Selasa, 22 Mei 2012

BIG XXL ( Malaccensis Lamk )


Dalam perjelajahan kami di setiap Hutan belukar Dareah dearah di Kelantan , masih banyak terdapat pokok gaharu liar yang besar besar, berusia beratusan tahun tiada di usik tumbuh subur di persekitaran kampong. Pokok yang tumbuh di hutan simpan kerbanyakan nya telah di usik .. di tebuk pada pangkal pokok. Terjumpa juga pokok ini tumbang di sebabkan angin terlalu kencang  akibat di tebuk oleh pencuri gaharu dikalangan penduduk tempatan dan dari  Negara jiran.. Di hutan simpan juga kami temui tunggul tunggul serta batang yang telah reput, bergitu rakusnya perangai pencuri gaharu ini .. 1 pokok di tebang besar 2 pemeluk .. Cuma yang dapat gubal ½ kg atau kurang .. satu perbuatan membazir.


Kami bukan hunter gaharu semulajadi .. Tiada niat sedikit pun, tujuan kami ke hutan belantara mencari gaharu semulajadi .. lebih lagi pokok serta tunggul yang kekal di hutan simpan tiada boleh di usik, ianya hak milik Jabatan Perhutanan Negeri, menceroboh sudah menjadi satu kesalahan. Jelajah kami dengan niat mengkaji pokok berdouble size , sector tumbesaran nya , keadaan muka bumi dan bagaimana pokok gaharu liar ini dapat bertahan bergitu lama.

Terlalu banyak pokok yang ditawar pada kami yang berdouble size, yang tumbuh di pinggiran kampung, di atas tanah yang belum mempunyai status hakmilik ,  tanah tersebut telah di usahakan secara haram. Kami juga tiada berani menjalankan inokulan walaupun pokok gaharu tumbuh di atas tanah yang telah dijelaskan pembayaran deposit pada jabatan tanah Negeri.. kerana ianya belum lagi mendapat status hakmilik 100%.


Jangan mencari masalah sewenang wenang mencuri khazanah Negara .. Walaupun kita terjumpa Gubal 100kg .. bukan milik kita seorang .. itu hak semua orang ramai. Kita mencuri dari hutan simpan, bukan di temui di atas tanah hakmilik kita sendiri. Bukan senang seperti yang di cakapkan .. jumpa .. jual pada pemborong..  Yang pertama di pastikan .. kesalihan gubal itu.. ini yang perkara utama pemborong checking, surat penjualan juga harus disertai .. jika ianya di jual kepada pemborong dari luar Negara, surat perlepasan sempadan *CTAS wajip di pohon… walaupun di temui di atas tanah hakmilik kita sendiri .. proses sama akan di hadapi.

Kita berbalik ke pokok berdouble size .. Mengapa kami terlalu gemar merawat pokok bersize bergini..? Merawat pokok bersize BIG  XXL ini, merupakan satu kerja yang menyukarkan, lebih lagi mengamalkan teknik Nanoteknologi ,banyak lubang tebukan. Pokok terlalu tinggi, batang yang besar, mempunyai dahan dahan amat besar, ianya akan memakan masa yang amat panjang dan kergunaan vaksin jumlah yang banyak serta para perkerja sentiasa berhati hati setiap kali tiupan angin melanda.


Akar akar yang timbul di permukaan bumi menjadi tagged utama kami ,gemari merawat pokok yang bersize bergini, ianya merupakan pokok yang hebat. Mempunyai pangkal dahan yang amat besar, ada pula pokok bercabang cabang , menandakan ianya serekah semasa usia muda, kesan strss boleh lihat sekeliling cabang pokok. Kerbiasaan nya pokok sebergini telah menghasilkan gubal secara semulajadi dari stress yang telah di alami bertahun tahun, kadangkala di temui di bahagian kesan serekahan, lubang semut, ulat dan ditemui dari kesan tebukan lama si pencuri gaharu.

Jika bernasib baik, dapat  temui gubal pokok yang telah di tebang, yang ditinggal oleh pencuri, masih lagi berkeadaan elok. Para para pencuri gaharu ini, mereka memilih pokok bersize besar, berlubang, pokok yang sakit, pokok yang mati dan tumbang, dari perkiraan logic mereka, pokok sedemikian telah menghasilkan gubal jumlah yang banyak. Itu sebab utama pernebangan pokok bersize besar kerap di lakukan. Bukan semua pencuri ini dikalangan pakar tentang gubal semulajadi, kadang baru menjinak di bidang hunter gaharu .. jumpa pokok yang besar .. terus di tebang.


Semasa kami inokulan pokok bersize BIG  XXL ini, factor faktor utama yang kami fikir, teknik teknik bagaimana harus di lakukan. Utamanya jarak, dalaman tebukan, kertinggian inokulan, cuaca dan akhirnya sukatan dos vaksin. .. ada juga pendapat lain yang kami terdengar .. bila bila masa boleh di inokulan, ketika hujan pun tiada masalah .. boleh di inokulan.. tapi , tiada ketahui teknik bagaimana mereka amalkan. Bagi kami .. itu bukan cara kami.

Kita harus kaji .. kertahanan pokok ini .. tiupan angin di musin terkujuh di bulan may hingga disember yang bertiup kecang. Bagaimana kedudukan pokok, terdedah atau terselidung dengan pokok yang lain.?. Jika ianya terdedah pada tiupan angin, pokok yang di inokulan ini ada kermungkinan akan serekah kerana lubang lubang tebukan terlalu banyak. Jika ianya terselindung di sebalik pokok lain, maka ianya selamat dari serekah.


Masalah yang selalu di temui . pokok besar ini, terlalu mudah serekah dan patah dua, kermungkinan teknik banyak lubang tiada sesuai pada pokok bergini..? Kami mencuba teknik close, iaitu tiap tebukan di tutup dengan penyumbat yang telah siap direndam vaksin. Tujuan nya .. kesan kesan tebukan tadi, tiada menjadi reput dan dapat membantu penghasilan gubal lebih berkualiti.. pada asalnya teknik ini di lakukan pada pokok bersize kecil.. teknik ini telah di lakukan di Negara Thailand.

Tak salah kita ciplak teknik sebergini, ianya merupakan salah satu teknik yang terbaik, dengan penghasilan gubal betul2 berkualiti. Jangan sesakali kita bayangkan, semua pokok ini dapat menghasilkan gubal yang sama, seperti pokok lain walaupun sama sepsis. Seperti pernah saya catatan di blog saya yang lepas.. factor aliran vaksin  memainkan peranan penting sebagai cecair allergic untuk membuat pokok ini menjadi stress, sekiranya vaksin menyerap cepat atau pantas, maka cepat kesan stress  berlaku pada pokok ini.. foktor yang dibawa dari air bawahan akar yang akan membantu pemyerapan vaksin mengalir hanya ke tahaf mana yang termampu.


Kerlebihan sepsis ini.. walaupun kulit di siat sekeliling, ianya tetap hidup subur, kerana ada teknik ini di amalkan oleh sebilangan penginokulasian .. selepas kulit disiat , vaksin pula di sapu .. berkesanan nya masih diragui. Pada pendangan ikhlas saya.. sekiranya teknik ini dijalankan pada musin cuaca panas, ianya akan Berjaya tetapi sekadar kayu prosesan minyak. Sekiranya dos vaksin terlalu tinggi dilakukan pula musin hujan, batang pokok ini akan menjadi reput akhirnya tersungkur ke bumi. Kalau boleh lakukan kajian pada pokok yang bersize kecil dahulu, jika ianya Berjaya .. teruskan lah pada pokok yang besar.. baru lah tiada pembaziran.


Sayanglah sekiranya .. pokok bersize BIG XXL nie di musnah tanpa ada tujuan, ianya sepatutnya dapat menyumbang keruntungan berganda ganda, sekiranya di inokulan mengikut teknik yang betul, vaksin yang berkesan, Usia nya mencecah beratusan tahun, tapi di musnah sekelip mata, jika anda tak mampu nak menanggung kos inokulan .. bagi jer  kat kami .. mesti beres .. Hehehehe .. TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan