Selasa, 8 Mei 2012

Gaharu ...Cuit dan Cubit


Gian jari jemari mula terasa .. Blog,blog dan taip catatan blog gold-forest R&D Gaharu.. Tiada hal lain, selain Gaharu .. Apa orang nak kata .. peduli apa .. ianya sudah menjadi kerjaya pada kami, pagi petang siang malam .. tiada hal lain yang di bualkan bersama sama staf gold-forest R&D Gaharu .. Injections, vaksin, bambo stick dan bagaimana untuk cipta teknik terbaik inokulan .. seboleh bolehnya .. hari  ini inokulan .. 6 bulan dah boleh di tuai dengan terhasilnya resin bergred AAAAAAA… tu mustahil .. hehehehe.

1hb May .. hari pekerja ..awal pagi semua staff ke Ulu Kelantan.. Taggednya .. Chek pokok yang telah dipersetujui untuk usahasama. Perjalanan berkenderaan hanya sampai di pinggiran sungai, disambung menaiki Bot bagi menyeberangi . Kami di sambut oleh pemandu bot yang juga orang yang di tanggungjawab oleh pemilik, bagi menunjukkan lokasi pokok pokok gaharu liar yang tumbuh.


 Dilokasi nyata tanah dipinggiran sungai kelantan bergitu subur di tumbuhi paku pakis, semak samun, tanaman lain bergitu juga pokok gaharu liar. Kata salah seorang penduduk kampung pasir kelang, kampung ini di diami sebelum banjir besar melanda .. yang di panggil Bah Air Merah. Kampung di diami 2 bangsa .. Melayu dan india lebih kurang 40 keluarga .. kaum India yang di bawah masuk oleh penjajah tanah Melayu. Dahulu nya ramai yang memdiami kampung ini , tetapi pindah kerana takutkan angota kuminis dan ramai yang pindah ke seberangan sungai.

Cuma 500 meter dari tebing sungai .. tepi jalan masuk ke kampung.. pokok gaharu yang tumbuh subur tanpa ada siapa yang usik .. Ada yang tahu nilainya,  ada yang kurang percaya dan ada pula percaya 100% teras (gubal ) nya bergitu mahal… bergitu lah kami, dengar semasa singgah perkena makanan sambil kenal mengenal 4 orang kampung yang sedang minum.


“ Pokok tu besar Encik .. dulu dulu .. dah .. entahlah berapa orang datang menjengoknya ,, katanya nak cucuk masuk ubat (vaksin ) .. sampai hari nie tak nampak batang hidung lagi … hehehehehe .. kot tiada duit lah tu, dengar khabarnya ubat (vaksin) tu mahal harganya..” Si tuan kedai mula mencelah ketika kami dok sembang pasal  gaharu… “ Setakat tengok saja .. kawe pun boleh .. mari mari tengok .. pastu balik.. esok mari lagi.. tengok .. balik.. hehehehehe .. dan tiada duit .. jangan dok cekak nak cucuk lah ..” kata seorang lagi.

“ kami tak leh janji .. bila nak datang inokulan .. tapi tengok keadaan cuaca .. lagipun kami baru jer selesai jalankan inokulan .. awal bulan 1 hingga bulan 4 .. bukan jumlah yang sedikit .. beratusan pokok..” saya memberi penerangan. “ ooohhh … banyaknya .. yang dah tebang, ada ker ..?” tanya mereka. “ bila bila masa boleh ditebang .. tapi .. kami mahu teras (gubal ) yang berkualiti, kalau nak proses minyak tu .. dah tiada masalah..” kata staff saya.

“ sayangnya .. pokok kawe .. baru 3 bulan lepas  di tebang .. isk isk .. kalau tahu, anak nak mari ..boleh lah bagi pokok tu .. nie tinggal tunggul dah.. kes  tebang tu.. pokok tu mati separuh batang .. tepi rumah, bimbanglah angin kuat melanda .. takut tumbang timpa rumah .. kalau ada masa .. kita pakat pakat gi tengok lepas nie..” seorang lagi mencelah.

“ Kita dah terlewat sampai sini .. kalau datang awal bulan january .. pokok yang di tebang tu boleh jadi duit .. walaupun tak banyak .. pokok tu dah mati separuh batang .. teras (gubal ) semulajadi dah terhasil .. kita gi lihat selepas ini .. kermungkinan batang nya, semua dah reput .. “ bisik saya pada staff. “ yer ker boss.. isk isk isk .. ngapa lah saya .. tertangguh bergitu lama , nak bawa boss kat datang kat sini..” kata staff saya.


 Kami terus ke lokasi pertama .. pokok yang di tebang .. memang sah .. semua batangnya reput .. masing bunyi keluhan .. “ sayang .. sayang .. kalau tak berduit demo..” bagitahu staff saya pada pemilik pokok. “kita gi ke tanah sebelah tu .. kat situ ada tunggul .. masih lagi elok .. puak puak demo  kenalpasti ada teras atau tiada .. kalau ada teras .. keratlah .. ambil ..” kata seorang lagi… Memang cantik tunggul  yang ditunjukkan .. tiada reput .. resin semulajadi terkumpul dari pangkal sekeliling tunggul. “ yes .. kita potong dan gali akar .. pada hari inokulan nanti ..” bisik saya pada seorang staff.

 Selepas itu .. kami jelajahi .. ke satu lokasi ke satu lokasi .. ukur mengukur di lakukan .. walaupun jumlahnya Cuma 9 pokok .. tetapi jumlah ukuran lilitannya besar .. 1,560 CM.. berbaloilah mengluangkan masa datang menyeberangi sungai dengan jarak pokok dari pengkalan bot sungai Cuma 500 meter. Setelah perbincangan serta penerangan di berikan pada para para pemilik pokok .. Keputusan  pakej usahasama di persetujui. 

Di fikiran saya .. itu satu perkara yang di ceritakan oleh salah seorang pemilik pokok .. “ dah ramai, yang datang tengok pokok tu .. kata nak cucuk .. sampai sekarang ini pun, tak nampak batang hidung..”. Kermungkinan betul seperti saya catatan di blog Kecil lawan Besar.. Kos vaksin terlalu besar.. bukan tiada minat, tetapi tak mampu membeli vaksin berbelasan liter untuk merawat 1 pokok berukuran hampir 268CM, dengan arah kertinggian 60 kaki dari pangkal.


Ini lah salah satu punca .. mengapa pemilik dan orang tengah hilang kerpercayaan pada pengiat gaharu, cakap bukan main.. semua sanggup .. tiada masalah .. kami datang cucuk, masuk ubat.. itu ini, bergitu bergini.. dah hampir 2 tahun .. bayang pun tak kelihatan..  Akibatnya .. group kami ini, kerana janji janji bohong mereka .. terpias juga. Jika melibat kos yang tinggi .. wat apa dok malu nak bagitahu hal yang sebenar .. kami tak mampu nak rawat .. habis cerita .. dan pemilik tak ternanti nanti selama 2 tahun.

Tu lah silapnya .. bergantung harap pada vaksin import.. hati jadi berbelah bagi .. kan kan .. order ker.. inokulan kan .. tak jadi resin .. modal besar dilabur.. Bukan tak mahu untung besar hasil jualan nanti, tapi keryakinan terhadap vaksin lah segala punca asas.. Kerena mereka tahu siapa diri mereka sebenar., hanya broker.. bukan para para inokulan yang status usahasama gaharu yang aktif 24 jam di bidang kergaharuan.

Ini adalah realiti .. bukan saya mengada ada cerita .. yang aktif di bidang gaharu, yang sering mencari peluang, memasarkan lot gaharu .. semua broker.. Pengiat gaharu menjalankan urusniaga mengikut planning masing masing .. bukan menjelajah ke satu tempat ke satu tempat.. dan ada yang sanggup pergi jauh .. untuk berbincang dengan pelanggan.. ini adalah tektik broker… Ini yang terjadi di Kampong Pasir Kelang .. Tapi .. Alhamdulillah .. Allah dah tentukan .. Rezeki kami. TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan