Khamis, 20 Ogos 2015

GAHARU .. Puaskan hati sendiri..?



Yang sebetulnya, saya paling gemar kongsi pengelaman silam, kongsi maklumat, kajian mengkaji tentang gaharu, kadang-kadang tenung lama-lama pokok gaharu dan berbincang tentang gaharu dengan sesiapa sahaja yang sudi berkunjung melawati saya. Ego’an bukan sifat semulajadi saya, tak kenal boleh berkata apa saja anggapan, bila dah kenal anda tentu pasti dapat menilai kemesraan saya, selalu alu-alukan para-para pengusaha, para-para pengiat serta bakal-bakal pengusaha, Sayangnya saya cuma mempunyai pengelaman yang cetek tentang gaharu semulajadi, bila ada soalan di ajukan tentang gaharu semulajadi, saya tiada mampu memberi maklumat tepat.




Ilmu kegaharuan saya perolehi, dari pembacaan, maklumat nota-nota daripada internet, laman-laman website dan e-mail sahabat handai pengiat tegal gaharu dari[ada luar Negara serta sebilangan kecil daripada mantan-mantan pengiat gaharu veteran. Maklumat yang di terima, bukan semuanya boleh di terimapakai, ada yang tak masuk akal, teori mengikut andaian, bila terfikir logic atau tidak, tetapi, tiada kisah lah, janji kita temui sesuatu yang baru, nak pastikan betul atau tidak toeri yang di sampaikan, kita harus menguji secara detail walaupun keputusannya memakan masa berbulan-bulan.



Sekiranya ada pengiat gaharu tegal, mengaku mengenali bergitu dekat diri saya, awal-awal anda boleh copkan dia adalah pembohong, pernah saya catatankan, saya adalah pengiat, pengusaha serta penginokulasian mempunyai group sendiri, tiada pernah bergabung harap pada mana-mana pengiat. Seawal-awal lagi saya lebih gemar bergiat secara solo didalam bidang kajia-kajian spesis, formula vaksin , pembekalan benih gaharu, perundingan serta kontrak peladangan gaharu, semua kerja ini akan di selesai oleh staf-staf saya, yang dididik  khas sebagai penginokulasian dan pengurusan peladangan.



Bergerak secara solo, kita tidak meluangkan masa untuk menanti, kita boleh had masa di sesuatu tempat, kerana saya bukan jenis suka mananti, tiada canggahan pendapat, kita bebas menentukan teori dan pritikal bagaimana harus di lakukan dan yang pasti ianya menjimatkan kos. Ini adalah pelaburan jangka sederhana, mesti teliti soal wang keluar, silap-silap aliran wang keluar terlebih .. kikikiki.. tak berasap dapur. Maklum lah pengiat gaharu nie, gaya jer lebih, duit dok labur kan pokok, labur kat ladang gaharu, bayar upah pekerja dan pelbagai-bagai benda yang melibatkan pengurusan ladang, kita bukan pengiat jutawan, tiada juta wang pun, sekadar kais harian, manalah termampu nak bermewah-mewah. Kikikikiki.  



Bagi saya, sesuatu perkara yang dilakukan, mesti puaskan hati sendiri dahulu sebelum puaskan hati orang lain, bagaimana anda..? Bila betul2 hati kita puas, bergitu juga lah akan berpuashati bila seseorang berurusan dengan kita, tiada masalah besar akan timbul. Yang timbulkan masalah besar diri kita sendiri, sifat kurang sabar ,kurang kenyakinan , tiada mampu menilai kemampuan orang lain dan semua benda kita lakukan mahu pulangan cepat, seboleh-bolehnya, kerja hari ini petang nanti dapat upah, ianya terlalu sukar untuk memuaskan hati orang lain.. kikikiki.. betul ke..?



Seboleh-bolehnya seperti kita telah lakukan inokulasi pada pokok gaharu, pokok tanpa menunjukan stress, allergic nya tiada di tunjukan, tetapi tetap membentuk gaharu, umpama ubi diam berisi, resin terkumpul menghitam tanpa kelihatan. Kesimpulanya menandakan kesabaran, tekun dan tanpa keluhan, berginilah sifat para-para pengiat gaharu, bukan mudah rebah, tiada kena erti lelah, kegagalan adalah ilmu di jadikan contoh untuk bangkit semula. Anda jangan andaikan, kegagalan itu punca utama kita akan gagal seterusnya, bagi kami pula, satu kegagalan itu adalah satu ilmu yang amat berguna, yang boleh jadikan satu aktibar, untuk mengkaji di mana kah kesilapan yang telah berlaku.




Jika ada dikalangan para-para pengiat mengatakan dia terhebat, kikikiki.. tanyalah dia di tempat mana kehebatannya, pada inokulasinya, pada vaksin import , berapa inci ketebalan gaharu terhasil kerana vaksin importnya dan gred double super ke yang terhasil..? Sehebat-hebat, terbaik dan mampu menghasilkan 80% gaharu melalui penyerapan vaksin importnya, ianya belum tentu mampu di pasarkan pada harga yang tinggi, sebelum di uji dimakmal untuk pastikan bahan Vaksin import itu tidak mengandungi bahan kimia atau betul-betul bahan-bahan dari sumber alam semulajadi yang penyerapannya dijadikan sokongan pembentukan gaharu, jika nya mengandungi bahan-bahan berkimia, kikikiki.. kau simpan jer lah gaharu tu sampai hancur.



Bila ada pertanyaan dari pengusaha.. “ dah berpuas hati ke, cipta vaksin, yang mampu menghasilkan gaharu..?”. Jawaban saya.. “ tidak, tidak berpuashati sampai bila-bila, sehingga saya temui bahan ramuan vaksin yang mampu menghasilkan gaharu, tempoh matangnya 6 bulan,mungkin mustahil kan..?  tetapi, saya tetap bersyukur dengan apa yang ALLAH anugerahkan setakat ini, dan akan terus berusaha mengkaji selagi saya terdaya., bukan sifat semulajadi saya memandai dengan apa yang ada, sebab itu lah saya lebih gemar mengkaji secara sendirian, itu adalah sifat kegilaan yang sukar untuk saya buang”.





Jangan jadikan angan-angan, tanam 10 pokok dah berfikir , bila besar nanti jual ratusan ribu, hati anda belum dipuaskan lagi, 1 tahun anda setia menjagai pokok gaharu yang anda tanam, masuk tahun kedua, tak dipedulikan, jenggok pun tidak, masakan nak bajakan. Bila terdengar ura-ura kawan yang tanam tarikh sama dengan anda dah inokulasi pokoknya, anda barulah ingatkan pokok gaharu yang anda tanam.. kikikiki., baru sebesar lengan walaupun usia dah 4 tahun, puas ke hati anda..? sekiranya mahukan hati kita puas, sentiasa menjagai apa-apa yang kita usahakan, bila orang dah menuai hasil, yang kita punya, nak inokulasi pun tak mengcukupi size.


Jika anggapan ini adalah satu pelaburan, anda tiada sia-siakan pelaburan anda, anda sentiasa memanbah ilmu di bidang ini, anda akan menjagai, pembersihan, pembajaan serta anda tidak boleh berdiam diri mesti rasa kesah gelisah sekira I minggu anda tiada melawati pelaburan anda, itu lah caranya bagaimana mahu puaskan hati sendiri. Sekiranya 10 pokok tak terjaga, lupakan lah hasrat atau impian mat jenin anda, mahu tanam gaharu pepuluhan ekar, anda tiada akan berjaya, terbaik, anda habiskan duit ke tempat lain daripada anda habiskan duit, untuk pembersihan tapak ladang dan adakah anda mempunyai dana besar untuk menampung kos inokulasi serta membeli vaksin untuk pokok-pokok puluhan ekar..?


Bila anda berurusan mana-mama pengiat penginokulasian, mereka tiada mempunyai ertikata belas kasihan, sorry bos-bos. Anda wajip sedar, yang kami bukan badan kebajikan, bukan badan kerajaan dan bukan dilantik khas untuk membantu mana-mana para pengusaha. Ini adalah bisnes, anda tentu tahu, bisnes bersifat kejam, no money, no layan, hutang-hutang tak main, kan, kami pun ada sifat nak puaskan hati sendiri juga..kikikiki. Perkara bergini bukan kadang-kadang jer terjumpa, tiap-tiap kali bila dikunjungi, perkara bergini lah selalunya menjadi tajuk pebualan utama, duit tiada nak upah penginokulasi untuk pokok-pokok gaharu liar serta yang ditanam dah besar sepemeluk, nak bincang tang mana lagi, kalau duit dah tak ada, balik jer lah., sekurangnya kau berpuashati dapat jawaban tepat, mengapa pengusaha lain juga, tak inokulasi pokok-pokok mereka.



Kita bukannya tiada mempunyai rasa belas kasihan, ada niat nak membantu, tetapi, apa kan daya, semua bahan-bahan ramuan vaksin, terpaksa kena beli, terpaksa keluar duit minyak, kehulu kehilir mencari bahan-bahan, terpaksa menanggung kos proses, memakan masa amat panjang tempoh matang vaksin, boleh di katakan dari A ke Z duit mengalir dan kita sendiri harus dibayar gaji walaupun kerja sendiri. Kos-kos kajian selama belasan tahun..bagamana., itu kan pelaburan juga..? kerana kertidak berpuasan hati, sentiasa terkena oleh pengedar-pengedar vaksin import, terpaksa berusaha, mengkaji secara teliti dari kesilapan lampau, untuk puaskan hati sendiri.



Bagaimana kami mahu puaskan hati anda..? Menipu dengan reka cerita yang bukan-bukan, dengan upload gambar-gambar  bukan dari kajian bukan hasil kajian, tetapi mengaku milik sendiri  dan terang-terang  mengaku setiap kejayaan dari hasil ciptaan sendiri.. adakah kepuasan hati dengan cara bergitu..? Dunia ini kecil, jangan ingat kita seorang jer sampai ke lokasi pemdalaman, ke luar Negara, sekarang nie, maklumat, berita, khabaran hanya di hujung jari. Terbaik kita berterus terang, tiada mana silapnya jika kita nyatakan bukti hasil kajian sendiri, hati kita pun puas, tiada sesiapa meragui apa yang telah kita suara serta bukti adalah betul-betul hasil dari kajian kita selama ini, siapakah yang akan rugi..  Puas ke hati bergini..? TQ.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan