Isnin, 12 September 2011

Injection dan tanam gaharu

Hari demi hari .. Tanpa disedari kita dah mula sampai ke penghujung tahun 2011 .. jika mengikut jadual .. dah banyak pokok gaharu telah di inokulasi .. Sayangnya tahun ini cuaca tiada bermusin .. kadang kadang hujan menlanda dengan lebat .. musin kemarau dah tiada menentu .. projek untuk inokulasi .. banyak yang terjejas… tapi Alhamdulillah juga .. tagged hampir tercapai .. masih mengharap cuaca panas menjelma .. tunggu keajaiban dari ilahi.

Walaupun bergitu .. cuaca memihak kepada proses penanaman , cuaca juga dapat membantu proses pemulihan anak anak beneh yang telah ditanam .. tetap segar .. mengeluarkan akar akar rambut setiap masa, hingga kan daun daun serta pucuk gaharu yang telah ditanam.. menghijau pekat.. Alhamdulillah di atas rahmat dari Ilahi.

Dari factor factor yang sedemikian .. timbul pelbagai bagai soalan datang nya para para bakal bakal pengusaha, Pemilik Pokok serta tiada berkecuali soalan soalan dari bakal bakal pelabur kami. “ Musin hujan .. Inokulasi tak boleh dijalankan ker ..”? bagaimana nak menanam , kalau pokok yang ditebas .. tak dibakar .. nak tanam bagaimana..kalau hujan lebat .. hidup ker pokok gaharu yang ditanam ..?”

Inokulasi.
Inokulasi boleh dijalankan tiada mengenal musin .. walaupun musin hujan, tetapi ianya dijalankan setelah batang pokok gaharu ini kering. Sekiranya hujan menlanda di sebelah petang hingga ke malam .. inokulasi dijalankan setelah batang kering , atau setelah matahari memancar di antara pukul 10 pagi , penyerapan Vaksin berlaku dalam tisu pokok gaharu diantara 1 jam dan sekiranya hujan menlanda pada pukul 4 petang .. Inokulasi yang telah dijalankan tetap berjaya menghasilkan Resin.

Dengan mengamalkan teknik tutupan lubang drill, ianya amat berkesan menyokong dari air hujan memasuki lubang lubang tebukan ini tanpa had  Walaupun berlaku serapan air hujan melalui bahan bahan penutup .. ianya merupakan satu factor yang terbaik, serapan air hujan ini juga akan menyokong penyerapan Vaksin pekat pada bahan penutup melalui tisu dan floam pokok gaharu, ini merupakan penyerap berganda vaksin berlaku di seluruhan carbon pokok gaharu.

Dua factor penting yang di temui .. pertama inokulasi pada musin kemarau , keduanya dijalankan pada musin hujan. Pada musin kemarau pula .. Serapan vaksin berlaku dari sedupan bersama sama air yang di sedup dari bumi melalui tisu serta carbon melalui akar agak berkurangan tetapi penghasilan Resin tetap berlaku. Bergitu juga inokulasi dijalankan pada musin hujan .. penyerapan vaksin tetap sama tiada perubahan, kecuali musin hujan pengaliran Vaksin agak cepat kerana disokong dari serapan air hujan oleh bahan penutup tadi.

 Teknik tanpa penutup

Untuk mengekalkan kelembapan lubang tanaman, kami syorkan anda menggunakan sekan padi yang telah dibakar sebagai baja asas.. Dari pengelaman kami sebagai kontraktor ladang gaharu, dari sejumlah baja baja yang telah di cuba sebagai baja asas, sekan padi adalah baja asli  yang terbaik  telah kami temui sebelum ini. Dua factor yang ditemui .. pertamanyab sekan padi bakar  mengekalkan kelembapan dan ianya juga merupakan baja asli , kos yang dikeluarkan  paling murah serta senang didapati.

  Teknik Penutup
Untuk memulakan proses pembersihan tapak tanaman, factor cuaca harus di ambil kira sekiranya proses pembakaran semak samun yang ditebas terlalu tebal. Jauhi menggunakan jentolak bagi keadah perataan tapak , ianya akan mengakibatkan tanah yang berbaja tertambus. Kebiasaannya ianya lapisan kedua tanpa mengandungi baja asli dan sector tanah keras serta berselut.

Kebiasaan proses pembersihan tapak tanaman ini. kami kekal pokok pokok besar, tujuan menjadi bayang kepada anak pokok gaharu yang ditanam dari cuaca panas, ianya jiga menjadi factor utama kelembapan tapak tananam. Sekiranya anda tiada kesempatan untuk membakar semak samun yang di bersih, anda boleh mengumpul di tengah tengah teres, biarkan semak samun ini reput dengan sendiri, ianya akan menghasilkan baja asli dari pembiakkan cacing yang sentiasa suka pada sekitaran yang lembab.

Jika tapak tanaman sentiasa di tangkungi air setiap kali hujan turun , anda boleh mengali peparitan untuk mengubah aliran air. Spesis pokok gaharu alah kepada air yang bertangkung, anai, siput babi, bena putih serta ulat pemakan daun ( yang biasanya ulat terjadi dari rama rama ).

Untuk mengekalkan kelembapan lubang tanaman, kami syorkan anda menggunakan sekan padi yang telah dibakar sebagai baja asas.. Dari pengelaman kami sebagai kontraktor ladang gaharu, dari sejumlah baja baja yang telah di cuba sebagai baja asas, sekan padi adalah baja asli  yang terbaik  telah kami temui sebelum ini. Dua factor yang ditemui .. pertamanyab sekan padi bakar  mengekalkan kelembapan dan ianya juga merupakan baja asli , kos yang dikeluarkan  paling murah serta senang didapati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan