diploma dan Mester, tetapi kerpercayaan pada benda yang karut masih di tahaf sama dengan orang orang tak berpelajaran.
Bergitu juga lah menghasilkan gaharu melalui kerpakaran teknologi, tiada yang tak masuk akal, tiada yang mustahil sekiranya teori, priktikal ,  factor  dan teknologi di gambungkan menjadi satu, maka terhasil satu bidang kerjaya baru di industry gaharu. Sekiranya kerpercayaan karut masih menebal di hati kita, tiada akan terlaku segala perubahan. Ada yang merpercayai, pokok gaharu liar mempunyai penunggu, ada hantu, kalau melalui bawahnya, kena minta tumpang lalu, ini semua pendapat karut, buanglah jauh jauh sifat kerpercayaan bergitu.

Faktor dan teknologi  ini lah yang memainkan peranan penting didalam bidang kajian pokok gaharu, silap inokulan  tiada berjaya. Setiap pelaburan mahukan keruntungan kan..? Jika mahukan keuntungan segala factor wajib di kira, jangan sesekali ambil perkara senang. Setiap perkerjaan di dunia ini , tiada satu pun yang senang, mesti menghadapi cabaran , dugaan dan rintangan untuk menuju kerjayaan. Bergitu juga  bidang kergaharuan, walaupun teknik teknologi inokulan di ciplak ianya tetap hadapi cabaran.
Atau mahu cari harta dengan jalan, pakai bomoh cari harta karun, beribu duit habis nak dapatkan pelbagai  jenis besi  lama, yang berani, yang tak lut, delima merah, perturun duit,  berbomoh nombor sana sani, tetapi berapa  orang yang kaya dengan sedemikian..? Setahu saya kerbanyakkan papa kedana, si isteri bertukus lumus berkerja, manakala si suami dok hayun batu kesana kemari, dok cari duit bertambun nak dapat sekelip mata, harta yang Allah bagi ,depan mata pun tak nampak. Pokok gaharu sebesar 3 pemeluk di hadapan rumah tak terfikir oleh akalnya, bagaimana cara untuk menjadikan duit.

Kerana metos lah ., membuat orang kita terlalai, sikit sikit pantang, tak boleh usik, nanti kena tegur oleh datuk ( penunggu ), kaum lain , setiap inci pelusuk bumi Malaysia di cerobohi secara haram mencari gaharu, pokok di tebang, di tebuk dan di tinggalkan, setelah 6 bulan, mereka datang ambil hasil secara bebas, tak ubah seperti hakmilik mak bapak mereka. Adakah mereka kena sampuk oleh datuk yang kita takuti..? Dulunya mereka datang, menaiki bas, sekarang ini mereka datang lagi, tetapi berpacuan 4x4, sombong bagai Negara ini hak mereka.
Dimana beradanya penguat kuasa perhutanan .. kan hutan simpan nie mereka yang jaga, atau setelah hunter gaharu ini di berkas baru nak bertindak..? kalau bergitu, Nampak gaya pokok gaharu di kawasan hutan simpan  licin di kerjakan oleh hunter hunter ini. Dulunya si Kemboja  yang mencuri gaharu, mula mula bagi tumpang tinggal di sini, last last  mereka  pula mencuri. Saya bukan mengadakan cerita .. ini adalah reality, dan sekarang masih ada hunter hunter mencuri gaharu di hutan simpan dengan sebebas bebasnya.. harap badan badan berkenaan bertindak dengan segera. Janganlah dok sibuk menyibuk supaya para para inokulan mendaftar pokok pokok yang di rawat yang tumbuh di atas tanah hakmilik mereka sendiri, sampaikan yang ditanam pun mahu di daftar, kan tanah tu dah dibayar hasilnya, tak kan sampai berpuluh kali hasil tanah mahu dibayar, hasil dari tanah yang sama ..?. TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan