Sabtu, 28 Mei 2016

GAHARU MICROLOGI… 99 punya hal.


Berusaha dibidang pertanian bukan perkara senang, tidak seperti bercakap di warong kopi tidak sampai beberapa saat dah boleh jualkan hasil dan untungnya beratusan ringgit, bagi contoh, tanam pokok nenas 10,000 pokok, memperolehi buah 10,000 biji, dijual dengan anggaran RM3.00 hingga RM4.00, atas kertas, tolak itu ini, dapat untung bersih RM1.50 sebiji tempoh masa 12 bulan. Kikikiki.. banyak juga untungnya. Itu yang didraf di atas kertas A4, tetapi, setelah kita usahakannya, hasilnya banyak pelbezaan dari yang kita draf.. betulkan..? dan bergitu juga jawapanya,bila kita telah berusaha lama di bidang penghasilan gaharu melalui paksaan.
  
Setiap satu perkara kita usahakan,semua akan menguji kesabaran dan hasilnya belum pasti kita memperolehi tepat mengikut jadual seperti kita draf atau mengikut seperti kita rancangkan. Saya tak mengatakan pada pihak orang lain, contohnya kami di gold-forest R&D gaharu sendiri, tidak semua di usahakan berjaya 100% dan adakalanya tidak menepati kepuasan hati. Pada pengusaha yang pernah berurusan dengan kami, tentu ada perkara-perkara yang tidak dapat kami tunaikan dengan segera, ia itu melibatkan penuiaan hasil inokulasi setelah tempoh melebihi 2 tahun.
Yang anda wajip fahami, penuaian akan dilakukan setelah buyer atau pemborong memberikan kata putus, setelah sample yang kami hantar akan di uji kematangan dan keputusan akan kami perolehi setelah perbincangan berapa jumlah gaharu yang mereka perlukan setelah bulan ke bulan, bukannya, bulan ini ada bekalan, bulan depan pihak kami kehabisan stok. Anda juga wajip mengetahui, kami juga pengusaha, bukan sejumlah kecil puluhan ribu kami laburkan di bidang ini, ratusan ribu telah kami salurkan daripada perladangan, baikpulih inokulasi, kos menjalankan R&D cecair pembentukan dan upgrade.

Setelah kami inokulasi pokok, kita tunaikan janji-janji kami seperti dijanjikan, malah kami inokulasi pokok melebihi daripada bajet pemilik, selepas 3 bulan kami akan datang ceckking jalinan resin, Sekiranya tiada kepuasan hati tentang jalinan resin, kami ulangi inokulasi secara percuma gunapakai cecair pembentukan puluhan liter, walaupun pihak kami terpaksa menanggung kos, iaitu, 3 kali setahun, dua tahun 6 kali berulang alik, ianya juga melibatkan kos yang terpaksa kami tanggung, termasuk, servis kenderaan, penginapan, makan minum dan gaji pekerja, anda daraf sendiri setiap kali perjalanan RM3,500.00 x 6 trip tempuh 2 tahun dan campur kos cecair pembentukan kerana tidak lepuasan hati pengusaha, kalau dikira secara detail, pihak kami tidak mendapat keuntungan, cuma untungnya boleh buat makan dan kerja sambil makan angin. Kikikiki.

Kami juga ingin dapatkan kembalikan wang pelaburan beratusan ribu yang telah kami laburkan, bukan puluhan ribu, bukan 6 7 8 ribu, tetapi, ratusan ribu, orang gila pun semakin gila, semakin sasau dengan sejumlah itu tidak diperolehi kembali mengikut jadual.. kikikiki. Tetapi, Kita kena fahami keadaan, hati wajip bersabar dan terpaksa mengikut peraturan dari buyer kerana kita bakal pembekal gaharu kepada mereka. 

Dan bila pokok dibaikpulih atau diulangi inokulasi, bererti, tempuh matang dilanjutkan 1 hingga 1 tahun ½. Setelah penerangan diberikan pada pengusaha,” ok, tiada masalah, lambat pun tak kisah, janji berhasil”. Selang sebulan selepas dari jawapan mereka..” Dah cukup tempuh 2 tahun, bila nak menuainya..”. pulak, buat-buat lupa percakapan persetujuan kata “tak kisah”.. kikikiki.. haru. Kita pun pandai terasa hati, “ you datang lah, I nak rawat 100 pokok lagi” tu janji nak sedapkan hati kami, memang lah kami dah janji akan datang, tak payah buat-buat janji nak nak tambah rawat lagi. Berkeadaan was was siap juga lah kelengkapan dan 3 staf ikut serta, sarat kenderaan bawa kelengkapan, sampai kat lokasi, tak mahu rawat.

Kami bukan bersifat panas baran, bila ada soalan-soalan, kami sengaja diamkan diri, bukan mahu lari, bukan bagai menipu sesiapa kerana kami tak dapat bagi keputusan tepat bila penuaian akan dilakukan selagi kami belum perolehi jawaban bersurat hitam puteh perjanjian pembekalan setiap bulan permintaan daripada buyer. Jika kami dituduh mahu menipu, pasti semua laman social pihak kami tutup akaun, akaun email pasti bertukar, nombor handphone di tukar dan blog ini pun akan ditutup. 

Bahagian akhir saya membebel kali ini, tentang carving, penebangan dan pengangkutan, 3 perkara ini bukan melibatkan 100  200 ringgit, pasti melibat aliran duit keluar dan carving pun bukan siap dalam masa 1 hari, pada yang kurang faham, sila lah jual sendiri pokok gaharu anda, jangan hanya pandai mengaibkan kami dilaman  social dengan niat nak lepaskan kertidak puasan hati.. kikikiki.. sorry boss.\
Kalau mahu dilayan perangai manusia, tak terlayan, 99 orang, dah pasti mempunyai 99 perangai berbeza-beza. Jika seorang pun kita belum pasti mampu nak puaskan hati mereka, mana kan terdaya, pada diri sendiri pun belum pasti dapat kita puaskan, cuma, kita mampu menahan kesabaran mencari jalan untuk membetulkan keadaan, orang tua-tua berpesan” jika menarik rambut dalam tepung, biar rambut tak putus, tepung tak berselerakan.. kikiki betul juga kan..?
Bulan april, adalah bulan palng sibuk, walaupun negara kita sedang dilanda musin kemarau agak teruk, kerja-kerja penginokulasian 4 jam satu hari, tetap dijalankan 3 hingga 4 hari seminggu kerana permintaan daripada pengusaha mahukan khidmat dan gunapakai cecair pembuntukan ciptaan kami. Dikira sekali imbas, cecair pembentukan telah digunapakai sejumlah 486 liter, boleh dikatakan satu percapaian terbaik di awal tahun 2016. Penginokulasian dijalankan pada spesies liar iaitu A.malaccensis lamk dan pokok gaharu yang ditanam dikalangan spesies A.Crassna, A.sub-intergra dan sebilangan kecilnya A.Agallocha roxb.

“ Isk, bukan payah proses cecair pembentukan tu, boleh proses sendiri..” itu lah ayat selalu didengari daripada manusia yang tak mempunyai walaupun 1 pokok gaharu. Jika senang memproses cecair ini, pengiat-pengiat terdahulu telah memperolehi kejayaan malah sudah pasti pengiat-pengiat terdahului jadi JUTAWAN dan sekarang ini pun, masih ramai pengiat-pengiat gunapakai cecair pembentukan yang di inport daripada Negara jiran. Kalau 1 pokok pun tiada, tak payah nak cakap besar, benda ini senang, kikikiki.. di ajukan soalan, apa yang berada didalam pokok gaharu..? tu soalan mudah dan pasti si cakap besar ini tak dapat bagi jawapan.
Dari fizik, Biologi, biokimia, Patologi, terpenoid apa itu oleoresin, nano, micro, bacteria fungus dan pelbagai-bagai logi logi lagi, aku pun kurang faham.. kikikiki.. main tibia jer. Tetapi, itu lah antaranya yang wajip difahami, wajip dikaji sebelum mencipta formula memproses cecair pembentukan gaharu, bukan main hentam jer brother..!!!. Kalau cakap pada pokok, kau cakap nama binatang pun, tiada masalah, jika perkara ini kau cakap dengan pengiat-pengiat gaharu, pasti kau akan di malukan akibat ayat-ayat bodoh kau tu. Apa benda ilmu sekali pun tiada datang secara pintas, semuanya wajip kena belajar, kena jalankan kajian untuk mencipta reka sesesuatu benda. Mengapa, bagaimana dan cara membaik pulih adalah masalah bergini wajip akan timbul sebagai masalah.
“Isk.. bukannya payah proses cecair pembentukan tu..”  ayat-ayat dari suara-suara sumbang ini, memberi saya ideal meneruskan catatan terbaru ketiga bulan. Sekiurang-kurang ada yang memahami, bukan semua perkara boleh di anggap senang, dan bukan semua perkara tidak mustahil kita boleh usahakan sehingga berjaya. Jika tidak mengetahuian apa, tak pernah lihat rupa gaharu, pokok gaharu pun tak dikenali dan tidak pernah alami kerja penginokulasian, terbaiknya, kita diam, biar dikatakan bodoh, daripada terlepas percakapan bodoh.. kikikikiki.. walaupun apa-apa pun, Thanks You All.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan