Khamis, 19 Januari 2012

JADI JUTAWAN ...? Tergaru garu ..!!!

‘ Hahahaha.. Jadi Jutawan .. tak ada harapan, tak payah lah dok angan angan mat jenin .. tiada jalannya .. kalau dalam poket sentiasa dok ada 50 sen .. dok kadar nie, jer lah kita .. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ... “  kata salah orang kawan.. betul kah bergitu .. tiada harapan..?.


Saya imbas kembali kisah yang berlaku pada setiap manusia ,kawan yang telah saya kenali dan yang pernah saya sendiri alami .. Semuanya berpunca kertas bergambar Agong yang bernyawa ini . Ketika kita dalam kemewahan .. ramailah sahabat handai, kaum kerabat .. rela duduk dibawah dagu kita .. walaupun, ada kala kita berbohong .. mereka tetap mengatakan ya.. Semua kita lakukan .. tetap di katakan betul.. besarnya kuasa kertas bergambar Agong ini. 

Kerana kertas ini juga .. adik beradik saling dengki mengdengki, iri hati antara satu dengan lain, sampai ibu bapa pun sanggup di lupai , lagi mewah lagi menyombong... si miskin minta pertolongan pada si saudara yang kaya .. jangan harap .. semasa kecil kita  adik beradik .. bila dah merasa senang .. semua dah di lupainya .. ini lah peranan besar kertas bergambar yang tetap berharga, dikejar, pecah amanah, tipu menipu, rela merompak , berjaga siang malam , pelbagai skim, sistem di reka untuk mendapatnya.. tak dikira jalan mana di ambil .. janji cita cita untuk berduit .. tercapai... hebatnya kuasa kertas bergambar agong ini.


Tahun 2000 Saya fokus serta tagged 14 -1 6 tahun lagi cita cita saya akan tercapai .. jadi jutawan tu .. tak lah, tetapi hampir ke arah itu.. Hanya satu jalan, perniagaan di bidang industri gaharu .. untuk  mencapai cita cita saya... Bagaimana caranya saya urus dan lakukan , sampai boleh saya berikan tagged sedemikian..?

“ Ketika Hawa mencari Adam di bumi,  .. Air Mata hawa, jatuh ke bumi, dari Air Mata nya.. Allah jadikan , hidupkan pelbagai bagai tumbuh Tumbuhan emas hitam berbau wangi, pasir pasir keemasan, bungaan , batu batu bercahaya pelbagai bagai warna berselerakan di atas bumi  ..”  saya petik catatan di temui dalami kitab Tua  dan ketika seusia remaja pernah di bagitahu oleh orang orang tua “ jika memjumpai Teras Gaharu .. orang tu bertuah akan menjadi kaya raya.”.  Ini lah semuanya punca utama mengapa saya menceburi bidang kergaharuan.


Sekarang dah masuk 2012... tempoh tagged saya semakin hampir .. 4 – 6 tahun lagi .. berjaya atau tidak..? Jika mengikut apa yang telah dilakukan dari masa kesemasa .. kerjayaan  semakin hampir .. insya allah. Pokok pokok gaharu yang ditanam dan pokok pokok gaharu liar yang di rawatan sudah hampir matang berjumlah beratusan pokok, yang siap sedia untuk di tuai antara 4 dan 6 tahun akan datang... mengambarkan kerjayaan 50% sudah menjadi hak milik saya, seteah mengalami pelbagai bagai dugaan, cabaran, cemuhan , sindiran dari masyarakat yang tiada mengakui bahawanya gaharu dapat memberikan kemewahan.


“ Mana bukti .. siapa yang dah kaya .. jual gaharu . siapa pembeli nya..?”. Ini adalah pertanyaan yang sering di ajukan oleh segelintir masyarakat. Giliran saya pula nak ajukan pertanyaan .. “ adakah anda mahu mengheboh hebohkan bagaimana punca anda mendapat kemewahan.. sebagai  seorang bergelaran perniaga .. ada kah anda mendedahkan siapa kah buyer, asal dari mana.. di manakah .. pembekalan gaharu gaharu didapati, yang bertambun tambun  di jual di Mekah, Arab saudi semasa musin haji, tahukah anda .. berapa sebotol minyak asli gaharu. Berapa nilainya 1 kg gaharu...? jika anda dapat menjawab soalan ini .. Anda tidak akan berfikir berkali kali .. anda terus melabur wang anda pada industri gaharu.

Jika anda masih ragu dengan apa yang saya catatan .. luangkan masa anda .. tanggung kos perjalanan, ikut serta bersama saya .. saya akan membawa anda melawat, ladang ladang gaharu, kilang tercanggih pemprosesan minyak di seluruh Negara Asia tenggara.., lihat dengan mata sendiri .. bagaimana jutawan jutawan gaharu di luar Negara , mengaut wang setiap bulan.. beratusan ribuan dolar setiap bulan dari hasil gaharu yang mereka usahakan secara rawatan.


Bila sebut soal duit .. contohnya .. bila ada pembayaran dari sesorang.. sesiapa pun mula mahu cepat kan..? tanpa mengira waktu .. pukul 3 pagi sanggup keluar rumah... itu lah hebatnya peranan duit. Untuk dapatkan secara senang, tanpa kerja, tanpa ada usaha .. ianya tak mungkin. Dari apa yang saya kaji tentang semua pelaburan yang di reka, mengikut sistem pembankan .. untuk mendapat faedah besar dari pelaburan sedemikian  memang tiada.. ianya juga memakan masa serta memerlukan modal yang amat besar.. “ besarkah yang diperlukan keluarkan untuk melabur di industri gaharu .. anda bandingkan sendiri daripada contoh yang saya akan berikan.

Kos kos yang dinyatakan ini bukan rekaan , tetapi dari pengelaman kami.. Cuma ..kami melabur rawatan pokok berukuran 200CM, kos modal yang di keluarkan RM3,600.00 tanpa ada caj tersembunyi.. dari ukuran pokok 200CM ini, jumlah anggaran tuaian 4 tahun akan datang ,sejumlah 45kg resin sebelum di kira perca kayu untuk di proses minyak. Dari 45kg resin, ( Cuma di niai bergred E berharga RM3,000.00 p/kg ) hasil dari jualan RM135,000.00 .. hanya 200CM ukuran lilitan.. kayu perca yang di carving .. masih ada nilainya.. dapatlah faedah pelaburan anda dibank sejumlah itu dengan angka pelaburan RM3,600.00 selama 4 tahun..?  mana lebih besar keuntungan melabur di bank dengan melabur di industri gaharu ..? fikir, kaji, fikir serta cari ilmu tentang kergunaan bahan bahan dari gaharu.


Mengapa .. tergaru garu .. mahu jadi Jutawan .. tiada yang mustahir.. jika 1,000Cm anda mampu keluarkan kos pelaburan ( Cuma RM18,000.00 ) anda sudah memiliki pulangan pelabur RM 600,000.00 dari jualan tuaian resin gaharu anda.. Cuma 200kg berged E..  saya hanya mengira gred E, tetapi jika resin gaharu anda mengeluarkan gred double super .. berharga RM20,000.00 – RM30,000.00 p/kg ..  anda tak tergaru garu lagi .. sah anda mampu jadi JUTAWAN.


Jika anda berkata .. “ Yer ker .. tak percaya lah “. Cuba fikir dari apa yang telah kami lakukan .. dan mengapa kami sanggup dan berani mengeluarkan kos pelaburan lebih RM500,000.00 dari tahun 2008 sehingga 2012 ini.. dan masih lagi berterusan mengeluarkan modal untuk pertambahan asset  ditambah setiap minggu ..? Siapa yang tak sayang duit, sekiranya pelaburan itu tiada dapat memberikan pulangan.. kami masih normal.. masih berfikiran waras .., jika pelaburan ini tak pasti pulangan untung  .. lebih baik kami habiskan duit sejumlah itu di jalan yang lain.


Jika dikira sejumlah itu lebih kecil, dibandingkan dengan pelabur yang telah lama menglibatkan diri di bidang kergaharuan . Di negara Thailand, Vietnam, kemboja, myarmar dan india .. mereka semua memdahului negara kita.. pelaburan yang mereka peruntukkan untuk lR&D sahaja berpuluhan ribu .. mengapa mereka berani ..? Kerana hasil yang berganda akan mereka perolehi setiap kali jualan resin gaharu dan juga permintaan terus meningkat dari setahun ke setahun .. Mereka berani menghadapi cabaran, berani mengeluarkan modal, berani menghadapi risiko ..  bukannya berangan, berhujah serta sempit fikiran .. tetapi mereka lakukan dalam diam diam.. sebab itulah mereka menikmati kejayaan awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan