Khamis, 5 Julai 2012

Inoculations Two in One


Kalau tak mencuba, tak tahu bagaimana hasilnya.. Maka, terlintas di fikiran, mahu mencuba , pelbagai-bagai teknik, menambah dan mengubah teknik inokulan,tapi bagaimana mencipta teknik terbaru yang dapat menghasilkan gubal lebih berkuantiti, berkualiti ,cepat menghasilkan gubal dan mejimatkan kos.  Hehehehe .. Pokok di lokasi mana menjadi sasaran agaknya, untuk dijadikan bahan kajian, adakah pokok bersize kecil  atau pokok berdouble size atau kedua-duanya sekali.
2/7/2012
Esok hari permulaan melakukan teknik upgrade inokulan, teknik lama, cuma ada sedikit perbaharuan, boleh dikatakan bukan teknik baru, tetapi gabungan 2 teknik yang sering digunapakai oleh sebilangan penginokulasian, hehehehe .. ( buang masa serta buat pening kepala nak memikirkannya )  ini yang sebetulnya,  nak di huraikan .. pengabungan 2  teknik dilakukan pada satu batang pokok., penghasilan tetap berjaya, cuma kuantiti belum dipastikan , masih didalam percubaan awal.

Pada awalnya niat nak mengali hujung akar, sumbatkan akar kedalam bekas berisikan vaksin, tapi , terfikir pula, lama kelamaan tumbang pula pokok, dah sekeliling pangkal di gali, satu kerja giler.. hehehehe .. teknik ini  di batalkan.  Planning teknik kedua, cara menyapu vaksin seluruh batang dari pangkal hingga ke dahan, aduhai.. kena upacara panjat memanjat juga, tak ubah mengecat bangunan. terpaksa dibatal juga, kasiihan pada staff-staff kena menyapu vaksin sekeliling batang dari pangkal hingga ke dahan, satu pekerjaan agak sukar.
Ilham bergini timbul, setelah staff-staff mengeluh setiap kali menjalankan inokulasi pokok bersize Big XXL dan pokok yang terlalu tinggi. Semakin hari semakin banyak pokok bersize ini di perolehi dan sudah pasti sekiranya kami kekalkan teknik tebukan banyak lubang, satu pekerjaan amat memenatkan dan banyak masa terbuang untuk  inokulasi 1 pokok bersize bergini. Kaji mengkaji, menilai dan mengira factor-faktor gabungan semua teknik inokulasi lebih terbaik daripada 1 teknik yang telah di amalkan selama ini. Sorry lah .. bos-bos gaharu semua.. kami ciplak teknik-teknik inokulasi sikit, tapi hasilnya kita sama berkongsi, Insyaallah. 
4/7/2012
2  hari bermula teknik gabungan inokulan, sebagai asas kajian pertama, pernilaian di segi masa inokulan, memang cepat , kos pembelanjaan upah staff tetap sama, cuma bilangan staff dapat di kurangkan.  Kami sediakan Vaksin 3 liter untuk pokok berukuran 150sm  dengan kertinggian 30 kaki dari pangkal, yang tak dapat di ubah, kerja  panjat memanjat seperti biasa, cuma masa dapat dikurangkan, dari berada lama di atas pokok.

Dari kiraan logic fikiran saya, teknik-teknik  ini dapat dijalankan tanpa mengira keadaan musin, hujan atau panas. Saya focus teknik-teknik ini untuk dijalankan pada pokok-pokok Big size, yang mempunyai  dahan-dahan besar serta mempunyai kertinggian lebih daripada 20 kaki dari pangkal. Tetapi Peringkat kajian pertama atau permulaan ini , saya jalankan pada 10 pokok pelbagai size dari 80sm hingga 150 sm., pokok yang diinokulan secara usahasama dengan pemilik dan hasil jalinan resin dapat dchekking tempoh 3 minggu dari tempuh inokulan.
Setelah menjalankan inokulan  percubaan selama 2 hari , keputusan jumlah liter vaksin telah di gunakan pada kajian ini sejumlah kerseluruhan 13 liter. Manakala pokok berukuran 150 sm , vaksin di khaskan 3 liter . Jika di kira pada teknik lama yang telah di amalkan selama ini, pokok berukuran 100sm, vaksin disediakan cuma 3 liter. Ada perubahan di segi kergunaan vaksin, yang dapat dikesan  tiada perbaziran vaksin  yang tuang  meleleh di batang pokok dan perjimatan vaksin 500ml.

Sebagai percubaan awal teknik 2 dalam 1 ini, semua akan di rekodkan untuk perbandingan kergunaan vaksin, walaupun dengan cara melihat pokok , saya sudah boleh membuat andaian berapa liter vaksin di perlukan pada pokok bersize bergini. Walaupun hanya dengan perjimatan 500ml, satu perkembangan terbaru, sekurang-kurangnya , dapat  jimat sepuluh sen dua, vaksin 500ml ini sudah boleh di gunakan pada pokok lain berukuran 50sm.
“ kita amalkan teknik bergini bos.. jimat vaksin dan masa.” Komen staff saya. Saya tiada pernah memanjat pokok big size, jika mahu lepaskan gian, saya hanya injections di bahagian pangkal, adakala nya 8 kaki dari pangkal, yang selebihnya , staff saya yang pakar tentang panjat memanjat pokok-pokok big size.. pokok-pokok size S , kadang-kadang saya inokulan sendiri, panjat pokok dengan kertinggian paling tinggi 14 kaki dari pangkal , tu pun bergocang pokok, kerana mengigil...hehehehe .. kadang-kadang memanjat gunakan tangga.

Sekiranya teknik 2 dalam 1 ini amat berkesan, saya akan tambah satu teknik lagi, setelah tempuh inokulan 3 bulan, tujuan penambahan allergic dan stress melalui kulit. Dari segi logic nya kesuluruhan pokok mengalami stress berpanjangan yang serata .  Saya mahukan 2 perhasilan , iaitu gubal dan kayu khaskan untuk proses minyak dalam tempuh masa yang singkat dan betul berkualiti dan tiada rasa sakit jiwa , menanti selama 2 tahun untuk mendapat kembali wang pelaburan telah di khas untuk inokulan.
Bila kajian berjaya, satu perubahan terbaru bidang inokulan di Malaysia, pelaburan dibidang ini pasti akan bertambah. Seperti pernah saya jelaskan, GOLD-FOREST R&D Gaharu bukan kedekut ilmu, kami tetap akan salurkan pada semua pihak, utamanya para-para peminat, pelabur serta  pihak yang sering berurusan dengan pihak kami, tetapi mesti ada sifat jangan kerpentingan diri sendiri, jika sifat ini ada, kami pun sayangkan ilmu dan pengelaman kami, ilmu dan pengelaman kami, di perolehi bukan jalan yang mudah, berbelasan tahun untuk memperolehi semua ini.
Bukan sifat kami menunjukan keegoan kami, sebagai perniagaan bebas serta setiap bulan melakukan inokulan, boleh dikatakan terlalu aktif di bidang inokulan, terlalu banyak pengelaman-pengelaman ditemui setiap kali semasa menjalankan inokulan. Di atas kersedaran ini lah, bila pengelaman tiada di kongsi, ianya boleh di anggap ilmu yang mati, tiada apa menanfaat akan diperolehi. Sekiranya kami pendam segala ilmu, urusniaga kami tiada kemana, tiada halatuju, tiada arah. Inokulan hanya untuk sendiri ..?  Nak cekup duit dari mana, rawat beratusan pokok .. hehehe .. yang pastinya,  periuk tak dapat di isi beras dan dapur sudah tentu tiada berasap. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan