Ahad, 22 April 2012

Kecil VS Besar


Dah hampir penghujung bulan April .. Pokok yang mahu di rawat .. jika dikira dalam perancangan .. Planning awal tahun serta jumlah pokok yang di rekodkan .. masih banyak lagi .. Cuma tertunda seminggu dua .. Bagi ruang kemaskini .. bajet dan menanti proises pemeraman vaksin matang .. lagi pun staff mahu rehat kejap .. nasib baik mahu rehat .. kalau tidak hari hari dok panjat pokok .. last2 tangan menjadi panjang melepasi lutut ... hehehehe.


Dari awal tahun 2012 .. January hingga april .. dah hampir 200 pokok staf kami jalankan inokulan .. jika di kira jumlah CM .. terlalu besar kos nya .. Tapi bukan itu alasan untuk kami berehat seketika, berehat inokulan .. tapi .. project kumpul pokok gaharu tetap berjalan setiap hari .. dari ukuran 40 CM hinggalah 390CM sudah direkodkan berjumlah kerseluruhan untuk di rawat pada tahun ini lebihi 600 pokok. Yang memerlukan Vaksin di anggarkan beratusan Liter..

Satu topik yang mahu saya catatkan di sini  ,, berkesanan vaksin antara pokok bersaiz kecil dan besar..  ada yang tak suka jalankan inokulan pada pokok berukuran 150CM keasas, ada pula yang  gemarkan pokok bersais 100CM kebawah .. Mengapa agaknya.. Risau agaknya pokok besar besar ini vaksin tak berkesan .. dan pokok yang kecil pulak .. hasil tuaian sikit ..? 

Pokok bersaiz kecil :-
Bila era gaharu bermula, pihak pihak berkenaan serta syarikat swasta berlumba lumba menanam pokok gaharu dari baka kultur tisu dan bergitu juga lah orang orang perseorangan pakat pakat tanam menanam, tanpa mengira jumlah .. selagi mereka mampu, ada tanah untuk di isi .. terus menerus upacara tanam menanam. Pelbagai pakej di perkenalkan oleh syarikat swasta serta syarikat haltanah mencuri peluang dari atas planning yang di hebohkan oleh kerajaan .. Tanam gaharu boleh jadi jutawan.


“ Ini baka hibrid ..Cuma 3 ½ tahun jer dah dapat hasil ..” kata pengedar baka gaharu ini.  Jika betul katanya.. sebesar mana kah saiz pokok berusia 3 ½ tahun tu .. sebesar pemeluk ..? hehehehe .. itu mustahil .. dari pengelaman saya pokok gaharu yang ditanam selama 3 ½ tahun, jika di baja setiap 3 bulan .. ukuran lilitnya 30 – 35 CM..  bukan boleh di tuai .. tetapi boleh dirawat. Setelah dirawat pokok ini terus membesar . 3 tahun akan datang ukuran Cuma 70 – 80 CM jer.. 

Jika dibandingkan dengan pokok gaharu liar yang tumbuh melata di kebun kebun, dusun dusun , ada juga yang tumbuh di halaman rumah kampung .. Usia pokok nie 3 ½ tahun ukuran lilitnya Cuma 10CM .. jika ukuran nya 35 CM usia nya sudah 10 tahun .. ianya lebih matang dari pokok yang di tanam .. itu lah punca utamanya saya lebih gemar merawat pokok gaharu liar daripada pokok yang ditanam... lagipun harga teras atau gubaknya lebih mahal dari pokok yang ditanam.


Pokok bersaiz besar :-
Antara pokok terhebat di antara semua spesis gaharu ..  Aquilaria Malacessis Lamk di kenali juga pelbagai nama .. Depu dan karas. Dari pengelaman saya .. ianya salah satu pokok yang hebat, tapi sayangnya teras atau gubal semula jadinya jarang jarang di temui. Kebiasaan pokok ini ditebang di jadikan kayu penutup liang lahap. Walaupun hidup terbiar tanpa jagaan .. ianya tetap subur. Para para hunter gaharu menebangnya di cicang dan di mesin , di proses untuk mendapatkan minyak .


Ada segolongan para para inokulan tiada berminat merawat pokok bersais besar bergini .. ada yang berkata .. Vaksin tiada memberi kesan stress pada pokok besar, Betul ker ...? Setelah saya lawati pokok besar yang telah di rawat oleh group gaharu .. memang terbukti kerbenarannya .. 10 kaki dari pangkal .. kesan injection sembuh .. menandakan keputusan inokulan yang mereka jalankan .. gagal. Dimana silap nya ..?

Pokok bersaiz bergini lah paling saya minati untuk merawat .. Sebelum inokulan di jalankan .. semua faktor teori dan praktikal wajib di kaji .  Tempat tumbuh, keadaan air bawah tanah, musin ketika menjalankan inokulan, jarak tebukan, dalaman tebukan dan Dos Vaksin .. semua ini perkara wajip di kira terpenrinci bagi menghalang keputusan .. gagal.


Bila pokok yang besar bergini .. ianya melebihi tahaf matang .. tisu pokok sudah menjadi keras, bila kulit di siak .. batangnya kekuningan. Cecair damar ( Resin ) terlampau banyak, jika berlaku stress atau dahannya serekah .. damar bergitu cepat berkumpul. Bergitu juga carbon c15-c15 terlalu tebal .. sekiranya kekurangan vaksin dan kekurangan dos   tebukan Cuma 4 inci. Dengan jarak antara tebukan jauh. .. ianya tiada dapat memberikan stress serta allergic yang membolehkan resin berkumpul dengan jumlah yang banyak. Kergagalan berpunca dari 3 faktor .. Dos Vaksin rendah, Jarak tebukan dan dalaman tebukan .. ini punca utama yang kami di gold-Forest R&D Gaharu temui. 

Ulasan :-
Tak kira apa jenama vaksin anda guna .. pastikan Dos vaksin yang betul stabil, kenalpasti ukuran lilit pokok, usia dan keadaan lokasi tempat pokok itu tumbuh. Sebelum kami jalankan inokulan .. kami lawati pokok tersebut.. yang utamanya saiz pokok di pastikan, muka bumi dan bagaimana keadaan pokok .. Kami khaskan vaksin berdos bagaimana untuk pokok bersaiz bergitu ,, Pokok bersaiz 150CM keatas .. Vaksin perlu di lebihkan dos .. sekiranya pokok berukuran kurang dari 100CM .. vaksin dos lain perlu di sediakan.

Kami mahu yang terbaik setiap kali jalankan inokulan .. hasilnya yang kita senantiasa menanti, bagaikan tak sabar untuk menuai pokok yang telah dirawat .. Setiap modal di keluarkan .. ianya adalah satu pelaburan .. tak mengira kecil atau besar pokok yang dirawat .. tetap mengunakan duit. Walaupun ada suara suara mengatakan .. “ Gold-Forest tak apa .. inokulan banyak pokok pun, vaksin cipta sendiri ..”  ya betul cipta sendiri ... bahan bahan cipta vaksin .. dapat free ker, staff yang dok panjat pokok sambil medrill tu .. tak bayar gaji ker ...?. Semuanya pakai modal .. Pokok besar atau kecil .. tetap pakai modal dan pokok yang dirawat tu .. ada yang usahasama, ada yang dibeli .. semua pakai modalkan ...? 

Jika anda mempunyai pokok gaharu liar atau di taman .. rawat walaupun sebesar paha ..usah tunggu lama, jika anda mahu menunggu juga .. rawat dahulu .. biarkan pokok itu membesar selepas di rawat. Bila pokok anda besar, baru anda mahu rawat .. kos rawatan bertambah tinggi. Sekiranya anda setia menanti pokok berukuran 100CM, anda daraf RM20 p/cm .. jika..  anda mempunyai 10 pokok berukuran 100CM .. jumlah kerseluruhannya 1000CM .. dimana anda mahu dapat modal untuk upah inokulan. 


Sebab utama para para inokulan .. tak sanggup jalankan rawatan pada pokok yang besar .. bayangkan pokok berukuran 400 CM contohnya .. terpaksa memanjat ketinggian 50 kaki ke atas, bukan sahaja di batang pokok di injection .. kesemua dahan dahan  yang sebesar pemeluk .. kos nya terlalu tinggi termasuklah cecair vaksin  .. 11 liter vaksin belum cukup untuk di tuang didalam lubang lubang tebukan. Jika pokok bersaiz kecil .. kacang jer .. kos nya pun sedikit .. ini sebabnya mengapa pokok yang besar di inokulan dengan teknik lain .. tiada siapa yang mahu memanjatnya... kecuali bos berkerjasama dengan pekerjanya, sama jadi monyet .. hehehehe...TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan