Khamis, 31 Mei 2012

GAHARU < Skim Lambat Kaya …!!! >


Catatan selit promosi urusniaga dan menjawab pertanyaan daripada seorang dua peminat gaharu , kami tiada iklan di akhbar  , selalu kami iklankan di Blog , You Tube, Tagged, twister, Facebook, tumpang2 celah website gaharu tersohor, tumpang laman website R&D Gaharu Kelantan  dan dibantu oeh pustaka google memaparkan blog kami, di website gaharu secara free , boleh lah dicap hebat juga sambutannya,  ( hehehehe..   Tak salah kan, cuba banggakan diri sendiri sekali sekala.. ) jika dikira, tak free juga , tiap bulan dok bayar line broadband , rupanya  P1, Celcom, Axiata, Yes, Rex tone, Maxis, Unifi dan Digi pulak yang dok kutip hasil, rupanya tiada yang free di dunia sekarang. Tapi, tak kisah lah, kerana kos di caj oleh puak puak ini  amat berbaloi baloi.

 Pokok gaharu ada ker, kalau nak melabur inokulan ..?
Soalan ini , saya nak jawab pun susah,jika silap jawab dikatakan pembohong, kalau betul betul berminat kunjungi kami. Kami akan membawa anda melawat pokok pokok gaharu yang bakal anda melabur. Apa yang anda perlu . tepuk dada tanya kermampuan anda. Jika anda tiada berpuashati , kami bawa anda lawati ladang ladang inokulan kami , tempoh inokulan dari 1 bln – 22 bulan, siap bawa parang dan camera jangan terlupa, kami beri kerbenaran pada anda  tebuk sendiri dan anda boleh lihat jalinan resin dengan mata anda.

Daripada Fail kami, gaharu yang belum di rawat  jumlah  700 pokok tersedia untuk di inokulan bila bila masa di setiap daerah di Negeri Kelantan. Terserah pada anda , mampu atau tidak , jika tiada mampu pokok yang bersize  XXL , ambil bersize L , Tak mampu lagi , ambil size M, tak mampu juga , ambi size S  dan kalau semuanya tak mampu  ,simpan duit anda dalam bank, tak payah berurusan, lagi baik , anda dan kami tak rugi masa, kita tak berpeluh mendaki bukit dan darah pula tak rugi , kalau gi dah tentu jadi mangsa si pacat.

 Pakej pelaburan kami , ada 2 cara , satu , Pelaburan ditanggung penuh oleh pelabur, iaitu kos rawatan, Kos Vaksin , Pengesahan Perjanjian , draf perjanjian dan penuaian. Sekiranya penuaian serta perjagaan pokok di serah pada pihak kami , 5% dari hasil tuaian diserahkan pada pihak kami , yang bertindak sebagai pengurus. Walau bagaimana pun pelaburan tetap tertakluk pelaburan usahasama , Dari hasil Tuaian pemilik pokok 30%, pelabur 65% dan pihak kami sebagai pengurus 5% ( tertakluk kepada perjanjian ). Dinyatakan juga ,  Kos Inokulan di tanggung 100% oleh pelabur.

Cara dua . Pelaburan usahasama dengan pihak kami, Kos inokulan 50% pihak kami dan 50% pihak pelabur, Pengesahan Perjanjian, draf perjanjian ,  penuaian dan penjagaan pokok di urus oleh pihak kami 100% tanpa ada caj tersembunyi. Pelaburan tertakluk pelaburan usahasama, dari hasil tuaian pemilik pokok 30%, pelabur 35% dan Kami 35%..

 Kira camno , CM ker atau Liter vaksin..?
Kos inokulan . pokok berukuran 180CM ke bawah, kami mengira ukuran lilit , manakala pokok berukuran 181CM ke atas kami mengira berapa jumlah liter vaksin digunapakai. Jika anda melabur sejumlah RM60K, anda layak mendapat potongan dari harga yang ditawarkan  ( tertakluk kepada rundingan ). 

Boieh caya ker , kan bank in duit , keja tak jalan…?
Jangan bank in dulu  duit anda.. !!! , Luangkan masa, hadir di hari kami inokulan , Syarat syarat kami, Setelah inokulan selesai 50% , Pembayaran 50% mesti di jelaskan, manakala baki 50% lagi , hendak lah dibayar setelah baki 50% selesai, pembayaran dilakukan secara serahan tangan pada hari terakhir kerja inokulan selesai, jika janji tiada di patuhi  atau ingkar , pihak kami berhak mengambil hasil tuaian 40%, manakala pelabur 20% dan pemilik pokok 30%.

 Bagaimana cara untuk saya dapatkan khidmat kontrak tanam gaharu ..?
Untuk mendapat khidmat  kontrak penanaman , kami sedia khidmat penanaman secara kontrak, iaitu bekalan anak beneh, baja asas dan penanaman. Harga anak beneh dibayar tunai, harga semasa mengikut size . Harga anak beneh harus di bayar 50% tanda persetujuan, 50% dibayar setelah anak beneh di hantar ke lokasi ladang. Kos penanaman mengikut peratus jumlah pokok yang siap di tanam. Jumlah kerluasan ladang mestilah 1 ekar ke atas, kos kos ini tiada termasuk kos pembersihan tapak. Anda boleh menanam sendiri dengan mendapat khidmat nasihat keadah penanaman, tetapi melalui pembelian anak beneh dari kami.

 Bagaimana jadinya hasil tuai nanti , kalau tiada pembeli..?
Khidmat kami A-Z , Dalam planning membangun kilang prosesan minyak gaharu, hujung tahun ini kilang kami akan dibangunkan. Pihak kami mempunyai pemborong yang berurusniaga gaharu  di Negara Timur tengah, setiap bulan berurusan pembelian gubal gaharu dan minyak gaharu. Itu lah sebabnya kami bergitu aktif menjalankan inokulan kerana mendapat sokongan moral dari pemborong. Di sebabkan gubal gaharu sukar diperolehi di Malaysia , permintaan kian bertambah dari Negara Asia Barat, Eropah dan di Asia Tenggara , pemborong ini kami syorkan mendapat bekalan dari Negara Jiran.

Tanam banyak2 , kos nya tinggi juga, bagaimana nak dapat hasil lain, untuk menanpung pengurusan ladang ..?
Jika pertanian satu perniagaan , Anda boleh komersilkan, permulaan nya pucuk pucuk gaharu, ada usahawan yang sedia membeli pucuk pucuk ini ,  Harganya kalau tiada silap RM8.00 p/kg, pucuk pucuk di proses tea hijau atau tea herba. Anda boleh komersilkan sendiri , dengan kreativiti anda sendiri, saya syor pucuk pucuk ini di jadikan minuman drinking water yang berkhasiat, anda mampu membuat produk sendiri, pelbagai produk sekiranya anda seorang bersifat peniaga. Bila usia pokok anda mencapai 3 tahun, pokok ini akan berbuah, biji biji gaharu ini boleh diproses di jadikan kopi gaharu, kerbiasanya kopi ini dicampur dengan gubal gaharu,  Dari kajian mengatakan khasiat kopi gaharu setanding  Vigra.

 Tanah yang macamana yang sesuai di tanam..?
Semua tanah sesuai, kecuali kawasan takungan air, paya, tanah berpasir, Tanah berlereng bukit amat sesuai, Di kebun getah, Kelapa sawit, pinggiran rumah. 800 pokok beneh untuk 1 ekar, antara jarak tanaman  7 x 7  x 7 kaki , keadah 1 lubang 1 pokok. Sekiranya anda mahu mengunakan keadah 1 lubang 2 pokok, jarak diperlukan 8 x 8 x 8. Sekiranya anda sudah mempunyai banyak pokok gaharu yang tumbuh di kebun anda,  lupakan hal nak menanam ,  rawat jer pokok yang tersedia, lagi terbaik,  tempoh rawatan 2 - 3 tahun , pokok anda dah boleh dituai. Anda tak payah jengok 3 bulan sekali, cuma pantau pokok yang telah di rawat,, 
Selamat bergaharu. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan