Rabu, 26 Ogos 2015

GAHARU .. FUNGUS Ke..?



Ini cacatan ke 134 yang termampu saya terbikan, kikikiki .. ada yang bergurau agaknya , mengatakan, saya banyak ideal serta hebat.. ye ke..? ( iskkk.. besar sangat pujian tu, tak layak ) Catatan di terbikan ada kalanya  Ideal spontan, ada kala dari rujukan dari nota-nota lama saya,  dari e-mail para-para pengiat tersohor dari luar Negara, luahan daripada pengelaman mantan-mantan pengiat, topic-topik  perbualan bersama mantan-mantan pengiat tersohor dan ada kala dari soalan-soalan yang sering di ajukan kepada saya oleh para-para peminat, pengusaha, oleh sahabat handai dan serba sedikit dari pengelaman sewaktu memulakan kajian serta cacatan nota  ketika  program perjelajahan penginokulasian Road To ROYAL AGARWOOD..

Terbik catatan blog, lebih senang cerita kejayaan hasil kerjaya kita, kebanyakannya gemar sembunyikan hal yang tak berjaya, betul kan..?, mustahil usaha sesuatu tiada pernah tidak berjaya, buat ini berjaya, menunjuk-nunjuk kita ini pengiat yang hebat, terbaikk punya, buat benda yang sukar pun berjaya. Tetapi..yang kerap di alami, tiada satu sen dalam poket, menandakan berjaya ke..? kikikikii, kau tak payah cong lah, kalau tiada kegagalan, tiada pengelaman pahit di lalui kejayaan adalah sukar untuk dikecapi, kalau kekayaan telah tersedia dari harta pusaka mak bapak, itu bukan boleh dijadikan contoh sebagai seseorang yang telah berjaya.

Kita bukannya orang bijak pandai, bukan golongan jutawan, cuma ada semangat berusaha 4 kerat, tanpa ada rasa memandai apa yang ada dan ingin merubah disegi ekonomi sendiri, walaupun ilmu hanya sejengkal, rasa-rasa, masih berkemampuan lakukan. Jika kita sering berfikir diri kita memang tiada kemampuan, sampai ke bila pun kita tiada termampu, jadikan azam kita kuat, bersemangat tinggi, tetap kukuh, lakukan sedikit demi sedikit, biarlah dikatakan orang bilakah usaha kita akan selesai, anggaplah cemuhan adalah pemberi semangat untuk kita teruskan usaha kita.

Ketika saya terbikan catatan pertama di blog ini, tagged pertama saya, seboleh-bolehnya saya dedahkan perkara yang betul, membaiki kesilapan fahaman tentang gaharu teknologi, bagaimana gaharu terbentuk, memperkenalkan spesis-spesis gaharu, teknik pengurusan ladang dari hasil penginokulasian, peranan, berkesanan vaksin, stress dan huraian mengapa pokok allegic, bagaimana fungsi furgus mampu menghasilkan gaharu. Setiap catatan diterbikan tiada menyimpang tajuk ke perkara lain, hanya catatan bertemakan gaharu, sedikit sebanyak sengaja, saya campur aduk senda gurau, tujuan supaya anda akan hilangkan stress, sambil membaca blog gaharu saya, anda tetap ceria.

Terdapat banyak nama-nama untuk resin Heartwood yang wangi di hasilkan terutama oleh pokok-pokok dalam Genus Aquilaria ini. Nama-nama biasa dikenali termasuk gaharu, Aloeswood, Eaglewood, Gaharu atau Qudh, dan ia juga disebut di dalam kitab lama “BUAYA” atau “Ahaloth”. Kayu ini berharga dan wangi, telah digunakan dalam pelbagai cara selama lebih dua ribu tahun, terutama sebagai KEMENYAM dalam upacara keagamaan Buddha, Hindu dan upacara tradisonal Islam dan sebagai komponen penting Ayureda tradisional Tibet dan sebagai minyak wangi di Timur Tengah.

Saya sentuh sedikit topic ini untuk pecerahan, Genus Aquilaria daripada  Thymelaeaceae   (Famili Daphne) terdiri daripada pokok-pokok biasanya berkembang pesat ditanah rendah ditemui di hutan tropika, tumbuh secara semulajadi di Asia selatan dan asia Tenggara, dari kaki bukit Himalaya (Bhutan) dan utara India, melalui Myanmar, IndoChina ( Laos, Kembaja, Vietnam), Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia ke Papua New Guinea. Sesetengah spesis boleh ditemui tumbuh di curam berbatu, cerum yang terdedah, dan di kawasan-kawasan yang mengalami musim panas kering. Genera lain dalam family Thymelaeaceae ini ditemui menghasilkan gaharu termasuk Gonystylus, Aeloxylon, Enkieia, Wikstrcernia dan Phaileria. Walau bagaimana pun, fakta mengatakan tiada jelas yang spesis ini menghasilkan gaharu dalam apa-apa kuantiti.

Resin gaharu yang di hasilkan oleh spesis ini, telah lama diketahui, keadah pengeluaran resin harum selalu dikaitkan dengan pelbagai teknik termasuk mencederakan dan serangan fungus yang berkaitan, satu factor sokongan ianya dibantu oleh serangga. Sebagai tindak balas kepada jangkitan fungus, pokok menghasilkan resin, organic meruap membantu dalam membenteras atau membantutkan pertumbuhan furgus, membuat pokok ini menghasilkan gaharu. Walaupun pokok tiada terjejas, pertukaran warna resin secara mrndadak meningkat jisin dan ketumpatan kayu, jelas berubah warna kepada coklat gelap atau hitam. Di hutan  semulajadi hanya kira-kira 7-10% daripada pokok di jangkiti furgus. Kandungan utama dalam minyak gaharu adalah sesquiterpenes.

Walaupun sebahagian besar daripada gaharu berasal dari eksploitasi tumbuhan liar, masyarakat tempatan, dari masa ke masa, telah mecipta beberapa teknik buatan untuk mendorong penghasilan gaharu, Mengikut factor mengatakan kadar kejayaan tidak serata . Sebagai contoh, masyarakat di utara Vietnam, mengunakan teknik memotong didalam  batang atau utama didahan-dahan serta memasukan bahan kimia pada akar-, akar  pokok Aquilaria, bertujuan pokok ini akan mati pelahan-lahan, daripada teori mereka pokok akan menghasilkan gaharu.

Di peringkat awal pembentukan, ia menghablur seperti helaian rambut dan berwarna hitam berbau wangi. Resim hitam  berubah bentuk, kadang-kadang seperti buah pisang putik, dikenali “Lei Shen”. Berdasarkan kajian perintis  lebih 10 tahun telah berjaya, tidak perlu menunggu selama 20 tahun menghasilkan gaharu, ianya memerlukan 3  hingga 5 tahun, dengan melakukan inokulasi kepada pokok untuk penghasilan gaharu.Pada awal kajian, Setelah di cederakan pokok-pokok tiada dapat bertahan, akan mati dan akhirnya seluruh gaharu atau dengan panggilan “Qi Nan”. Di Asia Tenggara , pengusaha menggunakan plat keluli di masukan ke dalam batang pokok, bertujuan, resin membentuk di keliling plat keluli. Walau bagaimanapun, pengumpulan gaharu melalui keadah itu, diperolehi sejumlah sedikit serta berged rendah.

Para-para saintis menggangarkan bahawa 10% pokok-pokok karas di hutan mungkin mengandungi gaharu (Gibson 1977). Bentuk-bentuk resin sebagai tindak balas kepada luka dan jangkitan fungus, ditemui di banyak tempat, menurut beberapa sumber di temui dibahagian dalam kulit dan akar, terhasil secara semula jadi pada pokok berusia 20 tahun atau pokok yang telah tua ( Jalaluddin 1977). Pokok berusia 50 tahun ke atas mempunyai kepekatan tertinggi (Sadgopol 1959) terbaik mampu menghasilkan gaharu beberapa kilogram berat resin atau minyak berged tinggi.

Topik terakhir, kita terokai sepintas lalu Raja Kemenyem dari China, ia bukan sahaja mempunyai nilai koleksi, tetapi bergitu meluas digunakan, untuk pembuatan minyak, ubat-ubatan farmaseutikal beratusan tahun di eksport di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah, berkualiti unik dan mendapat sambutan cemerlang di seluruh dunia. Aquilaria Sinensis  ( Lour) dari China ini mengandungi oleoresin tepu kayu kehitaman, adalah satu-satunya spesis gaharu sumber tumbuhan terhasil di China, tumbuh di bahagian Goangdong dan Hainan. Di kawasan yang mempunyai alam semula jadi unik tanah subur, iklim yang sesuai untuk pokok gaharu tumbuh, Rantau gaharu paling dikenali adalah Hainan dan Dongguan, kualiti gaharu dari kedua tempat ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan terkenal di kalangan peminat gaharu.

Sekian.. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan