Selasa, 10 Januari 2012

GAHARU... .Siapa yang terbaik ..?

Dalam kes kutuk mengutuk ini, memang suka,  dia lah paling terbaik,  pandai, cerdik dan memdabik dada mengaku dia  paling berjaya daripada semua para para inokulan di seluruh Asia tenggara ... Betul ker...?  Vaksin ciptaannya dan teknik inokulasi nya terhebat, Dan.. Dia lah orang yang paling berjaya daripada semua kalangan group gaharu di Malaysia.. ini lah catatan di blog nya, padahal hasil kajiannya  bertahun tahun tidak di UP, imej usang serta catatan berkarat , yang sudah berkurun dok ditahaf yang sama serta tiada apa apa perkembangan yang terkini.

Soal bisnes ... tektik cari makan tiada salah, tetapi dengan jalan yang tidak diredhai Allah, suka memburukkan orang lain, pembohongi faktor serta pelbagai  tektik kotor tujuan mahu menunjolkan, kerpentingan  diri sendiri, agar nampak  hebat sebagai inokulan telah berjaya, rela menjatuhkan terang terang  saingannya  , janj.. poketnya terus berisi. Tanpa mahu mengaku segala ilmu serta kerjaya yang amalkannya sebelum ini diperolehi , di ciplak atas bantuan ikhsan player gaharu lain.. kawan yang membantu selama ini pun, di tikam dari belakang.... Ingat pada Tuhan ..Kawan. Hasil yang kamu dapat dari perbuatan bergitu .. adalah hasil yang haram.

Satu pertanyaan ,,, terjawab kah kamu di  ahkirat kelak .. bila kamu di soal .. “ Bagaimana cara nya  dan dari mana hasil kekayaan yang perolehi..?” jawab wahai kawan... Lagi .. “ mengapa kau yakin, yang engkau mampu menghasilkan sesuatu .. wahai manusia.. tidak kau tahu setiap kejadian itu dari hikmah KU.. mengapa kau sanggup berkata bohong, padahal itu bukan hak yang milik engkau ..” terjawab kah pertanyaan bergitu .. wahai kawan.

Para Inokulasi
Setiap seorang atau satu group inokulan di Malaysa .. semua terbaik.. tiada satu pun yang tidak terbaik. Untuk menghasilkan resin pada pokok gaharu adalah perkara mudah tetapi sukar. Jangan sesekali mendabik dada  mengatakan cuma teknik  aku sahaja yang berjaya... ingat akan Tuhan .. kawan. Kita Cuma berusaha ,, segala ganjaran dari Allah... Allah jua yang menentukan segala galanya.

Terus terang Saya mengakui .. Saya pernah bergabung dengan Gaharu Nanotech, telah bersama sama melakukan rawatan serta pernah menggunakan Vaksin yang sama , sebelum saya cipta vaksin sendiri.. Saya juga pernah membantu nanotech mengurus pembelian pokok.. Teknik teknik inokulan nanotech .. adalah salah teknik terbaik di ketika ini .. teknik teknik inokulan nanotech serta sebagaimana teknik lain yang digunapakai di Malaysia diciplak dari negara jiran, Satu teknik telah di akui oleh seluruh negara asia tenggara.. Teknik tebukan sekeliling batang hingga kedahan adalah satu teknik yang mampu menghasilkan resin berkualiti besar.

Walaupun banyak teknik teknik baru diperkenalkan .. tetapi .. cuba anda bertanya, dimanakah ladang kajian mereka, boleh kah mahu melihat test resin dari pokok yang mereka rawat., dimana lokasi pokok, contoh jalinan resin yang mereka pamerkan...? Bagaimana bauan , warna serta ramuan vaksin mereka itu..? Jika mereka beri jawapan .. “ vaksin diproses dari buah buahan atau Nano ..” Sah lah vaksin yang guna itu di beli dari nanotech..  jika ramuan dari buah buahan serta mereka mengatakan proses melalui micro ... vaksin itu adalah Nano .. Melukut halus atau baktiar halus  ( NANO bahasa dipetk dari yunani tua .. bererti halus ) berada didalam kandungan vaksin tersebut.. Tiada feadahnya menuduh vaksin serta inokulasi  nanotech tiada berjaya menghasilkan resin .. kalau tiada berjaya.. mengapa membeli beratus liter  vaksin dari nanotech.. jangan jadi dimulut manis  tetapi , diperut masam..!!!

Sekiranya berfikiran logik sendiri .. mengatakan teknik inokulan 1 lubang berjaya. lakukan. buktikan, apa susah susah nak burukkan Nanotech.. Saya akui Staff nanotech rajin, saya pun pernah mendapat khidmat dari staff nanotech dan malah pernah berkerja dengan saya secara sambilan, mereka rela memanjat berpuluh kaki bagi tujuan mahu resin gaharu terhasil dengan jumlah yang banyak ..    Saya tak pernah irihati pada Nanotech, bagi saya mereka juga salah satu groud terbaik.. saya menghormati serta berterima kasih kerana sudi berkerjasama dan mahu bertukar fikiran tentang teknik inokulasi, serta mereima pandangan, teguran dari saya.

Manakala vaksin yang nanotech guna untuk rawatan di perolehi dari negara jiran, jika para inokulasi lain juga menggunakan vaksin yang sama .. bererti  nanotech dan mereka adalah group yang sama.. ia itu menggunakan vaksin import .. bukan ciptaan sendiri... tiada gunalah memburuk burukkan nanotech.. cuba perbezaannya .. nanotech menjalankan rawatan teknik banyak lubang.. teknik yang digunapakai oleh inokulasi di seluruh asia tenggara.. teknik yang telah di akui.

 Bila saya membaca blog blog gaharu serta lawati laman website gaharu, kerhairanan timbul dihati saya .. mengapa bergini perangai si bisnes gaharu ini.. saling buruk memburuk antara satu dengan lain, sanggup mengaku dia yang baik dari yang lain.. padahal semuanya hunter gaharu, player geharu yang sama sama mahu penghasilan resin yang berkualiti.. jika ini semua terus berlaku .. semakin suram lah industri gaharu di Malaysia.. group gaharu saling cakar mencakar .. kita semua rugi .. yang untung inokulan dari negara jiran .. terus menerus mengaut duit di Negara kita..

Jika mahu bisnes .. gunakan promosi ikut jalan yang sihat, tiap apa yang dilakukan ada saingan nya .. berfikirlah jalan mana mahu memintas saingan. Banyak caranya jika fikiran, akal serta kemampuan bersatu, bertekad  dengan jalan yang Allah redhai .. kita akan berjaya tanpa memburukkan nama baik saingan kita..Mungkin ada tertanya tanya ...”  apa kena dengan saya .” . ialah menyokong nanotech..

Bagi saya .. yang baik tetap baik .. tiada guna menidak apa yang betul .. saya utamakan siliturrahim sesama group gaharu yang ada, bincang tentang masa depan insdutri gaharu , bagaimana cipta teknik terbaik .  sama sama berkongsi vaksin yang di cipta... jangan ada sifat dengki, irihati serta tiada terlintas di hati mahu memburukkan group inokulan lain.. Cuba pandang kehadapan, hala tuju industri gaharu Negara. Jangan ada sikap mengatakan “ aku yang terbaik dari semua group group gaharu lain..” jika sifat ini ada dalam hati .. tak sampai kemana .. masa depan industri gaharu.

Apa salahnya .. gabungan semua group gaharu di malaysia, cuba membantu bakal bakal pengusaha, pemilik pokok serta pelabur .. terus melabur di industri gaharu .. tentu nya keuntungan akan berpihak kepada gabungan group gaharu. Tiada guna mendirikan kilang proses yang canggih, sekiranya bahan mentah sukar diperolehi .. jika mahu mengharapkan bahan mentah dari pokok gaharu liar .. tak sampai 6 bulan.. kilang tiada dapat operasi.. tentu tiada berbaloi.

Di Negara Asia lain .. antara pengusaha ladang, inokulan serta pecipta vaksin sentiasa bersepakat, sama sama melakukan kajian segala espek tentang formula vaksin, Kultur tisu, baka klon, perladangan dan hal hal yang melibat bahan bahan yang terdapat pada pokok gaharu. Di Malaysia pula group antara group masing masing memburukkan satu dengan yang lain.. Yang terjadi.. anak beneh terpaksa di import,Vaksin di import .. sampaikan baja pun di import..   bla di kira .. tiada satu yang betul original .. semua bahan import.. KITA TERBAIK KER DI BIDANG KERGAHARUAN..  Ini lah yang di katakan USAHAWAN GAHARU MALAYSIA  bersaing sambil sewenang wenangnya memperburukkan antara satu secara ikut suka hati.. tiada tersedar dengan perbuatan bergitu, peminat gaharu sudah menilai segala kelemahan diri kita..?  Renunglah, Pilih jalan mana yang mahu di ikut untuk menjadikan yang terbaik..!!!

1 ulasan: