Selasa, 19 Jun 2012

Royal Agarwood Hunter..


“ Kaya nya Negara Malaysia” itu lah kata para para pendatang asing, mula mula menjejak kaki di bumi bertuah ini. “ di Kelantan kan, banyak terdapat pokok karas, woi ..Kaya nya orang Kelantan..” kata salah seorang kenalan dari seberang, padahal dia datang kesini hanya sebagai pekerja kilang, tak pernah masuk hutan kat Kelantan, bukan pula sebagai hunter gaharu. Yang naik hairannya penduduk tempatan pula tiada peduli pada pokok ini, mereka menebang sesuka hati di sebabkan terlampau kaya agaknya.
Tahun 1992 hingga 1998 saya sering menjelajah seluruh hutan belantara, setiap inci bukit berdekatan saya jejaki, sampaikan dimana lokasi pokok gaharu big size dapat diingati. Sambil memburu, mata sentiasa dok intai spesis gaharu, Keringinan ingin tahu bagaimana spesis ini tumbuh, keadaan tanah serta bagaimana proses pokok ini menghasilkan gubal. Bagaimanakah rupa pokok candan dan adakah pokok gaharu cendana sama seperti pokok Depu atau karas, Dengar khabar gubal candan termahal, sukar didapati, tiada seperti gubal depu atau karas dan cendana.

Kita tak payah membuat perbandingan gubal gaharu dari Negeara kita, adakah lebih berkualiti di antara gubal gaharu yang terdapat di Negara Asia lain ?. Bagi pendapat saya, walaupun tiada yang menyokong pendapat ini, gubal-gubal gaharu yang didapati di Negara kita lebih berkualiti dari Negara Asia lain. Mengapa saya berperdapat sedemikian..? Sekiranya gubal gaharu di Negara kita tiada berkualiti, Mengapa Hunter-henter gaharu dari luar Negara rela memasuki secara haram mencuri gubal-gubal semulajadi yang terdapat di hutan simpan kekal kita dan menyeludup  keluar secara haram gubal-gubal gaharu melepasi sempadan.
Para-para pemborong dari Asia barat, lebih gemar membelanjakan duit mereka, memborong gubal-gubal gaharu dari spesis yang terdapat dan tumbuh di bumi kita. “ gaharu di Malaysia berkualiti tinggi “ ini lah kata mereka. Bergitu juga dengan minyak-minyak gaharu yang diproses di Malaysia, merupakan ranking permintaan tertinggi dari Negara-negara Asia barat, Cuma satu halangan yang tiada dapat atasi, bekalan gaharu di Malaysia tiada dapat menampung jumlah permintaan di pasaran.

Dalam perjelajahan saya di belantara, 3 kumpulan hunter gaharu di temui, satunya group orang asli dari kaum suku batek , satu lagi hunter gaharu group penceroboh dari Negara jiran dan satunya group status kerwargaan tetap, yang dahulu beri tumpang, kaum Kemboja. Group orang asli singgah dan tumpang berteduh di khemah kami, ketika hujan lebat, disinilah permulaan saya mengenal, bau, bentuk dan mendapat tunjuk ajar serba sedikit, apa yang di katakan candan, 
Group hunter pemceroboh ini, kami temui di hutan simpan kekal.  Pada mula nya melarikan diri bila terserempak, bila di panggil, semua keluar. Rupa-rupa sedang mengusungi mayat rakannya, maut akibat tertimpa batang gaharu yang ditebang.dan satu group Kemboja pula, samalah seperti group lain, semua belantara di jelajahi, cuma ideal bijak group kemboja ini, mereka mencari gubal-gubal gaharu, kepala kayu serta kayu-kayu gaharu pelbagai spesis untuk diproses minyak untuk kilang mereka sendiri.

Hehehehe .. Bodohnya kita, harta kita di kaut oleh pendatang , pendatang boleh bermaharaja lela di hutan simpan hak milik pribumi, untuk kekayaan mereka sendiri, cukai tak dibayar satu sen pun. Orang asli, dah menjadi kerjaya mereka, mereka bebas mencari gubal. Tetapi yang sedihnya, mereka dipergunakan oleh para-para pembeli, dibayar dengar harga paling murah dan adakalanya gubal-gubal gaharu hanya di tukar dengan kerperluan dapur serta barangan lain.
\Yang paling tahu nilai sebenar gubal gaharu, orang peranan orang tengah, dia bertindak sebagai pemborong, pembekal makanan dan  majikan. Mereka ini dah kaya raya hasil dari memborong gaharu daripada orang-orang asli, hunter-hunter tempatan dan hasil daripada anak anak buah sendiri. Semuanya adalah hunter-hunter candan, nama sainstifiknya Aqulairia hirta dan ada juga yang mengelarnya Royal Agarwood.

Saya pernah menemubual pengusaha kilang prosesan minyak bangsa Kemboja, dia juga bergiat aktif sebagai hunter gaharu. Selain kayu-kayu minyak di beli, ia juga mencuri kayu-kayu di hutan simpan. “ Modal untuk bangunkan kilang ini, hasil selama saya mencari candan di hutan simpan.” Pengakuan yang terang-terang, tiada merasa takut dan rasa bersalah dengan perbuatan mencuri khazanah Negara. Jika kilang mampu dibangunkan hanya dari hasil mencuri,  cuba fikirkan, untuk menbangunkan kilang prosesan minyak, kos yang harus dikeluarkan setidak-tidak RM50,000.00 mesti berada didalam tangan, bukan jumlah yang kecil dia perolehi setiap kali menjual gaharu.
Salah satu group hunter gaharu hebat juga, dikalangan suku-suku kaum orang asli Termiang yang tinggal di Kg. Aril, Gua Musang. Mereka ini sering menjelajahi dari Aril  melalui banjaran Tahan  hingga ke Ulu Tembeling demi gaharu, secara berkumpulan. Untuk mendapat maklumat, ilmu serta berbual dengan kaum ini agak sukar, kecuali kita, tiap kali mengziarahi mereka, buah tangan wajip di bawa.

Saya pernah membantu pasarkan gaharu spesis candan yang mereka perolehi , dijual secara direct kepada pemborong dari luar Negara. Sampai ke hari ini, saya bebas memasuki perkampungan mereka, apa yang saya mahu, mereka pasti sediakan, janji tiap kali ziarah, tembakau, beras dan ikan masin, sudah tentu dibawa sebagai buah tangan khas buat Tok Batin nya. Saya cuma mahukan pengelaman merteka, yang turun menurun sebagai Hunter Royal Agarwood tujuannya memantapkan lagi, ilmu bidang yang saya telah ceburi ini.
Kaum orang asli tiada sama, jika dibandingkan antara hunter-hunter gaharu lain, hasil jualan gaharu di agih sekampung. Bila temui jumlah yang besar, cuma sedikit sahaja di bawa pulang, setelah berjaya di jual, mereka habiskan dahulu wang jualan dan kamudian masuk hutan, mengangkut gaharu sedikit demi sedikit, ini lah puncanya mereka tiada kaya raya. Mereka bukan bersifat tamak , bukan  seperti Hunter-hunter tempatan, Hunter penceroboh dan Si Kemboja.. kalau boleh dengan bukit-bukit akan di bawa pulang.. hehehehe. TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan