Rabu, 16 Mei 2012

BODOH tanam gaharu.. !!!


Satu ungkapan yang agak kasar .. Jika kita mengatakan seseorang itu bodoh ..Bukan sifat yang terbaik.. bukan bergitu niat saya ,  cuma mahu membetulkan siapa yang bodoh . Perkataan ini sering kali di dengari dari sebilangan permerhati , pengkomen , yang suka merperkecilkan sesuatu usaha orang lain, tanpa mahu mengkaji terlebih dahulu.. atau meneliti mencari maklumat sebelum mengeluarkan perkataan Bodoh.


“ Buat apa nak di rawat , nak di tanam .. dah berkurun pokok yang tumbuh di persekitaran kita ini.. biar lah dapat ½ kg teras (Gubal ).. perkerjaan orang bodoh..” Hehehehe .. bergitulah kata kata yang pernah saya terima.. terima kasih… “ aku nak tengok sapa paling cepat, aku ker atau kamu yang pakai BMW 5 series..” tambah nya lagi. Saya Cuma kata berkata .. “ kamu lah yang terdahulu dalam senarai .. pakai BMW 5 series  daripada aku . kerna aku tak termimpi pun nak pakai...” .. Tapi sekarang ini dia terlantar di katil .. stros.. BMW 5 series, entah kemana, Cuma dapat free 5 series juga,  yang di hadiahkan oleh pihak kebajikan, yang ditolak  pagi petang oleh anak2 nya.. wang pelaburan masa depan 1 sen pun tiada.


Saya tak pakai BMW 1  series pun .  . tetapi modal dilaburkan pada tanaman pokok gaharu, inokulan beratusan pokok .. nilainya lebih 4 biji harga BMW 10 series .. ( kalau ada ..) Sedikit demi sedikit .. pelaburan saya bertambah hari demi hari .. Inokulan terus dijalankan tanpa kenal erti jemu, selagi ada pokok yang di tawarkan .. selagi itu lah drill gold-forest R&D Gaharu tetap berbunyi.. tanpa ada tetapan ukuran sais pokok .. dari 35CM keatas .. sampailah ke 400CM atau lebih dari ini.. tak mengira berapa jumlahnya..tetap kami inokulan.


Sekiranya saya ini bodoh .. maka, lebih bodoh lagi lah pengusaha ,Tuan punya  syarikat2 dan badan berkenaan yang menanam ribuan ekar penuh dengan pokok gaharu, bodoh lah juga IPT  yang membuat kajian tentang gaharu, Bodoh jugalah para para pemimpin Negara dan Negeri mengalakan rakyat supaya menanam pokok Gaharu.. hehehehe .. saya  Cuma bodoh sikit  .. sebab tanam sikit  dan inokulan juga sedikit .. yang bodoh banyaknya .. yang menanam ribuan ekar tu.. tapi .. nak bertanya 1 soalan .. Orang yang menjadi kaya raya tu .. dari golongan orang BODOH ker ..?

Itu lah hakikatnya akan di terima .. bila seseorang baru menceburi bidang ini.. tiada akan terlepas dari suara suara sumbang , bagi nasihat daripada mendengar tanpa mahu mengkaji ..  Bagaimana kah, cara mana dan teknik bagaimana .. factor bagaimana yang boleh menghasilkan gaharu , Sepertimana yang di suarakan  tanam gaharu boleh jadi jutawan.  Cara saya senang jer berfikir .. dulu2nya .. tanam padi 1 kali setahun .. bila teknologi pertanian di perkenalkan , tanam padi sekarang ini dah 3 kali setahun .. buah2an pun tak bermusin .. sepanjang tahun ada. Tak ada yang mustahil .. semua dapat di laksanakan bersama teknologi.


“ isk isk .. dirawat . yakin ker Berjaya... boleh berhasil ker ..?”. Berkata sambil bertanya  seorang kawan yang status pendidik.. Bagaimana ayat harus keluarkan untuk menjawab pertanyaan itu. Dari orang berpangkat penolong kanan .. berijazah pulak tu. Spontan saya menjawabnya .. “ saya berusaha mengikut factor factor yang betul dengan mengamalkan teknologi Nano..  yang menentukan segala segala hasil itu .. bukan hak milik saya .. semua dari YANG MAHA PERMURAH .. segala rezeki, segala Kerjadian dari Nya Jua.. YAKIN dengan kertentuan NYA..  Semua makhluk di muka bumi ini adalah hak Nya…. Jika ada masa ikut saya.. kita gi lawat ladang Inokulan.. lihat sendiri Hasil yang Allah jadikan..” kata saya.


Kermungkinan Blog gold-forest R&D Gaharu .. di lawat oleh pelbagai peringkat di kalangan peminat, pengusaha, para inokulan dan bergitu aktif di dalam industry gaharu., Saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas kersudian melawati laman kami yang tak seberapa ini. Blog ini tiada tujuan untuk cabar mencabar sesiapa, Cuma dedahan , maklumat serta ilmu gaharu yang sejengkal ini  dapat di menafaat .kan bersama, yang kami perolehi dari pengelaman setiap hari.. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan