Rabu, 18 Januari 2012

Nano Teknologi dan Pokok Gaharu ..!!!

Sebagai peniaga bebas tanpa terikat mana mana pihak .. kami gemar melakukan kajian, bagaimana penghasilan gaharu terbaik, melalui rawatan teknologi Inokulan .. tetapi,  tidak mahu melibatkan kos yang besar..  bergitu juga masa yang diperuntukkan penghasilan dengan masa yang singkat. Walaupun ada ketikanya tabung kami menunjukan angka zero .. semua itu adalah cabaran, dugaan yang wajib di tempuhi untuk menjadikan kita tabah serta sabar sebagai usahawan industri gaharu.


Saya tak gemar .. menyiarkan imej imej jika ianya bukan hak milik  kajian kami, Imej imej  gold-forest R&D Gaharu uploud di blog dan di laman Facebook semua hasil dari penyelidikkan kami sendiri, Pihak kami memang tidak suka  memburuk burukan  group group gaharu lain, tidak membuat komen apa apa tentang hasil gaharu dari inokulan yang mereka jalankan... Bagi kami, mereka bebas lakukan teknik aoa apa pun, memang kami mengetahuinya .. mereka juga mahu yang terbaik serta berusaha menghasilkan gaharu teknologi yang betul berkualiti tinggi.

Bila kita mula menanam gaharu .. jangan sekali kali berangan angan pokok yang di tanam dapat menghasilkan resin nya secara semulajadi.. jika anda berkata boleh .. tunggu lah  sampai ke anak cucu , ianya tak akan berhasil. Selagi pokok yang anda tanam subur, dibaja atau di belai setiap masa .. lupakan lah angan angan anda, pokok gaharu anda , tidak dapat menghasilkan resin secara bergitu. Tapi ada juga yang menanam tanpa mengkaji secara terpenrici, menaman bila mendengar dari cakap cakap, desas desus dan iklan mengatakan tanam gaharu boleh jadi jutawan.


Jika ada mengetahui dan memahami bahawasanya .. tanam gaharu, hanya satu kaedah yaang mampu menghasilkan resin adalah melalui teknologi rawatan .. ini lah yang terbaik .. satu keputusan yang bijak. Yang paling utama sebelum memulakan project tanaman, anda harus kenal pasti teknik rawatan serta vaksin mana kah, yang mampu menghasilkan resin pada pokok anda dan anda juga harus tahu berapa anggaran kos untuk merawatnya, tempoh matang .  Bergitu juga dengan perancangan hala tuju ladang gaharu anda. Mampukah anda mengeluarkan kos rawatan .. ? jika tiada mampu .. anda boleh lakukan usahasama atau menjual pokok pokok yang siap sedia untuk di rawat secara lot.

Daripada pengelaman kami di gold-forest R&D gaharu .. Sais pokok  berukuran lilit 40 CM ( 15 ½ inci ) sudah boleh dirawat dan dapat menghasilkan resin berkualiti tinggi. Jika dikira pokok berukuran ini hanya berusia 3 ½ tahun ( baka kultur tisu ). Pokok tumbuh liar yang bersais ini berusia 7 tahun, tumbesaran agak lewat jika dibandingkan dengan beneh kultur tisu. Kelebihan baka kultur tisu jangan dipandang ringan .. ianya boleh memulangkan hasil pelaburan amat  cepat dan resin tetap ada nilainya dipasaran antarabangsa.


Satu satu nya teknologi di perkenalkan dengan jayanya bagi penghasilan resin pada pokok gaharu iaitu teknologi Nano ,Tiada teknologi lain yang lebih hebat dari ini. Jika di kra banyak teknik teknik di cuba bagi penghasilan resin, tapi hasilnya Cuma boleh dijadikan kayu minyak sahaja. Teknologi Nano berupaya menghasilkan kedua dua kayu minyak dan resin berbentuk teras dengan jumlah yang banyak serta tetap berkualiti. Teknik  rawatan IAISS atau Injections Allergic Inoculation Stress Strain & Close, di gunapakai merebak bergitu pantas di seluruh asia tenggara, pada asalnya ia dikenali ASS ( Allergic  Stress Strain ) iaitu teknik rawatan tebukan tanpa penutup dan ,manakala tekinik rawatan IAISS & close baru diperkenalkan pada awal tahun 2009 tetapi tetap menggunakan cecair yang di hasilkan melalui teknologi Nano.


Teknologi Nano tetap di gunapakai oleh para para inokulan yang mengamalkan teknik teknik sendiri . antara teknik pernah ditemui :-
1.       Menyapu Vaksin dibatang setelah kulitnya di sepat
2.       Pengantungan Vaksin tebukan satu lubang
3.       Teknik tebukan  sekeliling tanpa penutup
4.       Dan Tabungan Vaksin di letak pada akar

 Wwalaupun apa teknik atau keadah sekalipun .. semuanya tak mungkin dapat mengelak dari menggunakan Teknologi Nano bagi tujuan penghasilan Resin Gaharu secara cepat. Jika ada yang mengaku tiada mengamalkan teknologi nano untuk penghasilan Resin gaharu .. itu adalah satu pembohongan. Para para pengkaji telah membuktikan Teknologi ini lah yang berupaya menghasilkan resin gaharu pada semua spesis gaharu yang tumbuh di asia tenggara.


“ Cecair Vaksin yang di gunapakai pada pokok spesis Sub-Intergra, ada keserasian  boleh digunapakai pada spesis local iaitu Malaccensis Lamk”  Adakah betul .. dengan pendapat ini ..?.Bertahun tahun kami jalankan rawatan, menggunakan vaksin yang pernah digunapakai pada Sub-Interga, setiap 3 bulan test jalinan resin kami lakukan .. keputusan boleh dikatakan memuaskan, berjaya.. tapi jauh dari yang kami apa yang kami harapkan. Dalam percubaan kedua .. kami tambahkan satu bahan lagi , tujuannya mahu menentukan tindakbalas vaksin lebih berkesan, bila test jalinan resin dilakukan .. ada perningkatan jalinan resin 20% dari vaksin yang  di upgrade. 

Tidak kerpuasan hati timbul dihati kami.. pada penghujung tahun 2009 bermulalah kajian baru kami tentang meciptaan vaksin sendiri, lebih lagi kantung kami semakin susut , sering membeli vaksin beratusan liter setiap 6 bulan sekali dari luar negara, yang  semakin hari semakin sukar untuk diperolehi yang betul berkualiti serta tetapan Dos. Dengan lerkecawaan ini lah .. terhasilah vaksin ciptaan sendiri .. ujian tindakbalas mula dijalankan pada pokok gaharu spesis Local malaccesis Lamk dan juga Sub Intergra dan Crassna.


Dari tempoh inilah  setelah test jalinan resin mencapai keputusan terbaik.. Gold-Forest R&D Gaharu mengunakan 100% vaksin ciptaan sendiri dan bahan bahan  ramuan vaksin tersebut sama seperti vaksin yang di import dan tetap mengamalkan Nano teknologi dengan dos yang betul betul ada keserasian pada  malaccesis serta boleh di gunapakai semua spesis gaharu.  Huraiannya .. teknologi Nano tiada bileh dipandang ringan, ianya adalah penyumbang  penting bagi penghasilan resin pada pokok gaharu.. tanpa teknologi ini .. industri gaharu akan terus malap, ianya merupakan satu satunya jalan penghasilan gaharu melalui teknologi terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan