Khamis, 16 Jun 2016

GAHARU MICROBIOLOGI.. Kegilaan Tanpa Kawalan..!!


Luangkan masa sekejap, ketuk keyboard siapkan catatan terbaru blog, tetap utamakan topic tentang gaharu microbiologi. Cuba kumpulkan kembali pengelaman, peristiwa dan ragam-ragam pengusaha yang ditemui dari pertengahan bulan 5 sehingga seawal bulan 6 ini. Kalau dikira tiada apa perkara yang menarik untuk di jadikan topic utama sebagai catatan terkini. Tetapi, setiap kali ada perbincangan tentu ada cerita, ketika pertemuan antara kami dengan pengusaha, kadang-kadang terasa bagaikan mereka amat mengharapkan bantuan khidmat inokulasi dari pihak kami, tetapi, walaupun ianya satu kegilaan kami sebagai penginokulasian, ianya ada peraturannya, mempunyai syarat-syarat bukan satu kegilaan tanpa kawalan.


Seawalnya seperti pernah saya catatkan di blog gaharu ini, Gold-Forest R&D Gaharu bukan badan kebajikan, bukan badan kewangan, bukan syarikat yang dimiliki oleh jutawan dan bukan diuruskan oleh pihak-pihak berkaitan dengan badan-badan kerajaan. Gold-Forest R&D gaharu di asaskan daripada titik peluh peribadi melalui R&D bertahun-tahun, dengan ini, sudah pasti anda memahami, bahawa Gold-Forest R&D Gaharu mempunyai, perancangan, ketelitian urusniaga, halatuju tersendiri, tiada melibatkan dana-dana daripada mana-mana pihak, ini bererti jika pemilik pokok tanpa memiliki wang tunai untuk mendapat bekalan cecair pembentukan serta khidmat penginokulasi secara percuma, sorry boss.. lupakan lah niat anda. 


Tergerak hati saya menyiapkan catatan terbaru ini, setelah menerima kunjungan dan melalui lawatan ke ladang-ladang gaharu para pengusaha. Seperti pernah saya terbitkan dicatatan sebelum ini, Sebilangan besar pengusaha mempunyai kemampuan menanam spesis gaharu sejumlah besar dan mempunyai kemampuan mengurus ladang mereka sehingga berusia 5 hingga 10 tahun dengan jayanya. Dimanakah silapnya, pokok-pokok diladang mereka ini masih belum di inokulasian walaupun usia pokok telah mencecah 10 tahun, adakah kesukaran mencari penginokulasian atau tiada mampu menampung kos membeli cecair pembentukan?.


Saya tercari-cari jawaban tentang soalan-soalan begini dan mungkin para-para pengusaha menpunyai jawaban tersendiri. Saya sebagai salah seorang pengusaha ladang, Penginokulasian pokok gaharu dan pecipta Cecair Pembentukan (GFV FUNGUS), rasa-rasanya dapat meneka dengan tepat segala persoalan serta bebanan yang ditanggung yang bermain-main difikiran para pengusaha. (Kikikiki. Aku pun salah seorang pengusaha juga). Bukan satu perkara mudah untuk dilaksanakan seperti kata-kata yang pernah di hebohkan, tanam pokok gaharu akan jadi jutawan, itu hanya sembang-sembang di warong kopi .. boss, kalau tidak ada modal di keluarkan, sampai ke bila status sebagai jutawan itu tidak akan dikecapi, cuma boleh dianggap berangan-angan mat jenin.


Jika mempunyai hanya 50 batang pokok gaharu, tidak ada kemampuan untuk mengeluarkan kos inokulasian, manakan termampu mengeluarkan kos inokulasian ribuan pokok yang telah anda tanam. Sekiranya anda mempunyai pokok liar berukuran 290cm, hanya 1 batang atau sebesar hampir 3 pemeluk yang tumbuh di atas tanah kepunyaan anda, jumlah kos inokulasi yang akan melibatkan kos tunai ribuan ringgit, “kikikiki.. pasti tergaru-garu biawak kau.”. Pokok tanam berukuran 45cm masih tak terdaya mengeluarkan kos inokulasi, inikan pula pokok berukuran 290 cm, dinasihatkan lebih terbaik tutup buku kira-kira, lupakan sahaja angan-angan mat jenin mahu jadi salah seorang jutawan daripada hasil jual gaharu.


Ini kenyataan realiti boss.. bukan pandai-pandai saya mereka cerita, masalah ini bukan sekali dua saya temui, setiap kali dijemput melawati ladang, perkara pertama yang keluar dari mulut pengusaha. Meminta bantuan inokulasian pokok mereka secara tanpa mengeluarkan modal, jual hasil nanti boleh jelaskan kos inokulasi. Kikikiki.. Guna lah akal boss.. Semua pekerjaan pakai modal, kami juga ada periuk yang wajib di isi beras, ada mulut wajip di suap, kalau boss mahukan kemewahan, begitu lah juga kami. Setiap benda yang akan diusahakan untuk capaikan kejayaan ianya memerlukan modal walaupun kecil atau pun besar. Bukan bermodal di atas angin atau bermodal air liur. Saya  bagi satu soalan, “ Adakah satu kewajiban kami bersusah-susahkan diri, korbankan masa, wang ringgit sejumlah begitu besar pada pokok kepunyaan orang lain, bertujuan untuk mereka mencapai impian?”.


Maaf, bukan saya mahu patah-patahkan semangat sesesiapa, ini lah realiti nya, kita mempunyai kemampuan berladang gaharu puluhan ribu pokok, tetapi, sejumlah kecil sahaja yang mampu mengeluarkan kos pembelian cecair pembentukan atau mengupah para penginokulasian merawat pokok gaharu yang sejumlah seperti itu. Dari pengelaman saya, tidak ada sesesiapa akan sudi membantu kita tujuan penyelesaian permasalahan kita hadapi, kecuali kita mempunyai dana atau peruntukan tunai yang cukup. Kita harus sedar, para penginokulasi juga akan mengeluarkan kos agak besar setiap kali project inokulasi di jalankan, jika tiada apa-apa pembayaran dari pemilik pokok, tak mungkin berjaya dijalankan, sekiranya kos upah kerja-kerja inokulasi yang dijalankan itu gunapakai duit poket penginokulasi sendiri?.


Tidak ada seorang manusia lain yang sanggup memikul bebanan kita, lebih lagi yang melibatkan wang tunai keluar begitu besar, sudah tentu tidak ada yang sanggup melabur kos inokulasian ratusan ribu, kecuali, diri kita sendiri yang menyelesaikan masalahnya. Perkara begini lah yang menjadi permasalahan utama kepada peladang gaharu bukan sahaja di Malaysia, tetapi, di serata Negara Negara Asia Tenggara yang mempunyai jutaan pokok yang tanam berusia 10 tahun keatas tanpa di inokulasi. Sekali saya ulangi, kos paling besar yang perlu di keluarkan untuk mencapai impian peladang gaharu, iaitu dan paling utama adalah pembelian cecair pembentukan dan upah kerja-kerja penginokulasi.


Peladang gaharu kini, boleh dianggap beruntung tidak lagi mengharap cecair pembentukan yang di import, berkesanan pembentukan telah terbukti berjaya, walaupun harga 1 liter cecair boleh dianggap agak tinggi. Kikikiki.. itu kena terima hakikatnya, bukan perkara senang mencari formula proses cecair ini, memecah huraian dan bukan boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Begitu juga tempoh masa menentukan kejayaan pembentukan gaharu, ujikaji, penyelidikan dan bukan sejumlah kecil pokok kajian di musnahkan dan dikorbankan bagi menilai penyerapan, jalinan oleoresin dan tahaf pembentukan.


Ini lah penyebab utama mengapa harga cecair pembentukan di urusniaga dengan harga agak tinggi, tetapi, keinginan saya ajukan pertanyaan, “ berapa harga 1 kilogram gaharu.?” Jika anda telah temui jawabannya, sudah pasti anda temui pembezaan harga amat ketara antara cecair pembentukan tidak setimpal dengan harga gaharu yang mencecah ribuan ringgit 1 kilogram. Jika anda terus memikirkan kos inokulasi, fikiran akan bertambah bercelaru, kenyakinan serta impian anda akan lenyap bersama ladang gaharu anda, kikiki.. orang lain jual hasil tuaian dari ladang mereka, tetapi, kita masih memikirkan bagaimana mahu selesaikan masalah, mahu dapatkan wang tunai untuk inokulasi pokok diladang yang melebih tempuh matang, sudah pasti, masalah bertambah besar akan dihadapi, semakin tahun ke setahun pokok tetap membesar, maka kos inokulasi kita kian meningkat.


Saya catatkan kisah pembincangan saya antara seorang pemilik yang mempunyai ratusan pokok gaharu yang di tanam berusia 8 tahun dan mempunyai 100 pokok gaharu liar berukuran dari 140sm hingga 300sm. Setelah saya selesai menyiapkan keseluruhan anggaran kos, kos nya mencecah melebihi ratusan ribu ringgit, kikikiki.. kejap-kejap jer kepala saya terasa sakit, ia lah bukan sejumlah yang sedikit, ratusan ribu.. boss, biar betul-betul. Ketika menyiapkan anggaran kos, tambah, daraf tertera jumlah, “iskkk.. ada duit ke, orang tua tu, sebanyak ini”.  Walaupun apa-apa jawaban, pembincangan dan penerangan wajib di teruskan, pemilik itu mampu atau tidak, itu cerita lain.


Dihari pertemuan, saya terangkan secara detail, anggaran hasil tuaian yang akan diperolehi, jumlah liter cecair digunapakai, sejumlah kos yang perlu disediakan secara tunai dan pembayaran kos inokulasian mengikut jumlah pokok yang di inokulasian setiap hari. Kita bisnes, wajib berterus terang, mereka setuju atau tidak, itu hak mereka. Jika mereka setuju, segala syarat serta peraturan wajib mereka ikuti, walaupun mereka anggap sukar memenuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini. Tepat, seperti saya jangkakan, “ iskkk.. banyak tu, ada cara lain ke, kalau boleh inokulasi dulu, jual hasil nanti bayar lah” itu lah jawaban dan soalannya dari nya. Dan Ini soalan untuk anda. “sekiranya anda berada dikalangan kami sebagai penginokulasian, anda sanggup lakukan..?.


“Saya tidak mampu membantu, saya juga tidak mempunyai tabungan ratusan ribuan ringgit untuk selesaikan permasalahan orang lain, kos cecair pembentukan wajib dibayar secara tunai, bergitu juga kos pengurusan inokulasi dan Gold-Forest R&D Gaharu bukan badan kebajikan, harap Tuan fahami. Cuma ada satu cadangan yang boleh dibawa berbincang, ia itu pakej usahasama, ini pun perlu saya mengkaji semula, Pihak Tuan wajib siapkan kos tunai inokulasian 35% dan 65% lagi pihak kami tanggung. Sekiranya pihak Tuan, masih tidak mampu menyediakan kos pakej usahasama yang kami tawarkan itu, bererti pembincangan telah tamat” kikikiki.. itu lah kata putus, lapang dada, daripada fikiran melayan memikirkan masalah orang lain.


Apakah daya kami, memangnya kami tak dapat membantu inokulasian tanpa pembayaran tunai, kecuali, pemilik mempunyai fikiran terbuka, berikhtiar mencari dana sejumlah ditetapkan, sama-sama bantu membantu demi sama-sama capai kejayaan. Jika hanya mahu harapkan bantuan seperti itu, tanpa mengeluarkan modal atau cagaran walaupun sedikit, awal-awal lagi pihak kami tidak akan melayan, jika cuma kos seratus dua ratus ringgit, itu boleh dikatakan tiada masalah, tetapi, bila melibatkan jumlah ratusan ribu ringgit, itu sudah boleh di anggap satu pelaburan luar biasa. Jika berurusan melalui pihak kewangan, mereka akan minta cagaran yang mejamin pulangan pinjaman yang mereka salurkan. Betul kan..?. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan