Isnin, 23 Januari 2012

GAHARU .. Disitu Langit Ku Junjung.


Bab ini sepatutnya tak boleh di catatkan .. dari hemat saya .. tentu ada dikalangan pengedar cecair ini naik muak dengan catatan saya ini... Saya peduli apa .. lantaklah mereka nak kata apa apa pun.. Saya memang mengetahui cecair edar itu bukan ciptaan mereka .. tetapi di bawa masuk dari Negara jiran.. kalau bergitu .. hahahaha .. tak hebat mana lah mereka.. tapi hairan juga mengapa masih tetap mengaku cecair yang di edarkan tu ..Hakmilik  ciptaan mereka..?.


Saya memihak 100% di sebelah pengusaha ladang  dan para pelaburan industri gaharu .. puncanya utamanya  .. Saya ada lah pengusaha ladang, pemilik pokok , pelabur serta ada pelan untuk membina kilang prosesan minyak ..  Yang menjadi pengedar cecair pengalak resin .. 100% saya tidak mempercayai.. maaf boss.. bukan sekali kena tipu .. tapi beberapa kali dan oleh beberapa orang .. hahahaha .. silap saya juga .. mudah mempercayai.. dalam dok berhati hati .. kena juga .. Ya lah .. mereka pamerkan contoh resin bergred AAA .. kata mereka tempoh rawatan 10 bulan .. last last .. bila rawatan di lakukan .. tempoh 10 bulan .. tiada kesan jainan resin terjadi .. yang nampaknya .. sedahan demi  sedahan pokok gaharu saya .. patah .. akhir .. dengan batang batang tersungkur ke bumi.


Pada awal tahun 2008 .. Saya temui satu Cecair pengalak resin .. membeli dari player gaharu yang berpengelaman .. 1 liter di jual dengan harga RM1,500.00 .. Masya allah .. mahalnya. Kalau tak berani mencuba .. bererti mengaku kalah awal awal .. Korek duit, terus beli .. inokulan saya jalankan sendiri untuk menjimatkan kos .. Setelah 1 bulan pokok gaharu dirawat .. Kesan jalinan mula kelihatan hanya sedikit, tetapi dos vaksin telah di ubah... mungkin mereka mahu untung besar agaknya.


Saya tetap menanti dengan kesabaran untuk test jalinan resin yang pertama .. tempoh 3 bulan .. jalinan resinnya boleh dikatakan baik.. Di sinilah bermula saya upgrade cecair pengalak resin setiap kali membelinya, tujuannya untuk keserasian berkesanan cecair itu pada pokok gaharu local. Hampir 2 tahun saya tetap mengkaji bahan bahan larut yang terkandung di dalam cecair yang di namakan cecair pengalak resin ini... bagaimana caranya menghasilkan formulanya, Dos,  memperolehi bahan bahan untuk proses mencipta cecair vaksin.

Saya fokuskan mencipta vaksin untuk semua spesis local dan spesis yang dibawa masuk ke negara kita.. Untuk mendapat bahan bahan perlarutan pembiakan bakteria .. bukannya mudah dari apa yang saya jangkakan.. kaji mengkaji harus di teruskan .. bahan bahan apa boleh di gunakan bagi proses vaksin, yang tiada mengandungi racun, tanpa membahayakan kesihatan manusia. Akhirnya bermulalah era baru .. setelah mendapat tunjuk ajar dari player player berpengelaman luas dari luar negara, yang mempunyai ladang gaharu sendiri, pencipta vaksin untuk kergunaannya sendiri dan status bergelar jutawan di Negaranya..Tapi bukan tunjuk ajar 100% .. cuma penerangan bagaimana asas mencipta vaksin ... TQ Brother.

Saya akui formula vaksin ini  saya ciplak secara sah serta tunjuk ajar dari mereka, Cuma 100% bahan bahan  kandungan , Dos dan formula yang saya gunakan untuk pemprosesan cecair vaksin adalah bahan bahan yang terdapat di negara kita... tetapi bukan senang untuk memperolehi bahan bahan ini,  terpaksa mengumpul satu persatu .. peringkat pertama ..setiap satu bahan di peram secara asing mengikut tempoh yang telah ditetapkan.. Peringkat kedua .. Formula .. memastikan sukatan yang betul, Dos tepat..  semasa pemeraman ianya wajip dijaga dengan teliti, untuk kerutamaannya memastikan bakteria betul betul aktif didalam tempoh pemeraman.

Dari pada hanya melihat para inokulan semasa menjalankan injections, dari sinilah saya upgrade teknik inokulan mengikut faktor serta logik mengikut kajian saya. Walaupun pelbagai teknik yang diperkenalkan .. saya tetap amalkan teknik yang bagi nama IAISS & Close, teknik asal yang telah menghasikan resin sejumlah yang banyak serta cepat. Pada hujung tahun 2008 .. kali pertama  vaksin ciptaan saya, di tuangkan pada pokok gaharu hak milik saya sendiri sebagai percubaan dan bersedia  menghadapi sebarang risiko.


 Banyak tawaran ditawarkan yang di ajukan oleh para pengedar vaksin dengan harga termurah dan ada juga yang bersuara dengan berkata .. “ tak payah bersusah cipta vaksin.. boss tak payah fikir .. beli hak kami jer.. pasti berkesan .. kalau  selalu beli .. kami boleh bagi harga termurah ..” . Ketika saya ajukan soalan bergini tergaru garu pulak mereka ..” saya boleh beli .. jika kamu semua, buktikan hasilnya, pokok telah di rawatan , berapa jumlah hasil telah kamu jual dan di manakah ladang inokulan yang kamu rawat sendiri ..” hahahahaha .. ini lah yang sukar mereka nak buktikan.

Saya bukan ego .. sombong dan bangga dengan hasil vaksin ciptaan saya.. tetapi sebagai pengusaha yang 100% berurusniaga di bidang gaharu .. saya mahukan yang terbaik. Tiap tiap hari dok hadap, dok peluk batang pokok gaharu .. mereka Cuma jual vaksin .. lepas tu menghilang entah kemana, tiada sifat bertanggungjawab .. tiada erti belas kasihan langsung pada pengusaha seperti kita.. mereka Cuma mahukan duit segera, rela menipu mengurangkan dos vaksin, untuk mengaut untung lebih.. yang kita ini bergelar pengusaha .. terpaksa ikat perut menanti 4 tahun tempoh matang resin dari pokok gaharu yang di rawat dengan vaksin yang mereka edarkan.. Ini lah akibatnya mengapa Kelantan Keridor Depu .. terus malap... 


 Ini bukan pendedahan yang saya ada adakan .. realiti .. cerita dari penglihatan yang pernah di lihat dan di alami sendiri.. Tiap tahun pengedar vaksin ini .. tukar kereta dari pada Kancil , bila dah terjumpa .. setidak tidaknya , berjam tangan rolex , kenderaan 4x4 .Hilex, MPV berkereta mewah.. jika mereka bualkan, kenderaan yang baru di beli dari hasil jual gaharu yang di rawat .. itu adalah perbohongan.. dari apa yang saya kaji serta selidik player gaharu di malaysia .. tiada satu lagi, yang dapat menuaikan hasil gaharu dari pokok yang mereka rawat serta kilang kilang pemprosesan minyak mereka dan operasi .. ini juga perbohongan .. dari 10 buah kilang prosesan minyak .. kesemuanya tergendala operasinya .. kerana bahan bekalan  bahan atau kayu minyak bergitu sukar untuk didapati.


 Saya bukan mengutuk .. sorry. Para pengusaha wajip tahu permasalahannya, buruk dan baik bila mula berjinak dibidang ini .. ilmu tiada datang dengan sendiri , jika tiada di cari atau di timba dari orang yang berpengelaman.. saya akui , saya masih cetek dengan ilmu kergaharuan tapi terus menerus berusaha menimba ilmu setiap masa dan bergitu juga vaksin ciptaan saya .. saya tetap upgrade dari masa kesemasa.. untuk lebih terbaik, bila saya kenal pasti ada lagi bahan bahan yang lain boleh dicampur dengan vaksin yang dicipta... Yang pentingnya .. Vaksin ini lebih berkesan, cepat penyerapan , menghasilkan resin terbaik, bebas dari bahan toksik beracun .. 100% selamat di gunapakai pada semua spesis pokok gaharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan