Sabtu, 21 April 2012

Vaksin GF AisMicro.


Asalamulaikum dan selamat sejahtera pada  para para pengikut Blog gold forest ..Sudah kian lama papan kekunci ini tiada di ketuk dan blog gold-forest R&D Gaharu tiada sempat di Up. Terlalu sibuk dengan axtiviti harian inokulan  yang agak padat dari awal bulan january hingga bulan april .. Terlalu banyak perkara tentang gaharu terkumpul di dalam benak fikiran, jika tiada di catatkan .. sudah tentu kepala jadi serabut.

                                        Tempoh 64 hari rawatan ( Vaksin GF AisMicro )

Ideal penulisan cerita hal gaharu tiada pernah tamat, tetap ada penemuan terbaru dari kajian, cara kerbetulan ,  dengan cara mencari dan melalui cerita dari para para player gaharu. Walaupun pada asasnya .. teknik yang sama di gunakan untuk penghasilan gaharu .. drill dan tuang vaksin .. tetapi .. penghasilan resin antara satu pokok lain ada perbezaannya.. Drill tetap memainkan peranan utama mendrill pokok gaharu dan yang paling penting bidang penghasilan gaharu ... Vaksin...?


Awal penglibatan saya di bidang gaharu .. tiada punca ilmu serta maklumat tepat di perolehi, semua nya terpaksa mengerah keringat sendiri .. para para player gaharu pula hanya menjadi orang tengah memasarkan gaharu gaharu yang di perolehi dari hunter gaharu. Ada juga yang sanggup menjadi Ali Baba, membawa masuk para para pendatang asing, di hantar ke hutan belantara  tujuan mencari gaharu semulajadi... Akibatnya . pokok pokok gaharu hutan hampir pupus di kerjakan oleh mereka ini.

Dari setiap tahun .. Era gaharu bangkit .. sampai penghujung tahun terus jatuh pulak .. entah berapa kali bangkit dan entah berapa kali jatuh..  tapi ada baik nya .. sekurang kurang ianya senantiasa di ingat, ada juga pihak pihak prihatin .. menilai , beri semangat serta bantuan modal untuk membangkit semangat, keazaman dan ada cita cita para petani menanam serta boleh berkata .. untung sabut timbul, untung batu tengelam.. hehehehe.

                                     Tempoh 14 hari selepas rawatan ( Vaksin AisMiro )

Tetapi Era tahun 2012 .. Tahun amat amat mengembirakan kami di Gold-Forest R&D Gaharu, penemuan terhebat didalam sejarah R&D vaksin ciptaan kami. Bukan kami memdabik dada mengatakan kami yang terbaik .. tetapi ini ada realiti bagi kami dan berita yang amat mengembirakan para pelabur inokulan, yang berurusan dengan kami .. sama sama akan dapat merasai , serta berpeluang mengunakan cecair pengalak resin ciptaan kami pada pokok gaharu liar dan pokok pokok yang mereka beli melalui kami.

Kemampuan serta berkesanan Vaksin ini telah terbukti .. jika di bandingkan jalinan resin melalui vaksin vaksin yang di import sebelum ini .. ianya bergitu jauh perbezaan .. cepat menyerap, Dos yang stabil, 100% bebas dari bahan kimia .. ramuan adalah dari bahan tumbuhan, serta bahan bahan yang bersih dan terpilih .. ianya tetap keadah Nanoteknologi .. dan kami nama kan vaksin ciptaan kami 100% ini .. GF AisMicro .


Jika nak dapatkan sagu .. ruyung wajip di pecahkan .. itu lah kami di Gold-Forest R&D Gaharu .. tiada mahu meninggi diri .. sekadar berusaha untuk mahukan yang terbaik di bidang ciptaan, inokulan serta penghasilan resin pada pokok gaharu secara betul betul pantas. Walaupun kami sedar selama ini .. bergitu lama mengambil masa mencipta vaksin .. kerana kesabaran, kersungguhan dan rela laburkan wang ringgit semata mata minat bergitu mendalam pada industri gaharu.

Setiap kali inokulan di jalankan , kajian teknik inokulan di perbarui bergitu juga bahan campuran vaksin di upgrade kan .. untuk menilai dos vaksin mana yang paling cepat berkesan.. tujuan kajian ini di lakukan tiada bertujuan lain .. untuk mempercepatkan tuaian .. Kami tiada mahu mengira kos yang terpaksa di keluarkan .. janji keputusan terbaik yang di utamakan.. Dos Vaksin mana yang terbaik .. itu vaksin yang akan di kongsi bersama sama para para pelabur, penanam kontrak, para pembeli serta para para pengusaha yang berurusan dengan pihak Gold-Forest R&D Gaharu.

Sebagai urusniaga inokulan pihak kami tiada berkali kali ada niat vaksin ciptaan kami di niagakan, ianya tetap menjadi ciptaan terpelihara .. Vaksin cipta Gold-Forest di niagakan bersama sama khidmat inokulan .. Pihak kami bertanggungjawab penuh , memantau, test resin mana mana pokok gaharu pemilik yang berurusan dengan kami.. dan mahu mengelak sekiranya vaksin ini di urusniaga tentu sebarang permasalahan yang timbul .. iaitu dos nya di tambah atau di campur.
Percubaan dan percubaan yang telah kami lakukan .. sebelum ini , banyak pokok pokok gaharu liar telah kami rawat dengan mengunakan vaksin yang dibeli dari negara jiran .. Keputusannya .. ada pokok menerima tuangan vaksin tersebut .. mengalami stress yang terlampau.. ianya terjadi pada pokok berukuran lilitan 80CM ke bawah.. tetapi bila tuangan pada pokok berukuran 100CM keatas .. kesan injection akan sembuh .. ini membuktikan vaksin yang di import ini .. tiada memberikan stress pada pokok berukuran ini.

                                    Tempoh 18 bulan Vaksin import yg di upgrade

Ada banyak kermusykilan yang bermain di benak fikiran saya tentang vaksin import ini .. kermungkin besar , sebelum di pasarkan .. dos telah di kurangkan untuk mendapat keuntungan yang lebih atau ianya di lakukan oleh para para pengedar, ejen ejen pengeluar vaksin ini. Atau kemungkinan juga vaksin ini tiada serasi , kurang memberi kesan pada pokok pokok gaharu liar yang tumbuh di muka bumi Malaysia  atau teknik teknik inokulan ada perbezaan dengan para inokulan negara jiran.
Sebagai pengusaha di bidang ini .. kami mahukan kerpuasan, kersempurnaan dan mahu lebih berjaya dari hari hari sebelumnya .. walaupun pada asasnya kami dah boleh tersenyum, sudah boleh di cap berjaya .. tetapi .. kepuasan hakiki belum lagi dapat menceriakan hati kami .. Saya sebagai pengasas Gold-Forest R&D Gaharu dan orang yang bertanggungjawab mencipta Vaksin GF AisMicro .. Dari suara hati saya luahkan .. saya masih mengkaji bahan bahan lain untuk mengupgradekan vaksin khas untuk para para pengusaha di Malaysia.

                                     Tempoh rawatan 3 bulan ( Vaksin GF AisMicro )

Saya amat amat berterima kasih pada semua Staff staff, Para para pengusaha, Para para Pelabur, pemilik pemilik pokok ,semua Ahli ROYAL AGARWOOD oup, Gold-Forest R&D Gaharu di Facebook dan orang orang perseorangan yang senantiasa memberi semangat jitu pada saya untuk memamtapkan lagi Vaksin Ciptaan Saya .. Tanpa Anda , siapa lah Saya.. TQ You All.
W.salam.

2 ulasan:

  1. di mana boleh saya dapat vaksin ini.tq

    BalasPadam
  2. Dapat Khidmat kami, pihak tuan dapat mencuba vaksin ciptaan kami, Vaksin nie tiada dipasarkan dan di jual secara runcit.

    BalasPadam