Khamis, 6 Ogos 2015

Malas Usahakan.!!! Lagi parah.



Assalamualaikum, Selamat sejahtera, Apa khabar semua pengikut-pengikut serta peminat gaharu semua.?. Gold-Forest R&D Gaharu mula kembali dengan catatan-catatan terkini, Insyaallah, di sebabkan masa tidak mengizinkan, sekian lama saya tidak update catatan-catatan sepertimana yang kebiasaan setiap bulan di terbikan. Bukan tiada ideal, tiada kajian serta beku aktiviti harian sampai catatan blog tiada di terbikan, saya terlalu sibuk mempersiapkan pembersihan ladang, pembajaan dan pembersihan tapak ladang tambahan sebulan dua lagi, setelah pembersihan di siapkan 100%.


Ideal tetap datang, cuma lari tajuk, bukan catatan tentang gaharu, kau gelak pulak, bila aku terbik di blog gaharu itu, catatan mengenai bengkel tyre, tanam anggor, tanam papaya, ternak arnab atau up tentang isu politik semasa, menteri yang baru dilantik pun, aku tak kenal sahkan ingat nama-nama mereka.. kikikiki. Tentu dah lari jauh dari tajuk blog aku nie.. Baik berdiam diri seketika, bertapa tenangkan fikiran, lapangkan dada, intai-intai pokok gaharu liar, mengkaji factor, kaji ramuan bahan-bahan vaksin, kalau-kalau terjumpa bahan-bahan baru yang lebih menambah power vaksin ciptaan aku nie. Pokok gaharu sudah tak mahu dikaji, cukuplah dah belasan tahun dok peluk, dok belai, dok tenung dari hari ke hari hingga bertahun, sampai bermimpi-minpi peluk pokok gaharu.. kikikiki.

Kalau tak di usahakan, dok peluk tubuh , tentu hasilnya kosong.. kan.?, Pasti tiada hasil yang dapat, mulut mahu disuap, dapur mesti berasap, kenderaan minta di isi minyak. Kerana kita bukan dari orang berada, kena lah teruskan berusaha, sekiranya telah dikenali, nama dah tersohor, usaha wajip di gandakan dan kita berpuashati sekiranya, kita gagal ketika kita giat berusaha, kita tiada akan kerugian, kerana kita telah perolehi ilmu yang ternilai dari usaha-usaha kita lakukan. Terlalu panjang lebar saya membebel..kikikiki.. mungkin  terlalu lama tak terbikan catatan blog, terasa seperti baru berblogger.

Kita kena buang sikap ego , cukup apa yang ada, memandai apa yang telah kita miliki, bila sikap ini kita buang jauh-jauh dari diri kita, bermulalah sikap tidak berpuashati, walaupun kita telah capai kejayaan, ianya tiada bererti  selagi tada penemuan baru tanpa kita tiada mengkaji, ertikata kejayaan yang kita miliki itu hanya lah puaskan hati kita sendiri, untuk puaskan hati orang lain , ini lah masalahnya. Bila dah bergelar peniaga, semua factor kena kira untuk membeli hati pelangan dan pelangan berpuashati berurusan dengan kita.


Dalam bidang kegaharuan, kepuasahati pelangan bukan dari layanan, ianya dari penghasilan penginokulasian adalah tunggak segala urusan, sehebat mana seseorang pengiat melabelkan diri tersohor, sekiranya tiada mampu membuktikan penghasilan gaharu yang terhasil dari inokulasi sendiri, ianya tiada bermakna apa-apa, boleh di anggap bual-bual kosong. Kalau kita sendiri tidak berani berusaha, tidak sanggup menempuh cabaran, baik kita lupakan kerja penginokulasian, sebab di fikiran para-para pengusaha sendiri, berjudi nasib, akan berjaya atau tidak sentiasa bermain di fikiran mereka, keyakinan mereka akan lebur sekiranya berurusan dengan pengiat yang tahu cakap, tapi bukti tiada.

Sebab itulah usaha mesti digandakan, bukan senang mahu penghasilan gaharu terbaik dan berkualiti, tersilap bahan ramuan vaksin, pokok pula mati, silap bacuhan overdos, ke lain pula jadinya. Kalau perkara ini senang, para-para pengiat terdahalu dah bergelar jutawan gaharu, pelbagai ikhtiar mereka lakukan, pelbagai bahan di jadikan vaksin, pelbagai teknik inokulasi mereka mencuba, tetapi, kesannya 90% pokok yang mereka katakan ini lah teknik inokulasi terbaik ketika itu, satu persatu dahan gaharu  gugur ke bumi, akhr-akhir batang-batang tumbang menyembah bumi.

Dari minyak pelincir campuran madu di gunakan, pangkal-pangkal pokok gaharu digali, hujung akar di masukan botol berisi vaksin mereka katakan tadi, bergitu juga pada batang, tak cukup dengan itu, paku memaku pula mereka kerjakan, kata mereka tujuannya pokok gaharu akan sakit, maka resin-resin gaharu akan berkumpul bila terluka. Kita tabik, dengan apa mereka usahakan walaupun cuma mengikut teori dari akal mereka, ini pun satu usaha, walaupun bagi saya, perbuatan yang mereka lakukan sukar di terima oleh akal saya yang serba kekurangan .

Saya tiada segan silu dampingi mantan-mantan pengiat-pengiat ini, tujuan mencari ilmu, cari pengelaman serta berniat ingin belajar serba sedikit tentang gaharu. Allhamdulillah, mereka bergitu senang menerima kehadiran saya, tak kira dimana mereka imokulasi, saya sertai. Setelah berbulan-bulan menyertai mereka, tiba lah masa mereka lakukan test pokok-pokok yang mereka inokulasi yang mereka gunakan minyak pelincir campur madu yang mereka gelarkan vaksin. Sampai di lokasi pokok gaharu, dari jauh kelihatan pokok yang mereka rawat, bagaikan hidup segan mati tak mahu. dahan-dahan berselerakan di sekeliling pangkal,  akar di gali lagi dan di kerat, lalu di bakar, kikikikiki .. bukannya bau harum manis berkayu, tetapi berbau minyak pelincir, semua nya bertepuk dahi berwajah beribu duka.

Timba ilmu kegaharuan tiada penghujung bagi saya, mula mengkaji spesis-spesis, resin, tempernie, carbon (c15-c15) furgus, bekteria serta bahan ramuan tanpa berkimia yang mampu membuat pokok gaharu stress serta allergic dan spesis furgus mana yang mampu membantu penghasilan gaharu yang berkauliti, saya bernasib baik ada pakar dari luar Negara yang sudi memberi tunjuk ajar walaupun secara teori, walaupun dapat tunjuk ajar, berkali-kali percubaan menemui kegagalan, walaupun di cop gagal, sebenarnya saya telah berjaya melakukan percubaan serta mempunyai pengelaman, punca kegagalan disebabkan vaksin overdos, tetapi pokok tetap subur menunjukan satu kejayaan.

Kajian diterus tanpa ada rasa jemu, jelajah lagi, temui sifu-sifu gaharu tersohor yang telah bergelar jutawan di luar Negara. Biarlah di cop bodoh, asalkan ada tempat untuk pembincangan walaupun topic bercampur-campur tetapi tetap topic gaharu teknologi. Dua topic saya titik berat iaitu furgus serta dos vaksin, tiada manusia akan mencurah ilmu tunggak bisnes nya pada bakal saingannya secara direct, walaupun contoh-contoh kiasan yang di beri sudah mengcukupi kerana kita telah mempunyai asas proses vaksin.

Faktor daripada pokok juga memainkan peranan besar bagi penghasilan gaharu, kedua-dua ini saling perlu memerlukan atau berkerjasama, furgus akan menyerang seluruh carbon dan tisu pokok, pokok terus allergic maka pokok akan menjadi stress dan resin pula bertindak membalut serangan furgus maka terhasillah damar (resin,gaharu) semakin mengeras hari ke hari, dari warna coklat bertukar kehitaman memakan masa bertahun-tahun mengikut tempoh matang yang di perlukan untuk proses tuaian.

Walaupun pelbagai teknik di lakukan, memaku, menyapu, menebuk, menakel, menbuang kulit, menyumbat, drill, bamboo stick, dan pelbagai lagi, semuanya teknik-teknik ini tujuannya hanya satu, penghasilan gaharu yang di harapkan. Dari dahulu hingga sekarang, pengiat hanya mengharapkan mahukan gaharu serta kayu-kayu ini boleh di proses minyak pati gaharu. Dan sekarang teknik inokulasi telah menjalani perubahan yang ketara, tetapi, para-para pengiat tetap mengamalkan mengikut teori tersendiri.

Walaupun apa-apa atau pelbagai teknik inokulasi yang mereka lakukan itu adalah salah satu usaha yang menyakinkan, bukan perbuatan suka-suka. Berjaya atau tidak bukan jawaban yang mematikan semangat juang usaha mereka, sekurang-kurang kita boleh jadikan satu contoh, dengan keberanian percubaan mereka, tanpa ada keluhan, rasa jemu. Semangat kegilaan yang paling hebat di miliki oleh para-para pengiat gaharu, tiada pernah ada di hati mereka perasan mengaku kalah.. wa caya lu .. TQ.

2 ulasan:

  1. Saya pun tertunggu-tunggu membaca catatan Tuan. Ilmu itu luas, semakin di cari semakin rasa banyak yang tidak tahu.

    Terima kasih atas perkongsian ini :)

    BalasPadam